Followers

>

Wednesday, December 22, 2010

Chenta Monyet Edisi Pertama


ekh ekh tetiba rasa nak ceghite aa pasal cinta cinta monyet sebab sebab....hmmm tak yah cerita la sebab kenapa. sebab takde sebab pun. haha. ok dah baca joms

TADIKA

aku rasa ni la first time aku ada cinta monyet kot. pehhhhhhh tadika lagi kau dah gatal an an. ekhhh ape lak aku. aku biase je. takde pun suka bdak tu. budak tu yang suka aku. haha! ntah cemane ntah boleh baik dengan budak tu. aku tak couple but baik la dengan budak tu. tapi seingat aku la kan. budak tu jahat gileeee kot. semua orang yang kat tadika tak suka dia. orang kata lelaki yang jahat lah baru macho an an. heh. jadah nya. aku tak suka kot lelaki jahat. aku ingat budak tu suka campak kasut polis2 dari tingkat atas ke bawah. aku sekolah tadika kemas kat berek polis dulu. so cam kat flat camtu la. semua polis polis duduk. haa jahat an budak tu. nakal la. bukan jahat.


pastu petang petang kan lepas balik sekolah. aku nanti dating dengan budak tu kat buai belakang rumah makcik aku. pehhh bajet romantic aa. pastu aku ingat aku siap nyanyi nyanyi lagi weh. pfttt. apehal ntah macam ceghita dolu2 sangat ntah. vintage abes. drama pramlee tol aa. -___-" dah dah kau jangan gelak sangat. aku tengah malu ni. *blushing. dah dah. tu yang first.


SEKOLAH RENDAH
haaaa time niii. cam best sikit. dah besar. memang hawtt kot aku time tu. semua orang pun nak suka aku an. (perasan) tapi betul wehhh. aku comel kot time kecik kecik lu. even aku cam rase aku tomboi (hermm rasa je lah. sebab adik adik dua lelaki. main game. guli. bola. beskal. takde plak men barbie doll. masak masak. kawen kawen ke hape. tak best wehhh. tak mencabar! haa) ekh cam nak cerita cinta monyet kan tadi pesal menyimpang lak neh. haishh. ok back to the story. masa tu aku darjah empat kot. before before tu aku tak layan lelaki sangat. aku active sukan kot. athlete skolah wehhhh. sprinter. so banyak masa kat padang. asyik training je. peh orang kata penting kan kerjaya lah ntok masa depan. pftt -_-" oh ada la gak usha usha senior bola sepak. tapi aku rasa semua budak bola sepak poyo je. wa tak layan derr. ok sambung. (menyimpang lagi)


pastu dajah empat. aku ada la suka budak ni. handsome wehhhhhh. sumpah handsome tapi dia ni cam sengal lah. haishhh. takde ke lelaki perfect. cukup serba serbi. ecewah. nak perfect aje. diri sendri cam hape. ok ok. membebel la plak. pastu. die pun suka aku. aku tau. siap semua orang kenen kenen kan kitaorang kotttt. dalam class cikgu suruh lelaki dengan perempuan duduk campur. takle lelaki dengan lelaki je. perempuan dengan perempuan. ntah aku pun tak faham masa tu ape motif cikgu. aku bangkang kot! mane bolehhhhhh. rosak la plan aku. eceh bukan plan sebenarnya. kaki gossip aa kan. perempuan. bahaha. tapi. aku akur. -_- ecewah. padahal suka kot. kena pairing dengan budak yang aku suka. dia pun suka aku. so bahagia lah kitaorang duduk sebelah menyebelah. like prince and princess. happy ending story. tsk :') watehel. pftt. haha


belum lagi abes wehhh. belummmmmm. pastu ada la satu hari sabtu ni. dalam class. cikgu soh gotong royong. tinggalkan semua dalam class. pastu ada la berape kerat mamat baha*** dalam kelas aku ni. sakat aku dengan dia. aku ni dah lah ego. malu pun ade weh. bangang tol lah budak ni. die ni memang dari dulu kot suka carik pasal dengan aku. hangen tol wa beb. plak tu. dan dan tu gak la budak poojaan hati.putera katak aku tu propose aku. aisehmen. wrong time lah. aku terus jerit kat dia weh. "aku tak suka kau lah wehhhh!! kau tak faham ke??? aku tak suka kauuuu!! grrr" aku marah marah dia sampai dia takut sembunyi bawah meja weh. sumpah kelakar! betul ni. cerita betul aku tak tipu. pastu mamat baha*** dua ekor tu dok gelak gelak. pastu aku amek penyapu dok belasah diaorang. kan aku dah kata aku tomboi. pehh hangen aku dah ilang pastu aku keluar kelas. terus blah.

esoknya. prince tak dok sebelah aku dah. dia mintak tukar tempat dengan orang len. pasal dia malu. pastu aku dengar dia couple dengan budak lain. aik. kejap je terus couple dengan orang lain? nampak sangat kau macam hayam. menyampah mak *flipshair. haaa tu lah ending cerita aku. panjang siottt. baru sekolah rendah. ekh lom abes lagi sebenarnya. ok nanti sambung la. edisi kedua. tungguuuuuuuuuuuuuuuu....

Saturday, December 18, 2010

how to style your shawl/scarve

hye guys. it's me again. naomi. hahaha ok takle blah sekarang kena bahasakan diri naomi. actually dah lame occay i guna nama tu. (poyo) tapi sebab suka suka. and sekarang macam melekat pulak nama tu sejak guna twitter. actually kalau korang google nama naomiashikin tu. kompem keluar nama aku tau. dah lame gile guna. since i was in secondary/primary ntah. dah tak ingat. masa zaman zaman my space. friendster dulu aa. gile bajet jepun aa time tu kan. sebab tu guna nama tu. semorang pun asek panggil aku anak jepon je kan. eceh perahsan le tu. ok ok. lets get straight to the point.


actually aku tengah demam sekarang ni. the gloomy weather. rainingggg all day long. urgh i wish it's winter outside. but in your dreams naomi. in your dreams. (kalau korang rasa nak muntah aku bahasakan diri aku naomi. korang pura pura nampak aku bahaskaan diri shikin la ekh. bahaha) tapi bila dah winter lagi sejuk wehhh. sejuk sampai ke tulang. nanti baru kau akan rasa miss malaysia weather so much. haa manusia memang camtu lah. mane puas dengan mereka ada. dah apsal aku membebel pulak ni. aaaaaaaa terus je lah apa aku nak share dengan korang ekh.


sekarang aku tengah type belog sambil pakai shawl kat leher. on my neck. kejadah nya nak pakai shawl kat neck. patut kat kepala. YES. memang kat kepala. boleh macam macam wehhh. be creative. kadang kadang aku guna untuk cover my head. tudung erti kata lainnya. or i will use it as to keep myself warm. under the covers stayin safe and warm (bubbly song) camtu aa.


i found this at youtube and just wanna share with u guys. ada banyak lagi kot kat youtube or kat mana2 lagi. letssss watch the video



creative kan. ok boleh amek shawl/scarf masing masing sekarang and perektis ye perempuan boleh. lelaki pun boleh wehhh. stylo la sikit kannn.
dont worry. malaysia takde winter tapi kita still stylo aa kan kan kan





psss:rasa macam nak kena sore throat plak. gatal makan ice cream bila demam. padan lah muka!
psssssss:em lazy to see the doc. mak kata jumpa takut jadi apa2. since i told them last nite. kahak i berdarah. so i woke up in the middle of the night. but then i didnt cough or nose bleed. thats weird. thats all. pray for my health.

owwwww cop. i akan share more fashion to u guys. haha. tetibe gedix gedix nak berfashionista. ok till then. daaaaaa. assalamualaikum

Thursday, December 16, 2010

Malaysia vs Vietnam


ok this might sound awkward? weird? i am watching football??? ekh memang tengok bola pun cuma tengok malaysia football match???? for REAL?? ...naaah nevamind. haha tak pernah kot aku tengok bola sepak malaysia! i mean. malaysia lawan mana mana la. tak patriotik langsung kan. teruk! haha but at least benda2 lain aku patriotik ok! pandai aa nyanyi lagu jalur gemilang tau! kau pandai?? hahaha


ok last night was sooo fun. tengok bola ramai ramai dengan kengkawan. dah lame wehhh tak tengok bola ramai ramai weehhh. so sangat happy. malaysia menang pulak tu kan. kalau kalah memang nak TERBALIKKAN meja je kat singgah selalu tuh. 1st half ada la gak rasa camtu. sebab main cam hape ntah. slow je. emo neh emo. haha pastu orang sekeliling pun cam apa je. datang situ nak makan kot. kitaorang je datang nak tengok bola. so meja kitaorang je lah yang paling kecoh. si @okedkama siap pakai baju malaysia weh! semangat habis. gambar kat twitter siap ubah hasbullah awang tu yang takle blah. yang lain gambar ayu raudhah la. raja gopal lah. macam macam adaaaa. -___-


then second half seronok sikit nak tengok sebab kawan kawan lain pun dah datang. diaorang lambat wehhh! grrr. ape lah. si @faliqfahmie sesat kali ke berapa ntah. tu la len kali dengar @AliyahLaven tunjuk jalan. then @fozanarts dengan @affiqizwan datang. thanks la korang datang. @fozanarts plak yang dari kluang sanggup turun. then nice to know u @hadifahz. dan yang last datang @tat_lee. abang tat sorang ni busyyy so turun lambat sikit aa. haha. dan dia la paling kecoh kat meja. tapi takpe. meja 71 kita ada abang mayor @faliqfahmie so tak yah takut la if nak buat bising ke apa kan :P


last but not least. even @okedkama terlepas tengok DUA goal. hapelah kau ni. -__-" dah semangat dah pakai baju malaysia segala. tapi tak dapat tengok plak kan. takpe lah. yang penting dah goal dan malaysia menang!! heyhooo.




pssss: takle keluar malam selalu lah. kau tu perempuan shikin oii (reminder for myself)
psss lagi: ok semorang harini puasa. (my whole family members except me) sobs. tak dapat join la sebab. sebab. sebab hmm paham paham je lah sendiri yo
psssssss lagi lagi: bai nak tengok cerita Let Me In (2010)

Wednesday, December 15, 2010

sisa sisa kehidupan. tajuk macam bosan tapi kau kelik lah kompem tak bosan. bermanfaat lagi wehhh

hai hai haiiii!! aiyembek. arini ai nak gossip gossip gossipppp *gaya kepoh. takde la gossip pun cuma nak tulis kesah hidup yang macam separa kebosanan sekarang ni. *sigh. aku pun tak nak bosan wehhh tapi dah terbosan nak buat macam mana. hai lah tak tau la kenapa. dah buat macam macam dah supaya ilang bosan tapi ntah kenapa bosan tu suka sangat kat aku. aku tak suka dia. korang suka tak kat dia? (dah ape dah aku merepek ni)

aa menyampah la bila dah start merepek ni. dah la korang baca je la kronologi idop aku sekarang ni. tak berapa nak menarik pun -__-"

bangun pagi. solat subuh. orang kata lepas subuh tak elok tidur balik kan. tapi aku ngaku aa aku ngaku. aku bukan perempuan melayu terakhir yang lepas subuh terus jaga pergi masuk dapur buat breakfast ke hape. aku tidur balik. pastu kol 8 lebih aku bangun balik. kekadang terlajak sampai kol 9 lebih. sampai 10 pun pernah weh! kau takyah bajet dengan aku kata kau tak pernah ekh perempuan2 kat luar sane. aku pukul kau kang. bahaha


tapi aku confirm takkan tidur lepas subuh bila aku tau ada kerja banyak. contoh nak kena basuh kain dan jemur kain. iaitu yang memerlukan khidmat matahari bukan? so kenalah mencampak pakaian ke dalam washer machine dan tunggu sampai dia berbunyi tet teet teett aaahhh memekak lah kau. *berjalan ke arah washer machine dan masukkan dalam bakul kemudian jemur. ekh dah macam sesi mengajar mencuci dan menjemur pakaian lah pulak -_-"


lepas tu aku akan ke dapur. membasuh pinggan mangkuk (jika ada) menyapu dapur. dan membuang sampah. kemas ruang tamu sikit. dan wallahhh. dah takde kerja! yeay. padahal ada je lagi kerja kot. tapi aku buat buat tak terfikir apakah kerja lain. yang aku tulis ni kira rutin lah. pastu naik ke bilik. ke floor atas dan tercongok (mengadap) lappy. bukak cerita how i met your mother. yeay!!! hahaha sekarang dah season 6. aku baru season 2. bahahahhaha. kau gelakkan aku? nak kena pukul??? huh. *buat muka garang cekak pinggang


selain daripada itu. pabila petang menjelma. dalam pukul 4 lebih camtu aa. aku akan menjadi pembawa rollerkoster berjaya! haha. bukan bukan rollerkoster. -_-" myvi kelabu mak aku tulah yang rollerkoster nya. akan menjadi driver sampingan kepada emak yang dicintai. mak kadang2 malas nak bawak kereta sebab telekom kat bukit timbalan tu tengah cat bangunan. mak kata sayang ar kete bile terkena cat terbang2 nanti. oleh kerana mak tersayang saya tidak akan berkata NO NEHI NEHI mak. yes. anak solehah. amin.

oh driver sampingan juga lah kepada adik yang terchenta. heh. aku tak pernah paw kau lagi sebab selalu hantar kau pergi mana2 ni. agak2 paw kau sekali sekala best jugakkan. okeyh nak nine west satu! melampau sangat tu. aku tak kejam camtu. aku nak paw belog sejuk je satu (cool blog) oreo chocolate dengan pearl ekh adik. kau belikan aku tau. haha bajet dia baca belog aku la plakkan.

sexy tak sexy tak aku? berani kau kata tak sexy? nak minta lempang free? bahahahha. sexy sexy garang weh. takpe lelaki suka. aku tau. bahahha

selain daripada tu. aku kadang kadang mengisi masa dan sisa sisa kehidupan di jb ni sebelum mengakhiri zaman bersenang lenang dan start bekerja di thermo fisher scientific tu (baca dengan satu napas weh!) haha. sambung. dengan bersocial network. peh peh. cam twitter lah. so ade tweetup ke apa. kalau aku diberi greenlight aku pergi lah. heee


nak pergi twitup kat sini!!! That's cafe!!! nak pergiii aaaaaaaa. sebab dia comel vintage vintage. sesuai lah dengan aku yang comel ni kan kan kan. ok perasan. takpe itu kenyataan nya. hahaha
santek kan kan kan

THAT'S CAFE (gambar ihsan dari google)
err gambar seterusnya aku curi dari belog kawan aku yang sumpah best gila.
yang kat dalam gambar ni kawan dia kat that's cafe.
ni pun kawan dia. haha aku tak kenal


haaaa taraaaaa *bunyi drumroll ni lah empunya belog.
haa kelik lah ye kat page beliau ni. sumpah lawa dan best belog beliau
ekh aku tak link lagi kat belog aku lah. sorry T_T baru edit belog. kejap lagi ai letak ye
nak add kat twitter pun boleh @aimiLaili

tu je lah kot nak cerita. nanti nanti i cerita lagi. bosan kan cerita kali ni. kau cakap ya aku baling dengan dart nanti. haaaa. takut? takut? tau takut. ok bai

Tuesday, December 14, 2010

taraaaaaaaa *sambil mendepa tangan

haaa santek tak? santek tak? TAK. berani kau kata tak santek. pang kang mahu? bahaha. dah dah cukup cukup la merepek. aku cuma nak tulis aku dah tukar templete baru yang bersusah payah aku edit sebab ni guna html bukan xml boleh auto auto. aku tak tau lah kenapa aku gatal sangat nak pakai html neh.

tapi aku suka templete ni sebab:

  1. macam suci. macam je lah kan. kat mata aku nampak suci. putih. kalau korang rasa tak suci. ade aku kesah? bahaha
  2. tak serabut sangat cam before ni. 3 column. 2 column kira ok ah kan?
  3. aku memang nak simple. nanti nak tambah warna warni lagi. tapi....nanti arh. (tu maknanya takkan buat la tu. sebab m.a.l.a.s haha ade sesape rajin nak tolong buatkan?
  4. suka arh sebab susah payah aku dok memahami html ni wehhhhhh. pening nak mamp. yelah aku memang tak-berapa-nak-tau lah kan pasal computer. programming. jadah ni. ok sebab member aku dorang depan aku ni tengah cakap pasal programming. matlab. visual basic. c++ ntah ke hape yang aku tak faham langsung. so takle nak menyampuk kunun tau lah. "haaa aku tau maksud PIC. picture?. person in charge?". takde takde. kau salah. ok senyap. tunduk malu.
haa tu jelah aku nak cakap. nanti nanti aku hupdate lagi. nak belogwalking arh. dah lame tak walking down the street. kunun nak harap orang comment and baca belog kau tapi kau sebok tak baca belog orang lain. kan memalukan tu. dah ok bai

Monday, December 13, 2010

tukar angin agar lebih hidup sehat dan kuat! cam bunyi iklan milo je -_-"

aku rasa dah bosan muak nak termuntah muntah dengan templete 3column neh. arrhh sakit mata arh. sakit mataaa. hemo tau. hemooo *over lah kau nyah.

jap lagi nak tukar design baru. sila bagi comment occay. tak bagi. siap arh. aku pukul kau. takut? haa bagus sila drop comment. lek je cakap kunun banyak la comment akan higgap padahal dah tau dah kompem takde comment. dah takde sape nak baca belog i dah. sobs. blah la. wa hemo ni hemo. hati terguris. ok! *tetibe kembali bersemangat.

masa cuti yang sedikit panjang ini. akan habiskan masa belogwalking dan melawat belog2 lain. yeahhh!!! itu saja. nak hupdate template dan mulakan kerja kerja amal. sekian. ok bai

Monday, December 6, 2010

kepada enchek/mister ID

eceh. kunun nak berahsia. tapi tu ari tak protected pun. malu lettew.
halah! dah tau tanya pulak. ok bai *blushing

Sunday, December 5, 2010

List of the movieesssss and FREE movies!


tengah tengok cerita ini sekarang.
tapi sebab rasa nak share link.
so hupdate belog jap

cite neh aku tak tengok sampai abes lagi
tergendala sebab tu ari blk kampung
pasni aku sambung

movie ni aku bagi 3.5 over 5
jalan cerita aku dah boleh agak.
tapi siapa yang suka action. (takde pun action sgt)
boleh la layan

ni pun jap lagi nak tengok.
tue ari cam tak terabes tengok sebab keluar rumah ada hal

sumpah tak senonoh.
jangan tengok.
aku tak sanggup tengok.
baru 20 minit layan terus tukar
eeuuwwwww
kunun nak tengok dengan adik
tapi kenapa ntah rasa cam bosan je
terus tukar.
nanti2 aku tengok lah
bestttt cite ni type yang macam girlie2 punya cerita la
yang lelaki tak minat kot cite camni. -__-
4 out of 5

seronok! tak tau nak comment cane
4 over 5 lah i bagi

4 3/4 out of 5!
even ada yang kata tak best. slow.
aah. a bit slow lah cerita ni.
tapi sebab dah suka kan. besttttttttt
oh tapi aku tengok kt cinema cerita ni. dengan saifa


tengok dengan fasha tu ari.
kat starbuck. sebab bosan lepas exam
hurm sebab budak cute dan pandai ada dlm cite ni
aku bagi 3.5 lah out of 5 haha

terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
nak bagi 5 tapi mane ade mende perfect.
haha sooo. 4 4/5 out of 5
actually ni based from true story kan
and aku dah tengok the taking of pelham 123.
so cam dah dapat agak cerita dia camne.
lebih kurang je la sebab dua2 based from true story


aaaaaaaaaaaa. cite ni pun besttttt
rapunzel waktu kecik cute gileeeeeeee
dah besar santek gilaaaaa
4 out of 5
sape suke musical suka la kot huuu


tengok separuh jalan juga tu ari
so nanti nak sambung
streaming lambat tu ari




ok sape nak tengok semua semua movies online
tengok kat sini

tak payah regiester. it's free
online sahaja. tak sure boleh download ke tak. boleh rasanya
dan nanti pilih link yang leklok sikit ye untuk tengok online.
agak agak tak elok tukar lah
sekalunya aku guna potluck.novamov atau shockshare

bestfriends


friendship is



when i need someone the most
to talk bout something
to share what i feel and my thoughts
to tell what i'm going thru
u guys always be there for me






wuuuuuuuuuuuu nanti ai dah keje jauh nanti
kompem rindu korang.
tsk :'(









ok dah nak sambung tengok movie. bai
entry macam sedih tadi. cis

Saturday, December 4, 2010

one month to go



alhamdulillah. akhirnya abes final exam
(eceh orang lain dah abes lama dah wehhh. tak kecoh pon)
dulik la aku nak juga cakap alhamdulillah dengan nada lega. *monolog dalaman



oww sambung balik. alhamdulillah juga kerana saya sudah diberi tawaran kerja.
insyallah. apa apa pun tengah tunggu official offer job letter dari company tersebut
berkemungkinan masuk kerja end of december or early january
akan ada rakan sekerja dari course yang sama. sama uni juga. amin chenko sep sikit!
tapi beliau akan masuk awal dari saya. sebab aku pun mintak masuk after offer letter dapat
ada hal yang perlu diuruskan di rumah seperti:



parents pergi umrah then adik dapat result pmr pastu takde siapa akan uruskan dia
makan minum. naik sekolah. if dapat tawaran pergi mana mana. haaaa *baca dengan satu nafas

akan menjadi warga shah alam pulak selepas ini.
tu je lah nak hupdate pasal hidup sekarang ni
takle lebih lebih semenjak email ym fb kena hacked dengan $&@#%()@#%+_
ok dah tu je bai

*cepat cepat tamat kan entry before emo

ok cop. before kerja kena lah beli baju kerja kan?
nak ni. ada sape sape murah hati nak belikan?
ok bai

Friday, December 3, 2010

kena HACK. FB. YM and EMAIL YAHOO

entry kena pendek.
sebab bernada serius dan sikit emo lah kan
opkos EMO

nak buat pengumuman
saya mungkin buat account facebook dan YM yang baru
sebab kena hack!
or phishing ke hape jadah ntah
yang pasti
sedang sedih lagi
takde la sedih tapi kecewa etc lah
dah lama GILA guna acc tu since i was in 2ndry school

i got a message tak boleh log in
facebook. sebab someone change my password at 4.48am?
pfttttt. she/he did it for purpose. i dunno why
and I DONT EVEN CARE
sekarang dah puas tengok email aku?
dah tau rahsia aku? ok aku tak kesah!
lantak kau lah

so kawan kawan saya yang baca blog saya ni.
if nanti saya add kat fb
sila lah percaya itu saya
or boleh je tanya soklan yang berkaitan
macam dalam cerita harry potter 7 tu kan
supaya nak tahu
i'm the real SHIKIN ke tak :P
see tadi cam emo. sekarang aku cool
ok tu je lah. nanti hupdate lagi.