Followers

>

Wednesday, June 30, 2010

Park Young Ha Bunuh Diri // Video German baekkk punya

dua dari kiri

korang tau sape Park Young Ha? aku pun tak sure sangat masa mulanya. tak berapa nak hafal nama-nama penyanyi/pelakon korea neh. alah kenal gitu-gitu je. cehhh bajet sekolah same-same. main tepuk tampar. main guli batu seremban bagai kau neh Cik Senah oiii. :P


Dia neh pernah berlakon cerita Winter Sonata. alahhhhh cerita first korea yang meletup kedebabomm tuh dulu. source here. Die berlakon jadi Kim Sang-Hyuk. yang mane ekh? alah yang lepas Bae Yong Jun (hero) tuh kunun mati hilang ntah ke mana then laki neh la yang hampir kahwin dengan Yu-Jin (heroin). tak ingat lagi? heh. lambat recall lah korang neh. takpe baca bawah ni



Joon-sang moves to a new high school in search for his biological father. Yu-jin and Sang-hyuk are close childhood friends, although Sang-hyuk wants to be more than a friend, Yu-jin sees him as a brother. On a trip together with other high school mates, Oh Chelin , Jin-suk and Yong-kuk , Yu-jin is saved after an accident by Joon-sang. They become close and she opens up his cold heart. However, circumstances and fate dictate that their love will never be. He abruptly disappears from their lives.


Ten years later, the old High School buddies gather to celebrate Yu-jin and Sang-hyuk's soon-to-be wedding. Yu-jin, who was deeply in love with Joon-sang, still has a fire in her heart for him. But at the party, Oh Chelin's new boyfriend arrives, who appears the same as Joon-sang.


Haaa, ingat? ingat? ingat dah? tak ingat takpe aku peduli apa. haha. okeh sambung. KENAPA dia boleh mati? oh dia bunuh diri. kan aku dah tulis kat atas tuuu. tanya lagiii. hishhh. lu apsal nak emo minah?? ekh ekh ok ok. relax relax. aku gurau je. die bunuh diri. GANTUNG DIRI. guna wire charger henpon. takde note yang dia tinggalkan. mak dia yang jumpa mayat dia kat bilik. and tengok henpon plak die ade send message kat ayah die "I'm sorry" banyak kali. tak tau la sebab apa. tapi ayah dia pulak sekarang neh tengah tenat. final stage sakit stomach cancer.


entah la mungkin dia ada masalah peribadi atau dalaman yang lain. tak tau la. apa-apa pun Cik Senah nak bagi nasihat. heh sompat lagi tuh. ekh harus lahhh. if ada masalah besar/berat mana sekalipun jangan la ambil jalan singkat - bunuh diri. semua masalah boleh diselesaikan. ingatan untuk Cik Senah juga ni. *senyum* ingat-ingat lah tuhan kerana dia sentiasa di samping kita. jika kita ada masalah. kita selalu rujuk kat kawan. kat parents. kat pakwe/makwe/dikwe/bangwe. :P tapi kita selalu lupa kita boleh mengadu pada si DIA. jangan lupa untuk mengadu pada DIA ok. kerana DIA lah sang pencipta. kepada DIA segalanya kita memohon dan segalanya DIA yang makbulkan. :)



tu je nak share. hehe haa lagi satu before end entry neh tadi tetiba kawan Cik Senah bagi video neh. dia kata. bagi siapa-siapa yang sokong German. errr Cik Senah tak tau nak cakap apa. tapi still nak share. nah tengok neh



sumber lain: sini, sini, sini. dan sini. dan sini lagi. :)


Monday, June 28, 2010

Lawatan Sambil Belajar Cik Senah UK dan Paris


okeh tuh ari Cik Senah dah bercerita hari pertama di UK. kali neh nak cerita hari kedua lah ye *kenyit*


Hari Kedua di UK

pagi 25 November 2009. bangun seawal 4 pagi. eceh apsal ayat macam dalam novel neh. ekh kau tak tau ke Cik Senah ade bakat tulis novel? haaa. cet. dah sambung before Cik Senah merapu. kol 4 pagi tu dah macam nak terang. early winter. pukul 4 petang dah gelap. so 4 pagi pulak dah terang. *senyum* pastu pastu (kepoh) mandi siap-siap all that girls stuff. kemas katil then terus turun bawah pergi breakfast. then we cam-whore kejap. macam biase.


then about 7 am terus gerak pergi Cambridge University. kitaorang pergi area2 Cambridge Uni. so basically takde attach program dengan mereka and just visit their uni and museum area situ jugak. dan kolej2 yang berdekatan. and visit asrama kolej2 berdekatan. banyak belajar bagaimana cara hidup mereka. history. arts. sangat mengagungkan arts diaorang. sesuatu yang san gat berharga pada mereka. dan mereka terapkan nilai ni dari sejak kecil dari sekecil sekolah tadika. sebab masa kitaorang jalan pergi museum jumpa budak-budak kecil dari kindergarten dan primary school. oh museum kan biasalah. macam kita juga. visit museum masa kecil. dah besar memang lupakan sejarah itu ini. tapi Cik Senah tak insyallah :)


mostly orang kat sana akan berjalan dengan laju. mungkin kerana mereka menghargai masa atau sebab musim sejuk dan perlu haba yang banyak dari biasa. dan mereka ada yang merokok dan minum air panas/alkohol untuk mendapatkan haba. dannnn ada yang jogging hanya dengan berseluar pendek! oh neh tak pasti kenapa. kitaorang yang rasa pelik kot. diaorang kat sana dah biasa la kot. fine. sounds jakun la plak. haha. erm pastu tiba-tiba aku takde mood sekarang neh. secara mendadak. sebab ada orang carik fasal. ok lah tengok gambar je lah ekh.

nah aku sajikan korang dengan gambar. tak cukup kenyang nanti aku bagi lagi. bai




oh ya kitaorang terus bergerak ke London balik so esoknya nak ke Oxford senang sikit dan malam kitaorang menginap kat Wembley Hotel dekat gilos dengan Wembley Stadium and malamnya tu kitaorang buat kerja gila dengan bersuhukan 5-10 Celcius dan bertawaf stadium dari satu gate ke satu gate. err berlari2 macam orang gila dan berjogging kunun nak tiru orang yang kitaorang jumpa dekat jalan, jogging pakai seluar pendek dengan slumber, and dalam hati kate heh gilo ke ape orang neh. tak sejuk ke? oh haa cam biase lah cam whore. hehee



oh ha lupa nak cakap. satu lagi lesson yang aku belajar kat obesi neh. takde SOS CHILI. tarak. ilek. nan-do. TAK ADE. kalau kau mintak chili sos nanti dia bagi CILI GILINGGG. haa hambek kau memang kejung lidah sebab kepedasan. yang ada HANYA tomato sos. sekian


Cik Senah terkedu tersedu

We wouldn’t be the SAME as before

I USED to know you, but now, I’m not

I don’t know what exactly happened between us

It’s because of me?

OR what I did before?

OR it’s about you cannot accept me as what I am?

OR it is something that I didn’t do but someone said behind my back?

So much random questions pop out into my head

I don’t know why

Neither the reason nor explanation

Know me well then you can judge me

I keep saying there’s nothing happened between us

but actually it is SOMETHING happened between us

Miss you my friend











Saturday, June 26, 2010

Menggoda Cik Senah Tergoda

hari ni tak nak berstory telling. esok baru akan buat. ekh bukan esok. dah masuk hari Sabtu. so malam karang lah. sebab pagi karang Cik Senah ade re-kesatuan baca re-union dengan budak-budak sekolah dolu-dolu. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing. ok lagi suka nama lama sekolah ni dari yang sekarang Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing. pagi nanti akan main bowling kat Daiman Johor Jaya then pergi Jusco Tebrau.

oh Cik Senah memang tengah tergoda pun sekarang neh. hesh siapa pun akan tergoda dengan dia neh. orang takde perasaan je tak tergoda. dia multiplesexual. maksudnya dengan semua orang dia boleh. male ke. female ke. separuh male atau separuh female. die ok jek.












Haaa. ni DIA



dan NI



haaa Cik Senah dah tergoda kerana dia menggoda. Korang tak tergoda??

Friday, June 25, 2010

Perkenalan Tanpa Di Minta. Oh Aku Sudah Jatuh Cinta


halahhh. aku tau. aku buat title entry yang horny atau kesah chenta baru korang nak baca blog aku neh kan. kalau tak. nak pandang sebelah mata pun tak nak kan kan kan kannnn. heh. -_-" apsal kau emo neh?? oh sebab new moon dah nak datang kot. ekh bukan new moon eclipse tuh. yang lagi satu. untuk perempuan2. yang mana? alah yang tu. every month datang. haa yang tu. dah tau senyap!. dah sambung cerita. :P

aku tande hormon humor malam ni so entry tak lawak atau tak-berapa-nak-lawak atau cam sampah korang kena baca gak! baca HEADER aku balik! bahahahhahhaha. ok cukup gelak cam setan. aku nak cerita. korang bila start berchatting?? alahh sebelum ade ym. skype. oovoo bagai. korang pakai apa ntok chat? haaa cuba ingat. memula sekali chat fever neh berlaku. MIRC! yes. we call it mIRC which is stand for Internet Relay Chat. halahhh korang ingat laman kampung? pastu nanti ada untuk setiap negeri lah. macam2 lah yang buat forum atau conference. chat ramai2 pastu nanti kalau nak chat personal boleh la ping/buzz orang tu then chat la.



Haha aku ingat masa tu aku baru start nak belajar chatting neh. kenal dengan sorang mat salleh. die dari Queensland. He is a nice guy. and so friendly. dia neh banyak ajar aku. kat sini jugak lah aku improve english aku. oh miss him so much. actually bile berchatting aku tak suka chat dengan orang melayu sangat sebab lebih banyak merepek. sounds poyo tp it's true. masa tulah kan. and mostly aku jumpa malay guys yang ntah apa-apa. and mase tuh aku budak lagi kan. like thirteen years old. ZOMG! so young. so naive and memang tak tahu apa-apa!



First chat attempt


Stranger guy (he's a malay guy): Hye. boleh kenal?

Me: Oh hye. boleh :) being nice with everybody not menggedik ok

Stranger guy: ASL?

Me: johor bahru oh I was thought he was asking me asal dari mana. seee I'm so NAIVE.

Stranger guy: Oh tak saya tanya age/sex/live

Me: oh 13. sex??? oh pervertttt!!!! memang fikir lelaki neh tak senonoh. then terus off.



bhahahhahahha. seeee I AM SOO NAIVE. and after that I macam mengadu la kat Mr Q (Queensland) then he was laughing like so-damn-crazy-that-can't-be-stoppable. duhhhhh. And he's explaining to me.



Mr Q: It's your gender honey. It's not that 'sex'

Me: ZOMG?? Really?? Oh I am soooo naive. then lepas tu nak cakap jugak la aku tak bersalah. aku cakap kat Mr Q. Why didn't ask gender then instead of sex which is can be double meaning for that. hahahhaha.



Oh memang tak matang masa tu. then lepas beberapa tahun. yes I have a lotttt of friends. sangat best and ada jugak yang tak best. kena berhati-hatilah pilih kawan. It's normal I guess. Masa yang akan menentukan siapa kawan siapa lawan. *senyum* dan sekarang saya ada ramai kawan chat yang bila difikir-fikirkan kembali. OHHHHH. macam tak percaya.



Me: Ekh, aku dah kawan dengan kau berapa lama ekh?

Bestest-chat-friend-ever: Enam tahun.

Me: haah ENAM tahun. and almost SEVEN YEARS!!!

Bestest-chat-friend-ever: Kalau budak dah nak masuk sekolah rendah dah.

Me: L.O.L :))

oh ini beliau *senyum*
oh dan kami berkenal dalam laman web portal pendidikan terkenal.
Utusan Malaysia.
bahahahahha. ok jangan gelak. it's true story. sebab nak PMR. so study same2 online.
hey we talk about advantages of internet 'ere peoples! :P

oh dan ini juga. she's currently study at US now!
gile jeles dengan kau. apsal pandai sangat nehhh :P

Oh itu salah seorang yang rapat gila dengan aku dalam dunia chat neh. oh aku ada juga dapat sorang twin. oh sangat terharu. kawan-kawan last2 jumpa kat university. same college and same faculty. and he's a guy. good friend of mine too :) oh berjumpa dengan monkey love cinta monyet or first love utada hikaru pun kerana chat. oh itu semua sejarah. sejarah hidup yang takkan dilupakan oleh Cik Senah. kelakarkan.
tapi itulah hidup.
Perkenalan tanpa diminta dan perpisahan juga tanpa diminta.



Wednesday, June 23, 2010

Konsert Jamban Cik Senah

Cik Senah tak terhengen nak buat konsert pun.
sebab tak berani nyanyi depan orang.
nyanyi dalam toilet Cik Senah berani la.


Nah lagu Konsert Jamban pertama.
(Bosan gila pada masa neh and test suara merdu buluh perindu. ecewah padahal cam katak bentung -_-")


Lagu Konsert Jamban kedua.
(err second song yang telah dijahanamkan. oh ade part yang tergeliat lidah.
and sore dah serak2 sebab ngantuk. haha)


dah Cik Senah penat buat Konsert. nak tido esok ade tour.
nak promosi konsert.
ceh dua lagu pun nak kecoh. blah la Cik Senah.

Watch my strip video here!! HEREEE!

Ha nampaknya ramai bagi respond pasal lawatan sambil belajar Cik Senah. katanya suruh sambung lagi story telling neh. haaa nanti Cik Senah sambung ye. nah tengok video neh dulu. buat gelak sama2. jakun la sikit tak pernah beraya di perantauan. oh and our beloved TNC HEM&A (Timbalan Naib Caneslor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) ada juga bersama kami dalam lawatan neh :)

oh I wasn't in video. :(((( kat tepi blah sane. berbual dengan Zetty and Alia
(my friends yang study kat Oxford)

and you also can watch it here.


pssss takdenye strip video. Gile ke ha???? Cik Senah masih cukup iman di dada. ok kawan dah sampai rumah. nak keluar. bai

Waklu, Ketiak lu berbulu, Lu'lu lah weyh


hahahahha. aku baca balik rasa nak gelak tanpa henti pulak. tak tak saje je nak letak tittle entry camtu. lu tak malu ke?? halahh. semua orang ketiak pun berbulu pe. buat apa wa nak malu? Ketiak lu tak berbulu? wa dah shave. wa pun dah shave tapi lepas dah shave nanti ketiak lu tak berbulu balik??? haishhh apsal cerita pasal ketiak pulak neh?? dah macam geli-geli cencored lah. takde pun cencored mana. hahahaha. ok dah cukup. FULLSTOP


hari ni Cik Senah nak cerita Lagenda Budak Setan tak berapa nak setan. ekh tak. nak cerita, cerita dongeng Cinderella. Tadi Cik Senah takde kerja sangat petang sebab bila petang je turn adik yang baru balik sekolah lepas mandi and makan terus ngadap pc men game. kitaorang macam ade jadual arh. time pagi Cik Senah la guna nak fb ing ke, tumblr ing ke, ym ing ke, apa-apa je lah. petang dia pulak guna. ok lepas tu Cik Senah terlayan la cerita kat Astro Ria tak silap. tajuk die Lu'lu. aku rasa dah pernah tengok cerita neh dulu, ah tapi takpe la layan je la sebab takde mende nak buat. takde keje kau kate? dah basuh kain? jemur kain? lipat kain? sapu sampah? buang sampah? kemas dapur? basuh pinggan mangkuk? ok cukup tu lain entry cerita arhhhhh.



ok cerita lu'lu ni pasal macam lebih kurang Cinderalla gak. tapi Cinderella melayu lah. lepas ayah die meninggal, dia tinggal dengan mak dengan kakak dia la. siapa pelakon dia? Haaaa Lu'lu ni Wawa (pelakon adnan sempit) tak ingat arh sape name die. hahahhaha. yang aku ingat ayat wajib die "haruslah" hahahha. then akak die intan ladyana. heh berlakon adnan sempit gak. sehati sejiwa. ok then die neh sangat innocent. (lu'lu) sangat baik hati. selalu ingat pesan arwah ayah die. dan disebabkan ke'innocent'an die neh. dia selalu kena buli. naif. tapi dia rasa dia yang rela hati sebab buat tuh semua. sampai kena tipu dengan sorang lelaki yang kunun boifren die lah tapi padahal die nak duit Lu'lu tu je. ok dipendekkan cerita last-last die berjumpa dengan putera idaman. alahhh kate ala-ala Cinderella kan. Putera idaman tu pulak pelakon utama Lagenda Budak Setan sape? Lisa Surihani yang cute tu?? yang tentu-tentu nya lah Farid Kamil. takkan Lisa Surihani pulak jadi putera kan. agak-agaklah kau. aku tau lah Lisa tuh cute tapi berlakon cam kayu(?) opss terbuat gossip pulak kat sini. heeee. ekh ok sambung. then diaorang ditemukan secara tak sengaja dan kena kawin paksa sebab ditangkap basah. salah faham sebenarnye ni tapi ini lah orang kata jodoh. kalau dah jodoh kita mana tau dengan siapa dan bila. di mana. bagaimana. haa semua-semua lah.


Dipendekkan lagi cerita. macam panjang jugak. :P Farid Kamil (syauqi dalam cerita ni) memang jatuh hati kat Lu'lu sebab peribadi yang tulus dan kelebihan2 lain yang dia rasakan mereka seimbang dan melengkapi hidup masing-masing. Haaaaa ni yang Cik Senah nak sampaikan. Orang selalu kata. setakat neh Cik Senah dengar orang je la berkata. takde pulak selain orang simpang malaikat. atau ade dalam surah or firman or mana2 Cik Senah tak sure. Pasangan suami-isteri adalah pasangan yang saling melengkapi. kalau sorang pemarah sorang mesti penyabar. kalau sorang cerewet sorang mesti tak. kalau sorang pemboros sorang mesti tak. :) Haaa pastu Cik Senah pun tetibe blank takde idea nak elaborate ape lagi. yang Cik Senah sentap kan bile buka blog sendiri tadi ada iklan

ni (click for enlarge)




dan ni.





sentap mak tau nyahhhhh. heshhh tau lak Cik Senah tak berapa nak laku. heh Cik Senah tak desperate lah. relax2 Cik Senah pun tengah tunggu putera idaman. Cik Senah tengah berpuzzle lah neh. kan dah kata tadi jodoh kita neh mana kita tau siapa? bagaimana? di mana? bila? tak gitu Cik Joyah????

Monday, June 21, 2010

Makanan Hati Cik Senah daripada pakwe yang hensem si Cristiano Ronaldo

Tadi mak ayah ajak pergi dengar ceramah Ustaz kegemaran mereka. Cik Senah tengah gila tengok bola. heshhhhh say no to something yang baik semata nak tengok bola?? (dan lagi la tak elok jika ada mereka yang tak solat sebab nak tengok bola. cepat-cepat bertaubat la ye)


Bila mereka balik, Cik Senah rasa keinsafan datang bila mak start buka topik ceramah tadi.

"Bang, tak sangka kan Gerhana Bulan tu bahaya."

"Aah, tak sangka Gerhana Bulan kali ni lain dari sebelumnya."

And I was asking them (lepas rasa insaf la kan :P).

"Kenapa pulak bahaya? and lain before ni?"

and ayah pun start la explaining. Ustaz cerita sepatutnya bila gerhana bulan, time gelap akan tertutup sedikit and slow-slow. maksudnya lainnya memula cerah pastu slow2 gelap then cerah balik. but gerhana bulan yang akan datang pada 26 june 2010 bersamaan 13 rejab 1431 H lain. sebab ia berlaku dalam masa sejam je. sangat cepat.


Mengikut ensiklopedia bebas, maksud gerhana bulan ialah

sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. copy paste from here


So ia bermakna, bumi dan bulan di dalam barisan yang sama dan dekat. Bulan tidak dapat memantulkan cahaya matahari kepada bumi as it always did. Gerhana bulan sebelum ini berlaku dengan masa beberapa jam. Tetapi Gerhana Bulan kali ini hanya dalam masa sejam dan mengikut kajian atau pun tafsiran sesetengah ahli falak, ia sangat lain dengan yang sebelumnya dan jarak bumi dan bulan semakin dekat. Ini saya tidak begitu pasti kebenarannya. sila lah google atau cari orang yang lebih arif (tulah rasa menyesal bila tak pergi dengar sendiri ceramah ustaz kesayangan T_T)


Jadi selepas tu ayah sambung lagi hujah yang diceritakan ustaz. Selalunya Gerhana Bulan dan Matahari akan berselang seli. Dan Allah telah berfirman:


1. ALLAH berfirman dalam al-Quran menjelaskan perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan adalah di bawah tadbir Allah. Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit, terbenam matahari serta bulan.

2. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.” (Surah al-Fussilat, ayat 37)


sumber dari sini dan firman Allah juga:


7. Sesungguhnya gerhana bulan akan berlaku dari tahun ke tahun sebagai peringatan Allah atas segala keterlanjuran dasar yang dilakukan sama ada disukai atau tidak kerana sampai satu ketika, gerhana bulan tidak pulih daripada gerhana dan bumi juga gerhana.

8. Firman Allah yang bermaksud: “Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.” (Surah al-Qiyamah, ayat 7-9)


dan ini paling penting:


11. Ahli falak Islam yang masyhur di zaman silam, Imam al-Khawarizmi berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan itu mewujudkan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah. Oleh kerana sewaktu berlakunya gerhana matahari, matahari berada hampir dengan bumi.

14. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: Wahai umat Muhammad, jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Nasai)


seperti yang dikatakan di atas, ia berlaku bukan sebab mati atau hidup seseorang dan ia adalah peringatan Allah kepada hambaNya, dan ia mungkin boleh berlaku secara serentak dan ketika itu kiamat sudah hampir. secara logik ia tidak mungkin berlaku. siapa kata? Kun fayakun = be! it happens, ia berlaku. Maka tiada apa yang boleh menghentikan selain Allah yang maha kuasa ke atas segala-Nya.


Maaf jika ada diantara kenyataan di atas yang mungkin tidak benar. Cik Senah hanya manusia biasa, cetek ilmu tapi masih mahu berkongsi ilmu.

Ukuran ilmu manusia itu seumpama air yang membasahi hujung jari selepas dicelup ke dalam laut jika dibanding keluasan, kebesaran dan kehebatan ilmu Allah SWT.

bacaan tambahan boleh dibaca di sini, dan sini :)






pssssss. tajuk entry tuh rasa sedikit kekesalan setelah dah terlepas dua ceramah best. Ceramah jemputan salah seorang atau ramai (tak sure lagi T_T) saketariat yang ke GAZA tempoh hari. oh yang neh memang rasa rugi gilaaaaaaaaaaaaa! (ni masa Cik Senah terpengsan awal tu ari T____________T) dan juga hari ini yang telah tergoda dengan kehenseman Ronaldo lebih daripada tergoda dengan ustaz yang bermulut manis, berhati suci murni, oh ustaz memang lebih banyak kelebihan tapi Cik Senah tak sedar. apsal dah macam nak sambung entry neh?? -_-"


hari-hari perut diisi makanan ade juga organ dalam badan yang perlu diberi makanan seperti hati. INI makanan hati Cik Senah. anda??

Melawat Sambil Belajar ke UK


Seperti yang dijanjikan ekh ade janji ke?? Cik Senah akan ber gong xi ya gong xi dengan anda-anda semua bagaimana cara mak kempiskan perut dengan cepat(?) pengalaman Cik Senah dan rakan-rakan melakukan aktiviti macam sekolah-sekolah dulu. lawatan sambil belajar. eceh. kanak-kanak sungguh. tapi kali ni up lah sikitkan lawat UK and Paris. kanak-kanak dulu takat lawat Muzium, Zoo, Muzium, Zoo. heh -_-"


Ok Cik Senah akan cerita secara bertingkat-tingkat. peringkat-peringkat ye. Errr dari mana nak mula ek?? Ok mula dari sebab dan musabab pergilah ye. Dulu Cik Senah pernah jadi MPP (majlis perwakilan pelajar) UTM 08/09. Jadi, MPP ni every year dapat peruntukan untuk buat program ke luar negara. So program ni dah dari awal tahun, lepas jadi MPP je dah list out la kan big activities for the whole year (one year) jadi MPP. dan dipendekkan cerita, Cik Senah telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjadi Penagarah Program ni. hebatnyaaa. takde lah hebat mana pun. first time neh jadi Pengarah. and memang diakui banyak kelemahan yang Cik Senah perlu perbaiki. had a wonderful moment and knowledge to handle sucha big program like this. ok stop sambung pasal balik cerita.


Maka selepas dah melalui hari-hari perit mencari duit bagai nak rak. turun naik HEP (admin) pergi merayu kat orang-orang besar: TNC HEPA, TNC A&A, ramai la orang. Dan SANGAT berterima kasih kepada Encik Bo dan Encik Zai serta seketariat Konvo (ramai yang terlibat neh. mereka juga rakan seperjuangan Cik Senah) kerana sudi menyumbang ?ribu untuk program ni (banyak neh tak boleh disebut takut kontrobesi) dan Encik Zaki , Encik Izam, Encik Fendi, Encik Hadi, Encik Izwan, Encik Chai, Encik Aimran, Encik Sunthar, Encik Khairi (utm kl), Encik Azim, Encik Hafizul Hilmi , Encik Ariffudin yang banyak membantu mencari penajaan dan membantu melancarkan perjalanan program. DANNNNNN tak lupa juga kepada princess2 hati yang begitu gagah disamping 14 lelaki. kita super power kan. ramai lelaki. kite berenam je perempuan. iaitu Cik Roza Erma, Cik Nadia, Cik Nasriah, Cik Eldafira, Cik Masya dan last Cik Senah lah. :)

so mukadimah dah PANJANG so seterusnya Cik Senah cerita masa first day kat UK je kayh :)




First day at UK

Landing kat Heathrow Airport London setelah berejam-rejam berlegar-legar kat udara sebab takde lane yang kosong lagi untuk landing. busy gile airport neh. landing dalam pukul 6 lebih. so dah cerah jugak lah. oh time neh early winter so basically sejuk tak sejuk sangat belum ade snow and siang sekejap malam cepat. After buat declaration kat counter airport (ada diantara kami yang stock2 makanan dibuang tanpa rasa belas kasihan - oh sudah jadi tugas mereka. tapi aku nasib baik lah. muka aku baik and cun dia kasi lepas :P) bas dah tunggu luar airport dan sepanjang kami di dalam bas, Miss Jasmine (our tour guide yang came along from Malaysia until the whole journey) banyak explain pasal sejarah tempat2 kat Europe. It was so interesting. And tambah knowledge jugak lah kan. And that day lalu London City, then a guide from London naik bus nama die Mr err aku tak ingat panggil die Mr A je lah ekh. Mr A was so nice and friendly. sangatttt. aku suka gila die. and aku kepoh gak la tanya die banyak soklan :P.


Then berhenti kat London Eye and cam whore kejap (semua tempat cenggitu gak :P) then pusing2 satu town tuh la. London Bridge, Parliament, Big Ben. and last pit stop before we head to Cambridge. Kitaorang pergi singgah the famous Oxford Street which is tempat orang suka gila shopping tak hengat dunia. And we actually berhenti kat situ untuk makan. :) Jalan dalam group2 biasalah kan. :P and aku dengan group kecik aku lah. kitaorang berlima: me, Nasriah, Bo, Zai, Sunthar. First place that we head to for sure McD! itu je terlintas and rasa halal. beli fillet-o-fish burger. and McD kat London memang sangat sesak and busy!!! Makan tak boleh lama2 kejap je. And we were bum into some of Malaysian there. tapi tak kenal and nak say hi pun cam segan. Diaorang pun like sedang in family vacation. So then kitaorang pun camwhoring kat sepanjang Oxford Street tu. Best. SANGAT. but tomorrow is a big day. kena pergi Cambridge University. So kena prepare. and dalam beberapa jam kat situ kitaorang naik bus then terus ke Cambridge. dan menginap di Menzies Cambridge Hotel. sangat selesa. dan aktiviti malam ingat boleh jalan2 kat situ tapi sebelah highway so pusing2 dalam hotel and kitaorang buat bising dan aktiviti makan2 dalam bilik je. the end of the first night at UK. next entry pasal visit to Cambridge Uni pulak kayh :)














ok nak baca versi lain pun ada gak kat sini dan sini

Sunday, June 20, 2010

Journey to the west. Son Wukong!!!


Hahahhahahaha. Teribe teringat pulak cite pasal Son Wukong. Siapa Son Wukong tu?? tak kenal? alaahhh cite cina dari hong kong. cita pasal budha. masa zaman kecik-kecik dulu Cik Senah suka tengok cerita neh. Nak tau sejarah Son Wukong neh? ok Cik Senah cerita sikit.


Son Wukong ni salah satu Chinese Literature yang terkenal diantara empat. yang lagi 3 tuh aku tak tau ape. Semasa pemerintahan Dinasti Tang, seorang biarawan telah ditugaskan untuk pergi ke India untuk mendapatkan sutra (bukan kain sutra tapi macam Budha punya religious text) and dalam task ni dia diberikan tiga orang (bukan orang pun) untuk menjaga biarawan neh sepanjang journey to the west to la. (that's why the tittle is journey to the west). Sepanjang perjalanan dia ni dia diuji dengan pelbagai dugaan. Ok cerita pasal penjaga-penjaga dia pulak.



Penjaga dia yang pertama: Son Wukong iaitu seekor monyet atau nama lainnya Raja Monyet. Dia neh lah paling power seingat aku la mase aku tengok dulu. kelakar. nakal. dia yang banyak hidupkan cerita sebab perangai dia gila-gila.

Penjaga kedua: Zhu Bajie iaitu seekor babi oh kurang sopan. maaf nama lain khinzir (poyo nak sopan-sopan) Dia ni pulak seingat aku paling kuat makan. cepat penat. tapi dia power gak. ada kelebihan masing2 la.

Penjaga ketiga: Sha Wujing iaitu seekor raksasa yang berwajah hodoh. takde lak raksasa sangat and hodoh sangat. apsal die boleh jadi camni haa korang boleh baca kat sini



Ha lagi satu biarawan ni diberi seekor kuda putih dan juga satu tongkat sakti. Dalam perjalanan ke India tu mereka diuji pelbagai cabaran. dugaan. rintangan. kini ku hadapi jua kerna dirimu begitu berharga(?) Memang sangat best la cerita neh. Lawak. Aksi. Macam-macam. Dewa dewi. Tuhan lah. Raksasa mata satu. tapiiiiii nasib baik lah Cik Senah sekolah agama so tau lah bezakan mana yang betul mana yang salah. kalau budak-budak pulak yang tengok tak ke boleh terpesong akidah??



OK ni boleh hantar kepada penerbit-penerbit rancangan tv neh. oh maksudnya pemilihan rancangan untuk disiarkan di tv tu perlulah dipertimbangkan dari segi sensitiviti kaum/agama la. dannnnn paling penting PARENTS juga lah. kena awasi anak-anak anda tonton cerita apa. rancangan apa di tv. kalau boleh tontonlah bersama then explain lah bila perlu. :)



Tu je sebenarnya message yang Cik Senah nak sampai kan. yang baik disampai-sampaikan yang buruk disimpan-simpankan ni Cik Senah cipta. dah penat perah otak ingat balik cerita ni. kalau nak tau lebih lanjut. bacalah kat google. takut Cik Senah tersalah sampai kan pulak. nak baca boleh je tambah ilmu pengetahuan tapi nak percaya tu fikir la seploh kali ke seratus kali. ok bai






psssssssssssssssss: Cik Senah rasa, Cik Senah tak share lagi pengalaman mase visit UK and Paris tu ari. nanti Cik Senah share ekh. :)


Gambar Terlampau Amir Hamzah Othman

Pertama, maaf saya tidak SENGAJA menghuplaod gambar ini. walaupun telah cuba disogok dengan wang beratus jutaan billion supaya tidak menghupload, saya berjaya menangkis serangan lawan dengan seterusnya membawa bola tangkis ke udara dannnnn smashhhh!

Kedua, tiada unsur untuk mengaibkan mangsa. TIADA ye. T.I.A.D.A

Ketiga, gambar ini tidak sempurna, tapi cukup menyampaikan mesej yang perlu disampaikan

Keempat, bawa-bawa bertaubat lah wahai mangsa. perlu ke kata mangsa? macam bunyi tak bersalah la pulak.

Kelima, sebenarnya ini permintaan beliau. tak percaya sila rujuk sini

Last but not least, 25 percent aku kau jangan lupa setelah kau fofular kelak. fofulariti murahan yang kau dapat dari belog aku neh aku tak charge. tak tak aku tak charge. yang aku mintak tax je. :P




psssssss. Cik Senah suka baca ni Website-lawak-kipas-susah-nak-mati

Taken picture with cutest-kid-ever JADEN SMITHHHHH. oh I can't believe it I met him yesterday!


Yesterday was so fun!!!! I went to cinema watched karate kid with my girlfriends: saifa, aliah, and ely. but some can't make it: humairah and byha. :( But tak kesah la whatever it takes, movie tuh memang so AWESOMEEEEEEEEEEEEEEEEEEE. COOOOOLLLL I tell you. sangat rugi if you didn't watch it. so no matter how hard or how possibly you got to WATCH this movie. tak kesah la download ke apa ke. tapi watch by legally would be more nice. oh-well since I have be FRIEND (read: kuat sikit tang friend tuh. ma'al ghunnah :P) and taken picture together-gether with Jaden Smith so kenalah menyeru orang-orang sokong the cute-hilarious-talented son of Will Smith ni kan. oh he is so adorable. funny! mimik muka tak boleh blah. haha inherit from his father probably.

kali neh entry pendek je malas nak bebel panjang-panjang. nanti Cik Senah agak kepoh sikit baru la etry panjang berjela macam keretapi tutttt tutttt tak reti nak berhenti-henti abes nafas dengan takde noktah and full stop terus berkata-kata dengan lajunya tanpa kenal erti penah lelah jemu dan jerit payah argh merepek. STRIKEEE. ok lepas ni gambar Cik Senah and kawan-kawan dan juga JADEN SMITHHHHHHH. OMG. want to watch it AGAIN.



from left: aliah, ely and saifa

Oh rupanya I met the cutest-kid-ever in my dream -__-"

Thursday, June 17, 2010

Cik Senah di tag

Oh Cik Senah telah ditag oleh Cik Sabariah. Maka dengan ini Cik Senah menjawab dengan separuh jiwaku pergi hati yang ikhlas. haha. oh tak tak. Cik Senah ikhlas nehh :)


1).Besides your lips , where is the favourite spot to get kissed ?

My forehead


2). How did you feel when you woke up this morning ?

Woke up at 10 am and I was freaked out. OMG. lambat gila bangun. eceh cam tak biasa lak kau neh Cik Senah oiii. :P


3). Who was the last person / people you took a photo with?

My family. At Colmar, Bukit Tinggi. :)


4). Would you consider yourself spoiled ?

Yeah. sometimes. pretty cool huh? NO. NOT AT ALL. feeling guilty being spoiled :(


5). Will you ever donate blood ?
Yeah. I want it so much! Tapi setakat ni tak berpeluang lagi. Maybe next time. M.A.Y.B.E
aku cukup syarat ke nak derma darah? aku sendiri pun cam tak cukup darah? :P

6). Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Yeah!!! (ok this is 3rd time I'm answering the question starting with yeah -_-") Ramai kawan lelaki sebab aku cam sengal ubi ayam kentang kentucky fried chicken best gila ada kawan cam diaorang. Baca balik betul betul. aku yang best ade kawan cam korang. hahahha. bukan korang yang best. hakhakhak. siapalah korang tanpa aku. hakhakhakhak


7) Do you want someone to be dead?
Sekarang? Nope I guess. Later, maybe :P

8. What does your last text message say ?
"Hah ok aku doakan kau dapat jawab exam. Chiayo!!"
camni kot. Lupa dah msg camne

9. What are you thinking right now?

I am penniless!! Damn cepat la dapat cash out Nuff. Tolong lah Cik Senah cepat kaya wehh. Click ADVERTISEMENT tu cepatttt! Tak tekan aku sepuk sekor-sekor. Bhahahhahahah. Heh buruk perangai -_-"


10. Do you want someone to be with you right now ?
Not someone. Something. MONEY. bahhahaha

11. What was the time you went to bed last night ?
errrr. I passed out so early yesterday. erm 8.30 pm maybe?

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
Brands outlet.
3 seploh hengget! ekh tak tak. 3 for RM 50.

13. Is someone on your mind right now ?
No. As I said before. Something did. bhahhahaha

14. Who was the last person(s) who text you ?

Errrr. Lost memory. Siapa hah? Ntah. Tak hengat.


Actually I have to tag another 10 LUCKY person to answer the same questions as I did just now. Tapi aku macam malas nak fikir siapa. Aku bagi peluang lah. Siapa2 yang baca ni aku tag korang. hahhahahaha. Ha kau bace sekarang?? APA LAGI BUAT ARHHHHH. hahahhaha


oh tapi soalan berikutnya neh kena jawab berdasarkan no orang yang kena tag. hadeiii. spoil laaaa. ekh ekh tapi kan aku tak tag orang. so takyah kena jawab. harharharhar. oh bijak bijak.


15. Who is no.2 having a relationship with ?

16. Is no.3 a male or a female ?

17. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?

18. What is no.1 studying about ?

19. When was the last time you chatted with them ?

20. Is no.4 single ?

21. Say something about no.2

22. What do you think about no.3 & no.6 together ?

23. Describe no.9 .

24. What will you do if no.6 n no.7 fight ?

25. Do you like 8 ?



Saturday, June 12, 2010

off to VACATION


eceh vacation la sangat. cuti-cuti Malaysia lah kan.
okeh nak beritahu akan hupdate cool blog kemudian.
esok nak pergi key-el. pastu pergi pahang (bukit tinggi).
pastu cherating/rompin maybe.
tak sure. yang penting berjalan-jalan dan menghirup udara luar.
setelah beberapa bulan kurang menghirup udara luar.
sekian.
bai


oh cop cola cola
(banned weh banned. aku tak minom coke. yeahh)
ni gambar cik senah baru yang lama
lame dah amek tapi baru hupload

Friday, June 11, 2010

Kisah Chenta


Korang ade banyak kisah hidup tak? Tak kesah la yang menarik ke. Yang tak menarik ke. Mesti nak ingat sampai mati kan? Simpan dalam lipatan hidup. ecewah. I pun ada you kisah-kisah macam ni. haruslah ada? hidup I bukan dull. Then, yang paling best sebab dapat abadikan kisah-kisah hidup ni dengan GAMBAR. betul tak? betul kan kan kannn. jangan berani kau kata tak. aku sepak kang :P

Pastu nanti bila dah besar-besar. Boleh la tengok balik gambar tu, pastu nanti gelak-gelak.


"Ekh, ni aku ke masa dolu-dolu?. Cam tak caya pulak. Cutenye. perasan sendiri la tu -_-" "


"OMG!! Ni aku ke? Apsal selebet gileeeee. Hek bukan aku lah ni. Ni jiran sebelah rumah. Padan lah serabai semacam je". eceh. tak ngaku diri selebet. memang kau lah tu kecik-kecik. hingus meleleh2.


"Ohhhhh. time ni!! Best gila jalan-jalan dengan family! Ni kat Zoo Johor, Zoo Melaka, Zoo Negara, Zoo Taiping Night Safari lah bagai. Haa ni pulak kat Museum Negeri Johor, Museum Negeri Melaka, Museum Terengganu, Perak, blablablabla" hah tu la kerja kau kecik2 asek berjalan je. tak Zoo, Museum. Bila dah besar mesti fikir balik. ntah hape yang best nya ntah pergi Zoo dengan Museum.


"Haaa ni gambar masa kat sekolah!!! Ya Allah aku ke ni??? Apsal skema sangat!!" hah part ni jangan kau nehi-nehi. Korang memang skema hokeyhh. takde punya kate. "WOW aku stylo siot. handsome/cantik tertarik kau memang da boom, time2 sekolah dulu". ngaku je lah. NGAKU AKU KATEEE! hahahahha


oh cukup lah dialog kat atas yang terlintas kat pale otak aku. haaa korang mesti ada punyalah gambar2 macam tu kan. Haruslah. Orang kata untuk kenangan. Pastu nanti masuk album. Berlambak2 album gambar. Haaa tu dululah. sekarang ni. Kebanyakan orang dah pakai camera digital. DSLR. Compact camera. Senang nak delete2. Senang nak simpan dalam computer je sekarang, takyah bersepah2 taruk dalam album pastu lupa album mana satu. ekh macam bercakap dengan cermin pulak -_-".


Tapi. aku takde compact camera. lagi lah DSLR. T________________T. tak mampu. ada camera henpon je. tuh pun 2 mega pixel. Oh rasa menyesal sikit dah beli BB ni. takpe2 bersyukur dengan apa yang ada. Tapi dalam banyak2 kesah kisah hidup, korang pernah tak ambil gambar under taker water world. HAAAAAAA. Tak pernah kan kan kannnnnn.

Selalu kalau camera under water ni kena pakai kan die peralatan yang khas ye tak?? Maunya rosak tak ke naya beli camera ber rat2 (beratus) or riban (beribu) mau nangis berjemaah satu family bila jatuh dalam air. oh ni dah jadi kat sorang kawan aku. aku turut bersimpati T_T

Oleh yang demikian, korang jangan risau kita ada CYBER-SHOT!!!. alahhhhh brand compact camera yang terkenal tu. dah keluarkan camera baru!
DIGITAL STILL CAMERA - T SERIES

Didatangkan dengan LIMA COLOUR
taraaaaaa...

10.2 Mega Pixel, pastu 4x Optical Zoom oh memang terbaik lah. Pastu2, tahan lasak wooo. Tahan AIR, tahan GEGARAN, tahan HABUK, tahan SUHU!! hesh tempting tol! Sabar2 lom abes lagi. Die handheld Twilight, Intelligent Sweep Panorama, siap ada "EXMOR R" CMOS Sensor lagi!! 25mm WIDE ANGLE lens

Standard retail price RM 1, 499.00* nak tahu lebih lanjut CLICK SINI. takpun tekan la advertisement dalam blog ni ye :)


oppppp cop cop. lom abes cite lagi. kisah chenta aku kau tak nak tau? nak nak. heh gelojoh lah kau neh. malu orang tengok. haa ni aku letak gambar kenangan dengan kekaseh hati aku. tak tak bukan kucing lagi or adik aku. neh memang kekaseh aku. kenangan je kan. lagipun tumpang glamer lah nanti bile aku letak kat sini














CIK RISHAAA a.k.a ex roomate <3

NASHIEEEEE. kawan gossip. kawan makan sampai kembung. hakhak
PP!!! (hafifi) kawan JKM. kawan jogging!! hakhak oh kawan amek gambar juga. hoho best

ZAKI!!! kawan gossip. kawan JKM. kawan sengal. kawan jogging!

AMIR!! kawan JKM. kawan yang tolong ketika susah. oh terharu T_T. kawan jogging!!

kawan sampai mati!!!!! tengah: yana, bawah: saifa

ni kawan. kekaseh???? oh kekaseh sampai mati

NI......














oh belum ready.

::mak::

::ayah::






psssss: ada banyak lagi kawan dan kekaseh hati yang tak tersempat nak hupload. dah ngantuk arh. nanti la aku buat entry pasal ni ekh. ok bai. nak tidur. dah 3.37 am