Followers

>

Sunday, August 31, 2008

assignment blambak

secara totalnye memang sangattttt banyak-dan banyak-dan banyak. (ye ke??) ini statement bohong. takde la banyak mane. tetapi ku rasekan begitu banyak kerana...rasa banyak walaupun hakikatnye hanya satu (sifat pemalas yang melampau. dun try dis at home)

tengah rasa malas di atas segala-galanya. tidak ingin memblog kerana tiada idea yang begitu bernas. (tapi ku gagahi jua). tidak ingin main game kerana rase dah power (belagak. bukan occay! tapi hakikat). tidak ingin ber'chatting' sangat kerana tiada topic. tidak ingin men'shopping'kan diri kerana tiada uwang. (no money no talk rite??). arghhhhh..

BUHSAN. BUHSAN. DAN BUHSAN LAGIIII!!!! bagaimana ingin menghilangkan rase 'alien' ini dalam hidup!!!!

Saturday, August 23, 2008

i'm badly sick

nak balik utm. tapi sakit lagi. karang nak itulah nak inilah. susah. takde orang nak layan. kalo kat uma nih ade la jugak orang layan. ngeee~

"makkk. nak bubur" (nada manje)

haa. tros dapat. cube ak sebut camni kat dalam bilik n mintak kat ro0mateku. mau dapat pelempang. huu~

"makkk. sakit tekak nak air asam" (bebetul sakit occay!)

"mak dah masakkan air panas. pegi wat sendiri air asam tuh"

haa. aku takde la totally suro mak aku wat kan occay. ai wat sendiri jugak taw. wit my own effort. haa. siap la air asam. leganya tekak.

pendek kate. in dilemma nih. nak stay kat uma lagi ke tak. dah berape hari aku demam. kebah. pastu demam balik. package. batuk. sakit tekak. flu. redha je la. tapi yang merisaukan aku ialah..
TEST IS JUST AROUND DA CORNER!!! (ade rame-rame dalam ini perot)

takpe lah. kalu dah ready buat pe nak takut. ye tak?? ngeee~

k chow. nak study...daa~

Friday, August 22, 2008

saya masih sakit

oh tidak. demam ini sangat ku menci. batuk membuatkan daku tidak dapat tidur malam. asyik-asyik turun ke kitchen minum air. last-last satu jag besar aku bawak naik bilik. ngeee~
takde idea nak tulis ape. so aku nak bagi korang satu aktiviti. http://www.photofunia.com/
haa. besh layan website tuh. try la. hit the link and feel the happiness!!!

Wednesday, August 20, 2008

saya marah!!!

menci. menci. menciiiii!!!! ada orang kate saya sombong. siapakah?? sayakah?? tidak mungkin!!

halah. orang dah reject die lagik nak kate bukan-bukan. tuh ari bukan tak nampak kamu la. nampak. nampak sangat-sangat n sejelas-jelasnye even ai rabun taw.

dah tuh. takkan nak terlonjak-lonjak kegembiraan bile nampak muke kamu. (dah macam orix la nati. fuyoh-fuyoh)

dannnn. patutkah seorang perempuan yang teramat pemalu lagi bersopan santun serta baik budi pekerti n berakhlak mulia seperti saya ini yang perlu menegur seorang lelaki yang tak berapa nak dikenali oleh ku di khalayak ramai??? (nonsense)

tambahan lagi. ketika itu daku sedang berjalan-jalan mencari makanan serta berpoye-poye ke pesta konvo. saje jalan-jalan menghilangkan kebosanan

bile die kate ai sombong ai reply la.

"sombong?? apa itukah?? sayakah?? apa yang dimaksudkan dengan sombong??"

"berjalan dan tidak langgar bahu?? atau hidung tinggi sampai ke langgit??"

die meng'reply': "erm. awak la sombong"

patutkah??? memang tak patut!!! dah tuh menghentam-hentam ym ku dengan mengatakan

"ape-ape je la (ingat nih program ape-ape je ke huh!!). yang penting awak memang dah sombong n blagak"

WHAT!!!!!! OMG. memang buat hatiku mendidih-didih dan jantung ku menggelegak. lantas ku meng'reply'

"awak siapa untuk saya jaga hati. dan kalo xnak kawan sudah. boleh blaaahhh."

haaa. puas hati aku. rock kapak habis ayat tuh. hilang keayuan aku gara-gara mamat sengal nih!!!!

saya tak suke n tak kuasa nak layan orang-orang seperti ini. occay!!!

i'm sick

saya tidak suka sakit. sakit juga tidak suka sama saya. tetapi kenapakah saya masih dihidapi penyakit. jahat punye penyakit yang menghidap. tak mintak izin pon. menci.

huu. kepala pusing. tekak sakit. batuk-batuk. sakit-sakit badan. mengandung kah? (sape yang bertanye begini akan kucili-mili kan mulot beliau) haish. apsal merepek nih. nauzubillah. ini kerana saya di'ter'jangkitkan daripada my two lil brothers yang sedang demam ketika ini. wuuuu. saya tak mahu ini penyakit!!!!

tapi nak wat macam mane kan. dah TERdapat. redha jela. orang kate penyakit itu penghapus dosa. yea. yea. dosa ku yang banyak melimpah-limpah ni dah terhapus
(err. macam mana nak taw??)
nevermind. yang penting sekarang ni macam mana nak cepat baik. cepat-cepat bagi idea!!! otak ku yang genius mius cepat la keluarkan idea!!! tink (mentol bernyala) yeah. aku dah dapat idea.
  • makan panadol satu botol (kemudian kompem terus 'baik' dan tak akan sakit lagi)
  • selubungkan diri dengan selimut yang teramat banyak supaya berpeluh (esoknya tak payah mandi dah. dah kira macam mandi la tuh)
  • turun naik tangga kat rumah nih supaya virus-virus yang mula membiak nih tidak mengada-ngada dan kita harus lawan die!!!!!
  • berjogging pada esok hari. di waktu subuh yang hening. matahari baru nak naik. yeah. sun rise. (tidak mungkin!!!! in my dreams. huuu~)
  • biar je la sakit nih. bukan selalu dapat sakit pon. ngeeee~ (tapi baru recover from fever tuh ari. 2 weeks demam. asyik demam jek. takut la plak. wuuu~)

~usaha untuk meng'update' blog~

saya sedang rajin. rajinkah?? rajin la nih. saya sudah post 2 entry hari ini. wah. syabas bette. (puji diri sendiri kerana tiada orang memberi pujian)

selain daripada meng'update' blog. saya juga mengusaha meng'update' templete blog yang ku rasakan tidak berapa lawa (kategori lawa la lagi). daku ingin mengindahkan dan mengwangikan lagi blog ku ini. (jangan tiru susunan ayat ini occay. malay saya memang kureng. orang kate not me heh.)

erm. dah try banyak templete tapi masih tak puas hati. tak lawa la. tak seswai la. macam-macam la. last-last daku mengdecide untuk tidak meng'update'nye sekarang. cukuplah dengan meng'update' entry sahaja. (lain kali occay)

~sudah lame tidak memblog~

oh maaf sang pembaca....


perkara ini tidak dapat dielakkan. ini adalah kerana :
  • saya teramatlah busy dengan kerja-kerja (kerja apakah?? tido?? tengok movie korea japan?? assignment??). byk kerja la. dun ask!

  • saya meng'improve'kan diri (bertafakur) dengan membaca blog-blog super duper blogger yang ada bagi memantapkan ayat-ayat yang ingin ditaip. ayat apakah ini?? agak memeningkan. tetapi saya suka.

  • saya busy memikirkan cara untuk menyiapkan assignment tanpa memerah kepala mengeluarkan idea-idea yang bernas. i'm super duper genius. (memikirkan cara ini menyebabkan assignment ku semakin tertangguh)

  • terlalu teruja melihat dress-dress. shoes. coach. purse. handbag. watch. dan seumpamanya di lelong.com sehingga terlupa ingin memblog (tak munasarawak tol)

  • saya punya suka la nak memblog ke tak!!! (hakikatnya sangat menginginkannya tetapi terbatas)