Followers

>

Sunday, June 28, 2009

saya di tag!

Oleh kerana saya telah di tag oleh en fahmi mubarak aka syafie al-insafi. maka saya dengan separuh rela (oh. bukan apa. sedang tidak berapa bertenaga ketika ini :P) membuat perkara di bawah ini :P

Perkara-perkara yang perlu anda lakukan adalah:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu warkah nie pun tak apa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu, Insya Allah.
[amal_islam.jpg]
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih dari jumlah tue lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon yang terpilih adalah seperti berikut:

  • Risha rum8
  • Kak Wani Mpp
  • Kak Nadia Mpp
  • Cik Rye clasm8
  • Amy Fotografi
  • Aishah Jco!! haha
  • Amir Jkm
  • Aliah my besties
  • Saifa my besties
  • Yana my besties
  • Zaki Mpp
  • Aimran Mpp
  • Zaki JKM
  • BO Mpp
  • Acad fotografi
  • Milla INTEM
  • Belle INTEM
  • YT coursem8
  • Pqah Kelab Iqra'
  • Zett Ozleen Oxford UK
  • diLL Konvo :P tak tau nak letak description pe
  • Kina JKM 09
  • Kak Zara Rox :P

saya wat list neh berdasarkan follower dan juga yang terlintas. ternampak. terpikir. tiada unsur2 ranking di sini. maka jangan. diulangi JANGAN anda sekali terlintas. mahupun banyak kali terlintas contohnya: "Ekh. nama aku kat bawah arh. so aku neh sahabat shikin yang last2 lah ekh" contohnye la. tidak. tidak! saya tak meletakkan nama anda di atas atau di bawah disebabkan anda sahabat saya yang utama atau yang last. itu hanya lah list. anda SEMUA adalah SAHABAT SAYA dari awal hingga lah ke akhir hayat. haa. tambahan. senarai ini di buat adalah kerana anda semua blogger. ada ramai lagi sahabat saya di luar sana. tapi... nak list kan dalam neh. mereka tiada blog, maka tak bley la nak forward balik. seperti syarat ke-2 tuh kan : Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Sekian. itulah sebab2 muncul nya list ini. maka. haa. ape lagi. kamu2 yang dah di tag tuh buat la perkara sama kay.erm jika. if. kalau. saya tidak berbuat demikian bagaimana? ohho. jika tidak berbuat demikian?? tidak mengapa. saya tidak kecil hati pun. saya neh bukan sahabat anda pun kan. so tak yah la susah2 kay (ok. anda unsur sindiran di situ. haha) takde lah. gurau saja. saya paham perasaan anda. anda tidak suka jawab soalan tag. bile nampak saja perkataan: anda di tag! dalam hati. oh tidakkkk. malasnye nak jawab. tapi sebab nak jaga hati kawan. jawab lah jugak kan. tapi ada segelintir yang suka jawab bile di tag neh. mungkin ketandusan idea nak post N3 kot. mungkin lah kan. andaian saya sendiri saja. err. okay sudah melalut. saya memang begini. selalu tergelincir dari tajuk. ekh. takde la tergelicir sangat. ade lagi unsur2 seperti di tittle. saya di tag! ade la unsur2 tag. arh shikin neh. malas arh nak layan. asyik nak menang je bile cakap. ekh memang la. saya mane bley kalah. saya kan genius mius. orang macam neh memang nak menang je. kalo ade kelemahan diri pun kena tutup dan salahkan mende2 sekeliling. ingat tuh. penting! karpal singh selalu buat macam tuh. sebab tuh die jadi lawyer terkenal. ok melalut lagi. sume bersurai nati shikin makin merepek. bersuraiiiiiiii

Thursday, June 25, 2009

pasrah

aku dah cuba. cuba membaiki keadaan dan cuba selamatkan keadaan.
tapi usaha aku sia-sia. kau EGO.
kau tak pernah nak mengaku salah. pernah kau fikir pasal aku?
cukup lah atas segalanya. aku dah penat.
dah penat untuk berpura-pura antara kau dan aku tiada kesudahannya
biar lah mereka di luar sana menilai sendiri
biar lah mereka berkata tanpa henti
biar lah mereka...
kerana yang pasti. aku di sini. hanya menanti
menanti sesuatu yang belum pasti
tapi yang pasti. Allah sentiasa di sisi

Monday, June 22, 2009

masterpiece


ehem. bismillah. arini cam sakit2 tekak plak. banyak sakit plak arini neh. gastrik tengah hari tadi. pastu saket pale. fenin2 lalat. neh sakit tekak plak. hoho. dugaan... takpe. bia kan sakit tuh melayan perasaan die sendiri. jangan layan die sangat. kang naik lemak. bia arh die tuh. mengade2 tol. err. apakah? (ok. merepek sudah)

N3 kali neh adelah berbentuk masterpiece. idea yang diberikan oleh miss lightofDaprincess. idea bernas! i loikeeee. eheh. ok. gambarajah2 ini sume diambil ketika belajar koQ fotografi. aku upload mane yang larat je la kay. banyak kot. :P



neh nak test aperture












tasik utm!!!! hhehehe.


aimi n aku yang cute. haha.
sape aimi? nak tahu? bace nostalgia 2 :P

aku ske gle gambar neh. ley wat cover album. haha

ek ekhh. sape neh. comelnyeeee pegang windmill. hahaha

ok. itu saya. mane? depan skali tuh la. sedang pegang lolipop. nampak org yg sedang pegang windmill itu pula? hah itulah budak tiga sepuluh ringgit yang saya cerita dalam nostalgia 2. haha




err. ini akar pokok. pokok ini akar. akar pokok ini *_*

ok. boleh jadi photgrapher perkahwinan neh.

kakak aku pun sedang sebok membridal. akak! hire me! haha

err. ini pula ape? itu model lah! model mpp. hahaha.

p/s: ok. penat. mau rehat. tidak cukup tidur kerana susah nak tidur lately. x_X

Friday, June 19, 2009

nostalgia part 2

erm. aku suke gile fotografi sebab tuh la sem 2 aku amek koQ fotografi. okay. pasang niat seterusnya untuk beli slr satu. okay. sangat jeles kat sorang kawan aku neh. die baru beli slr. lalink!!! kite vogue de vass. naik sem nati amek gamba banyak2!!!! g jalan2 ronggeng every weekand. haha. ok repost entry seterusnya pasal kepergian aku and dak2 fotografi ke melaka. neh last repost. aku merasakan tak bes arh repost neh. tapi tak nak keciwakan permintaan some readers yang bagi idea sungguh bernas bersempena hari ulang tahun belog saya ini lah maka terjadilah N3 NOSTALGIA. :P

Sunday, October 26, 2008


sangat menggembirakan. mengujakan. menyeronokkan. melazatkan. apakah?? seronok sangat3 pergi negara malacca al-fonso al-dibuqaque semalam. yesterday was really fun. sangat banyak mengamibl gambar secara poyo tetapi lawa (lagi-lagi apabila saya yang menjadi modelnya. wahaha) sangat unsangkarable terhadap budak-budak kelas fotografi. kerana apakah? kerana sebelum ini di dalam kelas sangat tidak bercakap. seperti batu-batu semuanya. like stone-stone only. mungkin kerana class adalah memboringkan. terperuk di dalam kelas dan tiada practical. ya! sangat amatlah membohsankan. baiklah. untuk N3 kali ini saya akan menceritakan gambarajah aktiviti semalam.

8.10 pagi - menaiki bus dengan excitednya. sebelum itu... yaa! wajib mengambil gambar. bukti bertolak dengan bus. (kena masok dalam report nih taw! saya selaku s/u memang amat bertanggungjawab. HaHa)

9 lebey-lebey (terlupa nak tengok jam) : break kejap kat machap untuk breakfast. saya hanya membeli air marigold berperisa cokelat dan air mineral sahaja. kerana. jual-jualan di sana. TIADA ROTI. HUH!! ntah pape. patutnya perlu jual roti 50sen ke apa ke. apa-apalah asalkan namanye ROTI. kan saya sangat penggemar roti. sangat keciwa bila machap tiada roti. BAN MACHAP!! wahaha

lepas break 20 minit: naik bus semula dan teruskan perjalanan ke malacca al-fonso al-dibuqaque. tiba-tiba: aimi telah mengcall saya dan mengatakan beliau terover sleep dan terlepas bas. maka beliau akan mendrive secara gila ke malacca untuk berpoya-poya bersama kami. HaHA. (apalah kau. sapa suroh tido lambat semalam. huu nasib baik ko nak datang kalo tak aku sorang je la perempuan.) ade budak perempuan melayu len juga sebenarnye. tapi yang poyo-poyo cume aku ngan aimi jek. lelain tuh bajet ayu sangat. tak amek gambar kat lua. mereka hanya bersopink dan berjalan-jalan

11.45 tgh hari: tiba di malacca al-fonso al-dibuqaque (adeh. penat tulis nama negara nih) turun bus. dan yaa! of courselah kami mengambil gambar apabila sudah tiba. sangat excited!
gambar ada dua versi. versi pertama diambil oleh budak bernama 3 sepuloh ringgit. HAHA! (nati saya akan ceritakan kenapah name beliau begitu. check it out!) versi kedua diambil oleh saya sendiri. sangat lawa. superpower photographer woman la katakan. (angkat bakul!)

12.00 hingga ntah la sampai ke petang (penat la tulis-tulis waktu nih) : berjalan-jalan mengambil gambar bersama acad (kawan sekelas fotografiku yang poyo na mampos. haha) kami berjalan bergroup pada awalnya berpoye-poye dengan acad dan budak-budak 3 sepuloh rinngit tetapi kami telah tiba-tiba berpecah dan terberpoye-poye pula dengan group ayeng, helmi, ustaz farid, dan mozart.

tidak mengapa. kami sangat gembira juga. tetapi sangat aneh bukan. saya seorang sahaja perempuan.(sebelum aimi sampai) YAA! memang sangat superpower. sangat gagah berpoye-poye bersame lelaki-lelaki yang tak berapa nak gagah. haha. tapi. jangan risau. (risaukah?) saya telah mengambil atau mencurik atau lebih sedap. menculik. seorang budak cina perempuan (classmate fotografi gak) untuk berpoye bersame kami agar saya tidak dicop DIVA YANG GATAL. (owh mana mungkin!)

sangat lawa bergambaran di sana. memanjat bukit st. paul dan bergambaran secara suka ria. saya akan mengupload gambar-gambar di sana jika ada kesempatan. (jika kesempatan mengizinkan). sudah penat bersuka ria secara bermandi peluh. kami membuat misi kedua (tidak disuruh oleh encik pua'at tetapi kami merancang sendiri) iaitu misi mencari McD.

sangat lawak la hayyoh. kami sangat lapar. muke sume dah macam dinasour kelaparan mencari mangsa. kami pun masuklah dataran pahlawan mega mall. berjalan dengan yakin (merasakan kami telah berpuloh kali pergi tempat tuh) mencari di mana tempat makan. tiba-tiba. ayoyo itu ah moi telah hilang juga. maka. aku dan acad telah dibuli untuk mencari ah-moi itu. (ta gune ko ayeng!. Haha) misi mencari ah-moi telah berjaye. kami meneruskan misi mencari McD. pusing punya pusing last2 jumpe pak guard.

ayeng : pakcik. McD kat mane ek?

pak guard: adek jalan terus pastu belok kiri. McD kat luar megamall nih.

huh. padan la tak jumpe2. kemudian kami dengan penuh keghairahan pergilah ke McD tersebut. masuk2 je. BAPAK ARH! ramai gile orang. tapi saya sungguh bijak bestari. bukankah sudah kate saya ini genius-mius. aku dan acad serta ah-mio telah membuli balik mozart, helmi dan ayeng untuk mengorder makanan. ustad farid baik maka kami tak buli beliau.

dah dapat makanan dan kami makan secara lahapnya. aimi call die dah arrive malacca. woah! sangat lipas kudung ko mendrive. aimi jumpa kamiorang di McD tersebut dan kami makan secara pukal beramai2. kemudian sambil bermakan-makan. kami menjalani proses suai kenal. (proses suai kenal?) iyalah. bukan kah sudah bilang. kami di dalam kelas stone-stone saja. haha. maka ta kenal satu sama lain. maka berlaku la perbualan serang-serangan. (ade ke patot panggil aku fatimah. tak tau name. tanye la. hayyoh!. tapi kalo tak kenal panggil aku angelina jolie ke ok la lagi. hapalah. Wahaha)

lepas makan. kami bersambung perpoye. aimi sangat semangat. maka kami terikut-ikut semangat beliau untuk mengambil gambar. beliau juga telah membawa tripod beliau bersame. WAH! sangat bergune. dan juga membawa windmill yang sangat chumel berserta lolipop yang juga santek. bergambaran bersama windmill dan lolipop santek adalah sangat menggembirakan.

dah penat bergambaran. kami memasuki megamall untuk memakan aircond sopink complex tersebut. then. ada show lah! kami mentengok show bersempena deepavali tersebut dengan ghairah sambil mengambil gambar. mereka (rujuk kepada lelaki) sangat teruja kerana dancers tersebut adalah sangat tersexy. GATAL! sedang mengambil gambar tetibe terjumpa budak-budak 3 sepuloh ringgit. jejak kasih kembali bersame diaorang.

kemudian aku berkate: laaa. korang mengambil gambar di dalam sopink complex ni je ke. (haha. hambik ko)

budak 3 sepuloh ringgit berkate kembali: ape plak. kitaorang penat. pastu masuk la dalam nih.

yok yo-O je tuh. selepas show kami bersopink sebentar. masuk kedai PADINI. tiada kasut menarik. kemudian VOIR. tiada juga kasut menarik. saya FRUST!. tetibe nampak baju best di BRANDS OUTLETS. t-shirt yang menarik hati saya tersebut ade gamba camera yang sangat santek. price: 3 rof RM50! woahhh!! sangat murah. hati ini telah berbelah bagi. mau kasutkah atau t-shirt tersebut. saya mendecide tiada mau membeli t-shirt. keluar sopink complex dan berjumpa dengan mereka-mereka kembali di tepi McD. bertogether sebentar sambil tunggu encik pua'at dan bus. kemudian. budak 3 sepuloh ringgit datang dan mencarik fasal kepada saya.

budak 3 sepuloh ringgit: kitaorang shopink. bes. g kedai batman. voir (tayang-tayang beg plastik yang ta berapa nak lawa tuh depan aku)

aku/saya: hek eleh. amek gambar dalam sopink complex memang lah sempat sopink. kitaorang amek gambar kat lua secara gagah taw. (tetibe aku tengok baju diaorang. ekh. macam kenal baju putih berpicturekan camera nih. tapi kat mane ek. HAHA.) aku terus jerit.

aku/saya: ekh. macam kenal la baju korang nih. HAHAHA. baju 3 sepuloh ringgit!!! (saje kurangkan price tuh. bia rase hina sikit. macam orang sakai lah bile beli baju 3 sepuloh ringgit)
haha. lawak2. weh budak 3 sepuloh ringgit! tade baju len ke nak beli hah!. hahaha (gelak jahat sambil guling-guling depan diaorang: exaggerate lah ko shikin)

budak 3 sepuloh ringgit: adeh. kantoi. hoi! mane ade 3 sepuloh ringgit. 3 lima puloh ringgit hoccay.

aku/saya: alah ingat aku heran ke sepuloh ke lima puloh ke. yang penting korang memang sakai. amek gamba dalam sopink complex jek. wahahah (saje mencarik fasal dengan diaorang)

dah abes gaduh. encik pua'at datang dan kami sume mengambil gambar LAGI sebelum pulang. excited nak amek gamba. aku menyelitkan diriku yang comel ke depan. sambil memegang aimi punye windmill. buat muke comel. tapi budak 3 sepuloh ringgit tak puas ati ngan aku. die curik windmill itu. aku amek lolipop dan mengketuk kepala beliau. (ekh. perlu ceritakah? haha) owh cop2. tetapi. saya, acad dan aimi berpulang dengan menaiki keta aimi. maka. saya masuk sopink complex balik selepas mereka-meraka menaiki bus dan saya telah membeli juga baju 3 sepuluh ringgit tersebut erk. BUKAN! 3 lima puloh ringgit. baju santek!!! saya suka.

kami pulang secara bersuka ria di dalam kereta sambil bergurau senda kasar. haha. mereka sangat lawak. saya juga berlawak sama bersama mereka. kami tiba dengan jayanya ke UTM pada pukul 8 lebey. pulang ke bilik. mandi. dan tidur. PENAT LA HAYYOH!!

nostalgia

okeh. sempena hari kelahiran my baby. ade permintaan dari some readers. readers minta repost N3 lame2 yang bes2. err. bes ke N3 aku?? :P. untuk tak nak mengeciwakan permintaan beliau. saya akan repost N3 yang saya rasa bes. emm. bes la kot. dari semasa ke semasa. aktiviti ini boleh mendatangkan nostalgia. nostalgia? ya! nostalgia lama2. eceh. hah. korang nak bace. bacelah N3 aku yang re-post neh. tak nak bace skip je. tutup window. kalo rase. arh bosan arh ko shikin repost N3 lame buat pe. haa. takpe! tak yah bace! aku pun tak pakse. ko bace balik pengkepala aku tuh. tak susah pun. ada paham??

okay. neh one of the N3 yang aku rase bes. erm kalo korang rase tak bes. tinggalkan la comment yerk. atau ade cadangan soh pilih N3 len ke. let me know kay :P


Wednesday, December 10, 2008

diligent

demam suda tara meng hinggap juga. sangat berterima kasih pada diri. err. Allah first. alhamdulillah. kemudian baru pada diri sendiri. penat la hayyoh lompat katak sampai berpeluh. kemudian melompat katak di tangga rumah lagi. (jangan percaye sangat. tuh sume mentipu jugak) pastu guling2 katak dari tangga atas sampai ke tangga bawah. (err. katak ley guling2 ke?? hahhaa :icon gelak guling2)

selepas dah bersyukur2. syukurr. syukurr. syukur ya allah. syukurrr alhamdulillah (nyanyi lagu raihan jap) pastu aku bermain internet lak. demam pun bermain tenet. takda nak terjejas sangat pun. tetap bermain tenet dengan aktif walaupun demam. harharhar. err. takda idea sebenarnye mau men tulis ape. tapi tulis jua sebab buhsan yang teramat. takda perkara berpekdah sangat nak dibuat kat rumah. (ekh. ye ke?) ade banyak sebenarnye tapi aku yang malas. haha. hanya bertapa depan pc dan laptop dengan wat perkara takda berpekdah seperti

+ ber ym
+ ber facebook
+ ber friendster
+ ber men games
+ ber uang (?) harharhar
+ ber uk (?) harharhar lagi
+
+
+
+
+
+
+ memang banyak gile perkara takda berpekdah aku buat sampai takda nak tertulis. harharharhar lagi. lagi dan lagi (suke men tulis harharhar sekarang nih. harharhar. harharhar. tapi macam buruk la bukan gelak camtu)

ey. ade sebenanye perkara berpekdah yang aku wat bile bermain tenet nih taw. cume. cam takda nak beritau sangat kat umum. sebaaaabbb. seeebaaaab. sebab. cam segan la. aku nih kalo tunjuk keburukan diri memang no 1. tapi kalo kebaikan diri cam no 1 dari belakang. (eceh) cam nak tunjuk diri tuh bagus sangat la hah shikin?? haha. aku memang bagus pun!!! (saje nak kasi korang rase aku rendah diri tapi sebenarnye tak. aku kan tinggi. bukan tinggi hidung hoccay. tinggi budi pekerti. haha) cam bosan la plak bace ayat yang aku wat nih. cam membazir. cam rasa nak STRIKE!!!! contohnya :

+ mem bace article islamic (wow. rase diri muslimah sejati la plak. huu) www.iluvislam.com
+ mem buat exercise english. see! sangat bermanfaat hoccay. www.toeflgoanywhere.org
+ mem google cari template blogger. nih tergolong dalam perkara berfaedah hoccay. sebab. memberi keindahan kepada blog. bile blog indah. ia sedap dipandang dan dibaca. so bile sedap dibaca. ia mendatangkan ramai pembaca. bila ramai pembaca membaca ia... cam malas lak pulak nak menyambung. korang sambung lah sendiri ekh. harharhar
+ mem godeh resipi masakan di www.iluvislam.com godeh sahaja. sangat berguna kerana. bila 'men'godeh ia akan mendatangkan rasa terliur. kemudian rasa ingin merasa. bila ingin merasa maka keinginan ingin men try test cuba untuk buat resepi tersebut akan timbul.

sekiannnnn. itu jek perkara berfaedah yang aku dapat cari setakat ini. see! terbukti lah! di sini saya ingin menegaskan. bahawasanya. berinternet lebih banyak keburukan daripada kebaikan!!
maka saya dari pihak 'pembangkang' (penuh maksud nih) membangkang barisan kerajaan yang masih menegakkan benang yang basah bahawa berinternet lebih banyak keburukan daripada kebaikan. err? apakah?

ok. ayat2 membazir dah dibuat di atas. so. takyah la nak membace sangat. sebab sume tuh takda kene mengena dengan tajuk entry. harharhar. tajuk entry kan diligent. diligent bermaksud rajin. rajin menggoreng orang la bukan. harharhar. takda nak menggoreng sangat pun sebab di atas semuanya fakta bukan auta!

ok. hanya ingin menyatakan aku sedang diligent. sangat diligent kerana meng praktis english. men google TOEFL test dan membuat test tersebut. woah. sangat rajin bukan. so nak sambung lah kerajinan aku nih. k off! mau buat TOEFL test.

Wednesday, June 17, 2009

happy birthday to my baby

happy birthday to my baby. clap3. cam tak caye je 'die' dah umur satu tahun.
kalo dulu 'die' begini:


dan sekarang 'dah tumbuh gigi'



esok2 'die' akan pandai 'merangkak'. 'berjalan' dan 'berlari' pula


p/s: i just can't believe it!!! haha. exaggerate tol la ko neh shikin. arh. aku ngah happy neh. nak potong cake plak ntok my baby neh. shayang die. muah3. mummy luv u so much dear :P

Saturday, June 13, 2009

tik tok tik tok

i am counting. tik tok tik tok. 16th June 2009 is just around the corner!!

Friday, June 12, 2009

nak lupekan masalah kena lupekan perasaan risau

Keep busy. The worried person must lose himself in action, lest he wither in despair.
Let's not allow ourselves to be upset by small things we should despite and forget. Remember
"Life is too short to be little."

Monday, June 8, 2009

jawab jangan tak jawab

1. APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU?

shikin's life. hidup shikin. sebab. ia berkenaan. berkaitan. dengan. hidup aku la. ape aku wat hari2. ape yang aku rase. ape yang aku nak share ngan orang len. ape yang aku nak luahkan la senang cite. aku tak pakse sape nak bace. sape suke. die bace. tak suke. sila click kotak x paling ujung blah kanan atas tuh secara suke ye.


2. APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

http://shikinslife.blogspot.com/

timbul idea ekh? eceh jawab cam kena intebiu ngan reporter plak. timbul idea neh sebab takde idea nak kasi name kat blog yang meletop2 vogue da vass. yang terlintas: shikin's life. kalo aku rase aku cam nak gedix2 boleh je letak. shikin yang vogue da vass kalah angelina jolie yang ngade bajet hot rampas pakwe orang tuh. ekh2 ape neh? apsal jawab cam dah tergelongsor dari tajuk. err. suka arh!

3. APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

method? apakah? cam method validation ekh? harharhar. err tak kelakar kay. erm. method penulisan saya adalah. eceh saya. ayu kejap. saya menulis mengikut jiwa dan raga yang dicurahkan sepenuhnya ketika menghentak keyboard neh. apa yang terfikir. dan terlintas. itulah yang saya curahkan ke ladang gandum. kemudian choclate melimpah2 ke ladang gandum dan jadilah coco crunch!!

4. PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

pernah!! nak delete sebab stalker yang tak guna tuh!!! tak guna! tak guna!!!! go to h*** lah kau. aku tak kacau hidup kau tau tak!


5. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI BLOG KEPADA PEMILIK BLOG YANG TAG ANDA INI?

cik raye!!! cik raye yang genius kalah einstein. nati dah kaye raye bukak kilang roti. biskut. kerepek. chemical bagai. jangan lupa daku kay. :P

6. SENARAIKAN 5 ORANG YANG AKAN ANDA TAG:

nak tag cik rye boleh? (err. gurau2. gurau lah!)
aishahtia (abes exam baru ley jawab. kalo tak jangan ngade2 nak jawab. HARAM.:P)
babymiLosh a.k.a milla
@nEQs a.k.a kak wani
Nadia Fitri a.k.a budak besar
outer space a.k.a aliah

A.L.O.N.E

kali neh aku nak cite pasal ape plak ek. memang takde idea neh. cam malas nak post entry tapi tak bley2. kena post gak. peminat marah kalo tak post. haha (ade peminat ke aku???) erm. this week parents aku n adek takde. diaorang sume pegi sarawak. abang sepupu aku kawen. then patotnye aku n wan (adek aku gak) tinggal la kat uma. aku dah bayangkan betapa bosannye aku kalo dok uma. wan kompem2 akan keluar uma 24 jam. pastu tetibe prof plak bagi cuti. alhamdulillah. yeay. holiday!!! tapi die lambat bagitau. kalo cepat skert ley la follow diaorang g sarawak. then jeng jeng jeng. seb bek ari jumaat tuh ari akak aku balik from shah alam. so idea jahat keluar la. bile parents g sarawak aku follow akak balik shah alam. puff! aku kat shah alam la neh. hehe.

so. tuka entry tuh. aku NOT ALONE. hehe

Thursday, June 4, 2009

E.M.O

i need rest!
siyes. sangat penat last week n dis week. last week. lab kena wat accreditation. banyak nak kena wat n urusan laen lagi. then dis week. tetibe ayah masuk ward. dah 3 hari berturut. aku drive g hospital tiap malam. aku tau mak penat. so do i. kesian ma. takpe family punya pasal. pagi kerja kat lab. then terkejar2 nak setelkan mpp ums datang utm and kertas kerja yang tak setel2 lagi. then malam g hospital plak. takde sape nak tolong aku ke???

damn. tak boleh tahan satu hari tuh. memang sangat penat. tak cukup rehat. nga kat dalam lab. titrate solution pun sambil nanges. sume pelik tengok aku. selalu memang kecoh n kacau org sane sini. tapi neh siyes takle tahan. hari tuh aku cabot kua dari lab kejap. sebab pasal mpp ums tuh tak setel lagi. aku ingatkan da setel lpas mintak diaorang tolong. emm takpe la. aku buat. tapi memang aku bising. sory sape yang kena marah ngan aku tuh. sebab. aku memang sangat maha penat and marah. aku dah mintak tolong setelkan dari last week. tolonggggg la understand. kalo aku ade mase memang dah lame aku setelkan sendiri. aku memang betol2 busy ngan keja lab aku. korang nampak je aku cam relax. sebab. time waktu lunch. memang la rehat. after that korang tak tau camne lipas kudungnye aku kat lab. isk2. aku dah bagi dari last week. banyak gile mase. nape tak setel lagi. tak pasal2 banyak masalah

sedey gile time tuh. tak tau nak luah kat sape. tengok ma pun aku sedey. die risau pasal ayah. tapi seb bek ayah tak sakit siyes. tapi tengok ayah lemah jek. memang tak le tahan. aku termenanges. i've cried a lot dis week till now. alhamdulillah ayah dah discharge tadi. memule ma nak amek ayah kat hospital. then i said. takpe la. "bia kin je yang amek ayah". aku tau mak aku penat. dah la die susah nak tidur malam. pagi tadi lepas fetch kakak dari airport terus singgah bilik mpp jap. setelkan mpp ums tuh. orang hep call tanye pasal bas. time tuh aku tengah on da way amek akak kat airport. adess. tak setel lagi. tapi seb bek masya ade. masya yang tolong setelkan. thx a lot masya. mase sampai kat blk mpp. murni (partner lab) plak text me. die tanye
"shikin. aku nak run a.a.s (atomic absorption spectrometry) ko neh. tapi aku tak tau ko labellin sample camne". lepas tuh aku tros g lab plak. singgah jap bitau die camne nak run sample. then tros g amek ayah kat hospital. see. memang terkejar2 kan. huu. thx 2 my frens yang sangat2 memahami. tapi sapa yang tak paham tuh. boleh blah! tak nak tolong takpe. len kali kalo ko plak susah baru tau cane. (emo jap)

erm. alhamdulillah. aku rase setakat neh sume dah hampir setel. ayah dah discharge. tomorrow he. ma n adek akan off to sarawak. kakak will send them to airport. i have to go to work. and mpp ums akan datang esok. tak tau camne lagi perancangannye. aku akan g bilik mpp tonite to discuss about it. memang tak sempat langsung nak text azhar bitau camne. n penginapan diaorang pun tak tau lagi camne. (en. seidi sory lambat inform. jangan marah2 lagi k) then. nak bincang aktiviti ape nak wat. sabtu plak if takde aral hantar mpp ums g uthm. and hari ahad. yeay nak balik SHAH ALAMMMMM!