Followers

>

Friday, July 26, 2013

Jangan Mudah Mengalah.

Hidup perlu diteruskan.
Tak kira susah. 
Tak kira payah.
Masih ada masa. 
Masih ada masa.
Allah itu maha Adil bukan? 
Bukan rezeki kau. *pujuk hati
Allah akan ganti yang lebih baik.
Itu janji dia.


Monday, July 22, 2013

Do what you LOVE for life

Pernah tak rasa 'damn' gila bila bangun pagi kena sarung kasut pergi kerja? Kena menghadap jam pagi pagi? Dengan rasa ngantuk. perut lapar. ngadap jam. pehhhhhh.

Pernah tak rasa nak cari apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni? Buat yang kita buat. Gembira. Dalam pada masa yang sama kita dapat 'income'? Sejujurnya, aku pun tengah mencari. Dalam usia 25 tahun ni. Banyak yang aku lalui. turun naik dalam hidup. eceh. macam banyak pengalaman pulak kan. Ok lah. aku nak kongsi sedikit pengalaman hidup aku. tak ramai yang tau, tapi hari ni 'exclusive' aku cerita.

Fakta:

1) Pernah bekerja di Thermofisher (Fisher Scientific) 1 1/2 tahun. Sebagai 'Product Specialist' Kerja pertama selepas memegang 'degree scroll'. Bergaji pokok RM 2200 + 1.8%commision. Diberi company phone (Blackberry), Shell fuel card (RM 380 sebulan) dan RM 580 (kenderaan/setiap bulan). Contohlah: Sale bulan tu aku dapat RM 60 000 (Paling sikit) selalunya lebih RM 100 000+. Commision RM 1800 + RM 2200 + RM 580 + RM 380 = RM 4240. Bersih senang cerita. Gaji bulan bulan aku RM 3000. Paling sikit. Orang kata. Pehhh banyak la tu kan. Hidup sorang pulak tu. Memang tiap minggu aku shopping kat Pavi dan KLCC. Cerita benar. Lepak kat DOME. belanja orang berada orang kata. Poyo semua tu. Tapi bila musibah menimpa. 5 kali accident dalam masa 1 1/2 bulan. Dasyat kan? Hmm. Ade hikmah semua ni. Nak cerita lebih panjang pasal ni. Tapi kemudian la ye. :)

2) Bekerja sebagai product coordinator di Ranhill Water Technologies. Suka gila kerja ni! Boss paling baik dalam dunia. Officemates yang paling best dalam dunia. Office paling best dalam dunia! Pendek kata paling best. Cuma. Ya. Gaji hanya RM 2000. Tapi itu bukan persoalannya. Ya. saya happy walaupun gaji tidak banyak.

Perbandingan dari kisah hidup di atas. Duit banyak? Atau nak kerja happy? Macam mana dengan komitmen hidup kalau gaji sikit? Gaji banyak. Tanggungjawab besar. Gaji sikit. Tanggungjawab sikit lah. Apa pendapat anda?

Ya. sejujurnya. aku masih mencari. Mencari apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni. Takkanlah takde kerja yang seronok dan pada masa yang sama gaji banyak. What say you?