Followers

>

Friday, October 30, 2015

Bagaimana Nak YAKIN?

Pengalaman lalu mengajar saya macam mana nak jadi yakin. Sama ada memang tiada keyakinan langsung (takut berdepan dengan orang ), mugnkin seorang introvert atau pun menghadapi kesukaran dalam hidup. Rasa putus asa dan hilang keyakinan diri.

Saya pernah lihat ramai orang di jalanan yang sebenarnya mereka bukan tak boleh nak jalani hidup normal macam orang lain -- Bekerja, balik rumah, ada keluarga, bercuti bila perlu dan sebagainya. Pada mereka hidup di jalanan itulah kehidupan normal mereka.

Masalah bagi mereka ialah mereka rasa TIADA MASALAH. Kita orang luar ni yang rasa semak tengok mereka di jalanan. Rasa kesian dan sebagainya padahal pada mereka. Mereka jalani hidup sama macam kita juga.

Tipulah kalau mereka kata selesa tidur di kaki lima. Mereka tak selesa. Tapi mereka dah TAK PEDULI. Keyakinan diri sudah hilang atau pudar. Apatah lagi ingin fikir pandangan orang pada mereka. Marah dan malu masih ada tapi pada mereka, mereka tiada PILIHAN dan JALAN KELUAR lain.

Kalau nak cerita pasal gelandangan banyak lagi saya akan kongsikan di entri yang akan datang. (Berdasarkan pengalaman bersama mereka lebih dari 4 tahun)

========================================================================

Berdasarkan diri saya sendiri. Saya pernah mengalami dua-dua situasi. Kurang keyakinan diri (seorang intorvert) jadi saya akan luahkan di blog dan di social media sahaja. Jika berdepan dengan orang saya akan senyap dan 'malu2'

Semua ni berubah bila saya 'challenge' diri saya keluar dari 'comfort zone' dengan memegang jawatan dalam Kolej ketika zaman belajar di universiti dahulu. (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra, UTM Skudai). dan seterusnya jadi seorang Majlis Perwakilan Mahasiswa sebagai Naib Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa. (menjurus kepada menjadi duta UTM, pegawai tadbir diplomatik UTM, dan menguruskan pelajar2 antarabangsa).

Ini zaman kegemilangan dan zaman paling saya suka kerana saya sedar ini yang saya mahukan dan saya suka kerja saya ni. Ulang alik KL-JB hadiri majlis di Kementerian di Putrajaya walau penat tapi saya puas dan suka. Keyakinan diri saya bertambah dengan bergaul dan berjumpa dengan orang tak kira pangkat, latar belakang, warna kulit, bahasa, budaya dan bangsa.

Sentiasa 'suit up' walau tidak disuruh. Padahal ketika itu hanya seorang pelajar, tapi saya kumpul duit dan beli one complete suit sendiri (blazer dan pants). Tapi bila zaman bekerja hari2 nak sarung rasa tak rela pula. hihi

Pendekkan cerita, untuk yakin bermula dari anda sendiri. Tiada siapa boleh paksa anda. Siapa yang paling kenal diri sendiri kalau bukan ANDA SENDIRI!

1) Duduk berteleku, fikir dalam2. Siapa anda. Apa anda mahu. Bila waktu anda rasa paling happy (zaman kegemilangan) suka dengan apa anda lakukan, Tak kira tak cukup tidur, duit gaji ciput atau tiada langsung, kerja sampai tengah malam bagai nak rak tapi tiada siapa paksa.
2) Challenge diri anda sendiri untuk keluar dari 'comfort zone'
3) Bila dah ubah dalaman. luaran perlua juga. Tak perlu ber'kot' bagai, Cukup tampak lebih segar (fresh), kemas, bersih. dan anda sendiri rasa "Hah aku ada semangat baru harini" bila pandang cermin
4) Pilih 'circle' kelompok orang yang kita nak 'lepak' Sebab aura mereka ni akan meresap juga dalam tubuh. tapi jangan pilih circle yang haprak. Cerita lebih tapi habuk pun tara.. hihi
5) Dah yakin?

"TIADA APA LAGI YANG BISA MENGHENTIKAN MU"



Thursday, October 29, 2015

Travel Writer and Parenting



Aku dengan ini mengisytiharkan. Selain nak randonly tulis apa aku nak tulis.

Aku nak start tulis sejarah, cerita, atau apa saja berkaitan dengan sesuatu tempat di dunia ni. Tak dapat pergi lagi setakat ni tapi insyallah one fine day. Jadi ni sebahagian dari research aku berkenaan tempat yang aku nak pergi ni.

Selain tu, aku nak tulis pasal parenting sebab aku rasa subjek ni amat mencabar. Benda ni kena hadap (ibarat praktikal) dan bila hadap baru kita akan timbul banyak persoalan macam mana nak handle satu2 situasi dengan anak kita. 


Kerja Sampingan untuk dapat 'Passive Income'

Masa aku kerja gaji ribu riban dulu. Tak pernah nak fikir menggandakan duit yang sedia ada/simpanan. Bukan setakat tu je. Bila bekerja baru belajar nak uruskan wang yang betul.

Tapi sejujurnya sampai sekarang aku tak berapa pandai lagi urus wang. Ada je wang di tangan mesti nak habiskan. Simpan sekadar untuk nanti guna untuk 'shopping' Hihi

Sampailah ada anak baru pandai bezakan KEPERLUAN dan KEMAHUAN. Itu pun kadang2 tersasar. Hihi. Kena kawal nafsu nafsu nafsuuuu ni. kiki

------------------------------



Ok cukup pasal mukadimah. Entri kali ni sebenarnya nak cerita pasal kerja sampingan untuk beranakkan duit kita2. --- Pasive Income orang jawa kata. hihi

Ada banyak cara sebenarnya sama ada kita nak atau tak nak je. Aku senaraikan apa yang aku tau ye. Dari pembacaan dan web browsing yang ada.

1) Tulis artikel/Proofread artikel/Edit artikel. Ni selalunya di Elance. com atau Freelancer.com dan banyak lagi website lain.

2) Servis data entry. Jadi virtual assistant. convertkan file pada format tertentu. web designer. SEO. Internet marketer. Customer Service. dan banyakkk lagi. korang boleh offer apa yang korang advance. ni selalunya aku buat di fiverr.com (masih berjinak-jinak lagi) hihi

3) Saham atau forex. yang ni sensitif sikit. yelah. malaysia ni benda2 macam ni haram tapi 'derma' rasuah mencuri terang-terangan tu kira HALAL. eh termarah pula. ok balik pada tadi. Korang boleh main saham sendiri atau guna broker2 yang ada. Ada juga orang yang buat servis akan menggandakan duit korang tapi tergantung pada 'terms & conditions'.

4) Jadi translator atau translate artikel/website. Ni kalau ada kenalan korang yang kerja company macam ni lagi bagus. Macam aku pernah la buat untuk beberapa company. Kawan bagi job sebab busy ada banyak lagi job lain. atau korang boleh cuba di fiverr, elance, atau freelancer dsb

5) Yang mana power photoshop gambar. Boleh la juga offer servis korang tu. Sebab ada yang nak edit gambar tapi tak pandai. Ni selalunya orang yang berniaga online tapi nak save duit. atau baru start business takde modal yang banyak untuk upah photographer, studio, make up artist bagai. Atau offer resize image ikut platform yang diaorang pakai. contoh instagram

Ada banyakkkkk lagi. tapi nanti aku sambung kalau ada idea lagi ya. Aku jenis tak suka tulis berjela sangat sebab nanti macam rasa 'bila nak habis entri dia ni?'. Aku lah ada sindrom tu kalau baca entri yang panjang. Kalau sedang2 je ok lagi. haha. aku tak tau la korang macam mana.

Ok jumpa 'next entry' ya?

p/s: dari gambar dari entri  ni pun dah ada idea macam mana nak dapat passive income. hihi

Wednesday, October 28, 2015

Bantu orang rasa bahagia

Dalam pada kita mengharungi liku-liku hidup ni...ecewah.. Kadang kita lupa selain bantu diri sendiri (meningkat taraf hidup dsb) kita kena bantu orang lain juga.

Banyak cara sebenarnya bukan dari segi kewangan semata. Sumbang tenaga dan masa pun boleh. Cuma kita tak terfikir atau senang buat kesimpulan. 

"Eh aku sendiri makan tak cukup..tapi nak derma/tolong orang"

Itu tanggapan yang salah. Contoh paling mudah.

Kau balik shopping ternampak makcik bawak barang berat. Tegur makcik tu dan kata 
"Meh saya tolong makcik angkat barang"

Dengan cakap dan sumbang tenaga tak seberapa tu pun dah kira sedekah. Itulah konsep SEDEKAH. Bukan asal cakap sedekah je -- DUIT. Derma je -- DUIT. Tolong je -- DUIT.

Lepas tolong tu makcik tu tersenyum. Cakap terima kasih. Apa yang korang rasa?

Perasaan PUAS. Tersenyum tanpa sedar itulah the ultimate ikhlas. 



p/s: Sedang warm up untuk menulis.. Dah lama tak menulis. hihi

Andai ini...

Aku seorang pemikir.

Nak diluah dengan kata. Ah... lidah kelu tak pandai berbicara.

Medium yang mudah. Menulis. 

Tapi.. ada ke orang nak baca?

Ah.. peduli ls ada orang nak baca atau tak. 

Asal.... Aku PUAS. 

Noktah. Dah beberapa tahun ni aku hilang.

Hilang dalam dunia sendiri. 

Paksa untuk buat macam2. 

Sudahnya... Aku hilang diri aku sendiri.

Aku rasa ada sesuatu yang hilang...

Sejujurnya masih mencari POTENSI sebenar diri..

Nak FOKUS dan perbaiki cara penulisan. 

Memperbanyakkan bahan bacaan untuk dikongsi bersama para pembaca

Dan benda-benda lain. 

Mari FOKUS PADA AURA POSITIF



P/S: rasa nak buat group usahawan atau new startup kat JB.