Followers

>

Saturday, November 21, 2009

pasrah + redha

dah dapat result *nada mendatar* aku tau. aku dah agak. aku kenal diri aku lebih dari orang lain. aku tak de nak kata apa selain mengeluh. bergenang air mata. beristighfar. diri ini perlu diperbaiki. jangan alpa. jangan taksub. fikir mana yang perlu diutamakan. ada hikmah disebalik kejadian.

entah la. nak kata malu. confirm ada. tapi aku kena hadapi. orang nak kata apa. aku terima. tapi aku tahu apa yang aku buat. dan aku berterima kasih kepada siapa yang still memberi sokongan dan memahami dan nasihat nasihat tu semua. i really appreciate it. a lot.

life must be go on. don't look back. move forward. let gone be by gone. aku percaya "kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi" :)

Friday, November 6, 2009

that's not my name!

adakah anda pernah terfikir dengan sepotong nama yang diberikan oleh parents anda itu boleh diolah sehingga menjadi pelbagai nama? atau anda mempunyai nama yang sikit punya bagus cun cantek tertarik ko memang da boom tapi kawan kawan anda still panggil joyah? bedah?? atau yang lelakinya. gonjeng? ada pengalaman sebegini? iya iya saya tahu anda ada pengalaman sebegini saya juga turut pernah merasakannya (kalo yang tak pernah. senyap sudah. ko memang rugi kerana orang tak sedar kehadiran kau sampai tak tau nama kau atau tak turut menghargai nama kau yang bes tuh. haha. ok gurau. gurau lah. tak boleh gurau duduk surau :P )

so apa yang aku nak share kali neh adalah pengalaman aku time sewaktu celik mata sampai la sekarang neh. macam macam nama dapat. gelaran. cam rasa, kadang kadang tak munasabah lak tapi terima je la kan. (sebab boleh terima lagi. kalo dah tahap panggil aku yang bukan bukan. cilanat ke ape. memang tak boleh senyap la. mau aku tomoi sape yang gelar aku camtu. neh mesti tak cukup pendidikan khas neh. takpe aku tarbiah sikit. free je:P) ok merapu sudah. sambung. so aku nak share la ngan korang nama. gelaran. panggilan. yang aku dapat dulu hingga sekarang. harap anda terhibur. *ayat cam nak tengok crite kat tv je neh. semoga anda terhibur :P*

erm. saya terase diri banyak personaliti yang dapat di'adapt' bile bersama kawan kawan. sampai dapat banyak nama. ok anda boleh panggil saya dengan mana-mana nama dan saya akan huraikan bagaimana saya *tadi atas aku neh saya pulak* (kekeliruan identiti) dapat nama nama tersebut. ok check it out yaww :P

nama diberi dulu kini dan selamanya. eceh. cam dalam orientation week pula.
NURUL ASHIKIN BINTI SELAMAT.
saya ulang. NURUL ASHIKIN BINTI SELAMAT.
orang kate jangan tulis nama dengan colour merah nanti cepat mati. ye ke? arh aku tak percaya. karut. karut. :P
  • shikin. ikin. kin. (same jek. cam tak lain pun:P). neh nama dari nama penuh la kan.
  • shikino (ustaz daniel) mase skola agama dulu. darjah enam. cikgu kelas dan merangkap cikgu pengawas. oh i time neh jadi naib timbalan pengawas kayh. oh sungguh berkaliber walaupun skola agama. :P *takle blah* sayalah pengawas yang jaga pagar skola (ikut schedule) tapi saya juga lah yang lambat datang skola. hahaha. ok teringat kenangan lama. oh lari tajuk sudah. macam mana dapat nama neh. sebab. dalam kelas saya ada 3 orang nama shikin. sorang dipanggil shikin ni. shikin nu. and i got that name. shikin no. ustaz neh memang gila gila sikit. siap men quiz dalam class buat tag lukis gamba sendiri pastu laminate then anggap tuh dragon ball pastu takle jawab soklan lawan. lawan akan amek dragon ball kita. gile comel!! walaupun kau cikgu skola agama, aku tetap salute lah kat kau sebab kau memang bes dan kelakar. haha ok. that's for me lah sebab die rapat ngan aku. ajar jadi MC semua mase majlis rasmi skola. and my besties: yana wasn't like him so much *there's story behind it* i can't tell ya ere. dah panjang sangat neh. baru second. :P
  • shik (vicky coursemate besties) call me as shik. she said it is easy and short. kinda cute,:P she said not me haha
  • shikin selamat (as byk sangat org nama shikin and has to put together with my dad's name baru boleh beza)
  • puteri aka princess (neh betul k) story behind it. masa dulu kecik kecik memang tak dapat main anak anak patung. barbie ke ape ke. *sangat jantan wo mase kecik kecik* tapi ade je gambar i pakai dress and gown kay :P dan masa tadika kawan kawan semua ejek sebab aku selalu main ngan budak lelaki je then kata aku cam puteri la sebab princess kan selalu ada bodyguard ramai dan cam gagah la kunun. tapi i siap ade dayang dayang kay. haha. time tuh juga sebab i kena berlakon *wow. kecik kecik dah jadi drama queen berlakon dalam pementasan class* tapi sayang. mase real time pementasan i was badly sick. ingat lagi ayah dukung sebab i got high fever. and aku cry juga cry me a river sebab tak dapat buat pementasan tuh. penat je practice menari. nyanyi. berlakon. T_____T tsk. takpe saya redha (-_-") haa and lagi satu sebab ada majlis sambutan raya aidilfitri tahun lepas. aku dapat princess of the night. hohooh. terharu. jadi ada la orang orang panggil aku princess :P
  • fatimah (budak fotografi kelas en puaat) dulu mase semester dua ke tiga ek. tak berape nak ingat. short term memory. :P kena amek kokorikulum. wajib amek dua credit. mase first year dah amek keusahawanan. entrepreneurship. (dari sini la start betul betul blogging. sebab dr amin yang suruh blog and gain some money. banyak die ajar. and rasa begitu jahil terhadap dunia it pada mulanya *sigh*) then amek la pulak fotografi. sebab sangat suka mengambil gambar! saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. and en puaat's class was very fun! kadang kala saja mengantuk sebab kami lebih suka practical then talk talk and talk. :P. dari sini la saya kenal mereka. aimi. acad. ayeng. fahmi. ustaz. budak tiga seploh ringgit. haha. sangat seronok. ada lagi satu cerita pasal nama fatimah neh. masa kat matrix (kolej matrikulasi johor). mase tuh orientation week. ade la sorang mamat neh. ntah aku tak ingat la name die sape. dok usha usha. aku malas nak layan. time tuh hati masih lagi pecah berdarah. so pandang lelaki cam booo boleh jalannnn. haha. camtu lah. die tanya nama aku ape. aku baru nak buka mulut kawan2 aku dah kata. nama die sharifah nur fatimah syed ape ntah aku dah lupa. memandai je diaorang neh. lepas dari tuh la ada budak budak panggil aku fatimah. tak fasal fasal dapat nama baru. haha. yang tak boleh blah budak tuh siap jerit nama aku kat court mase aku tengah maen basketball. yakin lak tuh. aku dok tergelak pasal die kene tipu bulat bulat. *oh dun blame me* :P

  • naomi (nama jepun). eceh. perasan sungguh. tapi takpa. biar perasan. jangan berangan. hahahha. nama nih aku suka. aku tak tau kenapa. aku suke tulis naomiashikin. macam sangat sesuai. pastu selalu la guna nama pena. eceh pena. memang tak boleh tahan. bukan. bukan. aku bukannya penulis ke hape jadah. tak. pakai name naomi neh mase kat matrix gak. tulis kat buku latihan ke. notes ke. sampai la sekarang pun. so ade skali tuh ex classmate mase kat matrix nampak name tuh and diaorang bahan dalam kelas. jumpe aku je kata. hai shikin san. tak pun hai naomi. arigato! ntah tak memasal nak berterima kasih ngan aku apsal??? *dah tuh je word jepun yang diaorang tau* haha lawak lawak. aku pun bercerita la pasal nenek aku reti cakap jepun. skola jepun semua blabalbalbla. ntah la aku tak tau la mane gene aku dapat. rasa dari nenek belah mak kot. moyang dulu dulu agaknya. pasal mak pun sepet. mak takde eyelids lagi la tak boleh blah. mak cerita masa die muda muda dulu masa tak pakai tudung lagi la kan. orang selalu chong cheng chong cheng ngan die *neh bermaksud orang cina berbual/tegur cakap bahasa cina* padahal mak aku tak faham sepatah haram pun. aku pun dulu selalu la ada pengalaman sebegini. tetibe orang kat shopping complex ke ntah mane mane cakap cina. aku reply balik. "oh sorry. i'm not chinese" muke sume blur blur tak percaya. halah. so sebab tak mau tambah dosa *insaf* dan tak mau orang keliru ke aku chinese ke japanese *perasan* aku pakai la tudung. memang itu pun dituntut kan?? :) (poyos) tapi tuh dulu. dah lama la. time muda mudi dulu. tuh pun on-off. :P

  • nurul -sushi king's customer. hate this because my name tag was nurul not shikin. tak berape nak alert when customers call my name and wanna order sushi *sigh* tuh la yang berlaku. "miss. miss nurul. can u make for me this sushi??" aku dok kat kaiten (kat tempat sushi yang in the middle tuh) dengan muka blur blur. kadang kadang tak pandang pun sampai customer kena waving their hands. oh sorry sebanyak satu tan. bukan salah saya. mereka (pekerja sushi king yang lain) dengki arh taruk nama nurul tuh. pastu bahan bahan aku. siot tol. tapi takpe itu meninggalkan kenangan manis buat ku. eceh. haa sorang lagi. deputy vice chancellor a.k.a TNC(timbalan naib canselor) HEP & Alumni. ha. jawatan penuh terus. Prof Tajuddin la call me that name. nurul. nurul. nurul akan ini. ikut cakap nurul as she is your ketua delegates. ohho. abes meeting je semua bahan. hampagas tol. tapi takpe. layaaaannnn :P
  • ash - neh nama paling tak boleh blah. nama skola skola rendah dulu bajet juara kampung pinang sebatang ke hape ntah. hahha. yelah kata aku dulu cam jantan sangat kan. ha siap ada nama gelaran lelaki. ash tu youuuu. gile gagah kan. sekali dengar cam abu ke ape kan. oh tidak. tak commercial langsung. (ekh kak nurul tak tak. nama abang abu sedap. abu zar. bes. neh kepada abu abu yang tak berape nak bes :P) haa name neh la mase kat padang skola dulu. masa zaman kegemilangan i jadi atlet termuda yang terhot. panas tuh nyahhhh. semua la i maen. balapan. bola jaring. bola baling. lompat galah. lompat kijang. lompat katak. lompat bintang semua lah. kunun hebat lah. so orang kata i kalo jadi lelaki memang digilai la kununnya. pehal??? euwww i straight kay. straight. tapi memang turun padang pakai key (bukan kunci. tak tau cane nak eja tau sebut jek :P) training. wohhooo rasa gagah di situ. atlet pujaan dan kebanggan. yolah tuh. ekau jangan cayo sangat cakap den neh. den goreng jo. masak lomak pon sodap. haha :P
haa itu sajalah yang ingin dikongsikan untuk kali neh. walaupun secara keseluruhannya atau kebanyakkannya bukan lah nama saya. tapi saya tetap berbangga dan terharu kerana mereka mereka inilah telah mewarnai dan menjadikan hidup saya begitu sempurna dan juga bermakna. so precious! rasa sangat terasa kewujudan di kalangan kawan kawan. *kerana diriku begitu berharga*iklan :P kehadiran ku disedari walaupun sedar siapalah diriku ini. seorang insan yang berhidung senget. jerawat berterabur. berdahi jendul. T___T tsk tsk. saya sedar. terima kasih. terima kasih kawan kawan kerana saya sangat terharu. ok nak menangis sebanyak satu sungai sekarang *cry me a river* (ceh padahal baru tengok crite kat astro tadi meleleh nangis tak henti henti. ntah apsal sedih sangat la cite tuh wat muke aku menangis non stop dan keluar lah muke raksasa yang buruk cam hape #(%#&_#)&+$^)*#)

Thursday, November 5, 2009

kadang kadang kita perlu berpolitik

Akar nibong meresap,

Akar mati dalam perahu,

Tebakar kampung kelihatan asap,

Terbakar hati siapa tahu.


- Anwar Ibrahim, Perhimpunan Agung UMNO 1997.




*hanya sekadar ingin berkongsi tiada maksud menyebelahi mana mana pihak. harap maklum*

Tuesday, November 3, 2009

tak amek exam boleh???

:: exam mode ::
:: tak suke exam :: (ade orang suke ke??)
:: takut nak jawab ::
:: tapi tak sabar nak jawab sebab tak sabar nak abes cepat (ayat muthu)::
ok. niat dalam hati tadi nak tulis pendek sebab nak continue membaca.
OFF LAPTOP SEKARANG SHIKIN!
tak boleh! laptop diperlukan untuk peneman (dengar music sambil study. PERLU!)
kalo tak nanti cepat ngantuk :P




notadikaki: nak blackberry!!!! sape boleh bagi saya sekarang. sila angkat kaki!!! font kecik sudehh. kunun malu ke hape ntah. bajet ade orang nak bagi lah. kompem la takde. tapi saya sentiasa mengalu2kan sape yang nak bagi tuh. sila. silaaaaa