Followers

>

Wednesday, December 22, 2010

Chenta Monyet Edisi Pertama


ekh ekh tetiba rasa nak ceghite aa pasal cinta cinta monyet sebab sebab....hmmm tak yah cerita la sebab kenapa. sebab takde sebab pun. haha. ok dah baca joms

TADIKA

aku rasa ni la first time aku ada cinta monyet kot. pehhhhhhh tadika lagi kau dah gatal an an. ekhhh ape lak aku. aku biase je. takde pun suka bdak tu. budak tu yang suka aku. haha! ntah cemane ntah boleh baik dengan budak tu. aku tak couple but baik la dengan budak tu. tapi seingat aku la kan. budak tu jahat gileeee kot. semua orang yang kat tadika tak suka dia. orang kata lelaki yang jahat lah baru macho an an. heh. jadah nya. aku tak suka kot lelaki jahat. aku ingat budak tu suka campak kasut polis2 dari tingkat atas ke bawah. aku sekolah tadika kemas kat berek polis dulu. so cam kat flat camtu la. semua polis polis duduk. haa jahat an budak tu. nakal la. bukan jahat.


pastu petang petang kan lepas balik sekolah. aku nanti dating dengan budak tu kat buai belakang rumah makcik aku. pehhh bajet romantic aa. pastu aku ingat aku siap nyanyi nyanyi lagi weh. pfttt. apehal ntah macam ceghita dolu2 sangat ntah. vintage abes. drama pramlee tol aa. -___-" dah dah kau jangan gelak sangat. aku tengah malu ni. *blushing. dah dah. tu yang first.


SEKOLAH RENDAH
haaaa time niii. cam best sikit. dah besar. memang hawtt kot aku time tu. semua orang pun nak suka aku an. (perasan) tapi betul wehhh. aku comel kot time kecik kecik lu. even aku cam rase aku tomboi (hermm rasa je lah. sebab adik adik dua lelaki. main game. guli. bola. beskal. takde plak men barbie doll. masak masak. kawen kawen ke hape. tak best wehhh. tak mencabar! haa) ekh cam nak cerita cinta monyet kan tadi pesal menyimpang lak neh. haishh. ok back to the story. masa tu aku darjah empat kot. before before tu aku tak layan lelaki sangat. aku active sukan kot. athlete skolah wehhhh. sprinter. so banyak masa kat padang. asyik training je. peh orang kata penting kan kerjaya lah ntok masa depan. pftt -_-" oh ada la gak usha usha senior bola sepak. tapi aku rasa semua budak bola sepak poyo je. wa tak layan derr. ok sambung. (menyimpang lagi)


pastu dajah empat. aku ada la suka budak ni. handsome wehhhhhh. sumpah handsome tapi dia ni cam sengal lah. haishhh. takde ke lelaki perfect. cukup serba serbi. ecewah. nak perfect aje. diri sendri cam hape. ok ok. membebel la plak. pastu. die pun suka aku. aku tau. siap semua orang kenen kenen kan kitaorang kotttt. dalam class cikgu suruh lelaki dengan perempuan duduk campur. takle lelaki dengan lelaki je. perempuan dengan perempuan. ntah aku pun tak faham masa tu ape motif cikgu. aku bangkang kot! mane bolehhhhhh. rosak la plan aku. eceh bukan plan sebenarnya. kaki gossip aa kan. perempuan. bahaha. tapi. aku akur. -_- ecewah. padahal suka kot. kena pairing dengan budak yang aku suka. dia pun suka aku. so bahagia lah kitaorang duduk sebelah menyebelah. like prince and princess. happy ending story. tsk :') watehel. pftt. haha


belum lagi abes wehhh. belummmmmm. pastu ada la satu hari sabtu ni. dalam class. cikgu soh gotong royong. tinggalkan semua dalam class. pastu ada la berape kerat mamat baha*** dalam kelas aku ni. sakat aku dengan dia. aku ni dah lah ego. malu pun ade weh. bangang tol lah budak ni. die ni memang dari dulu kot suka carik pasal dengan aku. hangen tol wa beb. plak tu. dan dan tu gak la budak poojaan hati.putera katak aku tu propose aku. aisehmen. wrong time lah. aku terus jerit kat dia weh. "aku tak suka kau lah wehhhh!! kau tak faham ke??? aku tak suka kauuuu!! grrr" aku marah marah dia sampai dia takut sembunyi bawah meja weh. sumpah kelakar! betul ni. cerita betul aku tak tipu. pastu mamat baha*** dua ekor tu dok gelak gelak. pastu aku amek penyapu dok belasah diaorang. kan aku dah kata aku tomboi. pehh hangen aku dah ilang pastu aku keluar kelas. terus blah.

esoknya. prince tak dok sebelah aku dah. dia mintak tukar tempat dengan orang len. pasal dia malu. pastu aku dengar dia couple dengan budak lain. aik. kejap je terus couple dengan orang lain? nampak sangat kau macam hayam. menyampah mak *flipshair. haaa tu lah ending cerita aku. panjang siottt. baru sekolah rendah. ekh lom abes lagi sebenarnya. ok nanti sambung la. edisi kedua. tungguuuuuuuuuuuuuuuu....

Saturday, December 18, 2010

how to style your shawl/scarve

hye guys. it's me again. naomi. hahaha ok takle blah sekarang kena bahasakan diri naomi. actually dah lame occay i guna nama tu. (poyo) tapi sebab suka suka. and sekarang macam melekat pulak nama tu sejak guna twitter. actually kalau korang google nama naomiashikin tu. kompem keluar nama aku tau. dah lame gile guna. since i was in secondary/primary ntah. dah tak ingat. masa zaman zaman my space. friendster dulu aa. gile bajet jepun aa time tu kan. sebab tu guna nama tu. semorang pun asek panggil aku anak jepon je kan. eceh perahsan le tu. ok ok. lets get straight to the point.


actually aku tengah demam sekarang ni. the gloomy weather. rainingggg all day long. urgh i wish it's winter outside. but in your dreams naomi. in your dreams. (kalau korang rasa nak muntah aku bahasakan diri aku naomi. korang pura pura nampak aku bahaskaan diri shikin la ekh. bahaha) tapi bila dah winter lagi sejuk wehhh. sejuk sampai ke tulang. nanti baru kau akan rasa miss malaysia weather so much. haa manusia memang camtu lah. mane puas dengan mereka ada. dah apsal aku membebel pulak ni. aaaaaaaa terus je lah apa aku nak share dengan korang ekh.


sekarang aku tengah type belog sambil pakai shawl kat leher. on my neck. kejadah nya nak pakai shawl kat neck. patut kat kepala. YES. memang kat kepala. boleh macam macam wehhh. be creative. kadang kadang aku guna untuk cover my head. tudung erti kata lainnya. or i will use it as to keep myself warm. under the covers stayin safe and warm (bubbly song) camtu aa.


i found this at youtube and just wanna share with u guys. ada banyak lagi kot kat youtube or kat mana2 lagi. letssss watch the video



creative kan. ok boleh amek shawl/scarf masing masing sekarang and perektis ye perempuan boleh. lelaki pun boleh wehhh. stylo la sikit kannn.
dont worry. malaysia takde winter tapi kita still stylo aa kan kan kan





psss:rasa macam nak kena sore throat plak. gatal makan ice cream bila demam. padan lah muka!
psssssss:em lazy to see the doc. mak kata jumpa takut jadi apa2. since i told them last nite. kahak i berdarah. so i woke up in the middle of the night. but then i didnt cough or nose bleed. thats weird. thats all. pray for my health.

owwwww cop. i akan share more fashion to u guys. haha. tetibe gedix gedix nak berfashionista. ok till then. daaaaaa. assalamualaikum

Thursday, December 16, 2010

Malaysia vs Vietnam


ok this might sound awkward? weird? i am watching football??? ekh memang tengok bola pun cuma tengok malaysia football match???? for REAL?? ...naaah nevamind. haha tak pernah kot aku tengok bola sepak malaysia! i mean. malaysia lawan mana mana la. tak patriotik langsung kan. teruk! haha but at least benda2 lain aku patriotik ok! pandai aa nyanyi lagu jalur gemilang tau! kau pandai?? hahaha


ok last night was sooo fun. tengok bola ramai ramai dengan kengkawan. dah lame wehhh tak tengok bola ramai ramai weehhh. so sangat happy. malaysia menang pulak tu kan. kalau kalah memang nak TERBALIKKAN meja je kat singgah selalu tuh. 1st half ada la gak rasa camtu. sebab main cam hape ntah. slow je. emo neh emo. haha pastu orang sekeliling pun cam apa je. datang situ nak makan kot. kitaorang je datang nak tengok bola. so meja kitaorang je lah yang paling kecoh. si @okedkama siap pakai baju malaysia weh! semangat habis. gambar kat twitter siap ubah hasbullah awang tu yang takle blah. yang lain gambar ayu raudhah la. raja gopal lah. macam macam adaaaa. -___-


then second half seronok sikit nak tengok sebab kawan kawan lain pun dah datang. diaorang lambat wehhh! grrr. ape lah. si @faliqfahmie sesat kali ke berapa ntah. tu la len kali dengar @AliyahLaven tunjuk jalan. then @fozanarts dengan @affiqizwan datang. thanks la korang datang. @fozanarts plak yang dari kluang sanggup turun. then nice to know u @hadifahz. dan yang last datang @tat_lee. abang tat sorang ni busyyy so turun lambat sikit aa. haha. dan dia la paling kecoh kat meja. tapi takpe. meja 71 kita ada abang mayor @faliqfahmie so tak yah takut la if nak buat bising ke apa kan :P


last but not least. even @okedkama terlepas tengok DUA goal. hapelah kau ni. -__-" dah semangat dah pakai baju malaysia segala. tapi tak dapat tengok plak kan. takpe lah. yang penting dah goal dan malaysia menang!! heyhooo.




pssss: takle keluar malam selalu lah. kau tu perempuan shikin oii (reminder for myself)
psss lagi: ok semorang harini puasa. (my whole family members except me) sobs. tak dapat join la sebab. sebab. sebab hmm paham paham je lah sendiri yo
psssssss lagi lagi: bai nak tengok cerita Let Me In (2010)

Wednesday, December 15, 2010

sisa sisa kehidupan. tajuk macam bosan tapi kau kelik lah kompem tak bosan. bermanfaat lagi wehhh

hai hai haiiii!! aiyembek. arini ai nak gossip gossip gossipppp *gaya kepoh. takde la gossip pun cuma nak tulis kesah hidup yang macam separa kebosanan sekarang ni. *sigh. aku pun tak nak bosan wehhh tapi dah terbosan nak buat macam mana. hai lah tak tau la kenapa. dah buat macam macam dah supaya ilang bosan tapi ntah kenapa bosan tu suka sangat kat aku. aku tak suka dia. korang suka tak kat dia? (dah ape dah aku merepek ni)

aa menyampah la bila dah start merepek ni. dah la korang baca je la kronologi idop aku sekarang ni. tak berapa nak menarik pun -__-"

bangun pagi. solat subuh. orang kata lepas subuh tak elok tidur balik kan. tapi aku ngaku aa aku ngaku. aku bukan perempuan melayu terakhir yang lepas subuh terus jaga pergi masuk dapur buat breakfast ke hape. aku tidur balik. pastu kol 8 lebih aku bangun balik. kekadang terlajak sampai kol 9 lebih. sampai 10 pun pernah weh! kau takyah bajet dengan aku kata kau tak pernah ekh perempuan2 kat luar sane. aku pukul kau kang. bahaha


tapi aku confirm takkan tidur lepas subuh bila aku tau ada kerja banyak. contoh nak kena basuh kain dan jemur kain. iaitu yang memerlukan khidmat matahari bukan? so kenalah mencampak pakaian ke dalam washer machine dan tunggu sampai dia berbunyi tet teet teett aaahhh memekak lah kau. *berjalan ke arah washer machine dan masukkan dalam bakul kemudian jemur. ekh dah macam sesi mengajar mencuci dan menjemur pakaian lah pulak -_-"


lepas tu aku akan ke dapur. membasuh pinggan mangkuk (jika ada) menyapu dapur. dan membuang sampah. kemas ruang tamu sikit. dan wallahhh. dah takde kerja! yeay. padahal ada je lagi kerja kot. tapi aku buat buat tak terfikir apakah kerja lain. yang aku tulis ni kira rutin lah. pastu naik ke bilik. ke floor atas dan tercongok (mengadap) lappy. bukak cerita how i met your mother. yeay!!! hahaha sekarang dah season 6. aku baru season 2. bahahahhaha. kau gelakkan aku? nak kena pukul??? huh. *buat muka garang cekak pinggang


selain daripada itu. pabila petang menjelma. dalam pukul 4 lebih camtu aa. aku akan menjadi pembawa rollerkoster berjaya! haha. bukan bukan rollerkoster. -_-" myvi kelabu mak aku tulah yang rollerkoster nya. akan menjadi driver sampingan kepada emak yang dicintai. mak kadang2 malas nak bawak kereta sebab telekom kat bukit timbalan tu tengah cat bangunan. mak kata sayang ar kete bile terkena cat terbang2 nanti. oleh kerana mak tersayang saya tidak akan berkata NO NEHI NEHI mak. yes. anak solehah. amin.

oh driver sampingan juga lah kepada adik yang terchenta. heh. aku tak pernah paw kau lagi sebab selalu hantar kau pergi mana2 ni. agak2 paw kau sekali sekala best jugakkan. okeyh nak nine west satu! melampau sangat tu. aku tak kejam camtu. aku nak paw belog sejuk je satu (cool blog) oreo chocolate dengan pearl ekh adik. kau belikan aku tau. haha bajet dia baca belog aku la plakkan.

sexy tak sexy tak aku? berani kau kata tak sexy? nak minta lempang free? bahahahha. sexy sexy garang weh. takpe lelaki suka. aku tau. bahahha

selain daripada tu. aku kadang kadang mengisi masa dan sisa sisa kehidupan di jb ni sebelum mengakhiri zaman bersenang lenang dan start bekerja di thermo fisher scientific tu (baca dengan satu napas weh!) haha. sambung. dengan bersocial network. peh peh. cam twitter lah. so ade tweetup ke apa. kalau aku diberi greenlight aku pergi lah. heee


nak pergi twitup kat sini!!! That's cafe!!! nak pergiii aaaaaaaa. sebab dia comel vintage vintage. sesuai lah dengan aku yang comel ni kan kan kan. ok perasan. takpe itu kenyataan nya. hahaha
santek kan kan kan

THAT'S CAFE (gambar ihsan dari google)
err gambar seterusnya aku curi dari belog kawan aku yang sumpah best gila.
yang kat dalam gambar ni kawan dia kat that's cafe.
ni pun kawan dia. haha aku tak kenal


haaaa taraaaaa *bunyi drumroll ni lah empunya belog.
haa kelik lah ye kat page beliau ni. sumpah lawa dan best belog beliau
ekh aku tak link lagi kat belog aku lah. sorry T_T baru edit belog. kejap lagi ai letak ye
nak add kat twitter pun boleh @aimiLaili

tu je lah kot nak cerita. nanti nanti i cerita lagi. bosan kan cerita kali ni. kau cakap ya aku baling dengan dart nanti. haaaa. takut? takut? tau takut. ok bai

Tuesday, December 14, 2010

taraaaaaaaa *sambil mendepa tangan

haaa santek tak? santek tak? TAK. berani kau kata tak santek. pang kang mahu? bahaha. dah dah cukup cukup la merepek. aku cuma nak tulis aku dah tukar templete baru yang bersusah payah aku edit sebab ni guna html bukan xml boleh auto auto. aku tak tau lah kenapa aku gatal sangat nak pakai html neh.

tapi aku suka templete ni sebab:

  1. macam suci. macam je lah kan. kat mata aku nampak suci. putih. kalau korang rasa tak suci. ade aku kesah? bahaha
  2. tak serabut sangat cam before ni. 3 column. 2 column kira ok ah kan?
  3. aku memang nak simple. nanti nak tambah warna warni lagi. tapi....nanti arh. (tu maknanya takkan buat la tu. sebab m.a.l.a.s haha ade sesape rajin nak tolong buatkan?
  4. suka arh sebab susah payah aku dok memahami html ni wehhhhhh. pening nak mamp. yelah aku memang tak-berapa-nak-tau lah kan pasal computer. programming. jadah ni. ok sebab member aku dorang depan aku ni tengah cakap pasal programming. matlab. visual basic. c++ ntah ke hape yang aku tak faham langsung. so takle nak menyampuk kunun tau lah. "haaa aku tau maksud PIC. picture?. person in charge?". takde takde. kau salah. ok senyap. tunduk malu.
haa tu jelah aku nak cakap. nanti nanti aku hupdate lagi. nak belogwalking arh. dah lame tak walking down the street. kunun nak harap orang comment and baca belog kau tapi kau sebok tak baca belog orang lain. kan memalukan tu. dah ok bai

Monday, December 13, 2010

tukar angin agar lebih hidup sehat dan kuat! cam bunyi iklan milo je -_-"

aku rasa dah bosan muak nak termuntah muntah dengan templete 3column neh. arrhh sakit mata arh. sakit mataaa. hemo tau. hemooo *over lah kau nyah.

jap lagi nak tukar design baru. sila bagi comment occay. tak bagi. siap arh. aku pukul kau. takut? haa bagus sila drop comment. lek je cakap kunun banyak la comment akan higgap padahal dah tau dah kompem takde comment. dah takde sape nak baca belog i dah. sobs. blah la. wa hemo ni hemo. hati terguris. ok! *tetibe kembali bersemangat.

masa cuti yang sedikit panjang ini. akan habiskan masa belogwalking dan melawat belog2 lain. yeahhh!!! itu saja. nak hupdate template dan mulakan kerja kerja amal. sekian. ok bai

Monday, December 6, 2010

kepada enchek/mister ID

eceh. kunun nak berahsia. tapi tu ari tak protected pun. malu lettew.
halah! dah tau tanya pulak. ok bai *blushing

Sunday, December 5, 2010

List of the movieesssss and FREE movies!


tengah tengok cerita ini sekarang.
tapi sebab rasa nak share link.
so hupdate belog jap

cite neh aku tak tengok sampai abes lagi
tergendala sebab tu ari blk kampung
pasni aku sambung

movie ni aku bagi 3.5 over 5
jalan cerita aku dah boleh agak.
tapi siapa yang suka action. (takde pun action sgt)
boleh la layan

ni pun jap lagi nak tengok.
tue ari cam tak terabes tengok sebab keluar rumah ada hal

sumpah tak senonoh.
jangan tengok.
aku tak sanggup tengok.
baru 20 minit layan terus tukar
eeuuwwwww
kunun nak tengok dengan adik
tapi kenapa ntah rasa cam bosan je
terus tukar.
nanti2 aku tengok lah
bestttt cite ni type yang macam girlie2 punya cerita la
yang lelaki tak minat kot cite camni. -__-
4 out of 5

seronok! tak tau nak comment cane
4 over 5 lah i bagi

4 3/4 out of 5!
even ada yang kata tak best. slow.
aah. a bit slow lah cerita ni.
tapi sebab dah suka kan. besttttttttt
oh tapi aku tengok kt cinema cerita ni. dengan saifa


tengok dengan fasha tu ari.
kat starbuck. sebab bosan lepas exam
hurm sebab budak cute dan pandai ada dlm cite ni
aku bagi 3.5 lah out of 5 haha

terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
nak bagi 5 tapi mane ade mende perfect.
haha sooo. 4 4/5 out of 5
actually ni based from true story kan
and aku dah tengok the taking of pelham 123.
so cam dah dapat agak cerita dia camne.
lebih kurang je la sebab dua2 based from true story


aaaaaaaaaaaa. cite ni pun besttttt
rapunzel waktu kecik cute gileeeeeeee
dah besar santek gilaaaaa
4 out of 5
sape suke musical suka la kot huuu


tengok separuh jalan juga tu ari
so nanti nak sambung
streaming lambat tu ari




ok sape nak tengok semua semua movies online
tengok kat sini

tak payah regiester. it's free
online sahaja. tak sure boleh download ke tak. boleh rasanya
dan nanti pilih link yang leklok sikit ye untuk tengok online.
agak agak tak elok tukar lah
sekalunya aku guna potluck.novamov atau shockshare

bestfriends


friendship is



when i need someone the most
to talk bout something
to share what i feel and my thoughts
to tell what i'm going thru
u guys always be there for me






wuuuuuuuuuuuu nanti ai dah keje jauh nanti
kompem rindu korang.
tsk :'(









ok dah nak sambung tengok movie. bai
entry macam sedih tadi. cis

Saturday, December 4, 2010

one month to go



alhamdulillah. akhirnya abes final exam
(eceh orang lain dah abes lama dah wehhh. tak kecoh pon)
dulik la aku nak juga cakap alhamdulillah dengan nada lega. *monolog dalaman



oww sambung balik. alhamdulillah juga kerana saya sudah diberi tawaran kerja.
insyallah. apa apa pun tengah tunggu official offer job letter dari company tersebut
berkemungkinan masuk kerja end of december or early january
akan ada rakan sekerja dari course yang sama. sama uni juga. amin chenko sep sikit!
tapi beliau akan masuk awal dari saya. sebab aku pun mintak masuk after offer letter dapat
ada hal yang perlu diuruskan di rumah seperti:



parents pergi umrah then adik dapat result pmr pastu takde siapa akan uruskan dia
makan minum. naik sekolah. if dapat tawaran pergi mana mana. haaaa *baca dengan satu nafas

akan menjadi warga shah alam pulak selepas ini.
tu je lah nak hupdate pasal hidup sekarang ni
takle lebih lebih semenjak email ym fb kena hacked dengan $&@#%()@#%+_
ok dah tu je bai

*cepat cepat tamat kan entry before emo

ok cop. before kerja kena lah beli baju kerja kan?
nak ni. ada sape sape murah hati nak belikan?
ok bai

Friday, December 3, 2010

kena HACK. FB. YM and EMAIL YAHOO

entry kena pendek.
sebab bernada serius dan sikit emo lah kan
opkos EMO

nak buat pengumuman
saya mungkin buat account facebook dan YM yang baru
sebab kena hack!
or phishing ke hape jadah ntah
yang pasti
sedang sedih lagi
takde la sedih tapi kecewa etc lah
dah lama GILA guna acc tu since i was in 2ndry school

i got a message tak boleh log in
facebook. sebab someone change my password at 4.48am?
pfttttt. she/he did it for purpose. i dunno why
and I DONT EVEN CARE
sekarang dah puas tengok email aku?
dah tau rahsia aku? ok aku tak kesah!
lantak kau lah

so kawan kawan saya yang baca blog saya ni.
if nanti saya add kat fb
sila lah percaya itu saya
or boleh je tanya soklan yang berkaitan
macam dalam cerita harry potter 7 tu kan
supaya nak tahu
i'm the real SHIKIN ke tak :P
see tadi cam emo. sekarang aku cool
ok tu je lah. nanti hupdate lagi.

Monday, November 22, 2010

saya suka cotton!! cotton madness!!!


cotton cotton cottoooooonnnn. saya suka cotton on!!! saya suka cotton candy!!! saya suka baju cottonnn!! sangat comfyyy comfyyy kan kan kannn. harharhar.

saya ingat waktu pergi sekolah dulu. macam benci gila baju putih cotton tu. bukan benci apa. malas nak gosok. tak tau lah kenapa. tapi kadang kadang bila dah cuti dua hari. (cuti weekend. tak sekolah) rasa rindu dan bersemangat waja pulak nak pakai baju sekolah bila dha hari isnin (ceh dan dan je. kau percaya je lah si naomi kembell ni cerita)


lepas tu. bila dah bertahun tahun pakai baju cotton ni kan. masa jaman sekolah la ni wa cerita. rasa bosan. kale putihhhh je. nak nila la. color biru sikit. baru coolll. mat cool lah katakan *lagu eskem mat cool. siyes wooo siap ada trend nila nila kan baju dulu. pernah la try masa first time nak nila baju. "Alamak. nila terlebih". mampos kena marah dengan cikgu esoknya sebab baju biru sangat. nak lawan pengawas la konon nya. ye dak? haha :P

pastu pastu. tak power lagi. "Alamak. nila nila sekali baju bercapuk" bercapuk ni cam nila tak sekata la. so bertompok tompok dah macam hapa dah. malu nak pakai baju tu pergi sekolah. nasib baik ada spare. tapi lepas tu kena marah dengan ayah sebab baju kena buang. haishhh otak aku geliga sikit. kata born to be a chemist kan. kecik kecik dah faham dah konsep bleaching. haha. amek clorox then lepas tu. ting! putih balik. yeay! pastu nila la balik. hahahahhampehtol


lepas tu dah selalu nila baju. dah power la sikit kan. baju cotton tu takde lah putih sesuci dalam debu sangat. kebiruan biruan sikit. suka weh pakai baju cotton!! sebab:

  • tak panas.sejuk sejuk je bila pakai
  • sangat selesa! comfy comfy wehhh
  • nampak ayu. gadis melayu terakhir gitu. kompem mak mertua tak reject! haha
  • pastu dia banyak corak corak. (ni bukan cerita cotton sekolah yg satu color tu je) corak comel comel and sweeetttttt
  • sesuai di pakai oleh semua golongan! lelaki pun boleh pakaiiii! i mean ada pe baju lelaki yang cotton kan. tapi selalunya baju kurung cotton di pakai oleh perenpuan. *senyum
  • cotton mudah di jahit! kerana material kain cotton senang dijahit. errr tak tau cane nak explain
  • cotton juga ringan untuk di bawa kemana mana. kain cotton ringan wehhhh *muka serious
  • cotton juga macam macam jenis. macam macam adooo. kiranya boleh buat baju dari cotton pastu pakai untuk macam macam function/event lah.
  • dah banyak kot sebab. nanti nanti tambah lagi. kalau korang nak tambah pun boleh :)

haaaaaaaa so sekarang ni. cik naomi sup kembell nak promote lah kat korang. memandangkan dari kecik saya memakainya. haishh tak tau lah nak kata. memang jatuh chenta lah pada kain cotton ni. tak percaya? tengok bawah

kanan: saya, kiri: kakak.
haishh tak nampak lagi betapa seronok nya memakai kain cotton?
tengok sajalah ekspresi muka kakak saya!


kiri: saya, kanan:kakak
cotton sangat selesa dibuat berjalan!

akhir kata. COTTON MADNESS sedang membuat sale hujung tahun!!!
penghabisan stok!!!
mari mari mari beli kain cotton
yeeee kakak2 adik2 makcik2 yang lawa lawa
yang cun cun. cantik molek kalau pakai cotton
marilah beli kain cotton
murah murah
kain cotton special. corak exclusive. hanya satu dalam seribu
FREE SHIPPING + FREE CUTE GIVEAWAY
cepat cepat. mari cepat sebelum terlambat

Minum Milo Anda Jadi Sehat dan Kuat



fuhhhh terbaek lah kan kalau dapat minum milo ais tabur tengah tengah hari buta panas terik.
peh peh. memang suka gila dengan milo. tak tau lah kenapa. asal pergi gerai makan mesti order milo tabur. asal order milo tabur je mesti kat kedai makan (?) acah mak enon. kena kelentong dengan cik senah cik naomi kembell. sekarang dah tukar nama lah. tak tau pun ada kewujudan cik senah juga dalam blog maya neh. sob sob. so sebagai menghormati beliau. saya mengundurkan diri dengan menukar nama lah. (bukan tadi nak cerita pasal milo ke? ekh ekh)


sambung balik. kena kelentong lah dengan wa. wa sebenarnya sekarang kurang dah minom milo. sob sob. dah muak kot. kecik kecik puas melantak milo dah.
tapi MILO kau tatap menjadi poojaan hatiku. CUTTT! haha sekarang suka gak milo cuma kurang lah pengambilan milo dalam kehidupan seharian (ecewah)


kalau dulu kecik kecik. aku ingat lagi. mak ayah aku dah tak tau nak kata apa dah.
aku addict gila dengan milo. pagi petang siang malam lah dengan milo.
"Mak nak air milo" haaa ni la peberet arahan aku masa tu. cis arahan kat mak. melampau kau nyah. pastu tak minum milo. aku MAKAN milo. haaaa ni yang heaven ni. tak tau lah kenapa.
suka tahap gaban makan milo ni. nikmatnya tak terkata. cedok milo banyak banyak taruk dalam pinggan (heh melampau lah. ingat nasi ke hapa) gelas pastu makan dengan semangat. siap idong kembang kembang. macam tengah lari 100 meter ke hapa ntah semangat benar nak abeskan milo tu -_-" pastu siap tambah lagi. heh makan nasi tak pernah pulak berselera siap bertambah macam ni -_-


fenomena makan milo berterusan lah untuk beberapa tahun dan kemudiannnnnn.... cinta ku dengan milo telah terhalang oleh orang tua *nada lagu lama cis cis. bukan cis kat mak ayah. tapi sedih la tak dapat makan milo lagi. menangis meraung meraung. masa tu dalam otak "WHY WHY WHYYYYY!!" haha kenapa aku mesti dihalang daripada memakan makanan selazat itu. whyyyy. sebab aku senang panas dalam weh. melantak milo hari hari pastu nanti nose bleed. hidung berdarah. dah la aku ni menghadapi symptom senang hidung berdarah. so mak ayah pun kata "JANGAN MAKAN MILO LAGI" aku akur sob sob T_T


tapi milo kan memberi tenaga kepada kita kannn. tu lah pasal kecik kecik active gila. sebab terlebih gula lah kot. makan milo banyak sangat. sumpah active. tapi bagus wooo bila kat sekolah verlagak lah kat kawan bila bawak air kotak milo masa waktu rehat. tayang tayang. *hidung kembang kembang sruttt srutttt *bunyi-air-kotak-dah-abes-tapi-tetap-nak-sedut-kuat-kuat-nak-tunjuk-betapa-nikmatnya-minom-air-milo -_-"


best kan adik adik minim milo kan kan kannn. sooo hari ini akak nak ajak adik adik pergi Universal Studios Singapore sambil minom air MILOOOOOO kegemaran kita semua. yeayyyy.
cane nak pergi? senang saja begini caranya:

  1. Beli mana-mana MILO® pek UHT.
125 ML = 1x no.bersiri | 200 ML = 1x no.bersiri | 250 ML = 1x no.bersiri | 1 Liter =  3x no.bersiri
  1. Warnakan gambar yang diberikan dengan paling kreatif.
  2. Peserta hanya boleh menggunakan pensel warna, krayon/ pastel, cat air
    dan/atau pen dakwat berwarna untuk mewarnakan gambar yang diberikan
  1. Borang penyertaan yang disalin cetak mestilah sama ukuran dengan borang penyertaan asal.
  2. Penyertaan yang menggunakan bahan-bahan lain dan/atau borang penyertaan yang disalin cetak dengan ukuran yang berbeza akan dibatalkan serta merta.
  3. Lengkapkan borang penyertaan ini, sertakan 1 Bukti Pembelian ke dalam 1 sampul surat, letakan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:
    PERADUAN MILO® WARNA-WARNA JUARANestlĂ© Products Sdn Bhd. (45229-H)
    Peti Surat 8363, Pejabat pos kelana jaya, 46788 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.


oh ya. lupa nak beritahu

Tertakluk kepada Syarat dan Peraturan Peraduan. Terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 - 12 tahun SAHAJA. Kategori A (Umur 7-9 tahun) dan Kategori B (Umur 10 - 12 tahun).Gambar hadiah yang ditunjukkan untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza daripada yang ditunjukkan di dalam gambar. Universal Studios Singapore dan Nintendo® tidak mengambil bahagian dan bukan penaja peraduan ini. Hadiah Utama adalah untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak


oh tak pe tak pe jangan kecewa. bagi orang dewasa tu jangan kecewa. boleh la jugak hantar lepas tu curik la nama adik ke. sepupu yang kecik lagi ke. anak sedara. anak pak sedara. mak cik. rumah jiran sebelah. tak de masalah. jangan sampai kantoi sudah. :P hah lepas tu dah menang share lah hadiah. jangan buat dunno je. tapi kalau menang Nintendo Wii tu jangan lupa jemput budak budak tu datang rumah main. jangan nak ngade kedekut berebut dengan budak nak main. haish buat malu mak je kau ni nyah. tak kuasa mak *flip hair

berminat????? tertarik menarik nak sertai?

tarikh penyertaan 1/10/2010 sampai 2/12/2010





random: ok nak sambung study. oh lagi satu *tepuk dahi. tak scan gambar lama zaman tok kaduk lagi. mak dah tanya tanya bila nak scan and hupload T_T

Saturday, November 6, 2010

kesayangans

Kesayangans ai semua busy.
saifa busy nak viva. Monday ni. Good luck to u darl
Yana pun sama. Tapi sekarang dia balik muar. N happy belated birthday to u. Insyallah if ada rezeki aku balik muar bila along dah balik malaysia dr ostoruraria. Eceh mcam dah rumah sendiri pulak.
Aliah kt kl. Alia kamalia kat osturaria jugak. Evin n ely kat kl. Busy nak exam gamaknya.
Ai ni je yang tak sedar diri -_-

Oked kama kat over the sea.singapore.busy dgn expo.ummizainal busy jd cinderella.Missfashareena pun busy study.kak nadia kak roza nashie dah jauh.dah bekerjaya.kak yuyu kak ain kak yani kak archi kak syikin sebok writing eceh. Writing sempat steambot karok bagai. Tu je kesayangans ai g terlintas setakat ni. Message yang ingin disampaikan semua orang busy kenapa aku macam tak je ni??? *still tak sedar diri*



Psssss:btw cuba try test hupdate belog guna bb.ok bai

Wednesday, November 3, 2010

Cukup buruk sampai rasa nak sepak?

ok last last. before i'm off to bed

nah gambar memalukan diri.

kompem saham jatuh merundum.

ok bai
'pimp

Distraction

cik senah nak hupdate template.
tapi.
semua salah HAFIFI KAHAR! bold sikit arh kan
beliau telah membuatkan ai tertarik menarik kau memang da boom terhadap.
.
.
.
.
.
.

anda mahu cuba?? kelik sini >>>>>>>>>>> http://gickr.com/

Tuesday, November 2, 2010

Marilah bertukar angin!


nak hupdate takde idea.
tepu. concentrated.
otak. jammed.
pfttt -_-"
yeah sebab dah lame tak berseni. (ecewah)

sekarang tengah nak tukar template baru
if ada idea boleh lah share link.
haa dah. tu. je. nak. hupdate.
sape nak comment.
sila angkat kaki!

gambar sekadar hiasan.
ayat skem. pftt bai

Tuesday, October 19, 2010

a dress

i need a dress.
for becoming event(?) function(?). pfttt tak tau nak eja.
english style.
any idea?

Wednesday, October 13, 2010

replay. rewind. shuffle.

I love this song.
yes. ada orang dedicate lagu ni kat aku.
and i love it.
and love the dedicator(?) too :P


memang nak belog pasal the dedicator
tapi may-be la-ter. haha
bukan tak sempat.
tapi. tak de idea.
ok tipu. idea banyak.
mencurah mencurah
tapi tak tau mana nak setart.


ok let me start with
i didn't expect you came into my life. :)
thanx for the first date - wall climbing.
haha yes. we did. and tak nak cerita the rest.
(tak perlu kot) haha rasa nak sepak.
kejap nak cerita. kejap tak nak cerita. :P


kenapa aku post menatang ni senget ke kiri ekh?
ok saja. aku just nak letak lagu je sebenarnya.
ok nah. ni lagu yang aku suka. korang suka?

Monday, October 11, 2010

Manja become/s(?) a mum


yeayyyyyyyyyyyyyyyy. Manja dah bersalinnnnnnnnn. ceh sekarang baru nak eksaited. padahal lama dah dia bersalin. -_-" ekh. dah lame dah aku eksaited. sebab anak anak dia somellllllllllllllllll sangattt!

tengok comel kannnnn. diaorang cuddling to each other. comellll.



tak sabar nak tengok mereka mereka besar

tak sabar nak bagi nama. yes tak bagi nama lagi -_-" ada idea?

tak sabar nak main dengan mereka mereka bila meraka dah pandai lari lari

tak sabar nak dengar suara mereka. oh tapi jangan memekak tak tentu pasal

tak sabar tak sabar tak sabarrrrrr

Wednesday, October 6, 2010

Pray hard. cross finger

wish me luck for this becoming event. yes. I tak habis belajar lagi. tapi AKAN habis belajar. this becoming november. (final exam) insyallah. so drop resume and maybe walk in interview. and get something from this event.

oh ya. sambil menyelam minum air. :)

I can't sleep so I belog


Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kat belog niiii! sumpah rindu.
aku tak tau nak hupdate apa.
tapi aku nak tulis aku tersangat kecewa sebab
tak dapat pergi Vaseline Party last saturday
tapi extremely happy because of my sister wedding!
so takde la sedih sangat tak dapat pergi party tu cuma a bit frustrated lah. (ayat muthu)
urbanscape. singapore fashion week. mtv world stage. yada yada.
cam berderet lak tak dapat pergi kan.

ok tak jelas. gambar pecah. tapi nampak la jugak kan. ok i sedih. cik senah tau cik senah bukan lah fofular cam hanis zalikha. red mummy ke hape yang baru dapat invitation sekali pun nak kecoh kan. aaaarhhh pedulik hape mak. janji mak dapat invitation. kau hade???




ok tu je. bai

Thursday, September 16, 2010

It was funny how we met/knew each other rite?


banyak kita tak sedar atau kita buat buat tak sedar macam mana menariknya cara kita kenal dengan seseorang.

::accident::
terlanggar bahu. pastu kata sorry. dan boleh berkenalan. atau terlanggar kereta. sccretttttt. bangggg. "bahalol tol siapa yang langgar bumper aku ni!!!" keluar kereta. "maaf encik maaf. saya tak sengaja. saya nak cepat. mak saya sakit tenat kat kampung. saya akan bayar semuanya. ni card saya" terus bagi card. and terus dah ter-kenal.

::minat yang sama::
ekh aku minat bola la. kau minat? ekh aku pun minat. haa cantek. kita boleh lepak mamak sama lepas ni. (padahal before tu tak pernah bercakap pun)

::perangai sama::
weh kau suka tidur lambat kan? pastu sok pagi pun kau bangun lambat kan. ok set. malam ni kita pergi merambu jadi kutu rayau. pastu kol 7 balik uma. tido. (ni perangai lahanat. jangan tiru. baiklah malam malam pergi buat solat tahajudd jadah)

macam macam cara kita boleh berkenalan dengan seseorang. kadang kadang bila aku fikir fikir balik macam mana aku boleh kenal orang tu orang ni. aku sedar. ekhhh. aah ek. kelakar la macam mana boleh kenal si polan. ada yang mula dari kurang baik jadi baik. macam kes langgar kereta tadi. ada yang baik jadi tak baik. dulu sikit punya kamceng bila dah kenal perangai macam haram. ada. ada. ada kes macam ni. korang takkan tak pernah ada kot, kan...

ade orang dari ostoruraria baca belog usang sumpah annoying kadang kadang ni. peh. cik salmah yang howt baca belog i wehhhh. terharu gilakkkk. nama beliau RAJA NUR ZAHIRAH. (salah eja mintak maap ye) nak baca belog beliau yang best nak mati sila lah kelik nama beliau tu ye

anddd. last. (malas nak buat entry panjang panjang) sebenarnya cuma nak sampaikan nak letak gambar live traffic feed. aku perasan banyak kali dah. sumpah nak gelak bila ingat ingat balik macam mana kitaorang boleh kenal. and macam mana lepas tu cik salmah ni boleh kenal kawan kawan i yang lain. and i boleh kenal kawan kawan cik salmah yang lain. kan zyra kan. awal, aten kulala. what a small world. haa tu jelah nak tulis. lepas ni korang fikir la ekh macam mana korang boleh kenal si polan si pulan si senah si bedah si joyah. kompem korang pun gelak marah pelik. macam macam ado.

F1!! F1!!! F1!!!!!!!!!!!!!!!!!! (FORMULA 1)


siapa minat formula 1 car. this becoming 24-26 september 2010 ada SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX and the tickets are selling FAST!!!

last week my bf and I went to singapore. sepanjang panjang Orchard Road tengah hebat hebat mempromosi Formula 1 ni. sumpah menarik. siap taruk kereta sejibik kat situ and boleh test drive secara maya bersama ditemani awex hawwttttt u.

"Alah bukan best sangat naik kereta tu. yang best sebab ade awek hawt kat tepi"
quoted dari encik bf. haha. betull!!!

memang menarik! siap ada siapa nak gambar dengan baju formula 1 yang full set tebal and panas nak mampos tu pun boleh.

main kereta control kecik kat litar yang dia sediakan.

nak beli ticket on the spot pun ada. oh ya. BELI TICKET KAT SINI.

or u olls boleh tekan iklan kat side bar kiri or atas kat belog I ni ye. tekan jangan tak tekan!!. tengok tengok la ye. menambah ilmu pasal formula 1.

ok dah promosi singapore dah. i kan duta singapore sekarang. ok bai

Wednesday, September 15, 2010

konon nak belog tapi tiba tiba aku rasa sejuk panas sejuk panas (saje nak buat tittle entry panjang panjang)


hari ni satu hari jadi driver berhemah. heceh. hak ptuih berhemah. dua tiga kali penumpang aku terhantuk kepala dengan sakit jantung masa aku bawak kete. aiseh -_-" aku rasa 3 tahun aku drive kete belom nak hustler sangat la. kena prektis lagi. practice make perfect. ecewah speaking London la sikit kan. kata nak improve kan english aku yang makin hanjeng sekarang ni, kan..

haachooommm. heshh potong betul la. hidung dua tiga hari ni ngada ngada sikit. ni pun aku rasa seram sejuk panas. kurang stabil la antibodi badan. emosi pun kurang stabil. dah la aku dah start nak hemo hemo. nak pergi dengar lagu hemo. bai

sumpah takut

sumpah takut bila tengok ada visitor dari indonesia. oh maaf ini bukan nak menaikkan apa apa isu. saya bercakap mengenai pengalaman hidup yang lalu. kerana pernah ada stalker dari indonesia yang curi semua gambar saya dari friendster dan kata saya wife dia. GILOOOOOO!!! lepas tu add semua kawan saya kat friendster and ngaku dia husband saya. GILOOOO!!! tak percaya boleh tanya kawan saya yang bernama nur fahira abdul rahman a.k.a cat/ferra. oh atau nama manja ira. :)


ok dah cukup baik lah entry kali ni cik senah bahasakan diri saya. bukan aku-kau. lu-gua. ok tu je nak share. ok bai




pssss: rasa nak tukar design belog. ada idea???

Tuesday, September 14, 2010

uncertain

first of all. forgive me if i spell it wrongly or my sentence seems not fit it well. (see i did it) F u grammar. ini lah masalah saya sekarang. masalah. masalah besar! saya harus banyak membaca sekarang dan bakal akan pakai spek lagi tebal macam setebal 1inch. atau lebih! my other languages. yes languages. with S. english dengan japan makin teruk. sangat TERUK. english ok lah lagi kot. japan. ini memang hancus! memang tak power pun sebab baru belajar basic but still teruk! dulu kata nak hustler kan japan. sumpah suka gila bahasa jepun. lagu. movies. yada yada. haish tak tau la nak kata apa.


and....

sekarang ni pun otak aku ni oh bukan otak saje. mood juga. uncertain. tak menentu. swingy wingy. aku tak tau maksud swingy wingy tapi aku suka nak sebut. so accept it as i wrote it above. forgive me if i spell it wrongly. wtf? aku tak pernah mintak maaf mende remeh remeh camni. suka aku la nak tulis apa! hesh see. emo tak memasal. dah la nanti aku belog lagi. emo arhhh emooooooooo






psss: bulan dah nak datang.

rest in peace

eceh. kau hingat aku nak pergi masok kubur?? tak tak. aku cuma mengingati mati. mengingati mati itu kan sunat hukum nya. sejak akhir akhir ni ayat muthu aku selalu je keluar. ekh rasa nya dari dulu pun :P oh bytheway. aku siyes rindu kat belog ni tapi setiap kali nak tekan je papan kekunci (read:keyboard) rasa payah sangat.

after my mum kata: "jangan share semua benda pasal kita kat belog ke atau fb. bahaya" yeah. i was thinking that too. i know mum. i know. and lagi lagi bila ada stalker. no no stalker ni ada macam macam. yang no intention to ruin your life. yang saje suka baca life orang lain and happy to see somoneelse happy. like me. yes. i DO stalk peoples. yes i did. kau jangan tipulah yang kau tak pernah buat. pernah kan? kan??

haha ok yang lagi satu punya jenis stalker yang macam obses nak mati macam cerita obsessed tu. sumpah takut nyah. yang ni la sekarang aku takut. tuh pasal la tiap kali nak belog je fikir banyak kali. ekh seswai ke tak aku nak belog pasal ini itu. and..korang pun tahu (sape yang ikut or pernah baca belog usang aku neh) aku selalu belog pasal life aku kan. opkos lah. dah url pun shikin's life. hidup aku lah. hidup sape lagi kan. so basically nak share je dengan korang2. pasal life. pasal my thoughts. anything and everything. tapi....the fact is we CAN'T just share anything and everything dengan orang orang. lagi orang orang yang kita tak kenal.

so aku akan still belog sebab aku sumpah suka belog dan merepek. dan aku tak kesah pun ada orang nak baca cerita cik senah ke tak. ade aku kesah??? (dalam hati kesah) haa tujelah. sok sok cik senah nak share gossip. tungguuuuu (cam lahanat je nak ajak orang bergossip kan. pergi ingat mati lah cik senah!)

Wednesday, September 1, 2010

Are You Moist Enough?

engkau orang suka tak bila tangan or kulit korang pecah pecah. kering kering. rasa kasar. bila salam je rasa cam pegang. "ekh tangan ke kertas pasir ni?" -_-" yes. i pernah kot. and selalu macam ni. sebab tangan dilahirkan kering kering. so i need moisssstttttttttt. memerlukan kelembapan. i guna vaselineeeeee. SENANTIASA guna. contoh:

  • dalam kelas. kadang kadang class aircond melampau kan. macam kat kutub utara. so kering kering lah kulit i yang dah sedia kering ni. so i pakai vaseline then kadang kadang terbau bau wangi and orang lain pun tumpang sekaki. heeee.
  • travel. ini harusssssss. macam itu hari. eceh itu hari la sangat. last november actually. i travel pergi UK and Paris bersama rakan rakan seperjuangan. dan kitorang memang share vaseline! sumpah tak tipu. semua pakai kak oja punya vaseline for lips time tu. ingat lagi. haha. sumpah lawak. satu bas share. sebab shivering yang amat dan kulit muka. bibir and tangan kering yang amat. dalam video ni. part hujung hujung. my friend - sunthar ada kata. bibir pecah pecah semua. haa kitaorang guna VASELINEEE. untuk mengekalkan kelembapan. heeee

  • pakai ketika rasa tangan tak boleh pegang kertas. sebab tangan tak lembap -_-" or mase nak bukak plastic. oh ini sumpah annoying bila tangan tak lembap. susah gila nak buka plastic (bile time nak beli kueh kat stall makcik depan library)

haaa so are you moist enough? i'm sure you are not moist enough. cuaca malaysia sekarang panas nak mati. lagi lagi kat KL. panas like hellllllllll. so kulit cepat dehydrate. cepat kering. loss of water. kan kan kan. korang paham tak i cakap apa ni?? faham? faham? bagus. so i suggest cepat cepat (berlari kalau boleh!) ke kedai atau pharmacy berdekatan. watson! guardian! sekarangggg. beli vaseline. dia ada empat flavour. (ceh kau ingat makanan ke hape ni? puasa oo puasa :P)


haaa macam dalam gambar ni. nampak nampak? tak nampak and nak nampak lagi jelas pergi berlari sekarang ke kedai berhampiran anda! heeee. aku dah berlari ke watson. dah berlari pecut watsonyambek dah and beli one of vaseline products. korang bila lagi?? yakin kulit dah lembap? ARE YOU MOIST ENOUGH?



i loooveeeee photography

really?
yes I am.

sejak bila?
sejak azali (?)

macam mana boleh minat?
sebab aku suka tengok gambar lawa and orang amek gambar aku secara lawa dan tak nampak buncit atau tak nampak selekeh atau nampak skinny sangat atau atau atau (berapa banyak atau daa)

pernah pegang camera?
kau ingat aku cikai sangat ke? pernah la. in fact. pernah masuk kelab fotografi dulu. oh bukan la kelab sangat. ni sebab koQ kat uni dulu. under UTM lah kiranya. dengan encik pua'at (peh siap ingat nama lagi tu siottt) yes sebab kata minat kan

kenapa tak teruskan minat anda?
sebab tak berpeluang lagi untuk memiliki camera dslr sendiri. oh even compact powder camera sendiri. kau takyah kesian sangat kat aku. aku bukan cikai sangat. ade camera henpon jadi la even 2 megapixel. -_-" ok and ada satu lomo camera. mini fuji instax. ok sekarang boleh berlagak sikit ada lomo camera (kau hade???) :P

jika anda berpeluang memiliki camera dslr adakah anda akan join rakan rakan membuat side job (wed photographer)?
oh i would love to. tapi tuh la kan. practice makes perfect. kena la practice dulu. takkan dan dan tu nak amek gambar. takpe akan ku usahakan kemudian

ekh aku rasa takyah la nak tanya diri sendiri sangat. aku merepek je ni. sebenarnya aku nak promote belog kawan aku. dia ni power amek gambar. and dia baru buat fan page kat fb. aku ade letak link belog dia kat belog aku belah KIRI. nama dia bak. BAKRI HAFIZ HISHAM ha click la situ kalau nak tengok belog dia. ni plak BAK's PHOTOGRAPHY. ok dah. tu je entry kali ni. bai








psssssssss: bak kalau u baca ni. blanje i ice creammmmmmmmmmmm. ok wa dah masuk buku 555 yang lu utang wa ice cream satu.

oh lagi satu. rindu budak class fotografi dulu. cerita nostalgia 2

kekaseh hati Cik Senah

haaaa kroang tau kan kan kannnn siapa kekaseh hati Cik Senah. i tau u tau. uols kan suka stalk hidup iols. ahaks. (geli doh cakap uols iols neh. tergeliat lidah aku tiap kali nak sebut i - iols u - uols. kan senang sebut i - u. awak- saya. kau - aku. FULLSTOP) haaa tu tanda tanda Cik Senah nak merapek la tuh. al - maklum lah dah lama tak berbelog kan. type merapu aje.

heshh Cik Senah cuma nak cakap kekaseh hati Cik Senah dah nak kahwen. ni kekaseh hati yang ke 3 (sebab jarang2 jumpa dia jatuh tempat tiga. haha tak tak. sebab entry lepas dah tulis kekaseh 1 - adik last. kedua - adik bawah aku. ketiga - kakak lah. ok kejap lagi kena rearrange. sebabbb. tettttt hahaha)

ok balik kepada cerita tadi (hesh Cik Senah suka naw meleweh/merapu) akak Cik Senah nak kawen dah. tau kan. dah cerita kat entry syahdu yang lepas. haa entry yang kunun nak cerita pasal kakak lebih tapi TERcerita pasal Cik Senah lebih -_-" so bila dah tinggal kurang dari satu bulan tarikh kawen ni. rumah macam puting beliung. bersepah yang amat. door gift. kad kawen. yada yada. paham kan paham kan. so kalau korang nak raya awal raya kat pintu je lah. haha (kau paham tak? paham tak? faham? bagus)

ada lagi. sabar. Cik Senah memang dah lame tak belog. sebab busy (hishh aku malas nak kasi alasan ni sebenarnya sebab macam tak logik. orang lain busy pun ada gak yang boleh belog) ehhhhh suka aku la. baca balik pengkepala (read: header) aku kat atas tu. haaa aku still nak kasi alasan busy. BUSY wehhhhhhhhh!

  1. busy class
  2. busy assginmentsssss
  3. busy quiz
  4. busy test
  5. busy akak nak kawen
  6. busy tolong mak masak untuk buka (?)
  7. busy terawih (kau berani nak salahkan aku kalau tak belog sebab ni?? hah berani? berani?. terawih lagi penting ooo dari belog... ;p)
  8. busy nak baca quran (haaa ni pun berani nak suruh aku tak yah baca quran tapi soh tulis belog? kau nak kena lempang puasa puasa neh??? )
  9. busy nak qiamulail (ok cukup cukup la nak tabur kata kau baik Cik Senah terawih la baca quran la. ni qiam plak. dah toksah nak menipu sangat...) ok fine qiam belum buat lagi -__-"
  10. busy berchenta. (kau jangan banyak tanya aku lastik nanti mulot kaw) :P
  11. busy
  12. busy
  13. busyyyyyyyyy!!!!
haa cukup tak alasan yang aku bagi tu? tak cukup nanti aku tambah. cam tambah nasi and lauk. (heshh puasa weh puasaaaa. asek cerita pasal makanan yang sedap sedap je puasa ni. iklan kat tv pun. dan dan ni la nak keluar yang lazat lazat. rasa nak bakar je tibi -_-" )








pssssss: ha Cik Senah tengah bahagia sekarang. yang stalker berhati perut baik tu doakan la Cik Senah ye. yang tak berape nak berhati perut tu. takyah dengki sangat. hidup kat dunia hanya sementara. bawak bawak la bertobat. :) ok bai

Wednesday, August 4, 2010

kepada Kak Nurul: NURULHUDA SELAMAT


aku dapat idea nak post entry ni masa g amek mak aku balik keje tadi. Cik Senah family driver. biasalah kan. huu pastu pastu aku fikir fikir la berapa bulan je lagi adik bongsu aku tu nak PMR. sekarang ni pun tengah trial PMR. andddd dah tak berapa nak lama jugak la kakak aku nak kahwin!!!!! OMG!! eksaited. ekh apsal kau pulak yang eksaited Senah? kau ke yang nak kahwin? akad nikah bagai. tak lah kira tumpang la dup dap wehhh first time buat majlis kahwin!! maunya tak eksaited. tapi kan...sedih wehhhhhhhhhhhhhhhhh! tetiba terimbau kenangan time kecik kecik sumpah mata aku bergenang time teringat ni. T_T Cis cis memang kememe la aku neh!

  • Kak Nurul selalu cakap aku ni sensitip sikit. okek banyak! fine. sikit sikit nangis. memang! aku kecik2 suka menangis. sekarang pun sama. hehe tapi kurang la sikit. dah besar weh. buruk nangis. ape kajadah nak nangis2. cehh. menangis suatu aktiviti yang sihat tau tak (kadangkala la. ok tak mau explain pasal nangis kat sini) pastu aku ingat lagi sampai sekarang kalau terjumpa jiran rumah lama ke. sedara mak ayah ke. mesti diaorang kata, "oh inilah Sikin yang suka nangis time kecik kecik dulu kan" -_-" cis cis. malu weh. wa pun tak ingat bila masa wa suka melalak. bakat terpendam kot. :P then mak ada cerita masa kecik kecik bila dia balik kerja (dah maghrib) aku akan suruh dia bawak aku jalan naik atas bukit (kat rumah flat dulu) pastu kalau tak bawak aku akan menangis -_-" pastu ada lagi. time malam plak. jangan tutup pintu rumah kalau nak tidur. tak ke pelik tu. maunya diaorang kena berjaga supaya pencuri tak masuk ke apa. pastu yang peliknya budak kecik kan takut momok ke hapa kalau pasal pintu2 ni. pintu rumah pintu almari. pintu toilet. yang aku pulak tak takut. hesh aku sendiri pun pelik oh ha sambung. kalau tutup pintu aku akan menangis suruh bukak -_-"

  • pastu Kak Nurul selalu kata aku tomboi. sumpah sombong gila kalau jiran2 dulu ajak main masak2 ke. pondok (main kahwin2). main anak patung. hell no. memang tak layan. kena booo je la dengan aku. haha. peh rasa macam nak sepak je kan. gila berlagak. tapi pelik pulak bila ajak main basikal. (baca sini!) main bola! main guli. (aku power wehh! banyak gila guli sampai kena simen kat rumah lama sebab ayah kata sepah sepah -_-") main badminton. main polis entry want to jaga polis mati pencuri kaya pftttt. ni memang aku laju je. tak pernah kata tak nak! haha. memang seronok wehhh. main kat longkang (longkang kering tempat sembunyi2) haha main pistol dengan peluru biji saga. and ada sekali tu beli pistol yang boleh meletup tu. pehhh memang best lah daripada main anak patung barbie! pehh ape ntah yang best. patung tak hidup pejam celik pejam celik. oh ya. nak buat pengakuan rasmi. wahai kak Nurul ingat tak kecik kecik akak ada anak patung satu tu kan. eeeer nak mintak maaf banyak2 sebab (coughing) Kin la yang buang anak patung tu. kat tong sampah besar rumah flat dulu. salah kan cerita Chucky. err tak ingat ala patung hant yang jahat muka-hodoh-nak-mampos tu! haaaaa dia lah buat Kin TERPAKSA ambil keputusan drastik dengan membuangnya di tempat tong sampah. ok kalau nak minta ganti rugi boleh tapi tunggu next year. heeeeeeeeeeee. ampun sekali lagi

  • pastu masa time kita kecik kecik. kalau gaduh je mesti tarik tarik rambut. ekh ye ke? ingat tak ingat sangat la. takpe yang penting lepas gaduh tu. kita peluk peluk kata sorry. pastu kata sayang each other. ingat tak? ingat tak? heh akak kan memori lemah mesti tak ingat. -__-" gi la makan madu banyak or kismis. jangan makan semut BANYAK-GILO-NAK-MATI ntah dari mana dia datang kat dapur rumah section 7 tu! and anddd rindu woo kalau kita gaduh kita buat la camni lagi ekh. nanti time akak kawen kompem buat. wuuuu. sediakan tisu berkotak2. tukang make up mesti kat ketiak. sebab nanti mesti muka dah buruk gila nak kena touch up! T_T ok dah terasa sedih sekarang.

  • kita selalu je gaduh sebab berlainan pendapat. tapi kau kan kakak selalu la memang. tak menang ke memang ke mesti aku nangis. and aku tau aku selalu sakitkan hati kau dengan kata kata yang menyakitkan hati. dan kadang-kadang Kak Nurul pun camtu! ingat lagi kita ada gaduh besar. silap aku. entah la. salah sampaikan maklumat mungkin. tak kena cara. gaduh lama gila dalam sejarah! tapi bak kata pepatah air yang dicincang takkan putus T_T kita empat beradik je. small family (compared to other yang sekeliling anak berderet2) tapi kita mesti rapat ok lepas akak kawin or nanti semua dah ada life masing2. ingat perjanjian kita adik beradik and future future planning kita T_T cisss termenangis lagi -_-"

  • pastu kita berlainan personaliti gak. kau feminin. aku tak. aku suka sport2. kau tak suka. kau suka make up yang blink blink lawa. aku kurenggg la suka. aku suka simple. gila tabik spring la kat Kak Nurul about your future wedding. terperinci habes! haa ni lagi satulah. otak kau memang business memanjang. kita memang lain. aku sains. (insyallah chemist one day) and kau plak accountant. and kau gila ramai kawan! aku pun ramai gak tapi takle tanding la dengan kau sebab kau lagi cantik. and lagi kepoh. :P pastu aku gak la selalu dapat gelaran kakak. heh kau siap pernah dapat duit raya tapi aku tak dapat! cissss sabar je la. takpe la. kau memang awet muda. okek kasi tips nanti. tapiiiii apsal kau yang ketot cengkung. vogue. (vogue ke? haha) dah nak kawennnnnnn?? haaa haaaa. T_T

  • pastu pastu kau memang kakak yang terbaik la. tak berkira dengan adik adik. tapi kecik kecik kau sangat berkira dengan mak ayah! beli newspaper pun nak claim! ceh ntah pape. tapi takpe bakat jadi accontant dah ada dari kecik. bab duit kau memang power. mencari dan jugak mengpeghabih duit. haha. haa ni nak promote skali la ni blog kain kau. haa sape minat kain cotton. sila tekan sini!!!!!!!! COTTON MADNESS. ok keuntungan share k. 25 percent!!! hahaha. dah makin maj seyh business. bagus! ini yang kita mahu! :P haaa pastu bab ni memang nak menuntut banyak la dari kak Nurul. bab business. tapi kadang kadang tak tahan. otak kau dengan aku lain. tu yang payah. buat gaduh je nanti. tapi takpe nanti lepas gaduh kita peluk peluk la ekh :P

  • ok pastu aku dah kering idea nak tulis apa lagi. tadi masa drive melimpah melimpah ke ladang gandum dan jadi lah coco crunch! (?) sekarang dah ilek. nantilah aku sambung entry syahdu dan penghargaan kat kau lagi before kau kaaaawennnnn (baca secara slow. still tak dapat terima kenyataan kau dah nak kawennnnnnnnnnnnnnnnn!) T_T

ok nah gambar kau. lepas ni kalau saham kau naik and populariti kau mencanak canak naik. up kan lagi percent aku. :P (ok cam rasa tak biase aku-kau selalu kak Nurul-kin/sikin/skin hoh banyak nama aku ni)

gambar bajet kau comel lah ha?? :P


gambar vogue da vass