Followers

>

Tuesday, October 27, 2009

aku emo ke???

emo1:
haish. aku tak faham la ngan mamat neh. aku dah kata bukan aku. bukan lah.
dah aku memang tak hantar email tuh kat kau. apa masalahnya. ko cakap dengan yakin takde kawan kau yang lain nama shikin. alih2 hari neh bagi msg kate dah tau dah. bukan aku tapi kawan kau yang lain send. bikin wa panas ati tol lah.

emo 2:
haish. aku memang lah dah memahami rasa apsal orang bunuh diri *nauzubillah*
mane taknye. aku duduk rumah pun ade orang dok call2. kena settle itu ini.
rasa cam takde life dah sekarang!
(kesian hp yang jadi mangsa) *sigh* (-_-")

emo 3:
dulu kata mau bagi. sikalang lu tak mau kasi pula. wa manyak fenin la ini macam.
mana wa mau cari duit 20k sesingkat ini. wa student maaa. bukan tokei balak atau along.
lu patot kata kat wa sikalang. wa bukan along wa mau tolong.
tapi lu buat ini macam ha. buat wa rasa lu macam along.
bukan mau tolong. tapi kasi wa sakit jantung x_X

emo 4:
ada orang kata aku cam dania. neh pun bikin wa panas hati. wa tau la wa tak cun cam die.
takyah la nak sindir ke ape. aku sedar sape aku. muka jerawat bersepah. aku faham. aku sedar.
pastu kau kate lagi. "aku rasa kalo die tak berlakon awan dania tuh kau boleh apply la jadi dania. ko neh cam jantan gak cam die". hak ala lu mat. neh dah main kasar neh. wa sikit punya ayu lu kata cam jantan. mata taruk lutut kaaa. akai ada ka. fikir dulu la sebelum cakap.

emo 5:
aku rasa aku memang emo la. pantang orang nak bertekak ngan aku. aku mesti naik emo. dah ada darah lawyer dulu berjalan dalam diri aku neh. nak buat camne. aku rasa la. dah tuh cakap mesti nak menang je. err betul ekh???



Monday, October 19, 2009

hidup ini memang palat tapi esok masih ada

people tend to be perfect but hakikatnya mereka tak akan dan TAK MUNGKIN untuk menjadi perfect. jadi apa guna berusaha untuk menjadi prefect? wtf. perfect? bukan berusaha menjadi perfect. tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. try to be someone better dan bak kata robbie williams-to be a better man.

teringat pertanyaan adik aku semalam.

"Kak skin. apa maksud, i am fat but i am not ugly, i can diet but u can't change your ugly"

aku pun tak berape nak faham and tangkap what is that sentence mainly about. aku pun dengar dengar ayam je (bukan tidur tidur ayam je ade k) so cam tak berape nak pasti itu ke ayat yang adik aku sebut. but what exactly i can conclude:

"Camni pi. kita neh manusia tak ada yang sempurna. orang kata die gemuk tapi itu hanya physical. physical boleh diubah, ia tak kekal. tapi kalo perangai dah buruk itu lagi teruk dari rupa yang buruk (gemuk tadi lah) so kita jangan la nak mengata orang sangat hakikatnya kita neh lagi teruk (perangai) bila mengata orang"

bila teringat kata kata aku tadi tuh. terfikir sejenak. kadangkala rasa diri begitu kerdil. rasa diri begitu tidak sempurna. kadang kala juga terdetik, "arh. kau neh pandai berkata dan menasihati. berkata memang power tapi diri tuh pun sendiri sama saja. mengata orang juga kadangkala (atau mungkin selalu?)"

dari sini juga aku dapat konklusikan. sentiasa refleks balik pada diri bila berkata kata. memang tepat sekali lah peribahasa melayu, "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

aku bukan insan sempurna. sentiasa perbaiki diri jua. ingat memperingati sesama kita. agar hidup bahagia sampai hujung dunia. (ye ke?). cam tak bes. tukar!

aku tak sempurna namun ku perbaiki diri. ingat memperingati itu biasa kerana diri selalu alpa pada si dia yang maha kuasa
*sastera weh. sastera tinggi neh:P*





notadikaki:
apa kena mengena dengan tittle entry semua di atas neh? tak ada pun. tak tau nak letak tittle ape. sentences dari cerita kami the movie tuh macam bes. so aku letak la. :P

kawan kawan tegur. "Apesal lately ko neh jiwang shikin? post entry jiwang. shout fb. ym jiwang"
err. bukan ape. korang yang suruh aku jadi cikgu kan. so aku pilih jadi cikgu sastera. tak boleh ke bersastera?? practice neh weh (cover baek) :P

Friday, October 16, 2009

awak buat saya terharu

entry kali ini berbentuk luvey duvey. kalo anda-anda mau muntah. silakan. silakan.
(apa aku kesah! bace balik header page aku neh... :P)

aku juga tak tahu. aku tak tahu betul ke apa yang aku rasa sekarang ini. patutkah aku rasa untuk ke berapa kali nya. sebab. terkadang hati ini terdetik, "Arh. tu semua janji. macam mana mereka-mereka pernah berjanji tapi tak tepati". dah serik. atau kata lainnya. aku lebih berhati-hati. berhati-hati soal perasaan dan hati. takut hati ini diluka lagi. entahlah. mungkin sinar kebahagiaan akan muncul nati. tapi aku tak pasti. bila ianya akan terjadi. hanya mampu berserah kepada Ilahi kerana dia yang maha Mengetahui.

tapi. aku tak boleh tipu pada hati. aku jatuh cinta lagi. cinta? arh mudahnya mengatakan perkataan keramat itu. cinta? sayang? suka? semua mempunyai definisi berbeza. aku ikut kata hati. memang aku sayang dia lagi. 5 tahun dahulu. aku tak pernah lupa kan dia walaupun aku bersama orang lain. aku pun tak tahu mengapa. dan kenapa. susah untuk diungkap dengan kata apa yang aku rasai. manusia. tak terlepas dari masalah hati. tapi. apa yang aku yakin dah pasti. aku hanya mampu berdoa. berdoa. dan terus berdoa kepadaNya. minta kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi musibah hati. teringat kata seorang rakan, (sape terasa neh. senyap-senyap sudehhh :P)

"Jangan mencari calon baru merancang masa hadapan. tapi rancang lah masa hadapan baru mencari calon, kerana calon itu kompem dah ada. contohnya, macam dalam ayat-ayat cinta"
*err. ubah sikit ayat untuk kesan penggorengan yang berjaya*

notadikaki: awak. saya terharu dengan nukilan kat blog awak tuh. sangat terharu. T____T

Friday, October 9, 2009

kau menceriakan hidup ku

hari-hari yang ku lalui kini, semakin beerti. entah lah. aku pun tahu mengapa. dan bagaimana. terlalu pantas ia berlaku. terlalu susah untuk diungkap dengan kata. apa yang pasti. hati ini lega. lega dengan ketenangan yang diberi oleh Nya. sapa sangka semua yang terjadi adalah ujian dariNya yang penuh dengan hikmah dan tanda tanya. namun aku redha. yang berlalu biarkan ia berlalu. menjadi satu lagi sejarah dalam hidup aku. hidup perlu diteruskan. walaupun kadang kala luka di dalam hati dan rasa tidak puas hati menerjah dalam diri. tapi aku usir dari kotak hati. kerana aku percaya. Dia akan beri pengganti. yang lebih memahami. yang lebih sehati dan dialah soulmate ku sampai ke akhir nanti.

~nukilan dari hati yang datang tanpa dipinta~

Thursday, October 1, 2009

kenape kau tulis blog dalam bahasa melayu??

i never think to blogging in english. WHY? because my english is sux! yeah. yeah. i knew it. that's why i'm blogging in malay. but sometimes it's cross my mind. "Why duncha try?" make a move. just try. you are not losing anything. yet you can improve your english. "But, my grammar is berterabur. i feel ashame of myself if i'm blogging in english" i'm just talk singlish or malayglish. i do using english in my daily life. especially with my bestie coursemate: vicky. (vicky. u shud proud ha. i have write your name in my blog. after this you have to belanja me. at mamak oso can :P) see. i rather use that kind of english. gile lah memang tak boleh blah la ayat dah macam ape neh. haishhh. memang tak boleh la berblog dalam english. asyik dok pikiaq ja ape nak tulis. memang payah la. berejam depan lappy takde idea nak tulis pe (-_-") sigh.

But then, sometimes i feel that i'm writing in english spontaneously like what i'm doing now because i'm not really thinking what i wanna say in malay. because if i think it in malay first, so i have to translate the sentences into english and that is make my english sux. grammar lorh. (halah sekarang neh pun kalo aku baca balik paragraph neh ntah hape aku merepek ntah aku pun tak tau la hape ntah aku merepek dah macam k*****g dah aku cakap neh apahal?)

aku dah takde idea nak tulis ape sebab entry neh adalah untuk merepek je. ok nati aku post entry lagi (ntah hape neh!! memang merapu lah entry neh. aku pun tak suke kat entry neh. rasa nak STRIKE je sume!!) arghhhh. *emo tak memasal*