Followers

>

Friday, December 11, 2009

ADDICTED!

woahaaa. hey peeps. holla. or shud i start with salam instead of holla? :P ok then. i am a muslim. assalamualaikum or i love make it short but has same meaning. salam. just nice. :)

i got NEW hobby! and i am ADDICTED! oh gosh. i shud probably not 'into' it so much. but since it will make me happy AND can make my life not so miserable :P can get rid all the tiny tiny lil problems out of my mind. haha I'M IN!!!

my new hobby isssssss (drum roll sound) ........ FASHION! (duncha dare to laugh)

yes. i am SERIOUS. believe it. or not. BELIEVE IT! :P and now i'm craving for a new cross body bag/handbag and a new wedges. now, RISE UP your hand if you are generous man/woman/girl/boy which can donate 'some' of your money to a VERY innocent poor lil girl ere which wanna start her new semester without having so much money to buy a new bag and a pair of 'school' shoes. (kesian kan???)


love her style and her HANDBAG too. see! how i am addicted to it now! oh GOD please help me. i need a therapy. :P solution: gimme a handbag and a wedges fall from the sky. NOW! haha





Thursday, December 10, 2009

jiwa kacau

I've changed my profile picture. yes. it's a sculpture. because I AM a sculpture. made by the mighty GOD.

i wish my day wouldn't so miserable. hey STALKER! I'm WARNING you. yes. u DID my life miserable by spreading the FAKE story bout me. WTF! i don't know why you are doing that and i don't even wanna know! lesson for me. don't even share your problem with others that you didn't know so much. is that wrong?? wanna share your problems with someone else that could probably can solve your problem??? yeah. nothing wrong bout it but choosing the WRONG person might get you into trouble. like i DID just now. whatever..

i know my English is sux but when i'm feeling down or get angry by something i WILL talk rubbish or mumbling in English. or even cursing someone in English (sape yang aku tengah marah tuh la) so BACK OFF if you don't wanna get curse by me. (aku curse teruk wehhh. abra kadabra kang!)








tetibe: still jet lag. tak sabar nak men bowling hari ni. aku geram lagi dengan abang JPJ tuh. aku dah cakap lesen aku TAK MATI lagi! aku nak cross handbag. sape nak bagi??? lutut sakit lagi. oh my lutut. aku rasa nak tutup FACEBOOK ngan YAHOO MESSENGER boleh???

Friday, December 4, 2009

berceloteh

kadang kadang kurang cakap orang kata kita sombong. bila banyak cakap orang kata kita kepoh. susah. memang susah nak puaskan hati semua orang. memang susah nak tutup mulut orang. biarlah mereka berkata. berkata semahunya. sampai mereka penat. lelah untuk berkata. mereka ada hak untuk berkata. tapi kata juga ada batasnya.

aku tengok diari seni tadi. pasal pelawak malaysia. saiful apek. dia kata, "saya tak rasa saya buat lawak bodoh sebab saya bukannya badut. badut dan pelawak ada bezanya. mereka gelakkan badut kerana die bodoh. tapi pelawak orang gelakkan lawak yang die buat. ia berbeza"

apa yang aku nak kaitkan sekarang neh. memang susah nak puaskan hati semua orang. semua punya pandangan masing masing. tak semua sama dan TAK MUNGKIN semua sehaluan. kalau tak, negara akan aman saja. mendatar. tidak pulak nampak buruk baiknya. tiada pula ragamnya.

mereka boleh berkata tapi ada hadnya. seperti sang pengkritik. kita perlukan sang pengkritik kerana pengkritik ini lah yang membawa kepada asam garam dunia. kehidupan. tapi kritik bagaimana? membina? atau meruntuh?

arh. banyak yang nak dikongsikan dan banyak yang ingin dicoletehkan tapi mungkin di lain entry. hanya ingin berkongsi rasa hati dan apa yang terbuku di minda setakat ini. wassalam

tetibe: aku paling tak suka orang mengata belakang. (semua pun tak suka kan) nak tegur guna cara berhikmah. aku tau aku tak perfect. semua orang pun sama. aku hanya insan biasa. :) whatever it is. aku tau korang sayang aku. aku pun sayang korang. really appreciate that. :)

Saturday, November 21, 2009

pasrah + redha

dah dapat result *nada mendatar* aku tau. aku dah agak. aku kenal diri aku lebih dari orang lain. aku tak de nak kata apa selain mengeluh. bergenang air mata. beristighfar. diri ini perlu diperbaiki. jangan alpa. jangan taksub. fikir mana yang perlu diutamakan. ada hikmah disebalik kejadian.

entah la. nak kata malu. confirm ada. tapi aku kena hadapi. orang nak kata apa. aku terima. tapi aku tahu apa yang aku buat. dan aku berterima kasih kepada siapa yang still memberi sokongan dan memahami dan nasihat nasihat tu semua. i really appreciate it. a lot.

life must be go on. don't look back. move forward. let gone be by gone. aku percaya "kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi" :)

Friday, November 6, 2009

that's not my name!

adakah anda pernah terfikir dengan sepotong nama yang diberikan oleh parents anda itu boleh diolah sehingga menjadi pelbagai nama? atau anda mempunyai nama yang sikit punya bagus cun cantek tertarik ko memang da boom tapi kawan kawan anda still panggil joyah? bedah?? atau yang lelakinya. gonjeng? ada pengalaman sebegini? iya iya saya tahu anda ada pengalaman sebegini saya juga turut pernah merasakannya (kalo yang tak pernah. senyap sudah. ko memang rugi kerana orang tak sedar kehadiran kau sampai tak tau nama kau atau tak turut menghargai nama kau yang bes tuh. haha. ok gurau. gurau lah. tak boleh gurau duduk surau :P )

so apa yang aku nak share kali neh adalah pengalaman aku time sewaktu celik mata sampai la sekarang neh. macam macam nama dapat. gelaran. cam rasa, kadang kadang tak munasabah lak tapi terima je la kan. (sebab boleh terima lagi. kalo dah tahap panggil aku yang bukan bukan. cilanat ke ape. memang tak boleh senyap la. mau aku tomoi sape yang gelar aku camtu. neh mesti tak cukup pendidikan khas neh. takpe aku tarbiah sikit. free je:P) ok merapu sudah. sambung. so aku nak share la ngan korang nama. gelaran. panggilan. yang aku dapat dulu hingga sekarang. harap anda terhibur. *ayat cam nak tengok crite kat tv je neh. semoga anda terhibur :P*

erm. saya terase diri banyak personaliti yang dapat di'adapt' bile bersama kawan kawan. sampai dapat banyak nama. ok anda boleh panggil saya dengan mana-mana nama dan saya akan huraikan bagaimana saya *tadi atas aku neh saya pulak* (kekeliruan identiti) dapat nama nama tersebut. ok check it out yaww :P

nama diberi dulu kini dan selamanya. eceh. cam dalam orientation week pula.
NURUL ASHIKIN BINTI SELAMAT.
saya ulang. NURUL ASHIKIN BINTI SELAMAT.
orang kate jangan tulis nama dengan colour merah nanti cepat mati. ye ke? arh aku tak percaya. karut. karut. :P
  • shikin. ikin. kin. (same jek. cam tak lain pun:P). neh nama dari nama penuh la kan.
  • shikino (ustaz daniel) mase skola agama dulu. darjah enam. cikgu kelas dan merangkap cikgu pengawas. oh i time neh jadi naib timbalan pengawas kayh. oh sungguh berkaliber walaupun skola agama. :P *takle blah* sayalah pengawas yang jaga pagar skola (ikut schedule) tapi saya juga lah yang lambat datang skola. hahaha. ok teringat kenangan lama. oh lari tajuk sudah. macam mana dapat nama neh. sebab. dalam kelas saya ada 3 orang nama shikin. sorang dipanggil shikin ni. shikin nu. and i got that name. shikin no. ustaz neh memang gila gila sikit. siap men quiz dalam class buat tag lukis gamba sendiri pastu laminate then anggap tuh dragon ball pastu takle jawab soklan lawan. lawan akan amek dragon ball kita. gile comel!! walaupun kau cikgu skola agama, aku tetap salute lah kat kau sebab kau memang bes dan kelakar. haha ok. that's for me lah sebab die rapat ngan aku. ajar jadi MC semua mase majlis rasmi skola. and my besties: yana wasn't like him so much *there's story behind it* i can't tell ya ere. dah panjang sangat neh. baru second. :P
  • shik (vicky coursemate besties) call me as shik. she said it is easy and short. kinda cute,:P she said not me haha
  • shikin selamat (as byk sangat org nama shikin and has to put together with my dad's name baru boleh beza)
  • puteri aka princess (neh betul k) story behind it. masa dulu kecik kecik memang tak dapat main anak anak patung. barbie ke ape ke. *sangat jantan wo mase kecik kecik* tapi ade je gambar i pakai dress and gown kay :P dan masa tadika kawan kawan semua ejek sebab aku selalu main ngan budak lelaki je then kata aku cam puteri la sebab princess kan selalu ada bodyguard ramai dan cam gagah la kunun. tapi i siap ade dayang dayang kay. haha. time tuh juga sebab i kena berlakon *wow. kecik kecik dah jadi drama queen berlakon dalam pementasan class* tapi sayang. mase real time pementasan i was badly sick. ingat lagi ayah dukung sebab i got high fever. and aku cry juga cry me a river sebab tak dapat buat pementasan tuh. penat je practice menari. nyanyi. berlakon. T_____T tsk. takpe saya redha (-_-") haa and lagi satu sebab ada majlis sambutan raya aidilfitri tahun lepas. aku dapat princess of the night. hohooh. terharu. jadi ada la orang orang panggil aku princess :P
  • fatimah (budak fotografi kelas en puaat) dulu mase semester dua ke tiga ek. tak berape nak ingat. short term memory. :P kena amek kokorikulum. wajib amek dua credit. mase first year dah amek keusahawanan. entrepreneurship. (dari sini la start betul betul blogging. sebab dr amin yang suruh blog and gain some money. banyak die ajar. and rasa begitu jahil terhadap dunia it pada mulanya *sigh*) then amek la pulak fotografi. sebab sangat suka mengambil gambar! saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. and en puaat's class was very fun! kadang kala saja mengantuk sebab kami lebih suka practical then talk talk and talk. :P. dari sini la saya kenal mereka. aimi. acad. ayeng. fahmi. ustaz. budak tiga seploh ringgit. haha. sangat seronok. ada lagi satu cerita pasal nama fatimah neh. masa kat matrix (kolej matrikulasi johor). mase tuh orientation week. ade la sorang mamat neh. ntah aku tak ingat la name die sape. dok usha usha. aku malas nak layan. time tuh hati masih lagi pecah berdarah. so pandang lelaki cam booo boleh jalannnn. haha. camtu lah. die tanya nama aku ape. aku baru nak buka mulut kawan2 aku dah kata. nama die sharifah nur fatimah syed ape ntah aku dah lupa. memandai je diaorang neh. lepas dari tuh la ada budak budak panggil aku fatimah. tak fasal fasal dapat nama baru. haha. yang tak boleh blah budak tuh siap jerit nama aku kat court mase aku tengah maen basketball. yakin lak tuh. aku dok tergelak pasal die kene tipu bulat bulat. *oh dun blame me* :P

  • naomi (nama jepun). eceh. perasan sungguh. tapi takpa. biar perasan. jangan berangan. hahahha. nama nih aku suka. aku tak tau kenapa. aku suke tulis naomiashikin. macam sangat sesuai. pastu selalu la guna nama pena. eceh pena. memang tak boleh tahan. bukan. bukan. aku bukannya penulis ke hape jadah. tak. pakai name naomi neh mase kat matrix gak. tulis kat buku latihan ke. notes ke. sampai la sekarang pun. so ade skali tuh ex classmate mase kat matrix nampak name tuh and diaorang bahan dalam kelas. jumpe aku je kata. hai shikin san. tak pun hai naomi. arigato! ntah tak memasal nak berterima kasih ngan aku apsal??? *dah tuh je word jepun yang diaorang tau* haha lawak lawak. aku pun bercerita la pasal nenek aku reti cakap jepun. skola jepun semua blabalbalbla. ntah la aku tak tau la mane gene aku dapat. rasa dari nenek belah mak kot. moyang dulu dulu agaknya. pasal mak pun sepet. mak takde eyelids lagi la tak boleh blah. mak cerita masa die muda muda dulu masa tak pakai tudung lagi la kan. orang selalu chong cheng chong cheng ngan die *neh bermaksud orang cina berbual/tegur cakap bahasa cina* padahal mak aku tak faham sepatah haram pun. aku pun dulu selalu la ada pengalaman sebegini. tetibe orang kat shopping complex ke ntah mane mane cakap cina. aku reply balik. "oh sorry. i'm not chinese" muke sume blur blur tak percaya. halah. so sebab tak mau tambah dosa *insaf* dan tak mau orang keliru ke aku chinese ke japanese *perasan* aku pakai la tudung. memang itu pun dituntut kan?? :) (poyos) tapi tuh dulu. dah lama la. time muda mudi dulu. tuh pun on-off. :P

  • nurul -sushi king's customer. hate this because my name tag was nurul not shikin. tak berape nak alert when customers call my name and wanna order sushi *sigh* tuh la yang berlaku. "miss. miss nurul. can u make for me this sushi??" aku dok kat kaiten (kat tempat sushi yang in the middle tuh) dengan muka blur blur. kadang kadang tak pandang pun sampai customer kena waving their hands. oh sorry sebanyak satu tan. bukan salah saya. mereka (pekerja sushi king yang lain) dengki arh taruk nama nurul tuh. pastu bahan bahan aku. siot tol. tapi takpe itu meninggalkan kenangan manis buat ku. eceh. haa sorang lagi. deputy vice chancellor a.k.a TNC(timbalan naib canselor) HEP & Alumni. ha. jawatan penuh terus. Prof Tajuddin la call me that name. nurul. nurul. nurul akan ini. ikut cakap nurul as she is your ketua delegates. ohho. abes meeting je semua bahan. hampagas tol. tapi takpe. layaaaannnn :P
  • ash - neh nama paling tak boleh blah. nama skola skola rendah dulu bajet juara kampung pinang sebatang ke hape ntah. hahha. yelah kata aku dulu cam jantan sangat kan. ha siap ada nama gelaran lelaki. ash tu youuuu. gile gagah kan. sekali dengar cam abu ke ape kan. oh tidak. tak commercial langsung. (ekh kak nurul tak tak. nama abang abu sedap. abu zar. bes. neh kepada abu abu yang tak berape nak bes :P) haa name neh la mase kat padang skola dulu. masa zaman kegemilangan i jadi atlet termuda yang terhot. panas tuh nyahhhh. semua la i maen. balapan. bola jaring. bola baling. lompat galah. lompat kijang. lompat katak. lompat bintang semua lah. kunun hebat lah. so orang kata i kalo jadi lelaki memang digilai la kununnya. pehal??? euwww i straight kay. straight. tapi memang turun padang pakai key (bukan kunci. tak tau cane nak eja tau sebut jek :P) training. wohhooo rasa gagah di situ. atlet pujaan dan kebanggan. yolah tuh. ekau jangan cayo sangat cakap den neh. den goreng jo. masak lomak pon sodap. haha :P
haa itu sajalah yang ingin dikongsikan untuk kali neh. walaupun secara keseluruhannya atau kebanyakkannya bukan lah nama saya. tapi saya tetap berbangga dan terharu kerana mereka mereka inilah telah mewarnai dan menjadikan hidup saya begitu sempurna dan juga bermakna. so precious! rasa sangat terasa kewujudan di kalangan kawan kawan. *kerana diriku begitu berharga*iklan :P kehadiran ku disedari walaupun sedar siapalah diriku ini. seorang insan yang berhidung senget. jerawat berterabur. berdahi jendul. T___T tsk tsk. saya sedar. terima kasih. terima kasih kawan kawan kerana saya sangat terharu. ok nak menangis sebanyak satu sungai sekarang *cry me a river* (ceh padahal baru tengok crite kat astro tadi meleleh nangis tak henti henti. ntah apsal sedih sangat la cite tuh wat muke aku menangis non stop dan keluar lah muke raksasa yang buruk cam hape #(%#&_#)&+$^)*#)

Thursday, November 5, 2009

kadang kadang kita perlu berpolitik

Akar nibong meresap,

Akar mati dalam perahu,

Tebakar kampung kelihatan asap,

Terbakar hati siapa tahu.


- Anwar Ibrahim, Perhimpunan Agung UMNO 1997.




*hanya sekadar ingin berkongsi tiada maksud menyebelahi mana mana pihak. harap maklum*

Tuesday, November 3, 2009

tak amek exam boleh???

:: exam mode ::
:: tak suke exam :: (ade orang suke ke??)
:: takut nak jawab ::
:: tapi tak sabar nak jawab sebab tak sabar nak abes cepat (ayat muthu)::
ok. niat dalam hati tadi nak tulis pendek sebab nak continue membaca.
OFF LAPTOP SEKARANG SHIKIN!
tak boleh! laptop diperlukan untuk peneman (dengar music sambil study. PERLU!)
kalo tak nanti cepat ngantuk :P




notadikaki: nak blackberry!!!! sape boleh bagi saya sekarang. sila angkat kaki!!! font kecik sudehh. kunun malu ke hape ntah. bajet ade orang nak bagi lah. kompem la takde. tapi saya sentiasa mengalu2kan sape yang nak bagi tuh. sila. silaaaaa

Tuesday, October 27, 2009

aku emo ke???

emo1:
haish. aku tak faham la ngan mamat neh. aku dah kata bukan aku. bukan lah.
dah aku memang tak hantar email tuh kat kau. apa masalahnya. ko cakap dengan yakin takde kawan kau yang lain nama shikin. alih2 hari neh bagi msg kate dah tau dah. bukan aku tapi kawan kau yang lain send. bikin wa panas ati tol lah.

emo 2:
haish. aku memang lah dah memahami rasa apsal orang bunuh diri *nauzubillah*
mane taknye. aku duduk rumah pun ade orang dok call2. kena settle itu ini.
rasa cam takde life dah sekarang!
(kesian hp yang jadi mangsa) *sigh* (-_-")

emo 3:
dulu kata mau bagi. sikalang lu tak mau kasi pula. wa manyak fenin la ini macam.
mana wa mau cari duit 20k sesingkat ini. wa student maaa. bukan tokei balak atau along.
lu patot kata kat wa sikalang. wa bukan along wa mau tolong.
tapi lu buat ini macam ha. buat wa rasa lu macam along.
bukan mau tolong. tapi kasi wa sakit jantung x_X

emo 4:
ada orang kata aku cam dania. neh pun bikin wa panas hati. wa tau la wa tak cun cam die.
takyah la nak sindir ke ape. aku sedar sape aku. muka jerawat bersepah. aku faham. aku sedar.
pastu kau kate lagi. "aku rasa kalo die tak berlakon awan dania tuh kau boleh apply la jadi dania. ko neh cam jantan gak cam die". hak ala lu mat. neh dah main kasar neh. wa sikit punya ayu lu kata cam jantan. mata taruk lutut kaaa. akai ada ka. fikir dulu la sebelum cakap.

emo 5:
aku rasa aku memang emo la. pantang orang nak bertekak ngan aku. aku mesti naik emo. dah ada darah lawyer dulu berjalan dalam diri aku neh. nak buat camne. aku rasa la. dah tuh cakap mesti nak menang je. err betul ekh???



Monday, October 19, 2009

hidup ini memang palat tapi esok masih ada

people tend to be perfect but hakikatnya mereka tak akan dan TAK MUNGKIN untuk menjadi perfect. jadi apa guna berusaha untuk menjadi prefect? wtf. perfect? bukan berusaha menjadi perfect. tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. try to be someone better dan bak kata robbie williams-to be a better man.

teringat pertanyaan adik aku semalam.

"Kak skin. apa maksud, i am fat but i am not ugly, i can diet but u can't change your ugly"

aku pun tak berape nak faham and tangkap what is that sentence mainly about. aku pun dengar dengar ayam je (bukan tidur tidur ayam je ade k) so cam tak berape nak pasti itu ke ayat yang adik aku sebut. but what exactly i can conclude:

"Camni pi. kita neh manusia tak ada yang sempurna. orang kata die gemuk tapi itu hanya physical. physical boleh diubah, ia tak kekal. tapi kalo perangai dah buruk itu lagi teruk dari rupa yang buruk (gemuk tadi lah) so kita jangan la nak mengata orang sangat hakikatnya kita neh lagi teruk (perangai) bila mengata orang"

bila teringat kata kata aku tadi tuh. terfikir sejenak. kadangkala rasa diri begitu kerdil. rasa diri begitu tidak sempurna. kadang kala juga terdetik, "arh. kau neh pandai berkata dan menasihati. berkata memang power tapi diri tuh pun sendiri sama saja. mengata orang juga kadangkala (atau mungkin selalu?)"

dari sini juga aku dapat konklusikan. sentiasa refleks balik pada diri bila berkata kata. memang tepat sekali lah peribahasa melayu, "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

aku bukan insan sempurna. sentiasa perbaiki diri jua. ingat memperingati sesama kita. agar hidup bahagia sampai hujung dunia. (ye ke?). cam tak bes. tukar!

aku tak sempurna namun ku perbaiki diri. ingat memperingati itu biasa kerana diri selalu alpa pada si dia yang maha kuasa
*sastera weh. sastera tinggi neh:P*





notadikaki:
apa kena mengena dengan tittle entry semua di atas neh? tak ada pun. tak tau nak letak tittle ape. sentences dari cerita kami the movie tuh macam bes. so aku letak la. :P

kawan kawan tegur. "Apesal lately ko neh jiwang shikin? post entry jiwang. shout fb. ym jiwang"
err. bukan ape. korang yang suruh aku jadi cikgu kan. so aku pilih jadi cikgu sastera. tak boleh ke bersastera?? practice neh weh (cover baek) :P

Friday, October 16, 2009

awak buat saya terharu

entry kali ini berbentuk luvey duvey. kalo anda-anda mau muntah. silakan. silakan.
(apa aku kesah! bace balik header page aku neh... :P)

aku juga tak tahu. aku tak tahu betul ke apa yang aku rasa sekarang ini. patutkah aku rasa untuk ke berapa kali nya. sebab. terkadang hati ini terdetik, "Arh. tu semua janji. macam mana mereka-mereka pernah berjanji tapi tak tepati". dah serik. atau kata lainnya. aku lebih berhati-hati. berhati-hati soal perasaan dan hati. takut hati ini diluka lagi. entahlah. mungkin sinar kebahagiaan akan muncul nati. tapi aku tak pasti. bila ianya akan terjadi. hanya mampu berserah kepada Ilahi kerana dia yang maha Mengetahui.

tapi. aku tak boleh tipu pada hati. aku jatuh cinta lagi. cinta? arh mudahnya mengatakan perkataan keramat itu. cinta? sayang? suka? semua mempunyai definisi berbeza. aku ikut kata hati. memang aku sayang dia lagi. 5 tahun dahulu. aku tak pernah lupa kan dia walaupun aku bersama orang lain. aku pun tak tahu mengapa. dan kenapa. susah untuk diungkap dengan kata apa yang aku rasai. manusia. tak terlepas dari masalah hati. tapi. apa yang aku yakin dah pasti. aku hanya mampu berdoa. berdoa. dan terus berdoa kepadaNya. minta kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi musibah hati. teringat kata seorang rakan, (sape terasa neh. senyap-senyap sudehhh :P)

"Jangan mencari calon baru merancang masa hadapan. tapi rancang lah masa hadapan baru mencari calon, kerana calon itu kompem dah ada. contohnya, macam dalam ayat-ayat cinta"
*err. ubah sikit ayat untuk kesan penggorengan yang berjaya*

notadikaki: awak. saya terharu dengan nukilan kat blog awak tuh. sangat terharu. T____T

Friday, October 9, 2009

kau menceriakan hidup ku

hari-hari yang ku lalui kini, semakin beerti. entah lah. aku pun tahu mengapa. dan bagaimana. terlalu pantas ia berlaku. terlalu susah untuk diungkap dengan kata. apa yang pasti. hati ini lega. lega dengan ketenangan yang diberi oleh Nya. sapa sangka semua yang terjadi adalah ujian dariNya yang penuh dengan hikmah dan tanda tanya. namun aku redha. yang berlalu biarkan ia berlalu. menjadi satu lagi sejarah dalam hidup aku. hidup perlu diteruskan. walaupun kadang kala luka di dalam hati dan rasa tidak puas hati menerjah dalam diri. tapi aku usir dari kotak hati. kerana aku percaya. Dia akan beri pengganti. yang lebih memahami. yang lebih sehati dan dialah soulmate ku sampai ke akhir nanti.

~nukilan dari hati yang datang tanpa dipinta~

Thursday, October 1, 2009

kenape kau tulis blog dalam bahasa melayu??

i never think to blogging in english. WHY? because my english is sux! yeah. yeah. i knew it. that's why i'm blogging in malay. but sometimes it's cross my mind. "Why duncha try?" make a move. just try. you are not losing anything. yet you can improve your english. "But, my grammar is berterabur. i feel ashame of myself if i'm blogging in english" i'm just talk singlish or malayglish. i do using english in my daily life. especially with my bestie coursemate: vicky. (vicky. u shud proud ha. i have write your name in my blog. after this you have to belanja me. at mamak oso can :P) see. i rather use that kind of english. gile lah memang tak boleh blah la ayat dah macam ape neh. haishhh. memang tak boleh la berblog dalam english. asyik dok pikiaq ja ape nak tulis. memang payah la. berejam depan lappy takde idea nak tulis pe (-_-") sigh.

But then, sometimes i feel that i'm writing in english spontaneously like what i'm doing now because i'm not really thinking what i wanna say in malay. because if i think it in malay first, so i have to translate the sentences into english and that is make my english sux. grammar lorh. (halah sekarang neh pun kalo aku baca balik paragraph neh ntah hape aku merepek ntah aku pun tak tau la hape ntah aku merepek dah macam k*****g dah aku cakap neh apahal?)

aku dah takde idea nak tulis ape sebab entry neh adalah untuk merepek je. ok nati aku post entry lagi (ntah hape neh!! memang merapu lah entry neh. aku pun tak suke kat entry neh. rasa nak STRIKE je sume!!) arghhhh. *emo tak memasal*

Friday, September 25, 2009

aku anak orang jawa yang tak reti cakap jawa. so ko apa ada hal??

hari neh dah masuk raya ke-7 dan macam biase lah still lagi beraya. pagi tadi balik ke batu pahat dan pontian lagi. menghabiskan saki baki (padahal banyak lagi rumah tak beraye. skip2 :P) raya rumah atok dan nenek saudara serta pakcik dan makcik. (haish. ramai gile sedara mara aku rupenye) esok dah start lecture pun still tak sedar2 nak balik UTM. and i'm still at home (gile arh ko shikin) ekh. aku tak bersalah. keluarga aku yang merasakan aku begitu penting sampai mensuruh pulang ke UTM pada esok pagi. hahhaa. bukan2. aku mentipu di situ :P esok. kak Nurul akan pulang (eceh. skema tol ayat. tak boleh blah) ke shah alam. she will driving alone straight away to shah alam and she will drop by me to UTM tomorrow morning then off to shah alam after that. understand?

haa. aku tak tau lah nak cerita apa kali neh. padahal banyak betul nak dikongsikan dengan anda2 semua pasal pengalaman raya pada tahun ini (heh. hot story sekarang neh pasal raya lah kan ape lagi nak cerita ye tak??) memang banyak. serious! yang kelakar ada. yang tak best pun ada. macam2 ada (nada: astro). tapi macam tak berapa nak bercerita untuk post kali ini. mungkin di lain post sajalah yerk (ko tak nampak ke bahasa aku skema na mampos neh. tuh tandanya kekeringan idea la nak goreng orang ntahapesalntahmalamneh)

dah aku takde idea nak cerita ape. aku letak gamba jela. ni pun tak boleh letak banyak. nanti stalker download gambar2 aku. (serious takut dohhh bile fikir pasal stalker neh. aku cam rase nak tutup jek blog neh. sita. fb sita. fs lagi la aku sita. korang setuju???)




first day raya: aktiviti bermaafan di pagi raya. biasalah kan. tradisi. WAJIB dilakukan.
"kin mintak ampun yah. halalkan makan minum kin. doakan kejayaan dunia akhirat kin ekh yah." (antara babak sayu di pagi hari)


excited nampak kete antik neh. ape lagi chamwhoring lah kejap kan. itu sudah pasti :P

lihat. excited woo nak raya rumah sedara mara. round satu kampung dengan gagah. berjalan kaki je tau. (heh. cite nah gempak padahal 4 rumah je. sebelah2 rumah nenek :P)
ok. gambar last. bagi lebih sikit. neh aktiviti WAJIB dalam family. main daun terup. (skema2) yang pakai baju merah tuh tokei casino. yang baju oren tuh pelanggan tetap casino. kat casino neh ade hidangkan makanan ikut musim. musim raya. so hidang kuih raya lah. nampak atas meja tuh??



notadikaki: mak ayah orang jawa. ayah memang hustler cakap jawa. mak pulak tak tau cakap jawa tapi dia faham la. pasal kecik2 lagi nenek dah biasakan family guna malay language. kesimpulannya. aku anak orang jawa tapi tak reti cakap jawa. ada masalah??

Wednesday, September 16, 2009

bukan salah aku. dia yang goda aku!

ada sorang mamat neh. suke dok usha aku. (ekh ye ke?? ke aku yang usha die?? hehe) pastu dok sibuk je tayangkan muke dia dalam minda aku neh ha. adessss. kuat betul dugaan time bulan puasa neh. tapi aku tak layan. dah masuk 2 minggu jugak la berlarutan. kekadang tuh tak sengaja. dia tertayang muka dia kat aku. dah terserempak kan nak buat macam mana. selak2 nampak muka dia. aku buat tak peduli je mula2. tapi tengah2 dok buat kerja yang melambak neh pun tetibe jek teringat kat mamat tuh. arhhhh. memang tak boleh jadi neh. aku istighfar. ingatkan diri.

"weh shikin. tengah bulan puasa neh. tak elok. tak elok"

aku gagahkan diri aku. tapi apakan daya. aku hanya insan biasa. tak lepas dari melakukan kesilapan. aiseh apsal merenung nasib plak neh. ha sambung2. lepas tuh mamat tuh siap panggil2 aku tau tak! gile lah. dok panggil2. dah sampai dalam mimpi aku die masuk. nasib baik la die boleh tahan handsome. memang tergoda lah aku kan. kalau korang pun dalam bulan puasa neh. mesti tergoda punya lah. korang nak tahu tak nama mamat tuh. nama die pun sedap didengar. memang aku tangkap lentok arh. malam neh nak pergi jumpe die. weeee. jangan jeles haa. aku nak pergi dating dengan dia. hehe

.....


...


....

.....



....


........




.....




.....




.....






.....





....



...


....

....

....




....


...

nama saya black pepper burger (burger king) saya handsome kan?? tergoda tak??

haaaa. neh la mamat tuh. gile handsome meranarik tertarik kau memang deboom. kan? kan? aku dah tergoda. korang??? (ok. guna versi iklan yang sama. iklan zakat)

Saturday, September 12, 2009

Mr. K 'i love you so much'

aku memang sedang di awang-awangan sekarang. aku rasa macam...macam....tak tau lah nak intepret macam mana. bahagia?? gembira?? mungkin. entah la. tapi aku akan betul2 rasa bahagia jika aku dijanjikan dengan Mr. K yang BARU!!! haa? Mr. K baru?? apakah?




Ya! Mr. K yang baru kerana Mr. K yang sekarang sangat sudah uzur. walaupun sedikit masa dulu kau ensem. berkilat. sangat laju. membuat semua orang bahagia jika kau ada. bila panas, engkau lah penawar hati jantung pisang dibelah dua. pendek kata kau memang berbakti kepada semua. tetapi sekarang...tidak lagi bagi aku! sekarang kau memang nak kena sumpah sumpit seranah dengan aku. haiihhhhhh.. (-_-")






Kenapa lah kau MR KIPAS!!! T______T tsk.kenapa la kau rosak sekarang neh. aku memang cukup tak faham. kau berfungsi pada waktu pagi saja. pada waktu malam yang hening lagi indah permai dan sesuai untuk aku beradu dalam bilik. time neh la kau nak mogok. tak mahu berfungsi. aku cukup tak faham. kau neh dipasang dengan timer ke hape?? KENAPE??? aku memang tak faham!! dah dua malam begini. padahal technician sudah membetulkan kau walaupun aku takde time tuh (tak tau la technician neh betul2 check kau ke tak). kau memang terbaik arh MR. KIPAS. 'I LOVE SOOOOO MUCH' ketika ini memang aku merasakan sangat sayang betul kat kau. seperti kau berkata, "haaa. baru kau tahu. bila aku ada. kau sia-siakan aku. bila aku takde baru lah kau nak hargai aku." iye. iye lah. aku faham. lepas neh kami akan menjaga kau sentiasa. bagi kau kilat. ensem. takde sape boleh tandingi kau lah. aku tau aku dah lame tak bersihkan kau. (sape soh kau dok tinggi sangat. aku kena jengket2 nak bersihkan kau tau tak!)



ok. ok. kesimpulannya:


kita memang tak menghargai sesuatu bila dia berada di depan mata. tapi akan merasai kehilangannya dan menghargainya bila dia telah tiada di sisi.













Notto: korang olah la sendiri. dia tuh barang ke. orang ke. ape ke. semua boleh di sama ertikan.

Wednesday, September 9, 2009

pengembaraan

untuk rancangan kali ini penulis akan membawa anda2 semua ke alam pengambaran pengembaraan yang sangat seronok. ya! sangat seronok. apakah?

alaa. macam cerita doraemon tu lah. pengembaraan. ke alam. bazarkh magik (sila baca dengan nada cite doraemon) pengembaraan ini memang sangat menseronok kan. tak percaye? anda cuba lah sendiri. saya sudah cuba. anda?? (sila baca dalam nada iklan zakat. alah. "saya sudah bayar zakat. anda??" ha ingat?? tak ingat?? komemanglampiarh!)


ok. mari kita proceed dengan pengembaraan yang pertama. pengembaraan yang telah saya cuba adalah shopping secara rambang! haha. memang menseronokkan. tapi tidak bagus untuk kesihatan. adik2. dun try this at home. try this at shopping complex only. harharharunsalimbachik. kau tahu tak pengembaraan ini paling terbaik arh bile ko sedang dalam ketensenan yang melampau yang tak dapat dibendung dan akhirnya ia melimpah ke landang gandum dan jadilah cococrunch!! wutdehel?

inilah. aku terase aku sudah menjadi shopaholic yang dapat dibendung lagi. buktinya: shopping secara rambang dan kemudian terbeli beg seed colour purple. TERbeli?? aah. TER. haha. ini kira terbendung lagi arh. kalo tak aku dah TERbeli beg gucci ke guess ke hape ntah lagi kan. (tuh sume tipu belaka. sebenarnye tak mampu. yelah. i kan student lagi mane ade duit beriban nak beli menda tuh sume. T_____T itu semua duniawi. DUNIAWI! DUNIAWIIIII! :P)

pengembaraan seterusnya adalah menshopping secara rambang ke kedai2 kasut. wow! SHOES!!!! ok. di sini saya nyatakan. saya tidak membeli ok. jadi kita rephrase ayat di atas. bukan menshopping tetapi window shopping. tapi bukan lah window sangat pun. memang saje jalan tak tentu arah macam orang ilang mak bapak kat shopping complex. jalan terhuyung hayang tanpa arah tujuan. rasa macam nak menangis tak tau nak buat hape. ntah hape yang aku melalut ntah neh.

cuba try test sume kasut yang ade kat kedai kasut. tapi! tanpa membeli nya. dan dapat rasa
ke-best-an dengan mengayakan kasut tersebut secara vogue ala-ala ko model yang tak berape nak cukup tinggi. pastu ko pun dapat tengok muke ah moi kedai kasut rase nak baling kasut kat muke kau dan kalo ade penyapu rase nak libas ko guna penyapu tu. haha. siyes. memang seronok lak. macam takde keje sangat jek. ini aktiviti pengembaraan kay. sudah dinyatakan di atas. pe-ngem-ba-ra-an. pengembaraan ini aktiviti tak wajib. so suka hati mau buat atau suka-suka hati mau buat juga. pengembaraan ini dapat meluaskan ilmu pengetahuan. seperti:
  • melihat bagaimana kita menahan nafsu untuk membeli dengan hanya melihat. ulang. MELIHAT sahaja. (jihad neh weh. JIHAD.)
  • melihat bagaimana muke pekerja2 or tuan kedai tahan dengan kerenah kita yang gedix nak mampos. "hoi! ko neh nak beli ke tak nak. kalo tak mampu nak beli. baik kau keluar kedai aku sekarang!" ekhhhh. customers come first. ini saja nak test pekerja2. kita boleh lihat takat mana kebagusan mereka entertain customers dengan saje masuk kedai mahal padahal dalam purse ade lima hengget. ok anda boleh cuba. saya sudah. anda??
  • ohho. tambah sedikit. selain meluaskan ilmu pengetahuan. ia juga baik untuk tujuan kesihatan. kesihatan? ya! kerana anda perlu tawaf dalam shopping complex tersebut sampai anda puas. buat 7 round. (hukum: sunat) <--- jangan ikut. aku bukan pengasas ajaran sesat. bila dah 7 round tuh confirm anda akan berasa penat dan mungkin. mungkinlah akan berpeluh. BERPELUH. menandakan anda telah membuat aktiviti kesihatan secara tidak sedar. miracle bukan. hahahantahpapelakaunehshikin (-_-")
  • seterusnya. dah takde seterusnya dah. maka. saya tamatkan rancangan saya di sini saja. mungkin di lain kali kita akan membuat aktiviti pengembaraan ini bersama2 atau mungkin saya berkongsi cerita pengembaraan saya yang berikutnya di rancangan yang akan datang. sampai jumpa...............


gambarajah penulis di dalam pengembaraannya

penulis gagah memakai baju kurung ketika pengembaraan

lokasi: jj bukit indah

tempat pengembaraan: kedai kasut

ini penulis. pengembaraan juga kah? oh tidak. tidak.
ini penulis sedang membuat aktiviti pengambaran. oyya.
penulis juga merupakan seorang model.
janganperasanlahkaushikin! ok. penulis mau baca buku
kerana sudah penat menggoreng orang (-_-")

Tuesday, September 1, 2009

criticsm

Do the very best u can; and then put up your old umbrella
and keep the rain of criticsm from running
down the back of your neck.

Thursday, August 27, 2009

saya menlipas

saya lipas?? oh. tidak2. bukan arh ko neh pun. agak2 la. neh cerita bersambungan dengan cerita semalam2. aku menlipas kudung bersama partner lab aku. entry neh nak letak gambarajah jek. dan. oh ya. aku nak ishtihar membekukan kejap blog neh. sebab rasa macam ter amat bosan dengan colour2 and background die yang ntah macam hape ntah. (hoi2. ko jangan kutuk blog aku yang indah permai neh. aku jek boleh) so rasa nak bekukan kejap untuk construction. macam la ade masa sangat. ini planning saja. tengok lah bila rajin nati. BILA RAJIN kan. ok proceeddddd gambarajah pertama:



partner lab, faiz foze yang mengade bajet rajen arh kau. haha
tapi aku mengucapkan ribuan terima kasih kat kau kerana telah
sanggup menlipas kudung bersama aku. haha

err. nampak sangat tak sedang berlakon bajet khusyuk sedang buat kerja?
haha. kata buat proposal?? apa kena mengena dengan
smiley kuning yang huduh dengan proposal? haha
memang. aku tengah tak boleh nak berfikir lagi dah.
tu yang dok gelak2 syaitonnirojim amek gamba.
paksa faiz bergambaran kejap sebelum sambung menlipas =P

tak tau dah nak kata apa

semalam macam telah dirasuk. dirasuk dengan perasaan dengki dan membenci2 dan terbenci2. bile perasaan neh datang seumpama macam dah tak hingat dunia dah. dasat betul perasaan itu. astaghfirullah. nasib baik hari ini telah neutral. itu pun kerana ada test material yang macam @%$A$@^$@(_+_!#*@$(!& OK! mesti faham bukan? tengok perasaan itu mau datang semula. mari kita tukar tajuk. SEKARANG!

ok. dah tukar tajuk. tajuk sekarang adalah. saya tak tau lah nak kata apa. (dah tulis kat atas tuh pun. baca je la balik) haa sebab saya tak tau nak kata apa dah itu yang tulis balik tajuk kat atas tuh. hahaha ok. tak lawak. bosan sebenarnya. tsk T_____T walhal banyak perkara yang perlu difikirkan. seperti proposal projek sarjana muda part 1 (aik ade part2 pulak) haah. semester ini part 1. semester depan part 2. macam dalam movie pulak ade part2. apa2 lah yang penting aku dapat A++++ untuk projek neh. insyALLAH. amin. haish. apa dah lari tajuk pulak. tadi nak cerita fasal proposal part 1 neh. semalam dan hari ini telah membuat proposal secara lipas kudung. haha. padan muka kau shikin. nape tak buat awal2. itulah! itulah masalah saya. saya malas! haish. tak tau dah nak kata apa.

tapi saya bijak. mempaksa partner lab saya pergi ke psz (library) dan melipas kudung bersama. beliau patut berasa bersyukur juga kerana saya telah mensiapkan dan mengedit (padahal copy dari journal and wikipedia je banyak) dengan kadar yang banyak. so waktu berlipas kudung tuh discuss menggoreng ayat sendiri lah. takde lah nampak sangat memplagiat (ciplak). ok. buat proposal memang susah ok. dari a sampai z kemudian ke a kembali dah akhirnya yaaa GOAL. (ok. weng sudah) =P dan akhirnya! hari ini sudah send ke prof. maaf prof lappy neh mengade mengedix menjahat men sume arh rase nak sepak terajang laju2 sampai pokok sena apa dalam baju sekuntum pokok cina. ntah ape dah jadi dah dengan lappy neh. yang pasti nak format dengan kadar segera. tapi bila? entah. aku pun tak tau bila aku nak hantar lappy neh masok spital. erm tak tau nak kata apa dah T____T tsk

perkara kedua yang nak difikirkan. nak pergi ke NUS yang dah berapa kali tunda. T_____T ikot hati makcik enon neh nak jek pergi sana berfoye2 meronggeng sakan bersopink untuk raya. haish. satu2 masalah datang. sabo jo la den. nak buek camno. tarikh dah ok. sume dah clear. tetibe passport kat imegresen plak takut tak lepas sebab takut tak sempat nak process. tak tau jugak nak kata apa dah T_____T tsk

perkara ketiga nak pergi UK. neh pun satu hal. takut gile plak aku. kecut perut neh. fasal gi UK neh malas nak tulis panjang. nanti banyak kontroversi. aku akan jawab NO COMMENT. so. jangan tanya2 aku. faham?? warning nehh. :P

perkara keempat. bila la aku nak abis study. padahal satu sem je lagi. cam tak percaya pulak. ok. lepas dah abes degree nak buat apa?? haa yang neh pun aku tak tau nak kata apa dah.

mak kata: "Kin sambung law tuh ekh" T_____T

akak kata: "Kin sambung business ekh. akak tolong ajar camne nak jadi lagi mantap" T____T

ayah kata: " .............." tak terkata haha T____T

adik kata: "jangan pergi jauh2 nati pi takde geng nak gaduh. takde geng nak ukur pi dah makin tinggi dari kakak2 pi." ampeh tol (- _-")

wan kata: "......." tak kata pe sebab die tak da kat rumah. tak dapat cuti pasal uitm dah cuti. hahaha. padan muke. ok sedih sebenarnya. jarang dapat kumpul ramai2 dah sekarang. after this lagi la. akak dah nak kawen (ok neh buat entry lain nati. luahan hati adik beradik) T____T tsk

Monday, August 24, 2009

mengapa mereka neh???


aku tak faham la. aku konpius. kenape dengan si a neh. dah lame tak message aku tetibe message plak. sebab nak barang die tuh kot. si b pulak selalu message aku tetibe tak message pulak. ekh entah lah. dua-dua pun aku konpius. haiz. ape masalah dua orang neh???


Sunday, August 9, 2009

aku malas arh

lately:

aku malas arh nak hupdate blog. walaupun aku tau aku banyak mende nak share ngan korang
aku malas arh nak kemas bilik. dah macam hape dah neh. notes bersepah2 bacenye tidak
aku malas arh nak print notes. ntah hape nak jadi dengan engkau neh shikin.
aku malas arh nak study. ntah aku tak tau lah kenape dengan haku neh. adoyai
aku malas arh nak berjalan. rase malas nak angkat kaki and berjalan. gile pemalas dah neh
aku malas arh nak basoh kain. lately memang gune mesin basuh je takde nak gune tangan
aku malas arh nak layan orang2 tak betol neh. cakap je lebih tapi buat kerja tak. hadoiyai
aku malas arh nak taip proposal psm neh padahal lagi brape week jeh nak kena hantar. ish3

gile arh! aku malas tak bertempat neh. mane boleh!!! so kena wat checklist neh. things to do seperti biasa. shikin. come on. wake up!! *slap3*

Monday, August 3, 2009

kenape kau busy sangat neh

orang selalu tanye aku, "kenape aku tengok ko busy sangat neh shikin"


orang selalu taknak ajak aku keluar sebab, "alah. kau mesti busy kan"


orang selalu taknak message aku sebab, "aku tak nak kacau kau, kau kan busy"


orang selalu tegur aku dan kata, "ekh, ko neh shikin. busy betullah"


orang selalu...orang selalu...orang selalu.
(yelah. takkan bukan orang kot yang tanye aku. uishhh. simpang empat)
kirenye ramai la orang la cakap aku neh busy. aku tak tau la nak cakap camne. ade sebab kenape aku jadi macam tu. aku neh suke busy kan diri sebab:

  • bile busy. takde mase nak fikirkan masalah hati atau kate lain personal problem.
  • bile busy. takde mase nak meratap2 mensayu2 kan diri dengan mende2 yang dapat sedihkan hati kite
  • bile busy. takde mase rase bosan. kau takkan cakap punye lah "aku bosan la. boring takde mende nak buat" (tapi apsal aku cam selalu jek cakap word tuh ek. haha)
  • bile busy. takde mase kau nak fikir masalah negara. orang dok bom sana sini. kes manohara yang gile glamour dapat tawaran berlakon. rasuah bagai. buat perhimpunan tentang ISA. indonesia lahir bayi kepala dua lagi. (ok. nampak sangat busy2 pun kau tau isu2 negara dan luar negara shikin. dan. hiburan! haha wellllll. i memang bagus ok. huk3)
  • bile busy. takde masa kau nak fikir anak2 dan laki kau tak makan ke ape ke.(ekh. pandai2 lah. diaorang nak idop. pandai la carik makan sendiri. ulat dalam batu pun boleh hidup. kedai mamak bersepah ocay) kain baju dah basuh ke belum. (neh washer machine la setelkan. apsal tanye aku pulak) kain dah lipat ke belum. (kau ingat aku bibik??!!) ok. enuf. ini statement sangat mentipu. bile mase plak aku dah kawen huh???? haha. kau2 orang kene goreng dengan aku. hahahah *tak kelakar ok* proceed.
  • bile busy. takde masa kau nak fikir perkara2 lepas yang kau rase risau sangat. contohnya. result kau yang 'cemerlang' macam #@(#*(&^(*&_)(_!!!! tuh. so ko akan lebih focus untuk mendapatkan result yang lebih gemilang semester ini. yeah!
  • bile busy. takde mase kau nak fikir macam mane kau nak rompak bank. nak ragut orang. nak songlap duit dari account bank orang kaye. nak ugut ah long *saya bukan along saya mau tolong* (iklan) supaya ah long tuh takot dan serahkan seeeemuaa harta2 die kat aku. "hahahahha. aku kaya" err. gile merepek arh kau shikin! erk ok. sume tuh sume fantasi dan imiginasi semata2. bile busy. kau akan lagi focus fikir macam mane nak dapat duit untuk future. so takkan fikir mende2 merepek dan buat kerja merepek dengan kadar yang banyak (hehe. still la ade gak. tapi sikit lah :P)
  • bile busy. takde mase kau nak menggoreng orang sangat. sebab kau tak sempat nak memblog dan tak sempat nak fikir entry yang boleh kasi orang pecah perut kepala terburai otak meletup lutut terkoyak mata terkeluar. so aku tak bersalah la sangat kay. bukan aku tak nak memblog. tapi TAK SEMPAT. ohho. cume malam ini saje. aku macam terkesian-sian pula melihat blog aku memanggil2. "shikin...kemari kau..tulis la kat blog neh..tulis la..tulis la" haaa camtu sekali aku dengar. gile horror. hahahahahahhaha. aku goreng lagi. menyampah arh ko shikin!
ok. dah menyampah??? ok. boleh bersurai sekarang.....................

ok. neh i jadi suri rumah sepenuh masa. jaga anak. masak. cleaning. see. busy occay! ok. mentipu lagi. proceeddddd

ok. neh menggambarkan macam mane i sekarang. u tak percaye?? tolong percaye. u tak percaye i humban u masuk tasik kang. takut?? sudah percaye sekarang? BAGUS! proceeedddd.

neh. ape yang i buat sehari2. tight schedule? yes!
Live in "day-tight compartments"
-Sir William Osler-

Sunday, July 26, 2009

kita perlu sehat



sekarang neh memang musim tak tentu. kejap2 panas. kejap2 hujan. jerebu bagai. orang sakit sana sini. meh2 aku nak bagi tips camne nak sehat. antibodi tuh kasi kuat sikit. cara paling senang adalah......JOGGING! senang ko kate? huh. orang paling tak suke itulah tau tak! aku tau. tapi aku paling suke cara yang satu ni lah. heh? ko neh memang pelik lah shikin. takpe. aku tahu aku pelik. but i'm proud to be me. aku kalo dah nak start demam jek. alah. cam rase tak sedap2 badan. rase badan tuh sengal2 lah. sakit2. kepala dah pusing2. cam virus dah mule nak serang. aku pun ape lagi. mulekan serangan juga. hehe. iaitu dengan berJOGGING. yeahhhh


hari..err hari ape ek. aku tak ingat plak bile aku jogging ngan mamat dua orang neh. hari2 yang lepas lah. aku telah berjogging bersama mereka. siapa mereka neh?? mamat2 mane neh?? sampai dua orang ko sapu. ekhhh. tengok kaki arh. kaki aku neh yang terbaik lah. (err ape kena mengena ngan kaki?? wutdehel) ekh jangan salah paham. jangan. jangan. mereka itu adalah bodyguard saya. fusyo! pergi jog pun ade bodyguard. kan dah cakap. see the leg la beb. haha! ok serious shikin. ok2. mereka ini kawan2 rapat saya. kire diketegorikan begitulah. setahun berorganisasi bersama mereka membuatkan kami rapat seperti adek beradek. mereka adalahhhhh tidak lain dan tidak bukan.....*drum rolls* aish drama queen lah ko shikin.


ok2 mereka adalah fifie dan zaki. saya mengenali mereka ketika berada di tahun satu lagi. sama2 berorganisasi dalam jawatankuasa kolej mahasiswa. kolej rahman putra. pada hari tersebut. tidak berapa nak dirancang kami semua telah sepakat untuk berjogging. maka kami pun berjogging lah sekitar utm. aku sangat gagah ok. berjogging bersama dua orang jejaka. bukan senang tahu! haha. berjogging start dengan ke ktr kemudian ke ktho seterusnya lingkaran ilmu. fusyo! hebat2 *clap2* penat2 tapi seronok. huuu \(^_^)/

ok. kale kuning. fifie. ketika ini, beliau baru lepas mengeluarkan satu statement.

beliau berkata kepada aku, "weh. jogging hari2 tak elok sebenarnye".

aku dengan semangat jawab. "btol. btol. btol" (dengan harapan memang betul lah ape die cakap tuh. kitaorang baru je bual2 pasal kesihatan. so aku mengiyakan la statement tuh dengan yakinnya)

tetapi...fifie jawab balik, "yela jogging hari2 tak baik sebab nati banyak baju kena basoh".

mereka terus ketawa berjemaah. ok! aku terkena di situ. ampeh tol....



kale biru. zaki. ohho. maaf kawan. muke kamu tidak jelas. tiada kesempatan mau ambil gamba muke kamu penuh2. mungkin lain kali. ohho. masuk dialog antara aku ngan zaki pulak. beliau memberi sedikit nasihat yang berguna pada aku. yelah. orang sedang patah hati. sedang mahu melupakan seseorang kan. so memang bergini lah. cerita sume berkisar tentang masalah hati. :P


"biar kita kejar cinta dan cita-cita yang BESAR, jangan kejar cinta dan cita-cita KECIL"


ok. sangat puitis di situ. aku lampi (lambat pick up) sikit ketika itu. mungkin kerana kepenatan.


"err. aku tak paham ar zaki. ulang balik" *muke blur*


beliau mengulang ayat itu sebanyak 5 kali. hoh. memang lampi la ko shikin. hehe. aku suro beliau define BESAR dan KECIL itu balik. ok. setelah diberi penjelasan yang panjang lebar. baru faham. haha! ok. insyallah. aku akan kejar cinta dan cita-cita kepadaNYA dulu baru yang lainnya. :)
ok. ini power rangers merah. hoi2 korang jangan gelak. mamat dua orang neh gelakkan aku. muke aku merah lepas jog. memang la kan. it's normal. diaorang kate. "dah la pakai baju merah, muke merah. haha. ko memang power rangers merah". (aku selalu gelarkan diri aku power rangers merah ngan diaorang ekceli. sape carik fasal ngan aku. aku fire. cam otomen la plak dah. hehe)


kesimpulan dari cerita di atas: kita perlu sehat dengan berjogging memakai baju warna-warni. seperti kuning. biru. merah dan seangkatan dengannya. (err. wutdehel??)

Saturday, July 25, 2009

i had a boring day

yes! i had a boo0o0oring day today. n i found an activity to cheer up my day. melukis! yeay!
OK. it's sound sooo childish. tapi takpe la kan. as long i'm happy with it :)


ok. hanis just cal me. shes sound damn bored to. so! ape lagi gal. jom keluar!!! i memang outdoor punye person. memang tak melekat kat bilik. rase bosan gile k. nasib baek la ade internet neh. kalo tak. kompem takde kat bilik. but then kesian my ro0m8. she seems understand my perangai yang mengade neh. i am an active gal. nak wat camne. tapi kalo bab belajar. adesss. nape la liat sangat. ok. yang satu neh pun i akui. memang malas nak belajar. tapi bile dah belajar sume orang tegur. they always say this: "hushhh. shikin study seyh. mesti pasni score gile" huh. apsal plak. i tak study salah. study pun salah. orang selalu give high expectation on me. i neh an ordianary person kay. tak la bijak mane. (tapi genius. haha!) tp serius my result biase2 je. tapi budak2 neh slalo tanye camne i boleh maintain kan result and at the same time busy ngan activities. huh? ya allah. result aku biase je la. tak la dean list ke ape ke. alhamdulillah la. still can be proud of. tapi aku tak puas ati. still rase result teruk!! aku memang tak masyuk bab2 education neh.


tuh memang kelemahan aku. tak pernah terlintas dalam otak or mase kecik2 dulu. when people ask me what is your ambition. i always replied, "Nak jadi businesswoman! nak jadi manager!!" ok. it's sounds funny. tp it's true kay. i memang nak jadi that person. tapi since i dah terjun dalam bidang science and my dad cam suroh teruskan. pernah dulu. i told my parents that i wanna take the accountancy course. and they said, "Kan kak Nurul dah amek account. kin amek la sains or engeneering." what i just can say is OK. tapi betul jugak. i didnt have the basic except mase skola2 dulu. ala subjek kemahiran hidup kan ade blaja account sikit2. based on that je memang la my reason to take that course tak kuat. so kena terima lah. memang my destiny kot nak amek science neh. haa satu lagi. mase kat matrix. dapat tawaran pergi monash uni kat aussie. serious excited gile time tuh. memang dah belajar. memang carik all the books that related to law. tapi. bile i dah start belajar dengan budak2 yang amek that course cam tak bes la pulak. cam tak boleh masuk. tak tau kenape. then i buat istikharah. n i dropped dat course. sambung matrix balik. sory mak. i cant. tapi sekarang i dunno why. cam rase nak amek balik law. rase cam nak sambung balik. but i guess its too late...

Wednesday, July 22, 2009

tiada perkataan yang dapat menggambarkan

fulamak! title N3 cam jiwang karat. haha! actually saje nak bagi gempak. (ok.alasan. takde idea sebenarnye nak tulis title N3 pe :P) erm. dah lame tak memblog. rase tangan neh da cramp and otak pun rase cam dah beku sangat nak keluarkan humour2 dan idea2 bernas serta bijak. cume yang boleh ditulis dalam blog neh cume luahan hati dan rasa. haha! what else to do. memang tak tau ape dah nak tulis. korang tak nak bace? tak nak bace sudah. bace 'pengkepala' aku tuh balik. paham? bagus! haha

ok. lately terfikir ayat neh sangat2. kawan aku sebut depan aku tuh ari. tetibe terfikir pulak and post shout kat facebook. nampaknye memang hot gile shout tersebut. haha.
"It's hard to forget your first love rite?"
neh yang aku shoutkan kat fb. so peeps wut do u think? same as mine? my opinion: memang susah pun memandangkan for the first time kite berchenta kan. lumrah la. if ade jodoh alhamdulillah la kan. if takde nak wat camne. tak kan nak nanges menonggeng2 kot. takkan nak commit suicide. nauzubillah. takkan nak cry me a river. (err. ok. ini aku pernah buat :P) takkan nak frust sampai bile2. life must go on. ramai lagi yang sayang ko. family. kawan2. dan family. dan kawan2 lagi. err dua je? ape yang banyak? kire ramai la tuh kan. so takyah nak susah2 hati sangat. happy2 je k. the most importante! ingat DIA yang di atas sana tuh. die akan aturkan segala yang baik untuk kita. hanya percaya. mase itu akan tiba. bila? nantilah dengan penuh sabar. sabar itu separuh dari iman. jangan harapkan seseorang yang perfect untuk diri kita. sebaliknya. fikirlah sudah perfectkah diri kita untuk seseorang. renung-renungkan dan selamat beramal.

Sunday, July 19, 2009

great day of mine

yersterday and today was a great day of mine. kenape? sebab. my presentation about the delegation depan tnc. accepted. kire berjaya la. yeay! alhamdulillah. and today plak. pergi teater muzikal kat rtm johor. bes! tapi lagi bes watching musical theater kat IB la kan. of course! :P tak de idea sangat nak tulis. so nak bagi gambarajah yang ade je la k. esok2 akan membebel lagi perkara2 yang dibuat seharian.






aiskrim goreng yang shedap!!!!

Thursday, July 16, 2009

i'm not in the mood of blogging

say NO to blogging!! i'm just not in the mood kay. i'm lost of words. i've got tones of work to do. it's normal. final year. rite? busy. but still having so much fun flirting around with my besties. shopping! makan2 time! with my basketball team. training. went to the class on the morning. blablablablablablabla. ive told you i'm lost of words. duhhhh *headache*

Wednesday, July 1, 2009

aku penat

takde mood nak blog ketika ini. eleh. tapi ko blog jugak shikin. ekh suke aku lar. aku punye blog. ok. tak nak kecewakan pembaca sebenarnye. readers aku akan ternanti2 nati. alah. takdenye diaorang tunggu N3 ko. perasan je arh ko neh shikin. ekh. yang ko dengki sangat neh pehal hah? suke aku lah. shuh2 keluar kau. tak nak bace sudah. err. ape aku merepek neh. ohho. ok. otak tak stabil. mood swing2 biase lah merepek macam neh. neh baru sikit jek. ini sume disebabkan tekanan perasaan. hah?? ko gila ke shikin? hoiiii. choiiii. mane ade. tekanan perasaan oleh sebab kerjaan la.

  • kerja kat lab yang tak abes2 n result macam @*^$&^%#)()_*%^*&@%
  • kerja ketika orientation week
  • kerja tido yang tak cukup sebab buat kerja kat atas
  • kerja men game sebab tension dengan kerja2 kat atas
  • kerja kacau orang kat lab sampai kerja tak siap2. ekh. neh tak buat pun. kadang2 jek :P
  • kerja kacau orang kat bilik mpp. lagi2 kacau ain. ain!!! berdiri jangan duduk. haha. (ain neh comel sangat sampai kalo berdiri kat dewan senat macam die tengah duduk. padahal berdiri. p/s: ain. jangan mara. aku dah puji ko comel tuh. haa. jangan marah kang makin pendek :P)
  • kerja...
  • kerja....
  • kerja...
  • lalala hari2 kerja. bosan dengan kerja. err. ini lagu okay.
  • .....
  • .........
  • ok. aku goreng jek tuh. takde banyak sangat kerja pun. tak boleh nak memblog lately sebab busy dengan orientation week. dari pagi sampai malam ade kerja kat Dewan Sultan Iskandar tuh. alu-alukan VVIP. cam TNC. NC. Menteri dari KPT. err. tetibe teringat appointment dengan TNC. alamak! aku kena jumpe PA die wat appointment yang die suruh tuh ari. ok. nampak! sekarang aku tetibe ade kerja nak kena buat. ok. bersuraiiiiiiiiiiiii

Sunday, June 28, 2009

saya di tag!

Oleh kerana saya telah di tag oleh en fahmi mubarak aka syafie al-insafi. maka saya dengan separuh rela (oh. bukan apa. sedang tidak berapa bertenaga ketika ini :P) membuat perkara di bawah ini :P

Perkara-perkara yang perlu anda lakukan adalah:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu warkah nie pun tak apa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu, Insya Allah.
[amal_islam.jpg]
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih dari jumlah tue lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon yang terpilih adalah seperti berikut:

  • Risha rum8
  • Kak Wani Mpp
  • Kak Nadia Mpp
  • Cik Rye clasm8
  • Amy Fotografi
  • Aishah Jco!! haha
  • Amir Jkm
  • Aliah my besties
  • Saifa my besties
  • Yana my besties
  • Zaki Mpp
  • Aimran Mpp
  • Zaki JKM
  • BO Mpp
  • Acad fotografi
  • Milla INTEM
  • Belle INTEM
  • YT coursem8
  • Pqah Kelab Iqra'
  • Zett Ozleen Oxford UK
  • diLL Konvo :P tak tau nak letak description pe
  • Kina JKM 09
  • Kak Zara Rox :P

saya wat list neh berdasarkan follower dan juga yang terlintas. ternampak. terpikir. tiada unsur2 ranking di sini. maka jangan. diulangi JANGAN anda sekali terlintas. mahupun banyak kali terlintas contohnya: "Ekh. nama aku kat bawah arh. so aku neh sahabat shikin yang last2 lah ekh" contohnye la. tidak. tidak! saya tak meletakkan nama anda di atas atau di bawah disebabkan anda sahabat saya yang utama atau yang last. itu hanya lah list. anda SEMUA adalah SAHABAT SAYA dari awal hingga lah ke akhir hayat. haa. tambahan. senarai ini di buat adalah kerana anda semua blogger. ada ramai lagi sahabat saya di luar sana. tapi... nak list kan dalam neh. mereka tiada blog, maka tak bley la nak forward balik. seperti syarat ke-2 tuh kan : Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Sekian. itulah sebab2 muncul nya list ini. maka. haa. ape lagi. kamu2 yang dah di tag tuh buat la perkara sama kay.erm jika. if. kalau. saya tidak berbuat demikian bagaimana? ohho. jika tidak berbuat demikian?? tidak mengapa. saya tidak kecil hati pun. saya neh bukan sahabat anda pun kan. so tak yah la susah2 kay (ok. anda unsur sindiran di situ. haha) takde lah. gurau saja. saya paham perasaan anda. anda tidak suka jawab soalan tag. bile nampak saja perkataan: anda di tag! dalam hati. oh tidakkkk. malasnye nak jawab. tapi sebab nak jaga hati kawan. jawab lah jugak kan. tapi ada segelintir yang suka jawab bile di tag neh. mungkin ketandusan idea nak post N3 kot. mungkin lah kan. andaian saya sendiri saja. err. okay sudah melalut. saya memang begini. selalu tergelincir dari tajuk. ekh. takde la tergelicir sangat. ade lagi unsur2 seperti di tittle. saya di tag! ade la unsur2 tag. arh shikin neh. malas arh nak layan. asyik nak menang je bile cakap. ekh memang la. saya mane bley kalah. saya kan genius mius. orang macam neh memang nak menang je. kalo ade kelemahan diri pun kena tutup dan salahkan mende2 sekeliling. ingat tuh. penting! karpal singh selalu buat macam tuh. sebab tuh die jadi lawyer terkenal. ok melalut lagi. sume bersurai nati shikin makin merepek. bersuraiiiiiiii

Thursday, June 25, 2009

pasrah

aku dah cuba. cuba membaiki keadaan dan cuba selamatkan keadaan.
tapi usaha aku sia-sia. kau EGO.
kau tak pernah nak mengaku salah. pernah kau fikir pasal aku?
cukup lah atas segalanya. aku dah penat.
dah penat untuk berpura-pura antara kau dan aku tiada kesudahannya
biar lah mereka di luar sana menilai sendiri
biar lah mereka berkata tanpa henti
biar lah mereka...
kerana yang pasti. aku di sini. hanya menanti
menanti sesuatu yang belum pasti
tapi yang pasti. Allah sentiasa di sisi

Monday, June 22, 2009

masterpiece


ehem. bismillah. arini cam sakit2 tekak plak. banyak sakit plak arini neh. gastrik tengah hari tadi. pastu saket pale. fenin2 lalat. neh sakit tekak plak. hoho. dugaan... takpe. bia kan sakit tuh melayan perasaan die sendiri. jangan layan die sangat. kang naik lemak. bia arh die tuh. mengade2 tol. err. apakah? (ok. merepek sudah)

N3 kali neh adelah berbentuk masterpiece. idea yang diberikan oleh miss lightofDaprincess. idea bernas! i loikeeee. eheh. ok. gambarajah2 ini sume diambil ketika belajar koQ fotografi. aku upload mane yang larat je la kay. banyak kot. :P



neh nak test aperture












tasik utm!!!! hhehehe.


aimi n aku yang cute. haha.
sape aimi? nak tahu? bace nostalgia 2 :P

aku ske gle gambar neh. ley wat cover album. haha

ek ekhh. sape neh. comelnyeeee pegang windmill. hahaha

ok. itu saya. mane? depan skali tuh la. sedang pegang lolipop. nampak org yg sedang pegang windmill itu pula? hah itulah budak tiga sepuluh ringgit yang saya cerita dalam nostalgia 2. haha




err. ini akar pokok. pokok ini akar. akar pokok ini *_*

ok. boleh jadi photgrapher perkahwinan neh.

kakak aku pun sedang sebok membridal. akak! hire me! haha

err. ini pula ape? itu model lah! model mpp. hahaha.

p/s: ok. penat. mau rehat. tidak cukup tidur kerana susah nak tidur lately. x_X