Followers

>

Sunday, February 28, 2010

Cerita Aku Yang Bermakna

Setiap orang ada pengalaman manis yang manis tak mahu dilupakan. Dan pahit yang mahu dilupakan. Yang pahit tu la yang paling susah untuk dilupakan kerana ia begitu pahit. Tapi bukan sebab itu aku tak teruskan hidup. Malah ia memberi pengajaran kepada aku. Untuk mempunyai hidup yang lebih bermakna dan menjadi insan yang lebih tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Aku tak begitu ingat dari umur berapa aku telah dijaga oleh orang-orang gaji. Terlalu banyak untuk dihitung. Ada yang umur baya mak-mak. kakak. Mungkin pangkat makcik. Kebanyakan mereka dari Indonesia. Diambil secara kontrak. Sebab tu orang gaji silih berganti. Kami dulu hidup di rumah flat. Dengan ayah dan mak. Kakak. Dan adik.(ketiga) Dan adik mak yang baru balik belajar dari Australia. Pak man. Seorang arkitek.

Aku ingat lagi pada masa tu aku mungkin tak berapa memahami lagi kepayahan hidup. Lumrah Kanak-kanak. Kerja main saja. Dari pagi sehingga dinihari. Pada masa tu juga lah ayah dapat tawaran sambung belajar. Ditaja oleh Telekom. Ayah sambung belajar jurusan elektrik. Diploma di utm kl. Jalan semarak. Sepanjang ayah belajar. Mak lah yang banyak berkorban jaga kami. Mak pun bekerja dengan telekom. Pagi-pagi lagi mak akan bangun dan pergi kerja naik bas. Mak pergi kerja senyap-senyap. Sebab kalau dengar bunyi pintu, aku akan berlari nak ikut mak pergi kerja. Kejar bas mak. Tak nak berpisah dengan mak. Ada sebab kenapa aku begitu.

Ayah pun banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Walaupun jauh. Dan sedang belajar. Ayah bekerja sambilan. Bawak lori. Jadi kontraktor. Jadi pomen. Banyak betul pengorbanan ayah. Tak dapat saya hitung. Mengingat kembali semua ini membuatkan air mata aku mengalir tanpa sedar. Lumrah orang perempuan. Sensitif. Itulah aku.

Mak balik kerja. Penat. Tapi aku masih mentah untuk faham tu semua. Yang aku tahu hati aku puas. Aku suruh mak bawak jalan pergi atas bukit dekat dengan rumah flat kami. Waktu maghrib. Kalau tak turut. Aku akan menangis tanpa henti. Malam pula. Tak boleh tutup pintu rumah. Nanti aku akan menangis. Pelik. Tapi itulah yang berlaku. Bila dah besar ni. Mak cerita balik. Ketawa berdekah-dekah aku mendengarnya tapi. Itulah perangai aku masa kecil. Aneh.

Bila menginjak empat tahun. Kakak masuk sekolah darjah satu. Aku dan adik di rumah. Mak dan pak man pergi kerja. Orang gaji kali ini dari perak. Jika aku tak silap. Yang aku ingat ayah sanggup ambil orang gaji ni walaupun dia duduk jauh. Duduk dengan nenek dan atuk dia. Kata ayah, dia saudara jauh. Nama dia azizah. Muda. Cantik. Pada mulanya semua baik-baik belaka. Dia rajin. Mungkin disebabkan terasa dihargai sebab ayah ambil dia bekerja walaupun dia tidak pandai mana. Dan bernasib baik kerana dapat merasa duduk di Bandar setelah sekian lama duduk dengan atuk dan nenek di kampung.

Dua tiga bulan lepas dia bekerja, dia buat perangai. Dia dera kami. Tapi, aku yang paling teruk didera. Kakak pergi sekolah pagi dan kemudian pergi sekolah agama. Sepanjang hari takde kat rumah. Hanya aku dan adik yang ketika tu baru saja berumur 2tahun. Selalunya dia akan paksa aku masak air. Sapu rumah. Kalau aku lambat buat kerja. Dia akan sepak aku. Tampar. Atau terajang. Sakit. Aku hanya mampu menangis. Kalau aku menangis kuat dia akan tekup mulut aku. Dia kata nanti orang dengar. “Kalau orang dengar, aku bunuh kau”. Adik yang masih kecil dia kunci dalam bilik. Ah dia terlalu kecil untuk memahami semua ni. Kadang-kadang dia ugut aku. tarik rambut aku “Kalau kau beritahu orang, aku bunuh adik kau”. Aku takut. Sebab dia pernah cuba bunuh adik aku. dia letak adik dalam bilik. Tak bagi makan dan minum. Adik menangis dia buat tak tau. Aku lari pergi pintu bilik. Cuba bukak pintu. Dia nampak. Dia tarik rambut aku. aku tengok adik dah kat lantai. Terjatuh dari buai. Dia kata, “Ni la akibatnya kalau kau cuba beritahu orang”. Aku bukan beritahu sapa-sapa tapi jiran aku yang syak. Sebab selalu nampak aku sedih dan menangis. Dia selalu halau aku dari rumah. Suruh aku berpanas, berhujan kat koridor rumah flat aku tuh. Sebab takut. Aku turut. Aku nampak payung tersangkut kat grill rumah. Aku ambil dan buka. Buat teduh. Kadang-kadang aku sampai tertidur kat koridor sebab penat duduk, berdiri lama-lama. Aku pernah berjingkit tengok apa dia buat dalam rumah. Dia duduk silang kaki atas meja. Makan sambil tengok tv. Dia nampak. Dia marah aku. pastu tutup tingkap rapat. Aku tak tau adik macam mana kat dalam rumah. Aku menangis. Tertidur di koridor.

Aku terbangun. Pakcik jiran sebelah rumah kejutkan aku. dia tanya kenapa tidur kat koridor. Aku tak jawab. Aku senyap. Dia tanya dah makan. Aku geleng. Dia bawa aku pergi makan dengan isteri dia. Dia tanya nak makan apa. Aku senyap. Dia tanya orang gaji tu buat apa dengan aku. aku senyap. Makanan sampai. Aku makan dengan lahap. Itu saja yang aku ingat. Malam tu pakcik jiran tu beritahu mak aku. mak aku kata orang gaji baik je. Sebab dia berlakon baik dengan kami bila depan mak.

Esoknya aku kena pukul teruk. Dia letak aku luar rumah lagi. Tapi dia tak kasi aku duduk kat koridor. Dia suruh aku jalan pergi mana-mana. Aku tak tau nak pergi mana. Aku jalan pergi flat lain turut kaki yang berjalan tanpa hala. semua flat nampak sama. Aku sesat. Aku nangis. Tak tau macam mana nak balik. Ada seorang kakak neh jumpa aku. dia bawa aku balik rumah dia. Dia bagi aku makan dan minum. Rumah dia banyak mainan. Tapi aku tak nampak ada budak pun. Husband dia balik. Datang dengan pak man. Aku lari pergi kat pak man. Aku terdengar dia cakap nak ambil aku jadi anak angkat. Tu je yang aku ingat pastu pak man bawak aku balik rumah.

Bila aku balik azizah pura-pura risaukan aku. kata aku keluar rumah main pastu tak balik-balik. Itu saja memori yang aku ada. Lepas tu. Ayah balik dari kl. Marah-marah dia dan berhentikan dia. Ayah dapat sambung belajar kat utm skudai. Kami pindah rumah. Dan masa sibuk-sibuk pindah rumah. Kemas-kemas barang. Telefon bunyi. Aku angkat. Suara azizah, “Kau tunggu. Aku akan bunuh kau” Sejak dari tu. Aku benci orang gaji. Pada aku mereka semua sama. Hipokrit. Mula-mula baik. Pastu semua buat perangai.

Dah pindah rumah baru. Mak dan ayah tak mau ambil orang gaji tapi hantar kami ke nursery. Tapi adik (keempat) pula terima nasib yang sama. Dia tak dijaga dengan rapi. Nursery kotor. Adik yang masa tu baru tak sampai setahun dah tergolek kat lantai dan kanak-kanak lain yang kat nursery tuh pijak-pijak adik. Adik kena sawan. Mulut berbuih. Kakak call mak dan ayah ambil adik kat nursery. Mak menangis risau. Sebab adik memang kecik lagi tapi dawai berselirat sana sini. Doktor sahkan sawan kuman. Terus buat operation. Kesan tebuk di kepala adik masih ada sampai sekarang. Lepas tu. Lepas adik baik. Mak hantar kami ke rumah Mak Anjang. Mak Anjang kakak mak. Dia yang jaga kami. Alhamdulillah kami membersar dengan baik.

Herm. Susah. Berbagai dugaan kami terima. Tapi kami redha. Bila aku menginjak dewasa. Aku cuba untuk lupakan kisah pahit dengan orang gaji. Aku fikir aku boleh tapi rupanya tidak. Bila mak dan ayah terpaksa ambil orang gaji untuk jaga arwah nenek (mak ayah) yang sakit dan tinggal di rumah kami. Masa tu aku kat matrik johor. Aku la orang pertama menentang bila dapat tau. Tapi apakan daya. Itu semua untuk kebaikan arwah nenek. Takde siapa yang jaga dia bila semua sekolah dan kerja. Aku cuba berbaik sangka dengan orang gaji. Tapi seperti yang aku jangkakan. Lepas setahun kerja. Dia buat perangai. Gayut di telefon. Bil naik. Mak dan ayah terpaksa lock telefon rumah. Lepas tu, duit kat rumah pula hilang. Mak dan ayah lock pintu-pintu dalam rumah terutama pintu bilik ruang atas. Aku dah rasa macam duduk kat rumah orang lain. Takde privacy. Nak telefon kena buka lock. Pintu bilik pun sama. Aku jadi tak selesa dan bengang dengan orang gaji. Buat kerja sambil lewa. Dapur hampir terbakar! Gara-gara dia leka tinggalkan periuk masa masak. Dan salahkan arwah nenek sebab panggil dia. Dia kerap keluar rumah sembunyi-sembunyi. Pernah aku balik ke rumah tengok pintu rumah dan pintu gate ternganga luas. Arwah nenek ada dalam bilik tapi dia takde. Aku mula syak. Dalam diam dia jumpa lelaki. Aku tak tau siapa. Dia kata dia dah bertunang. Ah terlalu panjang jika nak diceritakan di sini. Kesudahannya. Beberapa minggu sebelum arwah nenek meninggal. Dia lari dari rumah. Memang tak kenang jasa dan untung! Makan cukup. Duit cukup. Malah pakcik aku belikan handphone untuk dia! Sejak dari tu. Aku tanamkan dalam hati. Memang takkan ambil orang gaji lagi. Lagi-lagi untuk bakal anak-anak aku nanti. Itulah pengalaman pahit yang aku alami. Yang sangat bermakna. Dan susah untuk aku lupakan sampai ke hari ini.


p/s:kakak baca note neh. die kata aku boleh jadi penulis. (sindir ke apa neh) pastu dia kate soh aku betulkan satu part. oh ok. ayah tak pernah kerja sebagai pemandu lori. ntah. aku teringat bapak orang lain agaknya. :P ayah kerja sambilan betul-betulkan mesin basuh atau computer ada la. dan dia panjat gunung buat radar. cam kat gunung pulai tuh. ha kakak, kin dah betulkan. oh my bad. memory dah lost2 sikit dah huu

Saturday, February 13, 2010

aku sayangkan kau tahu??


aku sayang kau. sedar tak sedar hubungan kita dah dua tahun dah. kan? kan? tapi setiap dua tahun pun aku rasa aku akan ada pengganti. aku rasa kau kejap lagi akan digantikan dengan yang lain. sebab. aku rasa bosan dengan kau dah. -_-" sigh. kalau lah kau baca blog aku neh mesti kau kecewa kan. mesti kau kate aku play girl lah. tak mengenang jasa.budi. etc tapi aku manusia biasa. tak pernah puas dengan apa yang aku ada. sentiasa nak yang baru. yang lawa. yang stylo-mylo. tuh la. mak aku selalu cakap.

"Bila dia ada depan mata kita tak hargai. bila dah tak ada baru lah kita rasa nyesal sebab tak hargai bertapa penting nya dia dalam hidup kita"

err. aku tau tu. yes i know mak. i understand and i got the message. tapi kan aku dah kata. aku manusia biasa. tuh la kau! kau pun salah. (ekh tak pasal-pasal plak kan) yelah.





sape soh kau tak jaga hati aku?





sape soh ko lari dari aku?





sape soh ko tak setia kat aku?







sekarang aku nak menduakan kau! (sejak bila lak aku berdua neh? aku kan single sekarang neh)



arhhhh aku tak kira. aku nak jugak! ape nak jadi. JADILAH! (eceh. berdrama la pulak) ko yang ketiga. banyak kan? dah yang ketiga. yang pertama pergi tanpa pesan. yang kedua aku paling sayang tapi jodoh kita tak kesampaian. yang ketiga. KAULAH! kau dah calar kan hati aku! ekh tak kau yang bercalar-balar. dah tak menyinar seperti dahulu. bila aku dengan kau orang dah takde puji kau dah. kalau dulu. aku bangga la jugakkan. bila aku dengan kau orang akan kata,

"ekh lawa la kau shikin" (ke aku je perasan lebih? pujian ke sindiran neh?)

entah kekadang kompius gak kan. yela korang tak kompius ke. die dengan aku tapi orang puji aku bukan die. haa tu lah. kompius kan? takpelah confuse tuh bila dikupas akan jadi blabalblal (papadom) ok tak lawak. sambung


tuh la nak jadi apa pun JADILAH (sambung drama balik) aku nak jugak yang baru. nak yang lagi handsome dan stylo. boleh kan yah?? boleh kan kin nak SPEC baru? *pleading with shining eyes*





ingatan ikhlas: jangan marah haaa (p. ramlee)

Sunday, February 7, 2010

all i want

take pictures
then
sweet memories
never
be forgotten

Friday, February 5, 2010

you belong with me


One day you'll see that I was the right one for you. The one you walked away from.