Followers

>

Friday, September 25, 2009

aku anak orang jawa yang tak reti cakap jawa. so ko apa ada hal??

hari neh dah masuk raya ke-7 dan macam biase lah still lagi beraya. pagi tadi balik ke batu pahat dan pontian lagi. menghabiskan saki baki (padahal banyak lagi rumah tak beraye. skip2 :P) raya rumah atok dan nenek saudara serta pakcik dan makcik. (haish. ramai gile sedara mara aku rupenye) esok dah start lecture pun still tak sedar2 nak balik UTM. and i'm still at home (gile arh ko shikin) ekh. aku tak bersalah. keluarga aku yang merasakan aku begitu penting sampai mensuruh pulang ke UTM pada esok pagi. hahhaa. bukan2. aku mentipu di situ :P esok. kak Nurul akan pulang (eceh. skema tol ayat. tak boleh blah) ke shah alam. she will driving alone straight away to shah alam and she will drop by me to UTM tomorrow morning then off to shah alam after that. understand?

haa. aku tak tau lah nak cerita apa kali neh. padahal banyak betul nak dikongsikan dengan anda2 semua pasal pengalaman raya pada tahun ini (heh. hot story sekarang neh pasal raya lah kan ape lagi nak cerita ye tak??) memang banyak. serious! yang kelakar ada. yang tak best pun ada. macam2 ada (nada: astro). tapi macam tak berapa nak bercerita untuk post kali ini. mungkin di lain post sajalah yerk (ko tak nampak ke bahasa aku skema na mampos neh. tuh tandanya kekeringan idea la nak goreng orang ntahapesalntahmalamneh)

dah aku takde idea nak cerita ape. aku letak gamba jela. ni pun tak boleh letak banyak. nanti stalker download gambar2 aku. (serious takut dohhh bile fikir pasal stalker neh. aku cam rase nak tutup jek blog neh. sita. fb sita. fs lagi la aku sita. korang setuju???)




first day raya: aktiviti bermaafan di pagi raya. biasalah kan. tradisi. WAJIB dilakukan.
"kin mintak ampun yah. halalkan makan minum kin. doakan kejayaan dunia akhirat kin ekh yah." (antara babak sayu di pagi hari)


excited nampak kete antik neh. ape lagi chamwhoring lah kejap kan. itu sudah pasti :P

lihat. excited woo nak raya rumah sedara mara. round satu kampung dengan gagah. berjalan kaki je tau. (heh. cite nah gempak padahal 4 rumah je. sebelah2 rumah nenek :P)
ok. gambar last. bagi lebih sikit. neh aktiviti WAJIB dalam family. main daun terup. (skema2) yang pakai baju merah tuh tokei casino. yang baju oren tuh pelanggan tetap casino. kat casino neh ade hidangkan makanan ikut musim. musim raya. so hidang kuih raya lah. nampak atas meja tuh??



notadikaki: mak ayah orang jawa. ayah memang hustler cakap jawa. mak pulak tak tau cakap jawa tapi dia faham la. pasal kecik2 lagi nenek dah biasakan family guna malay language. kesimpulannya. aku anak orang jawa tapi tak reti cakap jawa. ada masalah??

Wednesday, September 16, 2009

bukan salah aku. dia yang goda aku!

ada sorang mamat neh. suke dok usha aku. (ekh ye ke?? ke aku yang usha die?? hehe) pastu dok sibuk je tayangkan muke dia dalam minda aku neh ha. adessss. kuat betul dugaan time bulan puasa neh. tapi aku tak layan. dah masuk 2 minggu jugak la berlarutan. kekadang tuh tak sengaja. dia tertayang muka dia kat aku. dah terserempak kan nak buat macam mana. selak2 nampak muka dia. aku buat tak peduli je mula2. tapi tengah2 dok buat kerja yang melambak neh pun tetibe jek teringat kat mamat tuh. arhhhh. memang tak boleh jadi neh. aku istighfar. ingatkan diri.

"weh shikin. tengah bulan puasa neh. tak elok. tak elok"

aku gagahkan diri aku. tapi apakan daya. aku hanya insan biasa. tak lepas dari melakukan kesilapan. aiseh apsal merenung nasib plak neh. ha sambung2. lepas tuh mamat tuh siap panggil2 aku tau tak! gile lah. dok panggil2. dah sampai dalam mimpi aku die masuk. nasib baik la die boleh tahan handsome. memang tergoda lah aku kan. kalau korang pun dalam bulan puasa neh. mesti tergoda punya lah. korang nak tahu tak nama mamat tuh. nama die pun sedap didengar. memang aku tangkap lentok arh. malam neh nak pergi jumpe die. weeee. jangan jeles haa. aku nak pergi dating dengan dia. hehe

.....


...


....

.....



....


........




.....




.....




.....






.....





....



...


....

....

....




....


...

nama saya black pepper burger (burger king) saya handsome kan?? tergoda tak??

haaaa. neh la mamat tuh. gile handsome meranarik tertarik kau memang deboom. kan? kan? aku dah tergoda. korang??? (ok. guna versi iklan yang sama. iklan zakat)

Saturday, September 12, 2009

Mr. K 'i love you so much'

aku memang sedang di awang-awangan sekarang. aku rasa macam...macam....tak tau lah nak intepret macam mana. bahagia?? gembira?? mungkin. entah la. tapi aku akan betul2 rasa bahagia jika aku dijanjikan dengan Mr. K yang BARU!!! haa? Mr. K baru?? apakah?




Ya! Mr. K yang baru kerana Mr. K yang sekarang sangat sudah uzur. walaupun sedikit masa dulu kau ensem. berkilat. sangat laju. membuat semua orang bahagia jika kau ada. bila panas, engkau lah penawar hati jantung pisang dibelah dua. pendek kata kau memang berbakti kepada semua. tetapi sekarang...tidak lagi bagi aku! sekarang kau memang nak kena sumpah sumpit seranah dengan aku. haiihhhhhh.. (-_-")






Kenapa lah kau MR KIPAS!!! T______T tsk.kenapa la kau rosak sekarang neh. aku memang cukup tak faham. kau berfungsi pada waktu pagi saja. pada waktu malam yang hening lagi indah permai dan sesuai untuk aku beradu dalam bilik. time neh la kau nak mogok. tak mahu berfungsi. aku cukup tak faham. kau neh dipasang dengan timer ke hape?? KENAPE??? aku memang tak faham!! dah dua malam begini. padahal technician sudah membetulkan kau walaupun aku takde time tuh (tak tau la technician neh betul2 check kau ke tak). kau memang terbaik arh MR. KIPAS. 'I LOVE SOOOOO MUCH' ketika ini memang aku merasakan sangat sayang betul kat kau. seperti kau berkata, "haaa. baru kau tahu. bila aku ada. kau sia-siakan aku. bila aku takde baru lah kau nak hargai aku." iye. iye lah. aku faham. lepas neh kami akan menjaga kau sentiasa. bagi kau kilat. ensem. takde sape boleh tandingi kau lah. aku tau aku dah lame tak bersihkan kau. (sape soh kau dok tinggi sangat. aku kena jengket2 nak bersihkan kau tau tak!)



ok. ok. kesimpulannya:


kita memang tak menghargai sesuatu bila dia berada di depan mata. tapi akan merasai kehilangannya dan menghargainya bila dia telah tiada di sisi.













Notto: korang olah la sendiri. dia tuh barang ke. orang ke. ape ke. semua boleh di sama ertikan.

Wednesday, September 9, 2009

pengembaraan

untuk rancangan kali ini penulis akan membawa anda2 semua ke alam pengambaran pengembaraan yang sangat seronok. ya! sangat seronok. apakah?

alaa. macam cerita doraemon tu lah. pengembaraan. ke alam. bazarkh magik (sila baca dengan nada cite doraemon) pengembaraan ini memang sangat menseronok kan. tak percaye? anda cuba lah sendiri. saya sudah cuba. anda?? (sila baca dalam nada iklan zakat. alah. "saya sudah bayar zakat. anda??" ha ingat?? tak ingat?? komemanglampiarh!)


ok. mari kita proceed dengan pengembaraan yang pertama. pengembaraan yang telah saya cuba adalah shopping secara rambang! haha. memang menseronokkan. tapi tidak bagus untuk kesihatan. adik2. dun try this at home. try this at shopping complex only. harharharunsalimbachik. kau tahu tak pengembaraan ini paling terbaik arh bile ko sedang dalam ketensenan yang melampau yang tak dapat dibendung dan akhirnya ia melimpah ke landang gandum dan jadilah cococrunch!! wutdehel?

inilah. aku terase aku sudah menjadi shopaholic yang dapat dibendung lagi. buktinya: shopping secara rambang dan kemudian terbeli beg seed colour purple. TERbeli?? aah. TER. haha. ini kira terbendung lagi arh. kalo tak aku dah TERbeli beg gucci ke guess ke hape ntah lagi kan. (tuh sume tipu belaka. sebenarnye tak mampu. yelah. i kan student lagi mane ade duit beriban nak beli menda tuh sume. T_____T itu semua duniawi. DUNIAWI! DUNIAWIIIII! :P)

pengembaraan seterusnya adalah menshopping secara rambang ke kedai2 kasut. wow! SHOES!!!! ok. di sini saya nyatakan. saya tidak membeli ok. jadi kita rephrase ayat di atas. bukan menshopping tetapi window shopping. tapi bukan lah window sangat pun. memang saje jalan tak tentu arah macam orang ilang mak bapak kat shopping complex. jalan terhuyung hayang tanpa arah tujuan. rasa macam nak menangis tak tau nak buat hape. ntah hape yang aku melalut ntah neh.

cuba try test sume kasut yang ade kat kedai kasut. tapi! tanpa membeli nya. dan dapat rasa
ke-best-an dengan mengayakan kasut tersebut secara vogue ala-ala ko model yang tak berape nak cukup tinggi. pastu ko pun dapat tengok muke ah moi kedai kasut rase nak baling kasut kat muke kau dan kalo ade penyapu rase nak libas ko guna penyapu tu. haha. siyes. memang seronok lak. macam takde keje sangat jek. ini aktiviti pengembaraan kay. sudah dinyatakan di atas. pe-ngem-ba-ra-an. pengembaraan ini aktiviti tak wajib. so suka hati mau buat atau suka-suka hati mau buat juga. pengembaraan ini dapat meluaskan ilmu pengetahuan. seperti:
  • melihat bagaimana kita menahan nafsu untuk membeli dengan hanya melihat. ulang. MELIHAT sahaja. (jihad neh weh. JIHAD.)
  • melihat bagaimana muke pekerja2 or tuan kedai tahan dengan kerenah kita yang gedix nak mampos. "hoi! ko neh nak beli ke tak nak. kalo tak mampu nak beli. baik kau keluar kedai aku sekarang!" ekhhhh. customers come first. ini saja nak test pekerja2. kita boleh lihat takat mana kebagusan mereka entertain customers dengan saje masuk kedai mahal padahal dalam purse ade lima hengget. ok anda boleh cuba. saya sudah. anda??
  • ohho. tambah sedikit. selain meluaskan ilmu pengetahuan. ia juga baik untuk tujuan kesihatan. kesihatan? ya! kerana anda perlu tawaf dalam shopping complex tersebut sampai anda puas. buat 7 round. (hukum: sunat) <--- jangan ikut. aku bukan pengasas ajaran sesat. bila dah 7 round tuh confirm anda akan berasa penat dan mungkin. mungkinlah akan berpeluh. BERPELUH. menandakan anda telah membuat aktiviti kesihatan secara tidak sedar. miracle bukan. hahahantahpapelakaunehshikin (-_-")
  • seterusnya. dah takde seterusnya dah. maka. saya tamatkan rancangan saya di sini saja. mungkin di lain kali kita akan membuat aktiviti pengembaraan ini bersama2 atau mungkin saya berkongsi cerita pengembaraan saya yang berikutnya di rancangan yang akan datang. sampai jumpa...............


gambarajah penulis di dalam pengembaraannya

penulis gagah memakai baju kurung ketika pengembaraan

lokasi: jj bukit indah

tempat pengembaraan: kedai kasut

ini penulis. pengembaraan juga kah? oh tidak. tidak.
ini penulis sedang membuat aktiviti pengambaran. oyya.
penulis juga merupakan seorang model.
janganperasanlahkaushikin! ok. penulis mau baca buku
kerana sudah penat menggoreng orang (-_-")

Tuesday, September 1, 2009

criticsm

Do the very best u can; and then put up your old umbrella
and keep the rain of criticsm from running
down the back of your neck.