Followers

>

Wednesday, August 4, 2010

kepada Kak Nurul: NURULHUDA SELAMAT


aku dapat idea nak post entry ni masa g amek mak aku balik keje tadi. Cik Senah family driver. biasalah kan. huu pastu pastu aku fikir fikir la berapa bulan je lagi adik bongsu aku tu nak PMR. sekarang ni pun tengah trial PMR. andddd dah tak berapa nak lama jugak la kakak aku nak kahwin!!!!! OMG!! eksaited. ekh apsal kau pulak yang eksaited Senah? kau ke yang nak kahwin? akad nikah bagai. tak lah kira tumpang la dup dap wehhh first time buat majlis kahwin!! maunya tak eksaited. tapi kan...sedih wehhhhhhhhhhhhhhhhh! tetiba terimbau kenangan time kecik kecik sumpah mata aku bergenang time teringat ni. T_T Cis cis memang kememe la aku neh!

  • Kak Nurul selalu cakap aku ni sensitip sikit. okek banyak! fine. sikit sikit nangis. memang! aku kecik2 suka menangis. sekarang pun sama. hehe tapi kurang la sikit. dah besar weh. buruk nangis. ape kajadah nak nangis2. cehh. menangis suatu aktiviti yang sihat tau tak (kadangkala la. ok tak mau explain pasal nangis kat sini) pastu aku ingat lagi sampai sekarang kalau terjumpa jiran rumah lama ke. sedara mak ayah ke. mesti diaorang kata, "oh inilah Sikin yang suka nangis time kecik kecik dulu kan" -_-" cis cis. malu weh. wa pun tak ingat bila masa wa suka melalak. bakat terpendam kot. :P then mak ada cerita masa kecik kecik bila dia balik kerja (dah maghrib) aku akan suruh dia bawak aku jalan naik atas bukit (kat rumah flat dulu) pastu kalau tak bawak aku akan menangis -_-" pastu ada lagi. time malam plak. jangan tutup pintu rumah kalau nak tidur. tak ke pelik tu. maunya diaorang kena berjaga supaya pencuri tak masuk ke apa. pastu yang peliknya budak kecik kan takut momok ke hapa kalau pasal pintu2 ni. pintu rumah pintu almari. pintu toilet. yang aku pulak tak takut. hesh aku sendiri pun pelik oh ha sambung. kalau tutup pintu aku akan menangis suruh bukak -_-"

  • pastu Kak Nurul selalu kata aku tomboi. sumpah sombong gila kalau jiran2 dulu ajak main masak2 ke. pondok (main kahwin2). main anak patung. hell no. memang tak layan. kena booo je la dengan aku. haha. peh rasa macam nak sepak je kan. gila berlagak. tapi pelik pulak bila ajak main basikal. (baca sini!) main bola! main guli. (aku power wehh! banyak gila guli sampai kena simen kat rumah lama sebab ayah kata sepah sepah -_-") main badminton. main polis entry want to jaga polis mati pencuri kaya pftttt. ni memang aku laju je. tak pernah kata tak nak! haha. memang seronok wehhh. main kat longkang (longkang kering tempat sembunyi2) haha main pistol dengan peluru biji saga. and ada sekali tu beli pistol yang boleh meletup tu. pehhh memang best lah daripada main anak patung barbie! pehh ape ntah yang best. patung tak hidup pejam celik pejam celik. oh ya. nak buat pengakuan rasmi. wahai kak Nurul ingat tak kecik kecik akak ada anak patung satu tu kan. eeeer nak mintak maaf banyak2 sebab (coughing) Kin la yang buang anak patung tu. kat tong sampah besar rumah flat dulu. salah kan cerita Chucky. err tak ingat ala patung hant yang jahat muka-hodoh-nak-mampos tu! haaaaa dia lah buat Kin TERPAKSA ambil keputusan drastik dengan membuangnya di tempat tong sampah. ok kalau nak minta ganti rugi boleh tapi tunggu next year. heeeeeeeeeeee. ampun sekali lagi

  • pastu masa time kita kecik kecik. kalau gaduh je mesti tarik tarik rambut. ekh ye ke? ingat tak ingat sangat la. takpe yang penting lepas gaduh tu. kita peluk peluk kata sorry. pastu kata sayang each other. ingat tak? ingat tak? heh akak kan memori lemah mesti tak ingat. -__-" gi la makan madu banyak or kismis. jangan makan semut BANYAK-GILO-NAK-MATI ntah dari mana dia datang kat dapur rumah section 7 tu! and anddd rindu woo kalau kita gaduh kita buat la camni lagi ekh. nanti time akak kawen kompem buat. wuuuu. sediakan tisu berkotak2. tukang make up mesti kat ketiak. sebab nanti mesti muka dah buruk gila nak kena touch up! T_T ok dah terasa sedih sekarang.

  • kita selalu je gaduh sebab berlainan pendapat. tapi kau kan kakak selalu la memang. tak menang ke memang ke mesti aku nangis. and aku tau aku selalu sakitkan hati kau dengan kata kata yang menyakitkan hati. dan kadang-kadang Kak Nurul pun camtu! ingat lagi kita ada gaduh besar. silap aku. entah la. salah sampaikan maklumat mungkin. tak kena cara. gaduh lama gila dalam sejarah! tapi bak kata pepatah air yang dicincang takkan putus T_T kita empat beradik je. small family (compared to other yang sekeliling anak berderet2) tapi kita mesti rapat ok lepas akak kawin or nanti semua dah ada life masing2. ingat perjanjian kita adik beradik and future future planning kita T_T cisss termenangis lagi -_-"

  • pastu kita berlainan personaliti gak. kau feminin. aku tak. aku suka sport2. kau tak suka. kau suka make up yang blink blink lawa. aku kurenggg la suka. aku suka simple. gila tabik spring la kat Kak Nurul about your future wedding. terperinci habes! haa ni lagi satulah. otak kau memang business memanjang. kita memang lain. aku sains. (insyallah chemist one day) and kau plak accountant. and kau gila ramai kawan! aku pun ramai gak tapi takle tanding la dengan kau sebab kau lagi cantik. and lagi kepoh. :P pastu aku gak la selalu dapat gelaran kakak. heh kau siap pernah dapat duit raya tapi aku tak dapat! cissss sabar je la. takpe la. kau memang awet muda. okek kasi tips nanti. tapiiiii apsal kau yang ketot cengkung. vogue. (vogue ke? haha) dah nak kawennnnnnn?? haaa haaaa. T_T

  • pastu pastu kau memang kakak yang terbaik la. tak berkira dengan adik adik. tapi kecik kecik kau sangat berkira dengan mak ayah! beli newspaper pun nak claim! ceh ntah pape. tapi takpe bakat jadi accontant dah ada dari kecik. bab duit kau memang power. mencari dan jugak mengpeghabih duit. haha. haa ni nak promote skali la ni blog kain kau. haa sape minat kain cotton. sila tekan sini!!!!!!!! COTTON MADNESS. ok keuntungan share k. 25 percent!!! hahaha. dah makin maj seyh business. bagus! ini yang kita mahu! :P haaa pastu bab ni memang nak menuntut banyak la dari kak Nurul. bab business. tapi kadang kadang tak tahan. otak kau dengan aku lain. tu yang payah. buat gaduh je nanti. tapi takpe nanti lepas gaduh kita peluk peluk la ekh :P

  • ok pastu aku dah kering idea nak tulis apa lagi. tadi masa drive melimpah melimpah ke ladang gandum dan jadi lah coco crunch! (?) sekarang dah ilek. nantilah aku sambung entry syahdu dan penghargaan kat kau lagi before kau kaaaawennnnn (baca secara slow. still tak dapat terima kenyataan kau dah nak kawennnnnnnnnnnnnnnnn!) T_T

ok nah gambar kau. lepas ni kalau saham kau naik and populariti kau mencanak canak naik. up kan lagi percent aku. :P (ok cam rasa tak biase aku-kau selalu kak Nurul-kin/sikin/skin hoh banyak nama aku ni)

gambar bajet kau comel lah ha?? :P


gambar vogue da vass