Followers

>

Saturday, May 30, 2009

miss you too. 3. 4 n 5

short N3.
i miss u too dear.
sorry. i damn busy rite now.
can't text u (never i guess :P)
but at least i've phone u last 2 day
we've been thru tough years
firstly. become besties in MHS.
a coursemate. then a ro0mate!
2 years. we've been fightin. argue. laughin. cryin.
all the sad n happy things.
love you even more.
YOU ARE THE BEST GAL!

Thursday, May 28, 2009

makanan hati

saya (arini neh rasa nak jadi budak baik. eceh) terpanggil untuk membaca sebuah blog yang ramai followernye. beliau sememangnya hebat dan terkenal di UTM. tapi tidak perlulah saya mengwar2kan nama beliau di sini. cukuplah sekadar saya menyatakan saya suka membaca blog beliau. saya juga terkesan dengan satu N3 beliau yang menyatakan. tidak kisahlah blog kita ini fasal apa. personal kah? saje2 kah atau apa sahaja. tapi beliau menyatakan. alangkah baiknya apabila sesudah kita post N3 selitkanlah dengan suatu tambahan ilmuan. atau dengan kata lainnya pembaca blog akan mendapat sesuatu yang bermanfaat dari blog kita. mungkin sedikit informasi. pengetahuan tambahan atau yang sewaktu dengannya. ok. cukup ayat yang sungguh bermotivasi di atas (hah. ko ingat aku tak boleh post N3 yang berciri Dr. Fadzilah Kamsah ke hah? haa terbeliak mate. haha)

ok. proceed. maka, saya akan berkongsi dengan anda sedikit makanan hati hari ini terimalah (erk. ko ingat neh konsert ke hape??)

Sabda Rasulullah saw "Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim)

renung-renungkan dan selamat beramal :)

Monday, May 25, 2009

aku dilema

sepanjang minggu neh aku sangat teramat busy. banyak kerjaan perlu diselesaikan. masalah hati lagi. arh. tuh tolak tepi. syuh ko. shikin sangat tabah ok. haha. erm. nak cite jugak. :P aku tak tak paham diri sendiri. apa yang aku tau belum masanya untuk aku fikir tuh sume. ekh ye ke belum masanya? erm. entah la. tuh la yang aku kate dalam dilema. ada paham?? haa. dilema2 neh. ades. tak suke arhhhhh. tuh yang nak ignore. tapi tak boleh. tak terdaya. tapi bile kite busy dengan kerja2 yang mendatang so mende2 tuh sume tak jadi difikirkan. tuh yang bagus. okeh. sekarang memang takda mau fikir sangat. so. one way to stop worrying is keep yourself busy and then you don't have time to think about it. great. get yourself busy then shikin!!









tapi. busy neh menyebabkan aku takde mase untuk diri sendiri. kawan2 tolong la ajak saya pergi berlibur untuk mengubat hati yang kosong. empty. dilema.

Sunday, May 24, 2009

weirdo. pelik. bizarre

dah lame tak memblog. mesti kamu-kamu rindu saya bukan? haha. cakap rindu cepat! err. tapi saya malas kurang kerajinan untuk mempost entry. tidak tahu mengapakah. emosi swing2 lately. maybe. atau mungkin kerana membusykan diri untuk melupakan masalah. BUKAN lari pada masalah. tetapi MELUPAKAN. ya! melupakan. emm. word sesuai: melupakan. (masih was2 pada word tersebut. sesuai kah? arh. apa-apalah)

saya sudah ambil gambar secara pukal ketika menghadiri konvensyen mpp ipta 2009 iaitu pada 15-19 mei yang lalu. bertempat di universiti tun hussein onn, batu pahat, johor. hoi3. apsal ayat skema neh! puh-lease la shikin. hehe. asyik buat ayat muthu je. sesekali buat ayat skema la pulak.

dah. takde idea nak tulis pe. nyampah arh ko shikin. baik takyah tulis. ekh. suka aku la. aku punye suka la. suka-suka aku la. bace pengkepala aku tuh balik! haa. ko paham? bagus. out!




mana gamba secara pukal? err. adalah. malas mahu upload. lain hari mungkin. bila? tak tahu. ikot mood. nak tengok secara pantas? sila jadi kawan saya di facebook. sudah download itu sume gambarajah di sana. see. ayat muthu sudah keluar. keluar kau!

Thursday, May 14, 2009

aku sedey tahu??

sedey. tapi air mata tara mahu mengalir.
die bergenang2 saja.
sudah puas pujuk suro turun.
tapi dia tara mahu juga.
mungkin belum masanya.
i noe i'm tough enuf 2 face it.
it's what i'm expected.
so face it SHIKIN!!!
u go gal!!

Tuesday, May 12, 2009

creative

gile buhsan arh arini. sumpah buhsan. takmo ah keje dok terperap dalam lab. tak jumpe orang. gile boleh mati kebosanan aku. sumpah bosan. haish. ape men sumpah2 neh. err. ok2. gile bosan! bosan. boring. damn bored. tahap karma kuasa lapan belas punye bosan. haa. ko boleh imaginekan tak betapa bosannye aku hari ni?? seb bek la adek aku si wan tuh balik uma arini. memang penyelamat la ko bro. sayang ko. and he bring his guitar along. lagi laaa aku sayang ko lebey. lebey. lebey dan lebey. so malam nih aku dok keje menplurkin (err. betul ke eja camni. arh bantai je la :P) guitar je la. dah lame tak plurkin. gile keras jari. neh dah lembut2 balik dah. hoho. erm. dah sakit2 jari men guitar. sekarang nak g wat keje yang creative and innovative plak. menggunting old2 magazine and menampal2. hoho. terase back 2 zaman kanak2 plak. tapi sheronok...meh. aku bagi contoh. aku nak wat camni






gile bes!! jom wat keje C.R.E.A.T.I.V.E

Sunday, May 10, 2009

saya yang degil

today is a longggg n tired day. penat woo. g mengemas barangan kat kolej. hehe. sape soh tak kemas awal2. pdan muke. actually tinggal angkat2 je. tuh ari dah kemas dah. :P then balik uma kena angkat balik barang yang dikemas tadi. duhhh. damn exhausted. ntok menghilangkan kepenatan dan kepanasan. kite main airrrr. yeahhh. basuh kereta. wash d car wif mak. weee. mak pun men air same. haha.

malam plak. sangat buhsan. padahal banyak kerjaan. banyak kerjaan tuh adalah nak fikir pasal UK delagation programme tuh. damn! bile fikir je pasal tuh. all the worries comin. shuh2. aku tak skeee. arhhh. tuka topic!

ok. baru je tadi grab kunci kete and drive thru kat mcD. si kechik yang da besar (refer to my lil bro: form 2 dah kay) nak sangat choc sundae. we've ordered choc sundae n oreo mc flurry. yummy! err. yana. sorry. dah 'ter'disobey your nasihat. huuu. :P


sory. quality gamba sgt poor. fon murah la katekan. :P
si kechik sedang siap2. comb his hair. haish. lambat tol. kalah pnpuan bersiap
peh. pi dah tinggi dari kak skin. takle jadi neh!!

"pi, meh amek gamba b4 g drive thru.
ada bahan sk8 nak blog"
"aik. hari2 mesti tulis blog ke??"
"hehe. mestilah. orang takde keje la katakan"
takde keje?? sape kate?? akulah. :P

mentipu yang baik

i luv u
i luv u
i luv u
i luv u
i luv u
i luv u
i luv u
i will say this 3 words to you. hundred times. million times.
but this words. still doesnt enuf to show how much i luv u
i know u felt upset o a bit upset
wen on ur birthday. all d family members didnt wish u earlier.
until i break the record. wuhuu. i am the 1st person dat wish u. ive called u:

"happy birthday mak. sorry lambat wish. kire awal lagi la kan. pagi. hehe. semalam tunggu sampai kol 12 tapi mak dah tido awal. xnak ketuk pintu. nati kaco mak nak tido"

u said: takpe. paham. sedey jek pagi tadi before g keje. takde sape ke nak wish bday mak arini. sume tak ingat ke?

i said: ekh. bukan tak ingat. ilang ingatan kejap tuh. hehe. papepun happy birthday mak yang ke 48 tahun. semoga panjang umur and murah rezeki. aminnnn.

u said: terima kasih. aminn.

i said: mak. birthday mak kan. jangan lupe blanje ekh. (haha. sempat lagi tuh)

u said: haa. boleh2 (dengan nada gembira and separuh gelak)

oleh kerana perasaan yang sedikit serba salah. from her words and nada die yang sedey. "takde sape ke yang ingat birthday mak". err. dats make me feel horrible. and ape lagi. jadi plan maker la. again. call akak. text wan. balik uma plak. mintak ayah berlakon jap. n minta adek share skali. plan beli present ntok mak la. huu. beli birthday present neh pun lambat sehari. sume busy dat day. because 4th may on monday. aku baru start internship. ayah busy preparing his interview. a tough n busy 4 d whole month.

me: mak. arini birthday sorang kawan LI (latihan industri). nak celebrate birthday die. nak g CS malam neh. bli barang and tgk muvie kot.

mak: haa. k. jangan balik lambat sangat. awak tuh anak dara. blablabla.

me: tau. saya anak dara lagi n perlu balik awal. tak baik anak dara kua malam. kin tau mak. ok2 g dulu k. (malas nak cakap banyak. kang lagi kene tipu banyak)

mak: ekh. kate celebrate bday die. tak bli present ke??

aku: err. haah ek. takpe2. kin ade dwet. nati blanje la die ape yang patot.

mak: camtu plak. haa k. neh dwet. wat bli present. bli2 barang. tak pun dwet isi minyak.

aku: err. *sambil amek dwet* (pulak. aku nak belikan die present. mak aku plak bagi dwet soh bli present. terpaksa menipu. ekh. bukan tipu. bukannn. nih bohong sunat namenye. hehe)

haa. neh hasil pergi menipu mak tuh ari. takpe. puas ati walaupun mentipu secara baik







seb bek ade lovely lace. shayang lovely lace. muah!

pesanan dari penaja: thx to mr bodyguard. walaupun tak membantu langsung memberi idea membeli hadiah. lepas neh. tarok dalam portfolio bodyguard. mesti tau sume2 neh. W.A.J.I.B haha. sape terase angkat kaki!!!

hilang akal

hari ini sangat mengujakan. pergi shopink bersama rakan. ya! yana again. kali ni. saifa tiada. kerana apakah? kerana her aunt just passed away. (baca dalam nada sedey) takziah for her. ok. (ceria balik) erm. so kami duaorang saja yang bersopink. dating 2org saja lah. hoccay. story bermula. pkul 12pm. pergi utm n fetch yana. before pergi. telah menggoreng menggorengkan adek dengan 5 ketul ayam crispy dan bagi die makan. sian die kelaparan. (err. perlu ceritakah??) after fetch yana. tros pergi ke JJ bukit indah. weeee. tak sesat kali neh sebab tuh ari dah hampir tersesat tapi nasib baik ade bodyguard. tenkiu pakcik bodyguard. siape yang terase senyap2 suda :P

then sampai JJ bukit indah. 1st thing yang kitaorang buat ialah... ya! MAKAN!! lapa2. haha. lunch time! jalan kat food street tuh. tak tau nak makan kat mane. nampak old town. ajak yana. yana tak nak. nmpak boston. pun yana taknak. tetibe nampak taiwan restaurant die soh masok. err?

aku: yana. ko bia btol. ekh. takmo lah. name pun taiwan kan?
yana: tuh ade orang melayu tuh
aku: diaorang bukan makan makanan kat situ. diaorang order ice cream n makan. ice cream boleh la. ko nak ke?
yana: tak nak. ok. NOKTAH. jalan lagi.

yana: haa. ade KFC. jom makan KFC je la.
aku: ok settt. aku ok je
yana: tapi aku nak nasik la. tetibe ternampak depan KFC ade kedai BBQ chicken reataurant.

yana: erm. weh. neh ade nasik. belek2 menu kat lua restaurant
aku: haa. cube tengok main menu die ape. haa. chicken rice. sett. ok la tuh. tapi neh tak termasuk ayam tau. nati nak ayam order len
yana: nasi. 3.00 ok la. belek tengok menu ayam.
yana: huh. 15.00 ntok 2 ketul ayam??. tak nak la. baik makan KFC! lagipun ko bukan ske ayam sangat kan
aku: aah. tapi aku tak kesa. makan mane2 pun ok je. KFC aku makan burger la
yana: haa. makan KFC je la camtu tarik tangan aku masok KFC

order KFC. yana: sneak plate. aku: zinger burger. yummy. nak order sundae tapi yana tak kasik. sebab nati aku senang batuk. BUT. dalam order ade air pepsi yang berais. ops. i did it again. baru nak cakap kat abg KFC tuh.


aku: bang. tak paaaaa. tak sempat nak cakap. die dah push button pepsi tuh pun. and air pepsi dah filled in the cup with ice cubes. duhhh

lepas makan kitaorang solat. then... shopping!!! serious lame gile melilau. aku la neh. huu. g survey sume tempat baru aku beli. aku rase aku dulu tak camni tapi tak tau la sejak bile jadi camni. g survey sume tempat. then. dah puas ati baru decide nak bli ape. sorry yana. memang penat ko layan kerenah aku tadi. i owe u a lot. muah2 kat ko. thx bagi comment. cadangan. pandangan. sume2 lah. tapi aku dah terilang akal sebab kau jugak lah. lain yang nak beli. lain pulak yang dibeli. aku memang dah terilang akalllll. barang2 yang dah terbeli sebab aku ilang akal:


terbeli satu beg. hahai. aku nak bli beg len.
pastu terhasut oleh yana n promoter ntok bli beg neh
jusco nga ade sale. murah2. beli2. jangan tak beli. 5o%. 70%
jika anda pembeli yang bijak beli time ade sale. beli2 murah2.
(aish. bley jadi promoter aku neh. tak pun ganti siti jadi duta jusco. haha)

jam vincci!!! damn. neh memang ilang akal. nak g vincci. bli wedges. tapi len plak yang bli.
wedges vincci tetibe tara mengoda aku. jam ini lagi menggoda.
yana. jom2. mek gamba. dlm toilet pn jadi la.
hoi2. apsal wat muke camtu. amek gamba balik.ok. kali neh dua2 amek gamba
buekss. hoi2. orang nga solat. die sebok2 amek gamba.
kua skunk!!! kuaa. outtt!!

Friday, May 8, 2009

F.R.I.E.N.D

A Friend I Can Count On
When troubles come a callin’
As those gremlins often do,
And my spirit keeps on fallin’
Till I feel low down and blue…
When I look around for comfort,
Someone quickly jumps to mind,
One who always will support me,
And whose words are always kind.
Who will make my mood feel lighter,
Who’ll help beat my troubles back,
He/She makes the sun shine brighter
And gets my spirit back on track.
Who helps the road seem straighter,
And helps me get around each bend,
Who makes each day seem greater,
And that someone is you, my friend.
By Joanna Fuchs

dedicate to my bestest buddies:
yana. saifa. aliah. evin. mira. alia. aishah. ely.
risha. wani. ana. cik rye. vicky. yon. mika. etc.
name who doesnt listed.
jangan kecik ati.
nama anda tetap di hati. :P

Tuesday, May 5, 2009

2nd day

warning: ade short2 form yang aku gune dalam N3 ni. if tak faham sila lah google. jangan malas2 nak pandai kene rajen. haha

ok. aku nak mengpost N3 pasal latihan industri lagi. korang jangan la bosan yerk sebab aku terpaksa! hari2 yang mendatang aku kena lalui dengan terperap dalam lab je. wuu. tak ske. aku ske keje yang jumpe2 orang. ades. mati kebosanan aku. tapi aku rase seronok gak. semangat nak run.lari. sample2 yang datang dr company2 lua tuh. rase cam chemist sejati la plak. eceh.

hari neh. aku sambung wat IC (ion chromatography). pastu belajar mende baru lagi. DOC and BOD. neh cam complicated skert. yela baru wat arini. lame2 rase senang la tuh. huuu. and then. tinggal nak belajar TSS and alkaline (pH). run sample from SAJ (syarikat air johor)

welcome2. sila masuk. masuk2 jgn malu2. wat macam uma sendiri
presenting.....*drum* 1st group: aku n lab partner. murni.
2nd group: nazmi n faizuan3rd group: vicky n faiz foze4th group: raihan n yanti
nih alat ntok BOD. nak test kandungan oxygen yang ade dlm samplenih sample yang kitaorang run ntok IC. carik concentration of MDEAsample yang baru dapat tadi. so kena uji COD.BOD n TSS serta OGnih instrument IC (ion chromatography) huh. pecah kepalo den nak paham instrument neh same juga seperti di atas. keterujaan ntok mendalami hati IC tu yg letak 2 gambar. i lap u IC!

Monday, May 4, 2009

internship

hari ni 1st day internship day aku n rakan2. rakan2. apakah? yerp. ramai tuh kawan2 aku yang same internship neh ngan aku. 8orang sume skali. tak tau la nak kate gembira ke. bes ke. bosan ke. seronok. ntah. setakat neh. ade la teruja2 skert sebab dapat handle instrument kat lab tuh sendiri. tuh pun dalam proses pembelajaran. banyak lagi yang nak kena belajar. sempat ke 10 minggu???

serious penat gile. maybe sebab aku kurang tidur. or i can say. memang tak tidur langsung semalam. can't sleep la hayyoh. tak tau la nape lately susah nak tido. tido2 ayam. ayam pun tidur. aku neh yang manusia plak yang tak tidur. ok! merepek suda. next. mau tunjuk gambarajah saje. takde mud nak tulis N3 panjang2.

task 4 dis week. ok. shikin. ganbatte ne!!!




Sunday, May 3, 2009

i damn FOND dis book

"Acceptance of what has happened is the first step to overcoming the consequences of any misfortune" Elizabeth Connley, of Portland, Oregon
from How To Stop Worrying And Start Living by Dale Carnegie

kampung halaman

tadi petang balik kampung. kampung blah mak. kat batu pahat. atau lebih specific. parit haji salleh ros, parit raja, batu pahat. bertolak g kampung lepas balik dr hang out ngan mereka2. siapa mereka2 tuh?? haa. jeng2. neh akan diceritakan di N3 lain. skunk nak cerita chenta kepada kampung halaman. hehe.

sampai2 kampung jek. salam Pak Din (adik mak) pastu salam nenek. muaahhh. cayang nenek. pastu bual2 ngan nenek. aku shayang nenek sangat2. kecik2. nenek la jaga aku. aku ingat lagi. kecik2 nenek jaga aku n akak. duduk ngan nenek n arwah atuk. duduk kejap2 je la. sebab. sebab aku tak ingat kenapa. tapi yang aku pasti nenek n arwah atuk ade pernah jaga aku n akak. bes. duduk kampung sangat bes time tuh. aku suke sangat. sebab:

* aku dapat manje2 ngan nenek. nenek sayang aku. nenek suke ajar aku nyanyi lagu jepun (suke2)
* boleh men lari2 kat ladang getah arwah atuk. kacau2 arwah atuk. pastu nati kena marah. tros senyap n wat2 majuk. hehe. nati atuk pujuk
* pastu dapat men beskal atuk. beskal antik tuhhh. moto atuk pun antik tau. aku ingat lagi no plat die stat ngn JA. haa. lame gile tuh.... moto neh la banyak jasa ngan die sampai di akhir hayat die. bersama moto tu jugak. isk3. (apsal N3 jadi sdey neh. teringat kat arwah atuk...isk3)

* time raye dapat men bunga api kat laman yang luas. men ngan kazen2. arwah atuk sayang kitaorang. die wat kan pelita tingkat2 pakai buluh. creative sangat. teruja gile aku time tuh.

* haa. ade lagi. suke g ladang getah. redup je. kutip biji2 getah pastu pecahkan kulit getah. kulit ke?? alah yang luar die tuh la kaler coklat2 itam. yang keras tuh. pastu kite men lastik2 orang. haha. bes2. pastu kena marah ngan arwah atuk sebab aku men ganas cam lelaki. dah tu?? nak men masak2? pondok2? barbie? eee tak bes. haha

* main kat parit!!! bessss. men tangkap ikan. masuk selut. pastu kena marah lagi ngan arwah atuk. haha. nakal2. aku memang nakal. hehe

* pastu. ishhh. macam2 la ley wat kat kampung. tak terkira besnye..

tapi... tuh sume dulu. sekarang. da len sangat. sejak arwah atuk takde. takde sape nak jaga ladang getah die. dah semak. pak Din aku pun tanam kelapa sawit. kawasan lain dah kena tarah. buat uma. Pak Itam wat uma kat depan. Pak Din wat uma kat belakang. uma lama nenek n atuk takde sape tinggal sejak banjir beberapa tahun lepas. aku sedey. sedey sangat. sebab banyak kenangan kat uma tuh. aku nakal2 kat uma. kat situ la aku kena anta. kire cam pusat serenti bagi aku la. tapi aku tak kesa. sebab aku memang suke duduk ngan nenek n atuk. rumah tuh. memang banyak kenangan. kalo aku nak cerita lagi. memang panjang gile. maybe next time. aku akan wat N3 lagi pasal kampung. aku sanggup cerita sebab kenangan kat kampung la paling bes zaman kecik2 aku. yang len2 sume tak bes. sume sedey. huuu. k2 next. aku tunjuk gambarajah kampung:




nih gamba beskal pak itam. bukan beskal arwah atuk. beskal die lagi antik. curik jap beskal pak itam. weng3. round kampung yokk.


aku yang gigih berposing dengan beskal bes neh


beskal neh ngan kete ayah aku sape menang?? OK. merepek. jangan layan. tengok gamba seterusnya. NEXT!!!


fusyooo!!! name arwah atuk la. name lorong neh amek nama arwah atuk. bangga2. bangga jap



nenek!!!! sayang nenek. muah3


nak tarok banyak lagi gamba tapi hp tetibe dengki. die hang. merajuk kot. huu. k cya next N3