Followers

>

Sunday, January 31, 2010

promise

Thursday, January 28, 2010

i am so naive

ini namanya RANDOM feelings:


kali kedua atau mungkin kali ketiga?
keempat? kelima? keenam?
*sigh*


rasa diri sangat naif
terlalu mudah memberi kepercayaan
dan akhirnya kepercayaan yang diberi disia-siakan

risau diri semakin alpa
tetapi sentiasa berusaha mengingatkan diri


siapa diri saya sebenarnya pada kamu?
hanya kawan? ok fine T____T


rasa diri banyak ketawa dan sentiasa happy
hakikatnya? i'm suffering! HERE *pointing to heart*
sebab tahan rindu kat family dan kawan-kawan rapat!
ok. aku tipu -_-"


aku selalu nak blog betul-betul tapi..
kadang-kadang jadi MACAM NI la.
terblog mende yang ntah pape
ok. dah bersuraiiiiiiiiiii



random: tengah mental. hahahahhaha
*word mental kasi kecik sikit sebab cam malu arh kan ada masalah mental. bahahahha*
ade aku kesahhh?? ok fine -_-"

WAJIB click

Monday, January 25, 2010

chocolate terbaekkkkkk punya :P (why i like it longer)


sape suka chocolate angkat kakiiiiiiii!!! aku dah angkat kaki. haha. ok *serious* aku sekarang sedang menikmati a bar of chocolate. mixed nuts chocolate from dairy choc0late milk. i was craving for it from last week. finally dapat gak after pleading at my mum. merengek rengek (heh takde maknenye merengek rengek aku dah besar dah. saje exeggerate kan cerita :P) my mum bought it for me masa pergi jusco tadi. beli barang ntok buat choc cake. then lalu kat row choc then tunjuk tunjuk nak. :P


my mum ask, "nak beli yang bar besar ke kecik?"

I answered, "yang besarrrrr punya" :P ok i dapat. hehehe. the power of me.


heh sekarang neh duit mak ayah memang melimpah ruah kat kita dua orang je la kan dik. kakak and abang tak dok uma. kita je yang ada kat rumah sebab nak menceriakan suasana rumah yang makin sepi kan kann. bukan sebab kita anak manja dok bawah ketiak mak je kan kannn *ok cover di situ* :P heh tapi lepas spm nanti kau akan pergi jua. kau akan sambung belajar. nanti tinggal aku sorang je kat rumah nak teman mak bila ayah takde g out station ke apa. takde sape nak bising bising kat rumah. ok takde cite sedih kat sini. nak cerita sedih nanti aku buat entry cerita sedih. dah dah dahhhh


ok macam aku cite tadi merengek rengek minta chocolate je dah dapatkan. tapi aku nak lagi satu chocolate neh tapi aku tak rasa aku dapat la. tapi harga dia takda la mahal macam aku nak minta kete peugeot sejibik ke kat ayah aku kan. itu mau dapat pensepak dan penterajang gamaknya. ala harga dia baru je RM2,199 tak mahal kan kannn. harga chocolate ape sampai beriban neh? ekhhh kan aku dah tulis kat tittle tuh. chocolate terbaekkk punya. so memang la harga up sikit.


chocolate neh kita boleh 'gunakan' dengan lamaaaaa. not bigger but longerrrrr. tak percaya? dia tak besar macam chocolate bar yang biase kita beli tuh. tak tak. tak sama. dia macam panjang tapi tak besar. ukuran permukaan dia lebih kurang 4 inci. longer rite? bukan setakat tuh je ia merupakan latest innovation tau. siap boleh touch touch. ekh chocolate biasa tak boleh touch touch ke? heh jangan menyampuk! aku belum abes cerita. pastu pastu dia neh memang finger friendly la sebab cekap dan senang untuk access. superb!


anddddd ada lagi. sape beli chocolate neh sekarang dapat free james cameron's epic dari action movie tuh. yup. AVATAR! cool rite?? memang confirm longerrrrr la menggunakan chocolate neh bile dah dapat free avatar kan. huh tak tido malam la lepas tuh. :P then, sebab kan dia ada permukaan yang sebesar 4inci. dan crystal clear plak tuh kan. dah macam screen kat cinema! memang feel gila lah if nak tengok movie kat chocolate neh. lepas tuh boleh surf internet, nak check email ke, nak tengok video kat chocolate neh pun boleh. memang syiok abesss. confirm pakai longerrrrr than usual.


die memang tertarik menarik kau memang da boom. hushhh. kalau lelaki lelaki tengok model kat luar sane mesti dah terliur kan. tuh lelaki. aku yang perempuan solid neh pun terliur je tengok chocolate neh weh sebab macam menggoda goda aku sangat. kuat betul aura menggoda dia neh. sampai dilabel oleh fashion expert sebagai supermodel. wow! kau tak bangga ke ade chocolate camni?? bangga siotttt. majalah majalah terkemuka macam Vogue, GQ, ELLE dan Esquire dah claim yang chocolate neh memang macam supermodel. siap ada design yang elegent plak tuh. bak kata GQ's Dylan JOnes, "glossy, sleek and thin like a supermodel". gila sexy chocolate neh. chocolate pun sexy wehhh. memang seductive abes. uishhh memang pakai longerrrr than usual lagi lah. confirm boleh berlagak tayang kat kawan kawan aku dan mereka confirm jeles punya. hehe. :P


lagi satu. chocolate neh didatangkan dengan limited-edition tau. gile lahhhhh. siap limited bagai. uish bukan calang calang punya chocolate kayh. chocolate neh di design oleh ahli fashion dan pelakon terkenal sienna miller dan savanna. korang tak terasa lagi ke nak beli sebab memang takda orang len lah ade chocolate neh sebab dia ada limited edition kan. sebab tuh la aku suka chocolate neh. that's why i like it

haaa kalo korang berminat nak beli chocolate neh boleh la dapatkannya kat

LG concept store.

nama chocolate neh.....

LG CHOCOLATE BL40

berbaloi baloi. that's why i like it longer





random: halah malas la nak tulis panjang panjang korang bukan suka pun nak baca kan? hah. tgk video yang tertarik menarik kau memang da boom neh

Sunday, January 24, 2010

eksaited!


If I flashback all those memories, i vividly remembered that long time ago my dad always bring us (whole family) to majlis-majlis ilmu/ceramah. There were so many places I went for ceramah for instance; Forum Hal Ehwal Perdana (ala yang selalu kat tv 1 tuh), forum-forum agama, and ceramah pas *wink*

errr. my english getting worse. *sigh*

aku ingat lagi tempat ceramah tuh cam kat dataran jb, senai, masjid, surau, dewan, and if kat padang pulak we will bring along newspaper or tikar so senang nanti nak duduk tak basah, senang nak tidur ke apa :P yela we were still small kids kan. bile dah penat berlari lari then rasa penat minum air jap pastu lari balik. then rasa ngantuk tidur la kat tikar. bukan datang dengar ceramah ke apa :P

It was so fun. ramai dapat kawan tau. and for sure they are from a good family. sampai ada satu masa tuh aku ingat lagi ada sorang budak lelaki ni tegur aku tau. aku ingat die nak ngorat aku sebab aku hot sangat ke apa kan tapi dia cakap camni kat aku,

"awak, awak, kenapa awak tak pakai tudung??"

cehhh. sekali die tegur aku la sebab tak pakai tudung. umur aku baru 5/6 tahun time tuh. jahil la lagi. (err. sekarang pun jahil lagi kan? :P) pastu pastu aku jawab la,

"err suka hati kite la nak pakai ke tak. awak sebuk kenapa?"

pastu dia lak dok ceramah ceramah aku dah boleh ganti penceramah kat atas stage tu dah. haha. budak tuh dok bebel bebel aku pun cabut lari takmo geng dah ngan budak tuh. haha. jahat je aku kan. err tak jahat. nakal je :P

then bila dah masok primary school. dah pandai sikit dah. dah malu dah nak lari lari. duduk je sebelah mak dengar ceramah. kali neh aku lak dok ceramah adik adik aku kata jangan lari sana lari sini. kang jatuh pastu luka. nanti nangis. kacau penceramah nak ceramah sebab diaorang melalak kalah penceramah. balbalbalbalbala *err tuh bukan ceramah tapi membebel* :P haha!

ye ye je aku neh. padahal kalau rasa bosan dengan ceramah tuh aku dok jalan jalan. ye la selalunya kan bila ada ceramah ada orang buka gerai kat tepi tepi tu kan. jual makanan la. minuman la. mainan kanak-kanak. belon. etc etc. pandai diaorang neh carik lubuk perniagaan. aku pun apa lagi pandai gak menghabiskan duit mak ayah aku asyik mintak duit nak beli air and makanan. and aku rasa last last masa aku banyak abes kat gerai lebih daripada dengar ceramah. hahahha. my bad, i can't stand long speech melainkan memang menarik minat aku sampai aku dok ngadap muka penceramah tak berkelip kelip sebab dia ceramah best sangat dengan lawak die yang wat aku pecah perut.

bila masuk secondary school sampai sekarang if dengar ceramah atau majlis ilmu. aku datang dengan bawak note. bawak note wehhhhh. tak boleh blah. memang semangat berkobar kobar nak dengar ceramah. *muka tulus* neh ikhlas neh. bukan main main.

pastu dengar ceramah 2/3 jam mesti la ada sesi soal jawab kan kan. pastu kunun la ada menda yang tak clear nak je angkat tangan and pergi jalan kat mic tanya soalan kat para panel. bajet berani la sangat kan. pastu fikir fikir balik segan nak tanya. duduk balik and tanya secara gebang dalam hati saja. contoh soalan yang nak ditanya,

"Assalamualaikum. nama saya nurul ashikin selamat. saya nak tanya panel yang kedua. ustaz ada nyatakan bahawa musolla pada masa kini kurang mendapat perhatian anak anak muda walaupun sudah pelbagai usaha dijalankan. Oleh yang demikian, saya ingin pendapat dari ustaz di mana silapnya? Adakah kerana usaha tersebut belum mencukupi atau tidak kena dengan jiwa anak muda pada zaman sekarang? Silakan ustaz"

ok itu dalam hati sajalah. SAJA :P err ok. dah penat juga nak gebang kepada anda anda semua. sekarang nak share sikit ceramah apa yang saya dapat pada malam tadi :)

"Musolla institusi wakaf penyatuan ummah"

Moderator: Ustaz Nazri Johari (bekas ahli kumpulan nasyid Raihan)

Ahli panel:
YB Zulkifli Muhammad Bahri (mufti Negeri Sembilan & Terengganu)
Ustaz Hanafiah Razak (jabatan falak syar'i johor)
Uztaz Rifqi Maiden (penceramah bebas)


Wakaf bermaksud menghentikan hak manusia pada sesuatu. maka, apabila musolla diwakafkan. ia tidak lagi menjadi hak milik manusia tapi telah menjadi hak milik Allah s.w.t dan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. tanggungjawab bersama menjaga dan memelihara musolla.

Maka ganjaran bagi mereka yang mewakaffkan harta mereka kepada Allah bagi mencari keredhaan serta menjauhi laranganNya:

1) Allah tak putus putus memberi pertolongan pada kita
2) Allah tak putus putus memberi ganjaran pada kita dari pelbagai segi
3) Allah tak putus putus memberi rezeki pada kita

ok. sajian gambar pula. nah tengok lah




ustaz nazri membuka tirai majlis dengan menyampaikan sebuah lagu nasyid
haaa nampak tak budak tuh? nampak tak die tengah pegang ape?
tak nampak? ok kita zoom
haa die tengah pegang menan. same la cam kecik kecik dulu
masa orang dengar ceramah. aku men menan :P
alhamdulillah ramai yang hadir
penulis menarik bahu mak beliau dah paksa senyum,
"mak, senyum mak!"
"ok mak senyum"
penulis eksaited (-_-")
ok. dah. bersuraiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, January 23, 2010

berkabung



i'm totally just cut and paste this. i'm concern because i am PURE johorian

JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.


Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.


Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.






random: ok next week jika nampak saya (eceh. selalu guna aku. ayu sikit. sedang berkabung neh) selalu ayu berbaju kurung. jangan tanya kenapa. lu fikir la sendiriiiiii :P akan upload gambar berkabung later. ok bye nak pergi istana






lazyness


i am DAMN lazy to update my blog now
gile malas arh sampai tak tau kenape malas sebab malas nak fikir kenapa malas (kau faham? kau faham tak aku malas sampai malas nak fikir kenapa aku malas. so memang dah tahap parah neh tau tak?)

if i got any brilliant idea to blog. then i will. i WILL. don't worry. i will and i SHOULD write something on my blog sebab nak naikkan nuffnang lagi 10 ++ brape sen lagi ntah nak cukup 50 hengget. #*!%()*#&^) apsal la rating kau makin hari makin sikit neh shikin! kau malas sangat nehhh. malas tak bertempat. *sigh*

err actually buat blog neh suka-suka. seperti my blog header tuh. banyak words suka-suka rite? so that's why i buat blog neh. suka-suka. suka-hati-kepala-lutut aku lah nak tulis apa and what-the-merapu-words I wanna put in this blog because IT IS MY BLOG! heh. cam kerek jek bunyi. :P tapi tuh la hakikatnya. ok aku dah cam rasa malas balik. sampai

yes. this is what i did just now.
so DAMN lazy sampai post entry sambil berbaring on the lappy (-_-")







random: cuba untuk berjimat. tidak begitu shopaholic. MUNGKIN. :P simpan duit 2 3 weeks. then planning to spend my CNY holiday at singapore with my brothers and friends. so apa faedahnya berjimat then spend the money again again and again? duhhh. i shud hire a banker.

Thursday, January 14, 2010

OB sila bangga sekarang aku blog pasal kau doh


perasaan tensi menyelubungi. bukan aku je. semua budak course aku pun sama. tensi dengan final project. tensi pasal malam neh ade OB test. kat MSI. 8.30 malam-10 malam (neh pengumuman neh bagi sape yang tak tau. pasal aku dah jumpa sorang yang tak tau. die ingat test esok malam. seb bek jumpa aku kalau tak memang selamat la kau. :P) semua tensi sebab subjek neh cam subjek membaca cam marketing, management yang kena baca pastu hempas pulas otak ntok faham apa die maksudkan. haha. ntah la aku suka je subjek neh tapi lebih kepada practical kot. aku tetiba rasa aku salah amek course. aku patot masuk FPPSM la sebab aku cam ke arah arah subjek die neh (ceh cam yakin je kau) idop kena yakin beb :p


tapi since aku dah tercampak dalam science so aku kena la teruskan. aku redha T_T tsk tsk. bak kata Dr Fadzilah Kamsah, "Bila kita ditimpa musibah, pertama sekali sebutlah inallillah, kedua kita perlu redha, dan ketiga berdoa lah moga diberi balasan dan kebaikan yang lebih baik pada masa akan datang". ok bye nak baca OB.








Wednesday, January 13, 2010

aku sayang kau

Boringlah asyik asyik cerita masalah hati masalah itu masalah ini masalah lagi lagi dan lagi. Bosan tau tak? Bosannnn. Tapi aku nak cerita gak :P (ketandusan idea) ok kali neh aku nak cerita pasal adik aku plak. Adik bongsu. Youngest brother. Selalu kata aku tulis pendek pendek kan. Ha kali neh aku tulis panjanggggggg punya. So baca lah kayh. Takmo bace aku PUKUL! Bahahha

Let’s begin the story. Eceh. :P nama adik bongsu aku Ahmad Saufi bin Selamat. Lahir 27 April 1995. Aku lak 22 April *mencelah* ehem ehem faham faham je la ekh :P ok sambung. Die lahir kat. Err tak yah la nak cerita detail sangat ekh. Haha. Die sekarang dah umur 14 tahun masuk 15 tahun. Maknanya? Maknanya apa?? Maknanya tahun neh dia akan amek PMR! Padan muka kau. Padan muka. Bahahahha. Oh ok. Kurang sopan. Harap maaf. Ok sebenarnya entry neh memang nak tujukan kat dia pasal macam tak percaya die dah besar. T_T tsk tsk. Kenape lah kau cepat sangat besar dik. Dah takde la budak kecik yang nak dimanja manja kan. Tak best tol lahhhh.

aku memang rasa dia dah besar bila:

  • kalau jalan nak lintas jalan dia memang tak bagi lah aku pegang bahu ke tangan ke baju die ke ape. Die soh lepas. Die segan. -_-

  • Kalau pergi hantar kat sekolah. Die soh hantar jauh sikit. Takpe dia boleh jalan sikit. Segan lagi kata dia. Dah besar. Huh? Wtf? Kekadang kau gak bodek bila malas nak jalan kaki pergi sekolah and aku ade kat rumah goyang kaki, “Kak skin, tolong hantar Pi gi sekolah boleh tak?” hujan lah. Panas lah. Malas lah itu lah inilah. Takpe. Aku tau aku kakak yang baik. Aku tak pernah nak tolak. Jarang lah nak tolak kalau kau soh anta gi sekolah. aku pun kekadang camtu gak dulu, tapi nak mintak tolong sape hantar? Takde sape. Pasrah. Jalan kaki juga ke sekolah (-_-“)

  • Kalau kau suruh hantar ke sport center nak gi main badminton or main futsal dengan kawan kawan kau. Kau selalu nak duduk belakang. Kau ingat aku DRIVER kau? Hampeh tol. Tapi takpe. Aku tak kesah pun. Aku tak pernah kesah pun. Kau duduk belakang sebab kau rasa kau nak dengan kawan kawan kau. Boleh bual. Aku kau tak pedulikan T_T tsk tsk. Kau dah besar

  • Kau dah tinggi dari aku. T_T tsk tsk. Mula mula abang yang tinggi. Masa aku masuk skola asrama. Form 4. abang form 2. die rendah lagi. Tetibe aku balik rumah je, terkejut bila dia dah tinggi cam galah. Sekarang kau pulak. Kalau dulu, bila weekand aku balik rumah je kau mesti nak ukur tinggi kau dengan aku. Nak try pakai kasut aku sebab nak ukur kaki. Tapi sekarang tak lagi. Kau kate dah tak heran dah. Sekarang tak yah ukur ukur. Dah nampak terang lagi nyata. -________-“ kau dah lagi tinggi dari aku and kak nurul. Kaki kau jugak dah besar. Lagi besar dari aku. aku ade rembat sneakers kau sebab kau dah tak muat walaupun baru beli sneakers tuh. Dan sekarang kau dah pandai jaga badan. Tuh ari masa aku tengok kau main game kat PC kau tetiba kata, “Pi rasa Pi dah gemuk la” aku bantai gelak sebab kau tak gemuk langsung! Kau makin gelap ade lah. Main bola kat luar je. Aku tau kau nak jaga badan. Nak ade six pack. Kau angkat dum bell hari hari. Pastu kat bilik kau kan ada bantal boxing yang besar tuh tergantung kat dalam bilik kat. *aku tak tau name die ape :P* sebab kau dulukan masuk taekwando. Kau memang hebat. Kau dah tali pinggang hitam dah. Tapi kau tak nak teruskan kenape? Kau boleh jadi master nanti wehhh boleh buat duit macam yang kau kata nak jadi cikgu ajar taekwando dah boleh dapat duit ribu ribu. Kau memang arh fikir duit je keje :P tapi sekarang kau masuk silat pulak. Kau memang nak jaga badan supaya kau hot di mata mata awek awek kan?? :P

  • Kalau gi jalan jalan satu family. Kau memang nak jalan sendiri. Kau takkan jalan ikut kitaorang yang perempuan perempuan. (kak nurul, kak skin-aku lah, mak) sebab kau dah ada agenda sendiri dah tau nak jalan sendiri. Tak macam kecik kecik dulu. Kau tak pernah renggang dengan kitaorang. Sebab kau lembut hati sikit. Suka jalan dengan kitaorang yang perempuan. Kau takut hilang, kitaorang jalan lambat so kau ikut kitaorang. Kau tak ikut ayah or abang wan sebab diaorang jalan laju macam pelesit. Kitaorang lak pantang nampak barang best berhenti tengok pastu kena tinggal dengan ayah pastu ayah call bebel soh jalan cepat. :P

  • Pastu pastu aku rasa kau dah besar sebab kau dah pandai jaga duit kau. Kau bukan setakat pandai jaga duit, pandai buat duit skali woooo. Dan kau memang kedekut arhhh. Kedekut dengan aku. Minta belanja paddle pop je kate duit dah abes men badminton or futsal atau sebab kau pergi gig. Aku bukan nak sangat pun sebenarnya. Saja test market. Mane lah tau ada rezeki kau murah hati ke hari tuh kan. Dapat la eskem paddle pop wane wani :P Dalam empat orang adik beradik. Aku paling respect kau lah pasal duit selain dari kak nurul lah sebab kau memang pandai GILA simpan duit. Ko simpan kat mane pun aku tak tau. Bilik ko ade pintu tersembunyi ke hape hah? :P kau selalu ada punya lah duit. Jarang la kau pokai. Kalau minta duit pecah ke atau emergency takde duit memang kau lah orang nya. Sampai mak and ayah kalau emergency sangat takde duit pecah kalau nak bayar orang hantar gas, minta kau lah mesti ada punya.

  • Seterusnya (walaweh ayat skema weh :P) pasal duit juga lah neh. kau neh aku tak tau la ikut sape tapi otak memang creative. Kau start bukak perniagaan kau. Neh pun tak tau camne ley tercetus idea neh. sebab kawan kawan kot. Kau buka niaga jual cd lagu. Ohhooo kau PIRATE. Polis polis tangkap dia neh!!. hoi mane boleh adik aku neh. aku sayang die. Kalau kau kena tangkap, aku lah orang pertama bangkang dan kalau polis tuh tangkap kau jugak, aku bakar balai polis tuh. :P oh melalut sudah. Tak cerita lagi kau punya business. Ha masa tuh aku balik rumah. Rebut nak guna pc dengan kau. Kau kate, “Nantilah, Pi tengah burn lagu neh dalam cd” aku pelik, aku Tanya nak buat apa? Kau kata kawan kau minta. Aku pun kate oh je la. Rupanya kau jual kat kawan kau. Fuhyoooo. Businessman la sekarang ekh. Hek hek boleh pow neh :P tapi kau kate, “Pi bukan nak duit sangat, diaorang yang minta Pi carikan lagu pastu nanti diaorang bayar” ok kau memang geliga. Dah ade customer demand apa lagi, kau pun buat lah kan. Bagus bagus I loike your style. Like sister like brother. Bhaha. Lepas lepas tuh makin ramai pulak kawan kawan kau yang order. Mak bapak diaorang pun join sekali tuh yang paling tak boleh blah. Bahhaha. Kau memang terbaik lah. Ohho mak ayah pun sama tak terkecuali. Memang kuat volume business kau neh. terbukti terbukti

  • Lepas tuh, kau dah pandai naik bas. Aku ingat lagi dulu. Aku marah marah kau sebab kau tak pandai naik bas. Aku suruh berdikari. Aku selalu kata kau neh tak pandai nak berdikari macam mana kitaorang yang lain berdikari (adik beradik lain) sebab kau paling senang. Mase kau lahir kau dah tak susah macam kitaorang masa kecik kecik. Kau memang paling mewah la. Dapat macam macam. Ps2 handphone. Blablabla. Aku selalu ungkit ungkit and bezakan zaman kau dan aku. *jangan ikut tak baik neh* aku bukan apa. Sebab aku nak kau jangan rasa terlalu senang. Kadang kadang tuh aku saja nak kau rasa susah sikit. Sebab aku takut satu hari nanti sebab kau tak pernah rasa susah kau tak biasa. Tapi aku sedar bila kau gaduh dengan aku dan kau kata, “dah rezeki Pi” aku terdiam dan aku kata ya. Memang rezeki kau. Aku tak nafikan. Tapi lepas tu kau buktikan kat aku. Kau tak kan jadi macam apa yang aku takut kan. Kau pandai dah. Pandai naik bas sendiri. J

  • Kau dah pandai pergi gig. GIG? Wtf? Aku marah betul bila aku tau kau pergi gig dengan kawan kawan kau. Aku memang marah sebab aku rasa budak umur macam kau tak patut pergi tempat tempat macam tu. Tapi aku tau kau pandai jaga diri. Kau pergi dan buat apa sekali pun kau akan beritahu mak and ayah. So aku tak risau. Aku tak risau kau akan buat perkara perkara tak elok dan tipu kitaorang. Kau Cuma pergi sebab itu hiburan kau. Pergi sebab kawan. Dan aku selalu akan ingatkan kau, pergi dengar takpe tapi jangan buat yang lain lain. Kau faham dan kau kata, “Pi tau, Pi dah besar, Pi tau jaga diri, jangan risau” Waaaa kenapa kau dah besarrrrr.

  • Kau dah pandai tolak ansur dengan aku. Sebab masa kecik kecik kau cepat melenting bila aku marah marah kau. Bebel kat kau jangan sepah sepah barang. Walaupun aku pun sepah gak kadang kadang :P tapi sekarang kau dah pandai dah tak sepah sepah. Kau memang jaga bilik kau. Kau dah tak sepah sepah. Kalau weekand aku balik rumah aku akan tengok bilik kau. Kadang kadang memang suka kacau kau kat bilik sebab memang bes lah carik pasal dengan kau!! Bhahahha. Neh kemesesraan namanya. Bukan buli. Bukannn. Bhahaha. Alah kau pun suka carik pasal dengan aku kan bila kau bosan. Aku memang suka lah baling bantal kat kau atau tarik rambut kau sampai kau jerit sakit baru aku akan lepaskan pastu lari turun bawah. Bhahahha. Kau pulak suka kacau aku bila aku dok senyap senyap dalam bilik pastu kau panggil panggil aku macam ada masalah besar rumah nak runtuh ke hape kan. Pastu bila aku dah keluar bilik and kadang kadang turun bawah cepat cepat pastu kau sengih kata takde apa. Pehhhhh panas ati betul gua. Rasa nak tibai lu je. Seb bek la gua kakak yang baik hati. Tak pun kau akan kacau aku dengan contohnya kau terjatuh kan barang la kan. Pastu mak and ayah Tanya bunyi apa. Kau akan jerit, “Kak skin neh mak/ayah. Dia jatuhkan barang” cam siot je la kan. Aku pulak yang kena. Pastu ko gelak gelakkan aku. Padahal buku je pun jatuh. Kau memang lah. Memang arhhhh. Bahahha tapi takpe aku sayang kau jugak walaupun kau main kotor takpe takpe tunggu balasan dari aku pulak. Bahahhahaha. Aku kan kakak mane boleh kalah :P

  • Pastu kau dah pandai dah. Pandai bangun sendiri dan takyah aku bebel nak suruh kau solat. Tapi subuh kau liat sikit la kan. Kalau dulu aku mesti masuk bilik kau pagi pagi lepas mak and ayah give up kejut kau atau korang (termasuk abang wan-adik aku gak) aku lah kena kejut korang! Aku akan mulakan dengan ketuk pintu kuat kuat sampai macam nak runtuh. Sengaja. Kemudian masuk bilik korang pastu jerit atau cakap dengan pitching rendah dahulu :P “weh weh bangun la. Solat subuh. Cepat cepat bangun. Cepat lahhh, ishh liat tol” korang akan cakap, 5 minit. 5 minit lagi. Aku takkan putus asa. Aku amek bantal. Pastu pukul korang dengan bantal. Pastu kau selalu nya akan tangkap bantal tuh pastu peluk dan sambung tidur. Siot betul! Siap buat muka jahat pulak tuh nak sambung tidur dengan lena. Abang pulak buat bodoh je tak gerak gerak. Tido mampos agaknya. Lepas tuh aku start jerit pitching tinggi. Soprano punya. Bhahahhaha, “bangunnnnn, solat!!!” pastu aku geletek kaki korang sampai korang bangun dan pastu aku cakap “korang takkan aman selagi kak skin ade kat sini dan tak kan blah selagi tak nampak korang masuk toilet amek wudhu” Korang pun mula lah bangun sebab tak mau dengar aku bebel bebel. Bahahhahah berjaya!

  • Aku rasa kau dah besar sebab kau dah pandai tanya aku pasal universiti. Kau nak plan hidup kau. Aku terharu bila dengar T_T tsk tsk. Aku pun bagi lah nasihat nasihat sebagai kakak pastu lagi lah aku terharu bila satu hari neh bila aku kat hostel kau message aku tanya, “nak masuk U berape markah koko nak kena score?” aku terkejut dan berkata dalam hati lantas meng reply message kau, “wow, advance nye Pi neh. belum lagi PMR dah nak fikir masuk U ke?”
  • Pastu kau reply, “Pi kena buat karangan kepentingan koko lah” ceh ampeh tol lah. Kau neh buat aku eksited lebih je arh. Tapi memang aku ingat lah satu malam tuh aku lepak kat bilik kau. Kita lepak sambil tengok tv. Kau dengar radio pastu kau kate, “Pi nak amek ape ha kat U nanti?. Pi tak sure la. Pi minat apa? Apa yang Pi mampu?” aku teruja! Kau memang dah besar T_T tsk tsk. Kau memang matang berbanding kitaorang. Ko selalu je kata benda benda matang bila berbual dengan kitaorang sejak kau kecik lagi. -_-“ aku pun jawab, “Pi minat pe? Macam Kak skin minat kimia. So amek la benda yang related dengan kimia” aku rasa adik aku neh minat technology. Aku nasihat dia amek computer tapi apa apa pun kita tunggu dan lihat lah result PMR dia nanti. Oh itu lah sebenarnya yang aku nak sampai kan….

BEST OF LUCK TO YOU. I’M ALWAYS PRAY FOR OUR SUCCESS.

INSYALLAH 8 A’s in your hand. amin

Notto: aku memang sayang kau. Sayang sangat. Sekarang neh aku tengah teringatkan kau secara banyak lah neh. tak tau kenape. Tetiba je. Tuh yang tulis pasal kau. Ok. Aku dah banyak puji kau neh. paddle pop free satu!!! :p

*weekand neh Kak Skin balik. Nak guna PC. Pi kena study banyak banyak. Kan mak and ayah dah arrange schedule ntok Pi. Kurang kan men pc kan? Yeayyyyyy tak yah rebut lagi. Bhahahhahahhahahahahhahah*





tengok tengok! kau kecik lagi lahhh. muka kau baby face lagi.
kau tak besar kan kan kannn? :P
(Kak skin tak rela Pi besar cepat sangat. takyah la besar besar. ekh ekh ekhhh T_T)

Sunday, January 10, 2010

orang pemalas

aku nak hupdate blog.
nak tukar layout.
nak tukar semua semua.
tapi tetibe.
aku malas.
buat sekerat jalan.
sekian terima kasih





random: kalau rasa sakit mata nak tengok blog separa siap neh boleh la tekan x kat hujung belah kanan. haa atas tuh. sekiannnnn

Thursday, January 7, 2010

new hobby!



sekarang aku suka post gambar pastu tulis sikit-sikit. ni barulah nama creative dan innovative haaa *sambil idong kembang kempis*
(padahal kering idea cakap je la shikin. walaweh. cover ar. coverrr)





blog berhabuk

woahhhhhh dah berhabuk dah blog aku neh. aiseh. kena sapu. vacuum. cleaning secara besar-besaran neh. ermm (long pause. takde idea. otak dah kejang dah lame tak blog) *sigh*

tuh pasal la aku dah lame tak blog. otak dah kejang. (otak ade kejang ekh?) arh ape ape lah. aku memang takde idea nak tulis ape! ntah pasal ntah aku neh sekarang malas nak berfikir. semua benda aku malas. aku tak suke aku macam neh tapi apsal ntah. ntah apsal ntahhh. arghhhhh (emo tak memasal) dah. bye. aku nak cari IDEA




random: penulis sedang stress