Followers

>

Monday, July 26, 2010

Cik Senah kesepian di rumah usang


Cis cis rasa macam tua gila sekarang. padahal i muda lagi okeyyyyy. baru 22 tahun yang macam baru 17 tahun sebab orang selalu tanya, "adik adik spm tahun ni kan? dah ready dah?" ceh ceh perasan. soklan tu dibuat buat je. bahahah tapi siyes tak tipu selalu balik kampung orang kata tanya, "ni yang kakak sekolah mana? form berapa?" kembang tak kembang kalau kau jadi aku? hahahahhaha.

ok. sebenarnya cuma nak sampaikan kadang kadang bila takde class and terluang luang duduk rumah. takde orang. semua kerja and sekolah. i je yang tak sekolah pastu akan bersama si Manja saja seharian. pity tol lah. duduk kat kerusi kayu keras keras ni depan lappy sambil Manja kat sebelah diusap usap oleh Cik Senah. tak ke rasa macam nenek tua duduk rumah kampung sorang sorang pastu kesepian ditemani kucing kesayangan di sisi??? cisssssss. ni yang wa rasa nak pergi ambil kursus masak ni! (????) takde kait. abaikan.

otak aku pun dah kecut kecut bila nak belog sekarang ni. menyampah gila! rasa nak tikam tikam otak. cepatlah keluar idea hoi! idea best best. oh cop tapi sejak lebih masa bersama kucing ni. i rasa i dapat memahami binatang binatang. learn from nature right?

  • Manja akan merajuk kalau kita tak layan dia dan berjalan keluar rumah dengan perasaan yang pilu dan buat muka sambil berkata dalam hati: "blah la. semua tak nak layan aku. baik aku keluar. nanti tau la korang rindu aku. ingat aku tak tau ke korang nanti cari cari aku kalau aku tak balik rumah?? aku kira penting la bagi korang kan" (ok ok. ni dialog aku yang buat sebab kitaorang pernah tak pedulikan dia sebab kes dia makan burung tu ari dan dia merajuk. last last kitaorang cari dia. and bila dia balik semua gembira dan bersorak tepuk tepuk tangan (?). cis mesti dia perasan dia penting dalam rumah ni berbanding aku. cis cis)

  • even dah bagi makan. dia kan mengiau jugak sebab nak suruh usap usap dia. minta perhatian. yang ni dia selalu buat. seperti: lari sana sini. panjat panjat pastu aku akan histeria jerit jerit suruh turun kalau tak kau jatuh siapa susah? kalau kau terus mati takpe kalau patah riuk masuk spital sape nak jaga? (ok dah rasa macam mak mak sekarang -_-") pastu ada kes dia panjat tingkap tingkat bawah rumah takpe. ni dia panjat tingkap kat bilik aku tingkat dua rumah. and aku bukak tingkap sebab nak anginkan bilik. and kalau dia keluar dari tingkap rumah macam mana??? tak dapek den nak nolong T_T

  • Cik Senah perasan kucing mempunyai tahap keterujaan dan keingin tahu nan (curiosity) yang tinggi. like idioms: curiosity killed the cats. ok it make sense now. dia akan nak tahu apa saja. like kalau aku depan lappy ni pun. berketak ketik dia akan panjat meja dan tekan tekan kat keyboard ni jugak -___-" or ak tengah tulis kat kertas dia akan tengok apa yang tengah tulis. -_-" or ak tengah baca newspaper. dia turut nak baca. oh tak. nak main dengan newspaper sebab boleh carik carik kan newspaper dan kemudian aku akan histeria sebab belum abes baca baca dia dah jadikan roti kirai T_T

  • dia juga ada perasaan kasih sayang. ada perasaan tapi takde otak la kot. haiwan kan. Manja ada boifren wehhhhh!!! i dengan mak i jadi mamarazzi. kitaorang dok skodeng dia tuh ari. sebab pelik selalunya dia akan panjat nak masuk dalam rumah (thru windows) atau akan panjat gate dan bermiau miau macam nak gila bising-nak-mati. suara dia lantang ok! dan kami akan buka pintu dan dia akan masuk. tapi last week and beberapa hari itu hari. dia jaranggggg nak bising bising masuk rumah. selalu je nak keluar. memang pelik la. makan pun dia tak selera! bagi whiskas dia makan sikit je. ayam ikan semua dia tak nak. rupa rupanya adek boiiifrennnnn. wewiiittttt. makan tak selera. mandi tak basah. tidur tak lena. eceh.


yang tengah baring tu sambil tengok Manja. oh Manja under the motorcycle.

hai. saya Manja yang ngada ngada tapi jadi idaman Cik Senah -_-"

Cik Senah Superhero



rindu gile siottttttt kat belog nehhhh. sumpah rindu nak blog. tapi keadaan tak mengizinkan. ceh ceh. kau ingat kau tengah berperang ke apa Cik Senah? menghadapi bahaya kalau berblog? atau kau kat tengah hutan belantara? ceh ceh. nak tipu la tu. bukan tipu pun. goreng je. ok aku rasa perenggan ni membazir. baik setart yang baru STRIKE WEHHHH



kau tau sekarang Cik Senah dah jadi superhero (kepoh) dulu Cik Senah ingat la kan. jaman kecik kecik dulu sumpah suka gila tengok otomen. pehhh rasa cam ensem gagah perkasa la otomen tu. cam nak kawen je dengan dia pastu duduk kat planet ape-ntah-nama-dia. aku dah lupa. yang ada ramai sedara mara dia tu. semua pun kale merah tapi lain sikit la. kira otomen ni magic la gak. jadi manusia pastu tinggg jadi besar gila. pastu ada beebbb beebbb kat dada lagi fuhhh menggoda tol. (ntah tang mana ntah yang ensem aku pun tak tau camne kecik kecik ley suka -_-") padahal penipu gila weh. camne rumah kecik kecik banyak roboh bila dia gaduh dengan raksasa hodoh nak mampus tu weh. masa kecik kecik fikir banyak gila duit orang jepun (siap pasang angan-angan nak keje sane bila besar nanti) sebab senang2 roboh rumah. tangki minyak. pencawang letrik. tapi bila besar. ceh ceh. wa kena kencing rupanya. bukan kena tipu pun. aku yang sengal kecik kecik naif sangat. haha normal lah tu kan. :P


pastu Cik Senah dah bosan dengan otomen Cik Senah suka tenetet tet power rangers (ikot nada power rangers bunyi beeb lagu before setart cite tu) pehhh ni pun angau. baju tidur kecik kecik power rangers. peh pehhh. bangga gila wehhhh! kadang kadang rasa nak bawak pakai pergi sekolah. siapa punya baju power rangers paling ensem -_-" ni banyak versi power rangers kan banyak episod kan. memula warna warna asas je. pastu masuk la si putih la. si hitam la. kelab asap lah. bile dah banyak banyak Cik Senah dah pening dah. kecik kecik kompius kaler dah. nasib baik ade pelakon ensem layan gak lah. hahahahha (psss pastu mimpi kecik kecik power rangers kaler kuning kawen dengan merah dapat anak kaler?? hah lu fikir la sendiri :P)


pastu dah pening dengan kaler kaler power rangers. layan doraemon! fehhh fehhh ni wa layan sampai sekarang sebab Doraemon comel!!!! walaupun sekarang rasa cam meraban dah kan. sejak pelukis dia mati asek ulang je cerita dia. pastu suara Doraemon kat tibi pun dah tak best. garau semacam je. pehhh Cik Senah ingat lagi. uncle Cik Senah yang belajar kat ostoruraria belajar architecture, dia neh sukaaaa gila buku Doraemon! tak tau la die ke anak dia. dah lupa dah -_-" tapi yang ingat memang dia ada semua koleksi buku Doraemon wehhhh!!! suka gila dok uma dia dulu sebab banyakkkkkkkk. dari satu sampai-ntah-ke-berapa. pehhh. sumpah seronok time tu. meloncat je bila mak ayah kata nak datang uma Pak Man. pastu pastu pernah dok kampung. tak dapat tengok Doraemon. sebab kan cite tu time maghrib. arwah atuk pantang bukak tibi maghrib. tak dapat tengok!!! warghhhhhhh gila tensen. meroyan. ceh macam hape je. then nenek pun nyanyi kan lag Doraemon kat aku wehhhhh. oh sayang nenek!!! nenek pandai cakap jepun tapi sekarang dia dah banyak lupa la kot T_T tsk tsk.


hoh lepas tu banyak la kot lagi cerita superhero superhero yang lain. superman spiderman. oh neh dah besar sikit la kot. tapiiii pehhhhh ni satu lagi superhero yang Cik Senah takle lupa. tang mana ensem pun tak tau la. mata cam mata Lalat! motor pun biasa je. bukan Harley ke apa. haaaa dapat tangkap siapa superhero ni? haaaa betol! MASKED RIDER! heh mata lalat weh!!! tapi tengok jugak! dok terpacak depan tibi sebab nak tengok si mata lalat neh. hahahaha

ok dah. banyak lagi superhero. catwomen. thunderman. superman. spiderman. posmen. ekh ekh. haha ok tengok gambar gambar superhero.

New Superhero: Senahmon
(peh bunyi dah macam Digimon Pokemon pulak -_-")






Monday, July 19, 2010

Jangan Nakal


Please please please. kamu janga naka. hahahah ok teringat lagu Alif Satar - Jangan Nakal ni versi Anas Tahir (adik Faizal Tahir)


ekh tak tak. bukan nak cerita pasal si Anas Tahir yang ting tong tapi suara pun sedap macam -abang Superman dia tu. bukan bukan. Cik Senah nak cerita pasal kes nakal-nakal. ekh kes-kes nakal masa kecik kecik dulu hahahah bukan kes nakal-nakal tapi kes-kes nakal. yang jama' tu kes kes so banyak la kan Cik Senah ni nakal. memang PUKAL! hahahahha meh Cik Senah list kan:

  • gurau dengan adik main sepak sepak kaki. pastu TERsepak kuat lak sampai mulut dia herot kejap, berdarah-darah. hahahah dah macam bibir Sinyu (kawan Nobita dalam cerita Doraemon) ok memang jahat dan nakal. tak tak tu tak sengaja. balasannya: dihantar ke pusat pemulihan akhlak iaitu kampung bersama nenek terchenta dan arwah atuk yang berdedikasi dan serius err word lain garang. hehe

  • bermain basikal dan bawak laju laju turun bukit dan masuk longkang. fuhhh gagah gila time ni. macam superman habes. oh time ni tengah seronok ade trend bawak basikal takyah pegang handle. haaa hambek kau memang tak ley handle lah lepas tu. luka kat lutut. balik berdarah darah. senyap senyap je balik. takyah bising bising kang nanti kau kena bising dengan mak ayah kan. haha

  • hah main basikal memang kegemaran lah mase kecik kecik dulu. sape tak pernah merasai ke'best'an masa kecik main beskal (short name bagi basikal) memang rugi wooo wa cakap sama lu. best gila! oh cop kata nak kata pasal nakal. haa ni main basikal pastu kaki masuk rim. ni pun rasa macam gagah gila! termasuk kaki kat rim pastu tak nangis! sumpah tak nangis. buat muka macho mase tu sebab ada budak lelaki ensem jiran sebelah rumah tanya aku "weh sakit tak sakit tak?" aku dengan selamba kata "ekh mana ada. tak sakit pun" ceh sumpah aku akan kata sakit kalau dia nak dukung aku. ok gatal. haha

  • pastu pastu. ni main beskal gak hesh. suwei tol arh beskal ni. dah la buat aku jatuh banyak kali pastu boleh plak kena curi hari Jumaat. aku bertarik tarik beskal dengan pencuri tu. ni sumpah takut. pasal aku sorang sorang kat rumah. pastu beskal dah hilang. tepon mak nangis nangis. wuuu abes duit upsr aku beli beskal. T_T oh ni jatuh beskal pastu muka aku. waaaa muka aku!!!! kena muka. ceh time tu terfikir jatuh saham. yelah gua tengah hot doh time tu. kat skolah wa dipuja puja disebut sebut. heh berangan je lebih. -_-" muka aku dah jadi cam terminator dah. yang ni pun sumpah sakit. nak nangis pun tahan air mata pakai jari bawah mata. sebab bila kena kat muka pedih-yang-amat!

  • korang ingat tak dulu ada satu mase semua orang suka main kete Tamiya. alaaaa kereta kecik yang laju tuh. boleh bikin sendiri. bukak bukak pasang. hush sumpah seronok and gila main kereta tu masa kecik kecik. adik aku sebenarnya yang suka. si Wan. (adik bawah aku) then aku pun join la. ceh main semua permainan budak lelaki. takde main perempuan. oh memang Cik Senah tak main kahwin kahwin. pondok pondok anak patung bagai. main masak-masak. sebab tu tak berapa nak reti masak sekarang -_-". ok sambung pastu satu petang ni kitaorang pun main la kereta Tamiya. Wan main aku dok keja kereta Tamiya tu. aku pun tak ingat apsal aku cam sengal sangat pergi kerja kete tu. sebab seronok kot tengok adik aku yang bongsu (time ni dia kecik lagi) gelak gelak tengok aku kejar kereta tu tak dapat dapat. bahananya: sretttt haaa hambek kau. siku aku. siku aku wehhhhh!!! jatuh kat jalanraya. ni pun sumpah sakit sebab lambat gila baik and tak tau la sebab salah rawat ke hape. dia bernanah. gila busuk. wekkk. tak suke. T_T and ada parut tu sampai sekarang. cess jatuh saham aku

  • masa aku kecik kecik dulu. oh memang cerita tak ikot kronologi. Cik Senah kasi bantai je mana yang ingat. ha sambung. masa kecik kecik dulu. jakun weh bila dapat bercuti pergi hotel. yelah time dulu hidup tak berapa nak senang. biasa biasa saja. ekh sekarang pun biasa saje. so bila bercuti kat hotel. aku nak room keeper. bhahaha. oh memang akan tekan button on lampu tanpa disuruh. paling rajin lah. suruh je aku buat. tak suruh pun aku buat. bhahahah. pastu pastu. ada la sekali tu. eceh. button lampu tu tinggi la plak. saje je nak test ketinggian Cik Senah yang kecik yang tak berapa nak tinggi untuk capai. tapi akal Cik Senah tinggi. eceh. kerusi kan ada. amek la kerusi. kerusi pulak cam senget. mean dia boleh goyang goyang. dah guna kerusi pun aku jengket gak -_-" pastu jengket punya jengket. gedebuk! haaa hambek kau. jatuh. and kepala la landing dulu. oh dahi yang landing. jadi lah jendul. heh jendul wehhhh. jatuh lagi saham -_-"

  • oh ni pun pasal jendul gak. masa kecik kecik, Cik Senah rapat gilos dengan abang sepupu Cik Senah abang Kamal nama dia. sekarang dah tak rapat T_T pastu kan. masa raya kot. tak ingat sangat dah. raya kat rumah Pak Andak kat Kota Tinggi. kitaorang main kat anjung rumah Pak Andak (pakcik kitaorang-abang ayah) main kuda kuda. tau tak main kuda? alaa sorang jadi cam kuda sorang duduk kat belakang. haa cam tu la. hahahha best gilos! suka main ni dengan abang Kamal pasal dia sporting! main mercun la. main meriam buluh la. main polis entri. main kacau angsa pastu angsa kejar satu rumah nyayi semua berlari tak cukup tanah. oh sumpah rindu masa kecik kecik main kat kampung. main kat parit. main kebun getah atuk (ni belah mak yang tadi belah ayah) ekh salah cerita. sambung balik. pastu main kuda kuda konon kuda dah naik gila. skali aku terpelanting. hahahha. bukkkk tergolek dog. dahi yang landing. cesss bertambah tambah jendul. -_-"

  • haa ni memang daulat lah. tak mau buat lagi T_T. dulu lah masa kecik kecik sampai sekarang pun actually jarang la nak keluar rumah atau before maghrib mesti dah ada kat rumah. dah terbiasa. so ada la sekali ni. Cik Senah nakal. terbalik maghrib dah pukul 7.30 kot ke ntah tak ingat ke pukul 7 camtu la. but still lah kan dah maghrib. tiba tiba hari tu ayah mengamuk. dia tak kasi masuk rumah. wuuu T_T menangis nangis lah aku kat luar rumah nak masuk. tapi ayah macam hukum la kan. haa siapa suruh degil + nakal. hehe. bahananya: tidur luar rumah. sedih sedih. tersedu sedu nangis. nasib baik akal panjang. Cik Senah kan memang bijak. oh pintu kereta tak kunci. ada la gak tempat landing yang best. so malam tu tak makan and terus tidur mata bengkak bengkak. esok pagi sedar sedar ada dalam rumah atas katil. oh terharu. ayah baik hati T_T ok ayah, kin janji tak nakal lagi pasni. *insaf*

  • oh ni dah besar sikit la kot. tak tau nak kategori nakal ke tak. tapi pada aku bila tak dengar kata. orang kata daulat kan. kira macam nakal la kot. ayah tak berapa kasi join join sukan lagi. takut sakit or jatuh lagi. dulu aku dah pernah rehat kan kaki 3 tahun. form 1 sampai 3. main chess je. fuhh memang gagah menahan hati dari tak masuk sukan sukan. terus tak active. tapi lepas dari form 3. masuk asrama. form 4 and 5 lepas gian! haha ok ia berlarutan la ke matrikulasi dan first year masa orientation week. main basketball. mase tu wakil kolej la. kolej rahman putra. ayah dah kata jangan sukan lagi. nanti kaki sakit. bahana daulat: jatuh kat dagu masa main friendly match dengan ktf belum final pun. pasir la ni punya pasal. ceh salahkan pasir pulak kan. oh time tu ada renovation. siyes ada banyak pasir kat court. berdebu. tapi nasib baik final dapat gold medal T_T. oh jatuh saham lagi. rasa nya ni ramai yang ingat kot. pasal obvious betul luka ak kat dagu tu. -_-"

heh tu je la yang nak cerita. tak terlintas kes kes nakal yang lain. main skateboard dag senget. main rollerblade and rollerskate. favourite ni! nanti ada Cik Senah masukkan lah dalam list ni. haha oh cop semalam pergi makan pizza dengan bekas rakan seperjuangan masa kat kolej dulu. setahun organisasi. kitaorang dah macam adik beradik dah. seronok. \(^_^)/ ukhuwah fillah abadan abada.


Zaki
me and Risha

Sunday, July 18, 2010

Entry Cam Sampah

Lately aku tak suka betul dengan otak ni. rasa nak cincang cincang sebab aku selalu buat entry sampah. bila baca balik rasa menyampah. sumpah menyampah. rasa nak delete. kalau tulis kat kertas memang dah lama kena koyak carik carik dengan aku. cam annoying gila lah. merepek tak tentu hala. aku jarang nak buat entry sampah ni (ekh ye ke?) aku slalo akan share something or cerita pasal family or life aku pun mesti berlawak lawak sikit atau style gebang gebang (takde hebat mana tapi cerita je lebat) ha camtu lah. aku kena bertapa kejap lah. untuk ambil mood yang dah hilang ntah ke mana. serius tak salahkan lectures or assignments cam kununnya dah naik sem tak le selalu hupdate. no no. itu bukan sebab utama. sebab utama aku rasa aku takde laptop sekarang ni. tsk tsk T_T sedih wo menumpang lappy adik aku neh. nasib baik dia tak bawak pergi kolej kalau tak memang takde nak access internet la.


oh problem kat rumah sekarang ni. ada pc tapi takle access internet sebab internal wiring floor bawah rosak tsk tsk. heshhh time ni juga lah nak rosak. so aku online guna henpon atau pun kat laptop orang orang lain lah. kesian kan kan kan. ok tak yah kesian kalau tak tolong apa lagi tolong la Cik Senah jadi kaya lebih sikit dengan click nuff advertisement tepi tu yerk. boleh la beli charger battery tak pun iPad sejibik ke (ceh berangan lagi) -_-"

Wednesday, July 14, 2010

Cik Senah is DILIGENT

Tah tak apa tu diligent? Tak tahu? Ok Cik Senah terangkan ekh. Diligent ni sejenis penyakit bagi antagonis dengan pemalas. Ceh lagi mahu bermadah pulak Cik Senah ni tak mahu straight to ampang point je lah. Belok belok pulak kan. Ekh suka aku la. Aku kan tuan belog. And kau tak nampak aku nak usaha nak improve bm aku yang dapat B -_-" ok sambung. jangan layan sangat kawan monolog Cik Senah ni. So ok. Kat mana kita tadi? Oh hah Antagonis = sebalik atau selain daripada atau dalam bahasa pasarnya terbalik la dengan word yang diberi. Get it? get it? get what I am trying to explain ere?

Tak faham lagi? Takpe takpe hari ni Cik Senah mood cikgu cekgi so Cik Senah bagi la contoh ok. Contoh antagonis:

Ekh Cik Senah tu mata besar. Hitam legam. Hodoh. Tengok muka dia memang menyampah rasa nak sepak terajang je.

So bila diterbalikkan atau disebalik kata orang yang 'kutuk' Cik Senah ni nak kata:

Ekh Cik Senah tu mata sepet -_-". Putih melepak. Cun/lawa. Tengok muka dia memang rasa tak jemu nak belai sayang sayang je rasa. bhahahahhahahahha. gelak setan jap.

Haaa dah faham sekarang apa maksud antagonis? Faham? faham? ekh actually antagonis tak sesuai sangat nak digunakan sebab antagonis ni sebenarnya watak jahat dalam sesebuah jalan cerita. kan?? Sepatutnya guna akronim la kan??? Oh ok Cik Senah dah kompius sekarang. Ceh kompem takle jadi cikgu bm. Maunya kena buang sekolah nanti sebab menjahanamkan bahasa budak budak. Arghhhhh *emo tak memasal sebab kompius word yang nak digunakan untuk ayat ni. Heh nak pergi cari kamus dewan bahasa dan pustaka sekarang!*

Sebenarnya Cik Senah cuma nak sampaikan yang Cik Senah sekarang diligent = rajin. before start naik sem lagi dah pergi library. semangat waja lah kununnya. Tu je nak beritahu tapi apsal ntah melalut. ntah apsal ntah. ntah ntah ntahhhhhh. akronim? antagonis?? arghhhh. Heh sikit sikit emo Cik Senah ni. Dah la takyah layan Cik Senah. Baik layan i yang cun ni. I la kawan monolog Cik Senah ekh lupa nak kenalkan diri. nama i Naomi. boleh kita berkenalan??




Dah Tak Payah Stay Up Pukul 2 Pagi



dah habis pun World Cup (WC). sebulan dah berlalu ayat novel keluar. ciss macam sekejap je kan. dan memang tak percaya la kan Spain boleh menang. cis lagiii. tak terduga-duga lah WC kali ni. aku sokong portugay Portugal sebenarnya. bukan. bukan sebab ada Christiano Ronaldo. tidak sama sekali. sokong mana yang main bagus je. like Raul ke kan. setakat kehenseman CR ni tapi main haprak memang tak ke mana la. tapi not bad dia jadi midfield banyak membantu. but still oleh ke'ayam'an mereka, Cik Senah beralih arah kepada German yang ada gabungan mantap seperti Podolski-Klose-Muller. boifren boifren I ni memang mantap ok. apsal dah rasa aku ni pengulas sukan? oh memang berbakat sikit lah kan. cumabelum cukup ilmu sangat. takyah nak tanya lebih lebih kat Cik Senah pasal bola. tak tau sangat sejarah and peraturan. :P

Cik Senah tengok bila ada WC ni boleh menjana ekonomi negara. individu. person ekh sama. yada yada lah. penangan dia. fuhhhhh jangan kata la.

jual bendera

memang kayo pokcik mokcik yang buat-jahit-siapkan bendera.
kalah time hari merdeka atau majlis rasmi
eheh letak la bendera pasukan kegemaran kan. oh muller ku sayang err pftttt.
oh tapi belum murtad negara lagi. letak la bendera kebanggaan negara ni.
oh cop tapi ada message. bila Malaysia pulak nak masuk WC??? -_-"


jual vuvuzela
ni takyah kata. walaupun membingitkan telinga. dah boleh buat orang tido bangun dengan sekali tiup je. and ref kat padang pun jadi mangsa sebab wisel tak dengar sebab vuvuzela. -_-"
lepas ni reff kena pakai vuvuzela juga kot. haha



nah letak gambar orang Afrika la sebab this year waka waka this time for Africa :P

next jana ekonomi dengan

jual baju atau jersey


letak jersey yang comel sikit sebab mueller comel. hak hak.
cet apsal la kau yang power ni bar 20 tahun je. kalau tak aku dah ngorat dah

banyak lah lagi penjanaan ekonomi berlaku sebab WC. makanan. tempat tinggal - hotel dekat dengan stadium. air. teksi. yada yada. dan banyak jugak isu isu howt sempena WC ni.
pasal reff and linesman tak adil lah. pasal maradona gay. oh ini sumpah kelakar. pasal predict game pun ada wehhh. si sotong Paul tu tak pasal-pasal glamour. siap ada saingan si burung ntah dari mana. aku lupa. hesh macam macam.



ha last I nak letak lagi gambar boifren boifren I. buat tayangan amal. eceh


Miroslav Klose

Lukas Podolski

Thomas Muller

oh ni bukan boifren I. tak heran pun. I tak tengok match pun I dapat vision siapa memang.
tak heran. ni Paul si sotong yang femes. satu dunia kenal. gila lah. kau hade??






pssss nah bacaan tambahan. CLICK

Musim Mengawan


hahahha cam haram je tajuk camni. actually lately Cik Senah punya kawan, ramai yang kawin tu pasal la rasa cam musim mengawan jek. haha. ok otak kejang sikit dah lama tak berblog. sedang mencari humor yang hilang juga ni. haha. dah naik sem. so memang terbatas nak berblog. (eceh alasan) ok Cik Senah nak tanam azam. busy pon kena blog jugak at least one week tu mesti blog. DUA ata TIGA entry. MESTI. eceh menwajibkan diri sendiri la kunun.

hah di kesempatan ni (macam ayat tlis kad raya) Cik Senah nak memohon maaf sebab yelah dah lama tak belog. and tak tahu lah ade orang nanti-nantikan entry Cik Senah ke tak. sebab sedar diri tak berapa nak fofular -_-" (ok ade tips nak fofular tak? :P)

dan yang kedua nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Lama kepada kawan-kawan. apsal aku rasa macam dah tua ni? padahal bar 22 tahun (muda ke? :P) ekhhh muda lagi la tu. cuma memang ramai kawan yang dah tunang. dan kawin and dah ada anak juga. tapi relax la kan muda lagi. hehehehe ok and kakak Cik Senah pun belum kawin harus la rasa diri muda. bhahahha

nah gambar tu ari. oh yang latest. kawan Cik Senah kawin ahad lepas.

oh Cik Senah tolong ambil gambar je T_T tak sempat nak bergambar sebab mak andam sebuk panggil pengantin ntuk bergambar dengan family. cess jeles la tu dengan i yang howt ni. -_-"

ok bai nanti nak buat entry lain plak. rasa entry ni kejung sangat. heshhh



Sunday, July 11, 2010

Cik Senah kena sound, padan muka

oh iya memang, memang Cik Senah yang salah kerana dah lama tak hupdate belog. Cik Senah akan belog secara panjang berjela ya esok. lately Cik Senah terlampau menikmati hidup di saat-saat akhir hayat ni hari pencutian ni. ok nanti Cik Senah update ya esok. ya esok. inshallah jika tiada aral. nah dengar la lag ni. Cik Senah suka gila si Charice ni

Saturday, July 3, 2010

Cik Senah Kakak Mithali


amin. hehehe ni actually bukan Cik Senah yang kata tapi kawan Cik Senah sebab dia kata,


"Ekh kau ni rajin ekh nak hantar adik-adik kau ke. mak ke siapa-siapa family kau pergi mana-mana"


hehe. senyum je la jawapan aku atau tak pun jawab,


"Family comes first. priority." senyum


Kadang-kadang kawan minta tolong hantar ke mana-mana atau minta tolong Cik Senah akan tolong juga jika berkesempatan or tiada aral. Hari ni hari kau. esok-esok manalah tau hari aku pula kan *kenyit*

oh sebenarnya adik bongsu Cik Senah hari ni ada kem motivasi kat UTM. So macam biasalah. Cik Senah lah yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar adik kesayangan. and dan macam biasa juga lah hantar dia solat Jumaat di masjid berdekatan. Before turun kereta pergi solat, adik pesan,

"Nanti balik dari solat kita singgah 7E (seven eleven) ekh, Pi nak beli Snickers"

Oh Snickers memang favorite kitaorang. hehe. and tu hari actually Cik Senah ada beli and selalunya akan share atau beli untuk adik sekali. tapi malam tu tengok bola and syok sangat makan tak sedar dah TERhabeskan. :P So bila si adik nampak sampul (I don't know what-to-call it) Snickers yang kosong dalam tong sampah. dia pun macam mengidam. (ceh cam perempuan ar kau ni) dan sebagai kakak mithali memang selalu pun drive kan dia ke kedai untuk beli jajan. oh yang ni memang aktiviti wajib bersama. lagi-lagi untuk beli ice cream dari kedai runcit yang dekat-gilos-nak-mampos dari rumah tapi still pergi pakai kereta. ok gila pemalas -_-"

ok balik dari solat jumaat singgah 7E then adik turun beli jajan. masuk dalam kereta. he gave me a Toblerone (oh ni pun favorite kitaorang. hehe), ekh apsal Toblerone? Then I was asking,

"Ekh kenapa Pi beli Toblerone pulak??"

"Oh Pi bukan nak sangat Snickers pun. just rasa nak je tu ari"

"Pulak, kang nanti jangan kata nak lagi dua tiga hari carik Snickers" (oh Snickers takde kat kedai runcit-yang-dekat-gilos-dengan-rumah. and cuma ada dekat 7E or kedai yang up sikit. a bit far from rumah la)

"Ala Snickers tu sekali je makan dah habis"

and I was thinking. sekali je habes?? oh sebab Toblerone cam ade divide2 neh kot. yang boleh makan satu pastu nak pergi main bola ke. game. berak. main dengan kucing. baca buku (eceh) pastu sambung balik makan lagi satu. pastu adik sambung lagi

"Ala lagipun Snickers mahal la. 3 ringgit 20 sen"

"Ekh memang la. selalu pun camtu kan. Dah tu Toblerone ni Pi beli brape?" (I was asking him because the medium size for Toblerone pun about five ringgit something2. and he bought TWO Toblerone. Chocolate and milk.)

"Erm. berape ek. ekh. Toblerone ni pun 3 ringgit 20 sen" jawab sambil tersengih2 and garu2 kepala.

"Oh ok Sengal tol -_-" "

ok rindu nak tarik rambut budak ni. hahahahha. adik-adik Cik Senah selalu jadi mangsa kena tarik rambut. cepat-cepat potong rambut kalau tak nak kena tarik rambut ekh. hahahahhahah suka tarik rambut diaorang sampai diaorang jerit jerit. bhahahahhaha *gelak syaiton*


haa baca ni jugak kalau nak tau pasal si-ngade-bongsu ni


ni panjang sikit

Friday, July 2, 2010

Ada Date Dengan Kaka

2010 FIFA World Cup™: Round of 16

- Add to iGoogle
Spain1:0Portugal-Highlights
Paraguay0 (5):0 (3)Japan-Highlights
Brazil3:0Chile-Highlights
Netherlands2:1Slovakia-Highlights
Upcoming matches - Quarter-finals:
Netherlandsvs.Brazil-2 Jul 10:00pm (Malaysia (Kuching))
Uruguayvs.Ghana-3 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))
Argentinavs.Germany-3 Jul 10:00pm (Malaysia (Kuching))
Paraguayvs.Spain-4 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))
ehsan Google

ok noted. buat reminder kat henpon. kat diary (blog la heh) kat pc. kat laptop. kat jam loceng. jam tangan. jam dinding (ekh boleh ke? :P) Cik Senah ada date dengan Kaka nanti malam. yang lain ingatkan Cik Senah ekh. Cik Senah kekadang lupa. al-maklumlah busy la katakan. ekh tapi date memang tak lupalah kot. lagi-lagi dengan Kaka. ok bai





ekh cop apsal die tulis Malaysia tu Kuching punya masa ek???