Followers

>

Tuesday, October 28, 2008

eat-eat time

hari ini sangat memenatkan. tapi dah 2.30 am but i'm still can't sleep. lepas nih memang berazam nak study. huu. erm. pagi tadi ade bengkel fasilitator for the next camp. basic leadership camp o8. kat negara pahang darul al-cameron de highlands. haha. pastu malam tadi. baru lepas pergi dinner with my friends. rye, risha (my roomate) , farhana meizo etc. ramai lagi lah. kitaorg men'diva' sangat dan mengambil gambar (lagi!!) secara pukal. kalo ade aku memang gambar tuh sure menjadi lawa punye lah. (sangat perasan lah ko shikin hayyoh!)

hipotesis: jika shikin ada di dalam gambar, maka gambar akan menjadi semakin lawa. wahahhaa.

interferens: hayyoh. tak ingat la plak. ini silibus primary school dulu la. kalo nak wat juga experiment nak tau hipotesis diterima atau tak. silalah buka buku darjah2 balik. haha (takde pekdah korang bukak balik. so terimalah hipotesis aku tuh bulat2. itu yang aku mahu!!! *gelak guling-guling*)

sangat ingin mendownload mengupload gambar2 tersebut termasuk trip to negara malacca al-fonso al-dibuqaque tapi tiada kesempatan itu memberi. maybe esok. tapi tiada janji. mahu jumpa encik pua'at. mau ambil itu gambar dari trip malacca juga. mau masuk dalam report. adess.. sudah start ayat2 itu mahu keluar. hey ayat putar belit. jangan keluar kau!! (aku kasi warning nih!!)

aku tara tahu mau tulis apa juga. kepala suda manyak pusing. wa sikalang ha. mau itu juga baca buku. final dekat suda juga. oleh itu, marilah kita membaca buku. (nyanyi-nyanyian lagu mari membaca. mari kawan. kita membaca. mari rakan. timba ilmu dengan membaca. itulah perjuangan sambutlah seruan. jadikan. membaca gaya waawasan. SUDAH!! ENOUGH!!) haiya. wa talak tahan sama diri wa juga bila sula melalut wo. wa kalo melalut manyak fenin itu kepala juga. oleh itu, (oleh itu lagi) wa talak manyak cakap lagi. wa mau off ini blog. wa mau setadi woo. ok la. wa sikalang setadi juga. cau-cin-cau...

(jika anda pening teruskanlah membaca berulang-ulang kali kerana itulah tujuan saya untuk N3 kali ini. ingin membuat anda-anda semua pening. jika pening. saya berjaya. jika tidak. saya berjaya juga. kerana saya tidak pernah KALAH. Wahaha.)

[ risha. rye. me *saje wat aksi gedix. rye yang suro]

Sunday, October 26, 2008

seethe with excitement!!!

sangat menggembirakan. mengujakan. menyeronokkan. melazatkan. apakah?? seronok sangat3 pergi negara malacca al-fonso al-dibuqaque semalam. yesterday was really fun. sangat banyak mengamibl gambar secara poyo tetapi lawa (lagi-lagi apabila saya yang menjadi modelnya. wahaha) sangat unsangkarable terhadap budak-budak kelas fotografi. kerana apakah? kerana sebelum ini di dalam kelas sangat tidak bercakap. seperti batu-batu semuanya. like stone-stone only. mungkin kerana class adalah memboringkan. terperuk di dalam kelas dan tiada practical. ya! sangat amatlah membohsankan. baiklah. untuk N3 kali ini saya akan menceritakan gambarajah aktiviti semalam.

8.10 pagi - menaiki bus dengan excitednya. sebelum itu... yaa! wajib mengambil gambar. bukti bertolak dengan bus. (kena masok dalam report nih taw! saya selaku s/u memang amat bertanggungjawab. HaHa)

9 lebey-lebey (terlupa nak tengok jam) : break kejap kat machap untuk breakfast. saya hanya membeli air marigold berperisa cokelat dan air mineral sahaja. kerana. jual-jualan di sana. TIADA ROTI. HUH!! ntah pape. patutnya perlu jual roti 50sen ke apa ke. apa-apalah asalkan namanye ROTI. kan saya sangat penggemar roti. sangat keciwa bila machap tiada roti. BAN MACHAP!! wahaha

lepas break 20 minit: naik bus semula dan teruskan perjalanan ke malacca al-fonso al-dibuqaque. tiba-tiba: aimi telah mengcall saya dan mengatakan beliau terover sleep dan terlepas bas. maka beliau akan mendrive secara gila ke malacca untuk berpoya-poya bersama kami. HaHA. (apalah kau. sapa suroh tido lambat semalam. huu nasib baik ko nak datang kalo tak aku sorang je la perempuan. (ade budak perempuan melayu len juga sebenarnye. tapi yang poyo-poyo cume aku ngan aimi jek. lelain tuh bajet ayu sangat. tak amek gambar kat lua. mereka hanya bersopink dan berjalan-jalan)

11.45 tgh hari: tiba di malacca al-fonso al-dibuqaque (adeh. penat tulis nama negara nih) turun bus. dan yaa! of courselah kami mengambil gambar apabila sudah tiba. sangat excited!
gambar ada dua versi. versi pertama diambil oleh budak bernama 3 sepuloh ringgit. hambek kau aku bold nama kawww. HAHA! (nati saya akan ceritakan kenapah name beliau begitu. check it out!) versi kedua diambil oleh saya sendiri. sangat lawa. superpower photographer woman la katakan. (angkat bakul!)

12.00 hingga ntah la sampai ke petang (penat la tulis-tulis waktu nih) : berjalan-jalan mengambil gambar bersama acad (kawan sekelas fotografiku yang poyo na mampos. haha) kami berjalan bergroup pada awalnya berpoye-poye dengan acad dan budak-budak 3 sepuloh rinngit tetapi kami telah tiba-tiba berpecah dan terberpoye-poye pula dengan group ayeng, helmi, ustaz farid, dan mozart.

tidak mengapa. kami sangat gembira juga. tetapi sangat aneh bukan. saya seorang sahaja perempuan.(sebelum aimi sampai. YAA! memang sangat superpower. sangat gagah berpoye-poye bersame lelaki-lelaki yang tak berapa nak gagah. haha. tapi. jangan risau. (risaukah?) saya telah mengambil atau mencurik atau lebih sedap. menculik. seorang budak cina perempuan (classmate fotografi gak) untuk berpoye bersame kami agar saya tidak dicop DIVA YANG GATAL. (owh mana mungkin!)

sangat lawa bergambaran di sana. memanjat bukit st. paul dan bergambaran secara suka ria. saya akan mengupload gambar-gambar di sana jika ada kesempatan. (jika kesempatan mengizinkan). sudah penat bersuka ria secara bermandi peluh. kami membuat misi kedua (tidak disuruh oleh encik pua'at tetapi kami merancang sendiri) iaitu misi mencari McD.

sangat lawak la hayyoh. kami sangat lapar. muke sume dah macam dinasour kelaparan mencari mangsa. kami pun masuklah dataran pahlawan mega mall. berjalan dengan yakin (merasakan kami telah berpuloh kali pergi tempat tuh) mencari di mana tempat makan. tiba-tiba. ayoyo itu ah moi telah hilang juga. maka. aku dan acad telah dibuli untuk mencari ah-moi itu. (ta gune ko ayeng!. Haha) misi mencari ah-moi telah berjaye. kami meneruskan misi mencari McD. pusing punya pusing last2 jumpe pak guard.

ayeng : pakcik. McD kat mane ek?

pak guard: adek jalan terus pastu belok kiri. McD kat luar megamall nih.

huh. padan la tak jumpe2. kemudian kami dengan penuh keghairahan pergilah ke McD tersebut. masuk2 je. BAPAK ARH! ramai gile orang. tapi saya sungguh bijak bestari. bukankah sudah kate saya ini genius-mius. aku dan acad serta ah-mio telah membuli balik mozart, helmi dan ayeng untuk mengorder makanan. ustad farid baik maka kami tak buli beliau.

dah dapat makanan dan kami makan secara lahapnya. aimi call die dah arrive malacca. woah! sangat lipas kudung ko mendrive. aimi jumpa kamiorang di McD tersebut dan kami makan secara pukal beramai2. kemudian sambil bermakan-makan. kami menjalani proses suai kenal. (proses suai kenal?) iyalah. bukan kah sudah bilang. kami di dalam kelas stone-stone saja. haha. maka ta kenal satu sama lain. maka berlaku la perbualan serang-serangan. (ade ke patot panggil aku fatimah. tak tau name. tanye la. hayyoh!. tapi kalo tak kenal panggil aku angelina jolie ke ok la lagi. hapalah. Wahaha)

lepas makan. kami bersambung perpoye. aimi sangat semangat. maka kami terikut-ikut semangat beliau untuk mengambil gambar. beliau juga telah membawa tripod beliau bersame. WAH! sangat bergune. dan juga membawa windmill yang sangat chumel berserta lolipop yang juga santek. bergambaran bersama windmill dan lolipop santek adalah sangat menggembirakan.

dah penat bergambaran. kami memasuki megamall untuk memakan aircond sopink complex tersebut. then. ada show lah! kami mentengok show bersempena deepavali tersebut dengan ghairah sambil mengambil gambar. mereka (rujuk kepada lelaki) sangat teruja kerana dancers tersebut adalah sangat tersexy. GATAL! sedang mengambil gambar tetibe terjumpa budak-budak 3 sepuloh ringgit. jejak kasih kembali bersame diaorang.

kemudian aku berkate: laaa. korang mengambil gambar di dalam sopink complex ni je ke. (haha. hambik kaw)

budak 3 sepuloh ringgit berkate kembali: ape plak. kitaorang penat. pastu masuk la dalam nih.

yok yo-O je tuh. selepas show kami bersopink sebentar. masuk kedai PADINI. tiada kasut menarik. kemudian VOIR. tiada juga kasut menarik. saya FRUST!. tetibe nampak baju best di BRANDS OUTLETS. t-shirt yang menarik hati saya tersebut ade gamba camera yang sangat santek. price: 3 of RM50! woahhh!! sangat murah. hati ini telah berbelah bagi. mau kasutkah atau t-shirt tersebut. saya mendecide tiada mau membeli t-shirt. keluar sopink complex dan berjumpa dengan mereka-mereka kembali di tepi McD. bertogether sebentar sambil tunggu encik pua'at dan bus. kemudian. budak 3 sepuloh ringgit datang dan mencarik fasal kepada saya.

budak 3 sepuloh ringgit: kitaorang shopink. bes. g kedai batman. voir (tayang-tayang beg plastik yang ta berapa nak lawa tuh depan aku)

aku/saya: hek eleh. amek gambar dalam sopink complex memang lah sempat sopink. kitaorang amek gambar kat lua secara gagah taw. (tetibe aku tengok baju diaorang. ekh. macam kenal baju putih berpicturekan camera nih. tapi kat mane ek. HAHA.) aku terus jerit.

aku/saya: ekh. macam kenal la baju korang nih. HAHAHA. baju 3 sepuloh ringgit!!! (saje kurangkan price tuh. bia rase hina sikit. macam orang sakai lah bile beli baju 3 sepuloh ringgit)
haha. lawak2. weh budak 3 sepuloh ringgit! tade baju len ke nak beli hah!. hahaha (gelak jahat sambil guling-guling depan diaorang: exaggerate lah ko shikin)

budak 3 sepuloh ringgit: adeh. kantoi. hoi! mane ade 3 sepuloh ringgit. 3 lima puloh ringgit hoccay.

aku/saya: alah ingat aku heran ke sepuloh ke lima puloh ke. yang penting korang memang sakai. amek gamba dalam sopink complex jek. wahahah (saje mencarik fasal dengan diaorang)

dah abes gaduh. encik pua'at datang dan kami sume mengambil gambar LAGI sebelum pulang. excited nak amek gamba. aku menyelitkan diriku yang comel ke depan. sambil memegang aimi punye windmill. buat muke comel. tapi budak 3 sepuloh ringgit tak puas ati ngan aku. die curik windmill itu. aku amek lolipop dan mengketuk kepala beliau. (ekh. perlu ceritakah? haha) owh cop2. tetapi. saya, acad dan aimi berpulang dengan menaiki keta aimi. maka. saya masuk sopink complex balik selepas mereka-meraka menaiki bus dan saya telah membeli juga baju 3 sepuluh ringgit tersebut erk. BUKAN! 3 lima puloh ringgit. baju santek!!! saya suka.

kami pulang secara bersuka ria di dalam kereta sambil bergurau senda kasar. haha. mereka sangat lawak. saya juga berlawak sama bersama mereka. kami tiba dengan jayanya ke UTM pada pukul 8 lebey. pulang ke bilik. mandi. dan tidur. PENAT LA HAYYOH!!





pssss:oh nama budak 3 sepuloh ringgit ni sebenarnya aizul marcello. (if i'm not mistaken) sekian. ekh cop. kawww punye gambar lawa weh. ntok contest en puaat tu aku up-up nama kau sebab tu kau menang. kau kena belanje aku wehhhh. (err. bukan kau baca pun blog aku ni -_-") ok bye.

Friday, October 24, 2008

tired..tired

kenape tired-tired nih?? baru balik joggin ngan syasha n emil (alien!!!) wahaha. padan muke ko emil. caras aku lagik. suke nak kate aku pakai baju pelik2 and baju mengandung. hayyoh itu pesen juga la. buta fesyen tol la ko nih. haha. tetibe teringat lak pasal comment aku kat new hair emil. actually bukan nak kate new hair die tuh buruk. cume agak pelik sikit jek. meh aku cerita sikit.

tempat kejadian : dalam bilik kuliah DK7, N24.

seorang budak berjalan turun ke meja kuliah lecturer ntok mengambil sehelai kertas (ayat skema dowh)

aku: ekh rye. alien mane tuh?? cam pelik jek si emil wat rambut camtu.

rye : aah. buruknye..

al-kisah. nak dipanjangkan cerita. jumpe si emil lepas kuliah. depan stall makcik samosa. haha. makcik tuh dapat gelaran samosa sebab die punye samosa bes. tapi disebabkan aku tak suke samosa sangat so tak berasa nak panggil die makcik samosa sangat. hayyoh melencong sudah. o.k sambung story tadi.

aku: ekh emil. new hair ekh. aku ingat alien mane tadi.

rye : aah la weh. buruk la ko wat camtu

emil: buruk sangat ke?? ayang. (point to syasha) buruk ke??

syasha: mane ade buruk. ok je la.

then after that. memang tak sangka my word (sebut emil alien) tuh wat die over thinking about 3 days tak senang duduk. hayyoh! memang metroseksual tol la ko nih emil. haha. lawak2. tapi pasni lagik la aku mencaras2 kat ko la emil. haha. sakit hati bile mencarik pasal dengan ko tapi ko yang slalo mencarik pasal dengan aku. aku kena la lawan. kerana aku takmo kalah. mane boleh kalah la hayyoh. aku gagah lagi perkasa. ingat tuh! haha.

esok nak pergi malacca!! sangat tara sabar. yuhhuuuu malacca here i come! nak lepaskan tensen. satu tensen suda lepas juga. weee. tak payah present spectroscopy. i luv u prof satapah!! (ketika ini sahaja) haha. sebelum itu suda banyak kutuk sama dia (tapi kutuk di dalam hati juga) puji tak dalam hati. puji die kene lantang (untuk membodek. :P)

esok. kene beli-belian sedikit di malacca. mesti sume orang pon mahu ole2 tapi...masalah kewangan negara la hayyoh. salahkan minyak naik. (watdehel) sandal suda putus. huwaaa. sandal vincci yang ku sayang. so kene beli sandal baru (ini yang tak sedey bile sandal putus. haha) nak shopink mende lain juga. tapi tara boleh kerana kewangan tara stabil (suda ku bilang bukan. no money no talk)

hocay lah. belum mandi lagi. haha. selepas itu mau siapkan surat-suratan (apakah?) kem kepimpinan tukar tempat pulak. will be held at cameron. weee. tapi aku la jadi mangsa. membuat surat-suratan penukaran dan segala. adeh. takpe2 suda tugas. being responsible because it is ur responsibility. jadi bertanggungjawab sebab ia tanggungjawab kamu.

weee lagi. kerana akan pergi tiga negara
. (3 negara????)
YA. tiga negara. esok ke negara malacca alfonso di al-bueqaqi (ala. belajar sejarah dulu kan. alfonso al-dibukaki. lebey kurang camni la sebutannya). negara kedua adalah. pahang al-cameron de highland. (sedap jugak name camni). ketiga adalah kuala lumpur al-maksiatun negaratun (habes la aku kene buang negara lepas ni. haha)
p/S : rekaan semata-mata. ada kene-mengena ngan hidup dan tiada yang mati. hanyalah sekadar suka-suka. suka-suka tulis. dan suka-suka baca. blablabla bace balik header aku tuh. so. kalo tiada boleh terima gurauan secara suka. boleh keluar dari page aku secara SUKA. OUT sekarang!! haha.


baju yang emil kate aku mengandung. he said: modern mom sangat. cehh

Wednesday, October 22, 2008

sangat tensen la hayyoh

kapla banyak pusing la nowadays. tara tau juga kenapakah? ayoyo. sangat pening guna ini macam ayat juga. hahaha. ayat muthu suda keluar. aku sebenarnye sedang sangat tensen. tadi dah release skert sebab mendriving kereta sambil makan angin aircond. haha. berstory dengan ex-ro0mate aku mase kat matrik johor dulu. memang sangat hot la story die tuh cam tada rase mau balik rumah juga. tapi itu appa saya suda call juga suruh balik kerana suda pukul jam sebelas. ades. muthu.. muthu.. kenapa lah kau ajar aku cakap macam ni. (ingat! seperti yang telah diajar sebelum ini. kite perlu menyalahkan orang len atau mende2 sekeliling untuk... ya. betul tuh. kelemahan diri sendiri. pandaiiii)


aiseh. lari topic. sambung balik. balik kepada cite muthu tadi. erk. cerita ex-ro0mate aku tadi tuh. die story kat aku yang die ade kenal sorang dak nih name die pipit. erk. pipit?? lorh. aku kenal bangat sama ini anak. (versi endon plak dah..) camne boleh kenal sama itu budak?? bilakah? bagaimanakah? haa. budak nih pernah kerja same (cooperation) ngan aku kat sushi king dulu. btw. die kawan adek aku. story punya story. cam kesian plak story pipit nih. tunang die aiseh. sangat rude dan @$^*%(#(). ade ke patut die call kawan aku dan maki2 die tanpa usul periksa. padahal pipit tuh pangkat adik jek ngan kitaorang (ya. kami orang. bukan orang utan. bukan orang-orang) kesian pipit. mesti sangat tensen ngan tunang die yang actually family yang pilihkan. perempuan itu sangattttt mengongkong! sooo chingy!! sangat tak best la hayyoh. pity la u pipit. budak nih sangat baik, kelakar dan sangat3 best kawan ngan die. even age baru 18 but he's very matured. what i can do it's just pray for you lah kawan. hope you will get better life and happy ending afterall. insyallah. amin.


aku tengah tensen and sedey. tapi tada sape dapat reducekan. mahu ke***** hati (isi tempat kosong. fill in the blank. haha) menemankan hati. hanya mampu dibuat di dalam hati. tada mau susah and kacau2 him. i know deeply that he's busy doing the kinds of things. project. assignments. tests. and of course the final exam is coming afterwards. (aik. tada ayat muthu suda. ayat english juga keluar. <----ini juga ayat muthu la hayyoh)


sangat suka-suka sama ini ayat. suka-suka buat dan suka-suka baca. suda lama juga tada tulis perkataan suka. seperti suda melupakannye like kacang lupakan kulit
. (ayat2 merepek and kite boleh ape?? ya. STRIKEEEE!!!)


tak tau mau tulis ape sebenarnye. memang lost of words lately and sangat lam-pi (lambat pick up) maybe kerana kurang tidur. haa. mau bertiduran lah. aiyo macha. ekh salah. aiyo minachi. esok tada kelas juga. pergi sana belajar lah. final juga sudah dekat apa. aah la. ape lagi mari belajar!!!! (sangat poyo. nak men game burger shop lepas nih pastu study sket dan tidur banyak. wahahahha)

Friday, October 17, 2008

yihaaa..aribba2

nape wat sound camtu? bukan nak tiru ikhwan hot fm hoccay. i'm not copy cat kiss the rats. saya bukan salin kucing cium tikus. (?) actually nak melahirkan rase yang sangat best dalam diri nih kerana assignment dah berkurangan. wahhhh. sangat ajaib bukan. baru semlm kate banyak lagi tada abes ini hari kata sudah abes. sangat lipas kudung untuk siapkan sume kerja tuh taw tak. ades.

kesimpulannya : tara cukup tidur. huarghhh (menguap2 sambil post N3). dan sakit2 badan. (macam orang tua yang dah uzur) hayyoh sangat lah sakit. ini statement tara bohong punya. memang betol2 sakit woo. wa tara tipu2 punya. ape aku merepek nih. tuh la nih sume assignment punye pasal (tips: perlu salahkan mende2 sekeliling atau orang lain untuk menutup kelemahan diri) sebab tuh aku tak cukup tidur. sakit badan. sakit pale (migrain lately). sakit hati. sakit hempedu. sakit tulang-mulang. WOKEH. nak pergi merehatkan otak dan diri. mau pegi spa (in my dream) mau pergi tempat urut2 badan yang exclusive (hakikatnya pegi room kawan. dapat free service. haha)


Wednesday, October 15, 2008

postpone lagik..hahai

adeh. trip pegi melaka postpone lagik. hahai. sume bas punye pasal lah nih. kenapakah?? bas pulak yang dipersalahkan. yela. kalo bas boleh bawak kami pergi itu melaka. so, tarak hal untuk di postpone lah bukan. haa. memang salah bas lah kan?? kan?? haha. sangat merepek. yaa. sudah lame tidak memblog maka kite membuat mukhadimah merepak lah dulu baru sedikit seronok. *ape kaittt??*

herm. final dah nak dekat. memang kene struggle. yaaa!!! kita perlu struggle. dan sangat menguling2 kan diri kerana sangat tensen. kenapa lah dah nak exam baru kerja saje ngade-ngade nak datang. erk? itulah. sudah kate jangan tangguh la hayyoh. pretty your face (padan muka ko). ok. sikalang, kerja yang sikit2 mau habis. analytical chem report. analytical presentation. management tinggal print. photography!!! hayyoh. wa talak camera. ini bukan camera suka2. camera digital slr juga. hayooh2. sangat fenin kapala woo. ntah la. pandai la nak idop. ape yang aku dah buat tuh hantar je la. but if i have a chance to do better I WILL do even better. cume itulah. serba kekurangan. tiada camera. tiada masa. tiada idea. sume tiadalah. ok tiada kata-kata lain juga yang mahu dilontarkan. mengapakah? kerana TIADALAH! banyak plak tanye. ok. OFF!!

Tuesday, October 7, 2008

many pretty ur face

ade la satu malam nih. kami berhadek beradek bermain penjahanaman bahasa. haha. sangat jahanam. apakah? haa tuh lah. sebenarnye semua ni untuk mencantikkan bahasa melayu yang sedia ada (fake giler!!) contohnya. ala macam word selalu yang aku gunakan lah. suka-suka. happy-happy. kitaorang (kami memang orang) main mende nih sangat lah boleh menajamkan kepala hotak. taw x?? so takde la rase jahanam sangat. haha. aktiviti memecahkan perot ade la.

aku: suka-suka pergi bertuah. happy go lucky.

akak aku: banyak chantek muka ko. many pretty your face. wahaha. nih paling lawak.

adek aku: masa sedang berlari keluar. time is running out.

aku: bakar tengah malam minyak. burn the midnight oil.

akak aku: cry over spilt milk. nanges kat tumpahan susu. watdehel??

adek aku: head over heels. kepale melepasi kasut tinggi. memang dah lepas pon kan. ntah pape.

aku: keep an eye on him. simpan satu mate kat die. erk??

akak aku: lend me your ear. pinjamkan saya kamu punye telinge. nak wat ape??telinga kamu putuskah???

adek aku: never bite the hand that feeds u. jangan gigit tangan yang dah beri kamu makan. err. aku bukan hanjing gila hoccay!!

aku: put your foot in your mouth. masukkan kaki kamu ke dalam mulut. ewwww. hahahaha

lawak2. macam2 lagi lah kitaorg men sampai semput jadinye. wahaha. erk. ALAMAK!!! dah pukul TIGA. k roger and out. gotta go now. ade discussion spectroscopy. huwaaa. tak siap lagi. padan muke aku. don't procrastinate k. but i'm not proscrastinate sangat.(sangat??) kan sudah beritahu itu kerja menghilangkan diri setelah meng'hupdate' ke windows 2007. sangat JAHANAM!!

Sunday, October 5, 2008

balik UTM

kene balik UTM..huwaaa..tak bes lor. tapi yang bestnye tak boring. hapekebende aku mengarut nih. STRIKE!! erm. yang penting aku sedang sedih berduka lara. kerana apakah? kerana semua assignments aku HILANG!!! uwaaaa~ jahanam tol punye windows 2007. erk. kenapakah jahanam? aku install 2007. pastu ingat dapat buat assignments best secara pukal pastu try la using that software. TAPI. len plak jadinya. erm. nak buat camne. it's happened olredi loo. PASRAH. masalahnya. mende tuh dah nak kene SUBMIT. mati aku. die me. so aku kene siapkan secara lipas kudung dari petang nih sampai malam. HUARGH!! pastu this week ade test and quiz secara pukal. ades2. naik raye memang tak menyeronokkan. cume yang seronok aku akan pergi MELAKA. melaka trip!! weee~ i hope that trip will 'kick out' all the sadness. all the worries. all the bad2 feeling. huu~

Saturday, October 4, 2008

happy hari raya

raye. raye. raye. saya suke raye!!! erk. tuh ari kate tada suka same raye. saya memang tada suka sama raya bile ade mende-mende yang tak best happen jek. saya suka raya sebab:

+_+ dapat dwet raye loo. even tak sebanyak dulu. wuu~
+_+ dapat makan lomang. ketupat. lodeh. rendang. sedapppp.
+_+ dapat beraya secara pukal. berkonvoi dengan pak itam family. wee~
+_+ dapat menghambik gambar raye secara poyo bersame hadek beradek. bukan slalo dapat kumpul sesame. so time ni lah nak bergambar berpoyo-poyos
+_+ dapat jumpe nenek yang ku chinta. muahx3
+_+ dapat jumpe sepupu sepapat walau tak rapat. anak sepupu yang comei2. abes pipi diaorang aku keje kan. wahaha
+_+ dapat rase suasana kampung yang tada sesak dengan pencemaran alam. pencemaran bising.
+_+ dapat mengayakan baju kurung ala-ala diva terhadap horang-horang kampung. maka diaorang akan rase aku sangat diva dan teruja melihat ku. whahah. aku jalan je diaorang pandang. tau la aku cun lagi comel. (hoccay2. aku tak over lagi dah)

erm. rasenye tuh je la. aku malas nak list lebey2 kang korang tak larat nak bace plak. (tada idea dah sebenarnye). hoccay lah. aku nak bersiap-siap. mahu meng'hupdate' ruang tamu pula. tak memasal menjadi orang gaji sementara. akak aku la ni. kawan-kawan die mau datang ke rumah beraye dan aku dilantik menjadi orang gaji sementara. ceh. takpa. perlu bersabar. sekali-sekala jadi orang gaji. tada hal punya. (actually terhutang budi kat die because dah pinjamkan baju raye kat aku. orang tada baju raye lah katekan. erk. bukan tada lah. tapi.. hayyoh malas mau cerita. nak tau bace N3 lepas)