Followers

>

Saturday, August 24, 2013

Mari Melancong Ke LUAR NEGARA! PERCUMAAA!! PERCUMAAAA WOIII


Anda teringin nak melancong ke luar negara? Jangan risau. Kini, Petronas memberikan peluang kepada anda, anda dan andaaaaa untuk melancong ke luar negara secara percuma! ya PERCUMA!! 

Nak menonton pasukan bola sepak kegemaran anda? Saya mahu ke CAMP NOU!!! 


Senang saja. Berlarilah ke kedai Mesra Petronas sekarang! Aku dah buat tiap-tiap hari dah. Hehe. 






Lepas tu beli salah satu atau nak beli sekaligus pon boleh. Tapi satu resit satu cop tau.. Belakang resit tu akan dicop dengan Nama, IC, No Telefon, Email dan anda hanya perlu jawab soalan yang diberikan. Senang bukan?? Sonang je wehhhhh



Nilah hadiah-hadiah yang ditawarkan!! Menarik kannn. Aku punya yang Grand Prize tu tau. Jangan jeles... Hehehehe. Berangan dulu. Baru jadi kenyataan ye dak?. hikhik



Pertandingan ni dari 8 JUNE sampai 31 OGOS je tau. Jangan terlambat. Cubalah sekarang!!



Untuk keterangan lagi lanjut. Sila layari laman web www.mymesra.com.my atau layari facebook: https://www.facebook.com/PETRONASBrands






Friday, July 26, 2013

Jangan Mudah Mengalah.

Hidup perlu diteruskan.
Tak kira susah. 
Tak kira payah.
Masih ada masa. 
Masih ada masa.
Allah itu maha Adil bukan? 
Bukan rezeki kau. *pujuk hati
Allah akan ganti yang lebih baik.
Itu janji dia.


Monday, July 22, 2013

Do what you LOVE for life

Pernah tak rasa 'damn' gila bila bangun pagi kena sarung kasut pergi kerja? Kena menghadap jam pagi pagi? Dengan rasa ngantuk. perut lapar. ngadap jam. pehhhhhh.

Pernah tak rasa nak cari apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni? Buat yang kita buat. Gembira. Dalam pada masa yang sama kita dapat 'income'? Sejujurnya, aku pun tengah mencari. Dalam usia 25 tahun ni. Banyak yang aku lalui. turun naik dalam hidup. eceh. macam banyak pengalaman pulak kan. Ok lah. aku nak kongsi sedikit pengalaman hidup aku. tak ramai yang tau, tapi hari ni 'exclusive' aku cerita.

Fakta:

1) Pernah bekerja di Thermofisher (Fisher Scientific) 1 1/2 tahun. Sebagai 'Product Specialist' Kerja pertama selepas memegang 'degree scroll'. Bergaji pokok RM 2200 + 1.8%commision. Diberi company phone (Blackberry), Shell fuel card (RM 380 sebulan) dan RM 580 (kenderaan/setiap bulan). Contohlah: Sale bulan tu aku dapat RM 60 000 (Paling sikit) selalunya lebih RM 100 000+. Commision RM 1800 + RM 2200 + RM 580 + RM 380 = RM 4240. Bersih senang cerita. Gaji bulan bulan aku RM 3000. Paling sikit. Orang kata. Pehhh banyak la tu kan. Hidup sorang pulak tu. Memang tiap minggu aku shopping kat Pavi dan KLCC. Cerita benar. Lepak kat DOME. belanja orang berada orang kata. Poyo semua tu. Tapi bila musibah menimpa. 5 kali accident dalam masa 1 1/2 bulan. Dasyat kan? Hmm. Ade hikmah semua ni. Nak cerita lebih panjang pasal ni. Tapi kemudian la ye. :)

2) Bekerja sebagai product coordinator di Ranhill Water Technologies. Suka gila kerja ni! Boss paling baik dalam dunia. Officemates yang paling best dalam dunia. Office paling best dalam dunia! Pendek kata paling best. Cuma. Ya. Gaji hanya RM 2000. Tapi itu bukan persoalannya. Ya. saya happy walaupun gaji tidak banyak.

Perbandingan dari kisah hidup di atas. Duit banyak? Atau nak kerja happy? Macam mana dengan komitmen hidup kalau gaji sikit? Gaji banyak. Tanggungjawab besar. Gaji sikit. Tanggungjawab sikit lah. Apa pendapat anda?

Ya. sejujurnya. aku masih mencari. Mencari apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni. Takkanlah takde kerja yang seronok dan pada masa yang sama gaji banyak. What say you?

Monday, June 24, 2013

Siapa nak pergi Phuket FREEEEEE!!!

This is one of my dream places to visit! Sebab apa? Haaa korang tengok gambar kat bawah ni k.

Air biru.... pehhhh

Pasir yang putih.. pehhh

Korang boleh bergambar camni.. haa kau hado??

Dan menari macam gajah kat atas ni. eh? haha


Semuanya PERCUMA wehhh. Termasuk tiket penerbangan dan penginapan untuk DUA orang! Pehhhhh. Macam mana nak menang? Senang je. Cuba bukak www.Save22.com.my Click Click cepat

www.Save22.com.my ni tempat paling mudah nak shopping dalam duniaaaaa!! Especially untuk Malaysian dan Singaporean. Sebab kita ni kan semua nak di hujung jari je sekarang. Usha dulu before pergi shopping. Ni menonong je terus pergi shopping. Pastu tak bajet duit. Tetibe ade sale. Eh 50% Eh 70% EH POKET KOYAK. haha

  • Save duit minyak. Tak payah nak pusing pusing cari mana tempat ada sale
  • Save masa. Yelah scroll scroll. Pilih. Click. Pastu pergi terus. Shopping berwawasan orang kata. LOL.
  • Tak payah bazir peluh! Jalan tanpa arah. Setitik peluh amat berharga untuk seorang petani. Eh?
  • Promosi kat website ni akan di'update' dari masa ke semasa.
1) Bukak website ni dulu.
2) Then Pilih. Location. Kuala Lumpur ke. Johor. Melaka. Ikut suka korang. Atau korang pilih categories yang korang nak. Contoh seperti di bawah.

3) Then dia akan keluar semua promotion yang ada di 'location' tersebut.
4) Pilih satu pastu pergi lah shopping!!! 


5) Dan jaga lupa promosi tu 'valid' sampai bila (sila lihat bulatan merah)



Senanggggg!! Sekarang boleh pergi shoppingggggggg. Pastu menang pergi Phuketttt. takpun tiket wayang. Nak tau lebih lanjut macam mana nak menang.



Log on to Nuffnang website ok!! Selamat mencubaaa! :D



Friday, June 7, 2013

Passion Test Book

Pernahkah anda bertanya pada diri anda. "Aku ni minat apa sebenarnya eh?" "Aku suka buat apa dalam hidup aku ni?" "Apa yang aku kerja dan buat sekarang ni betul-betul apa yang aku minat ke?"

Pernah tak rasa 'tahi' gila pagi pagi bila nak kena bangun pagi, pakai baju, sarung kasut pergi kerja? Pernah tak? Pernah? 90% peratus mesti kata. YAAAA! Betul tu woiii. Rasa 'tahi' gila woiiii. Haaa korang tok sah lah nak menipu. Mungkin boleh tipu orang lain. "Aku suka gila kerja aku weh. Enjoy gila" Lepas tu berapa bulan. Beberapa tahun (kurang dari 5 tahun) dah mula kata "Ah bosan lah kerja ni. Tak mencabar langsung" "Ah opis ni boring gila. Boss macam jahanam. Staff kipas-susah-mati boss" Dan dan tu lah keluar lah semua negatif pasal opis. 

Tapi tak tanya pulak diri anda. Betul ke nak kerja kat company tu. Ke... Sebab wang semata? Tetttt. Sebab desakan hidup. Sebab dah ade 'commitment' (anak, kereta, rumah) Sebab aku belajar ni sebab tu kena kerja bidang ni jugak. Kalau tak membazir wehhh. Haaa jawab jawab.

Jawapan aku. Rezeki ada di mana-mana. Bukan sijil kau yang menentukan. Allah yang tentukan rezeki kau. Haaa mulia kan statement ni. Tapi serius. Aku baca buku ni buat aku semangat berkobar-kobar mencari jawapan. Apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni.

Banyak input bila aku baca buku passion test ni.. tapi tetap kena istiqomah.. hihi


When you follow your bliss...
doors will open where you would not have thought
there will be doors; and where
there wouldn't be a door for anyone else.    - Joseph Campbell





Tuesday, June 4, 2013

menulis kembali

aku dah tau. aku dah jumpa.
apa yang aku cari. mungkin ini.
mungkin ini boleh buat aku tersenyum. tertawa.
menulis.
ya menulis. aku ingin kembali.
nantikan.