Followers

>

Thursday, September 16, 2010

It was funny how we met/knew each other rite?


banyak kita tak sedar atau kita buat buat tak sedar macam mana menariknya cara kita kenal dengan seseorang.

::accident::
terlanggar bahu. pastu kata sorry. dan boleh berkenalan. atau terlanggar kereta. sccretttttt. bangggg. "bahalol tol siapa yang langgar bumper aku ni!!!" keluar kereta. "maaf encik maaf. saya tak sengaja. saya nak cepat. mak saya sakit tenat kat kampung. saya akan bayar semuanya. ni card saya" terus bagi card. and terus dah ter-kenal.

::minat yang sama::
ekh aku minat bola la. kau minat? ekh aku pun minat. haa cantek. kita boleh lepak mamak sama lepas ni. (padahal before tu tak pernah bercakap pun)

::perangai sama::
weh kau suka tidur lambat kan? pastu sok pagi pun kau bangun lambat kan. ok set. malam ni kita pergi merambu jadi kutu rayau. pastu kol 7 balik uma. tido. (ni perangai lahanat. jangan tiru. baiklah malam malam pergi buat solat tahajudd jadah)

macam macam cara kita boleh berkenalan dengan seseorang. kadang kadang bila aku fikir fikir balik macam mana aku boleh kenal orang tu orang ni. aku sedar. ekhhh. aah ek. kelakar la macam mana boleh kenal si polan. ada yang mula dari kurang baik jadi baik. macam kes langgar kereta tadi. ada yang baik jadi tak baik. dulu sikit punya kamceng bila dah kenal perangai macam haram. ada. ada. ada kes macam ni. korang takkan tak pernah ada kot, kan...

ade orang dari ostoruraria baca belog usang sumpah annoying kadang kadang ni. peh. cik salmah yang howt baca belog i wehhhh. terharu gilakkkk. nama beliau RAJA NUR ZAHIRAH. (salah eja mintak maap ye) nak baca belog beliau yang best nak mati sila lah kelik nama beliau tu ye

anddd. last. (malas nak buat entry panjang panjang) sebenarnya cuma nak sampaikan nak letak gambar live traffic feed. aku perasan banyak kali dah. sumpah nak gelak bila ingat ingat balik macam mana kitaorang boleh kenal. and macam mana lepas tu cik salmah ni boleh kenal kawan kawan i yang lain. and i boleh kenal kawan kawan cik salmah yang lain. kan zyra kan. awal, aten kulala. what a small world. haa tu jelah nak tulis. lepas ni korang fikir la ekh macam mana korang boleh kenal si polan si pulan si senah si bedah si joyah. kompem korang pun gelak marah pelik. macam macam ado.

F1!! F1!!! F1!!!!!!!!!!!!!!!!!! (FORMULA 1)


siapa minat formula 1 car. this becoming 24-26 september 2010 ada SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX and the tickets are selling FAST!!!

last week my bf and I went to singapore. sepanjang panjang Orchard Road tengah hebat hebat mempromosi Formula 1 ni. sumpah menarik. siap taruk kereta sejibik kat situ and boleh test drive secara maya bersama ditemani awex hawwttttt u.

"Alah bukan best sangat naik kereta tu. yang best sebab ade awek hawt kat tepi"
quoted dari encik bf. haha. betull!!!

memang menarik! siap ada siapa nak gambar dengan baju formula 1 yang full set tebal and panas nak mampos tu pun boleh.

main kereta control kecik kat litar yang dia sediakan.

nak beli ticket on the spot pun ada. oh ya. BELI TICKET KAT SINI.

or u olls boleh tekan iklan kat side bar kiri or atas kat belog I ni ye. tekan jangan tak tekan!!. tengok tengok la ye. menambah ilmu pasal formula 1.

ok dah promosi singapore dah. i kan duta singapore sekarang. ok bai

Wednesday, September 15, 2010

konon nak belog tapi tiba tiba aku rasa sejuk panas sejuk panas (saje nak buat tittle entry panjang panjang)


hari ni satu hari jadi driver berhemah. heceh. hak ptuih berhemah. dua tiga kali penumpang aku terhantuk kepala dengan sakit jantung masa aku bawak kete. aiseh -_-" aku rasa 3 tahun aku drive kete belom nak hustler sangat la. kena prektis lagi. practice make perfect. ecewah speaking London la sikit kan. kata nak improve kan english aku yang makin hanjeng sekarang ni, kan..

haachooommm. heshh potong betul la. hidung dua tiga hari ni ngada ngada sikit. ni pun aku rasa seram sejuk panas. kurang stabil la antibodi badan. emosi pun kurang stabil. dah la aku dah start nak hemo hemo. nak pergi dengar lagu hemo. bai

sumpah takut

sumpah takut bila tengok ada visitor dari indonesia. oh maaf ini bukan nak menaikkan apa apa isu. saya bercakap mengenai pengalaman hidup yang lalu. kerana pernah ada stalker dari indonesia yang curi semua gambar saya dari friendster dan kata saya wife dia. GILOOOOOO!!! lepas tu add semua kawan saya kat friendster and ngaku dia husband saya. GILOOOO!!! tak percaya boleh tanya kawan saya yang bernama nur fahira abdul rahman a.k.a cat/ferra. oh atau nama manja ira. :)


ok dah cukup baik lah entry kali ni cik senah bahasakan diri saya. bukan aku-kau. lu-gua. ok tu je nak share. ok bai




pssss: rasa nak tukar design belog. ada idea???

Tuesday, September 14, 2010

uncertain

first of all. forgive me if i spell it wrongly or my sentence seems not fit it well. (see i did it) F u grammar. ini lah masalah saya sekarang. masalah. masalah besar! saya harus banyak membaca sekarang dan bakal akan pakai spek lagi tebal macam setebal 1inch. atau lebih! my other languages. yes languages. with S. english dengan japan makin teruk. sangat TERUK. english ok lah lagi kot. japan. ini memang hancus! memang tak power pun sebab baru belajar basic but still teruk! dulu kata nak hustler kan japan. sumpah suka gila bahasa jepun. lagu. movies. yada yada. haish tak tau la nak kata apa.


and....

sekarang ni pun otak aku ni oh bukan otak saje. mood juga. uncertain. tak menentu. swingy wingy. aku tak tau maksud swingy wingy tapi aku suka nak sebut. so accept it as i wrote it above. forgive me if i spell it wrongly. wtf? aku tak pernah mintak maaf mende remeh remeh camni. suka aku la nak tulis apa! hesh see. emo tak memasal. dah la nanti aku belog lagi. emo arhhh emooooooooo






psss: bulan dah nak datang.

rest in peace

eceh. kau hingat aku nak pergi masok kubur?? tak tak. aku cuma mengingati mati. mengingati mati itu kan sunat hukum nya. sejak akhir akhir ni ayat muthu aku selalu je keluar. ekh rasa nya dari dulu pun :P oh bytheway. aku siyes rindu kat belog ni tapi setiap kali nak tekan je papan kekunci (read:keyboard) rasa payah sangat.

after my mum kata: "jangan share semua benda pasal kita kat belog ke atau fb. bahaya" yeah. i was thinking that too. i know mum. i know. and lagi lagi bila ada stalker. no no stalker ni ada macam macam. yang no intention to ruin your life. yang saje suka baca life orang lain and happy to see somoneelse happy. like me. yes. i DO stalk peoples. yes i did. kau jangan tipulah yang kau tak pernah buat. pernah kan? kan??

haha ok yang lagi satu punya jenis stalker yang macam obses nak mati macam cerita obsessed tu. sumpah takut nyah. yang ni la sekarang aku takut. tuh pasal la tiap kali nak belog je fikir banyak kali. ekh seswai ke tak aku nak belog pasal ini itu. and..korang pun tahu (sape yang ikut or pernah baca belog usang aku neh) aku selalu belog pasal life aku kan. opkos lah. dah url pun shikin's life. hidup aku lah. hidup sape lagi kan. so basically nak share je dengan korang2. pasal life. pasal my thoughts. anything and everything. tapi....the fact is we CAN'T just share anything and everything dengan orang orang. lagi orang orang yang kita tak kenal.

so aku akan still belog sebab aku sumpah suka belog dan merepek. dan aku tak kesah pun ada orang nak baca cerita cik senah ke tak. ade aku kesah??? (dalam hati kesah) haa tujelah. sok sok cik senah nak share gossip. tungguuuuu (cam lahanat je nak ajak orang bergossip kan. pergi ingat mati lah cik senah!)

Wednesday, September 1, 2010

Are You Moist Enough?

engkau orang suka tak bila tangan or kulit korang pecah pecah. kering kering. rasa kasar. bila salam je rasa cam pegang. "ekh tangan ke kertas pasir ni?" -_-" yes. i pernah kot. and selalu macam ni. sebab tangan dilahirkan kering kering. so i need moisssstttttttttt. memerlukan kelembapan. i guna vaselineeeeee. SENANTIASA guna. contoh:

  • dalam kelas. kadang kadang class aircond melampau kan. macam kat kutub utara. so kering kering lah kulit i yang dah sedia kering ni. so i pakai vaseline then kadang kadang terbau bau wangi and orang lain pun tumpang sekaki. heeee.
  • travel. ini harusssssss. macam itu hari. eceh itu hari la sangat. last november actually. i travel pergi UK and Paris bersama rakan rakan seperjuangan. dan kitorang memang share vaseline! sumpah tak tipu. semua pakai kak oja punya vaseline for lips time tu. ingat lagi. haha. sumpah lawak. satu bas share. sebab shivering yang amat dan kulit muka. bibir and tangan kering yang amat. dalam video ni. part hujung hujung. my friend - sunthar ada kata. bibir pecah pecah semua. haa kitaorang guna VASELINEEE. untuk mengekalkan kelembapan. heeee

  • pakai ketika rasa tangan tak boleh pegang kertas. sebab tangan tak lembap -_-" or mase nak bukak plastic. oh ini sumpah annoying bila tangan tak lembap. susah gila nak buka plastic (bile time nak beli kueh kat stall makcik depan library)

haaa so are you moist enough? i'm sure you are not moist enough. cuaca malaysia sekarang panas nak mati. lagi lagi kat KL. panas like hellllllllll. so kulit cepat dehydrate. cepat kering. loss of water. kan kan kan. korang paham tak i cakap apa ni?? faham? faham? bagus. so i suggest cepat cepat (berlari kalau boleh!) ke kedai atau pharmacy berdekatan. watson! guardian! sekarangggg. beli vaseline. dia ada empat flavour. (ceh kau ingat makanan ke hape ni? puasa oo puasa :P)


haaa macam dalam gambar ni. nampak nampak? tak nampak and nak nampak lagi jelas pergi berlari sekarang ke kedai berhampiran anda! heeee. aku dah berlari ke watson. dah berlari pecut watsonyambek dah and beli one of vaseline products. korang bila lagi?? yakin kulit dah lembap? ARE YOU MOIST ENOUGH?



i loooveeeee photography

really?
yes I am.

sejak bila?
sejak azali (?)

macam mana boleh minat?
sebab aku suka tengok gambar lawa and orang amek gambar aku secara lawa dan tak nampak buncit atau tak nampak selekeh atau nampak skinny sangat atau atau atau (berapa banyak atau daa)

pernah pegang camera?
kau ingat aku cikai sangat ke? pernah la. in fact. pernah masuk kelab fotografi dulu. oh bukan la kelab sangat. ni sebab koQ kat uni dulu. under UTM lah kiranya. dengan encik pua'at (peh siap ingat nama lagi tu siottt) yes sebab kata minat kan

kenapa tak teruskan minat anda?
sebab tak berpeluang lagi untuk memiliki camera dslr sendiri. oh even compact powder camera sendiri. kau takyah kesian sangat kat aku. aku bukan cikai sangat. ade camera henpon jadi la even 2 megapixel. -_-" ok and ada satu lomo camera. mini fuji instax. ok sekarang boleh berlagak sikit ada lomo camera (kau hade???) :P

jika anda berpeluang memiliki camera dslr adakah anda akan join rakan rakan membuat side job (wed photographer)?
oh i would love to. tapi tuh la kan. practice makes perfect. kena la practice dulu. takkan dan dan tu nak amek gambar. takpe akan ku usahakan kemudian

ekh aku rasa takyah la nak tanya diri sendiri sangat. aku merepek je ni. sebenarnya aku nak promote belog kawan aku. dia ni power amek gambar. and dia baru buat fan page kat fb. aku ade letak link belog dia kat belog aku belah KIRI. nama dia bak. BAKRI HAFIZ HISHAM ha click la situ kalau nak tengok belog dia. ni plak BAK's PHOTOGRAPHY. ok dah. tu je entry kali ni. bai








psssssssss: bak kalau u baca ni. blanje i ice creammmmmmmmmmmm. ok wa dah masuk buku 555 yang lu utang wa ice cream satu.

oh lagi satu. rindu budak class fotografi dulu. cerita nostalgia 2

kekaseh hati Cik Senah

haaaa kroang tau kan kan kannnn siapa kekaseh hati Cik Senah. i tau u tau. uols kan suka stalk hidup iols. ahaks. (geli doh cakap uols iols neh. tergeliat lidah aku tiap kali nak sebut i - iols u - uols. kan senang sebut i - u. awak- saya. kau - aku. FULLSTOP) haaa tu tanda tanda Cik Senah nak merapek la tuh. al - maklum lah dah lama tak berbelog kan. type merapu aje.

heshh Cik Senah cuma nak cakap kekaseh hati Cik Senah dah nak kahwen. ni kekaseh hati yang ke 3 (sebab jarang2 jumpa dia jatuh tempat tiga. haha tak tak. sebab entry lepas dah tulis kekaseh 1 - adik last. kedua - adik bawah aku. ketiga - kakak lah. ok kejap lagi kena rearrange. sebabbb. tettttt hahaha)

ok balik kepada cerita tadi (hesh Cik Senah suka naw meleweh/merapu) akak Cik Senah nak kawen dah. tau kan. dah cerita kat entry syahdu yang lepas. haa entry yang kunun nak cerita pasal kakak lebih tapi TERcerita pasal Cik Senah lebih -_-" so bila dah tinggal kurang dari satu bulan tarikh kawen ni. rumah macam puting beliung. bersepah yang amat. door gift. kad kawen. yada yada. paham kan paham kan. so kalau korang nak raya awal raya kat pintu je lah. haha (kau paham tak? paham tak? faham? bagus)

ada lagi. sabar. Cik Senah memang dah lame tak belog. sebab busy (hishh aku malas nak kasi alasan ni sebenarnya sebab macam tak logik. orang lain busy pun ada gak yang boleh belog) ehhhhh suka aku la. baca balik pengkepala (read: header) aku kat atas tu. haaa aku still nak kasi alasan busy. BUSY wehhhhhhhhh!

  1. busy class
  2. busy assginmentsssss
  3. busy quiz
  4. busy test
  5. busy akak nak kawen
  6. busy tolong mak masak untuk buka (?)
  7. busy terawih (kau berani nak salahkan aku kalau tak belog sebab ni?? hah berani? berani?. terawih lagi penting ooo dari belog... ;p)
  8. busy nak baca quran (haaa ni pun berani nak suruh aku tak yah baca quran tapi soh tulis belog? kau nak kena lempang puasa puasa neh??? )
  9. busy nak qiamulail (ok cukup cukup la nak tabur kata kau baik Cik Senah terawih la baca quran la. ni qiam plak. dah toksah nak menipu sangat...) ok fine qiam belum buat lagi -__-"
  10. busy berchenta. (kau jangan banyak tanya aku lastik nanti mulot kaw) :P
  11. busy
  12. busy
  13. busyyyyyyyyy!!!!
haa cukup tak alasan yang aku bagi tu? tak cukup nanti aku tambah. cam tambah nasi and lauk. (heshh puasa weh puasaaaa. asek cerita pasal makanan yang sedap sedap je puasa ni. iklan kat tv pun. dan dan ni la nak keluar yang lazat lazat. rasa nak bakar je tibi -_-" )








pssssss: ha Cik Senah tengah bahagia sekarang. yang stalker berhati perut baik tu doakan la Cik Senah ye. yang tak berape nak berhati perut tu. takyah dengki sangat. hidup kat dunia hanya sementara. bawak bawak la bertobat. :) ok bai