Followers

>

Friday, October 30, 2015

Bagaimana Nak YAKIN?

Pengalaman lalu mengajar saya macam mana nak jadi yakin. Sama ada memang tiada keyakinan langsung (takut berdepan dengan orang ), mugnkin seorang introvert atau pun menghadapi kesukaran dalam hidup. Rasa putus asa dan hilang keyakinan diri.

Saya pernah lihat ramai orang di jalanan yang sebenarnya mereka bukan tak boleh nak jalani hidup normal macam orang lain -- Bekerja, balik rumah, ada keluarga, bercuti bila perlu dan sebagainya. Pada mereka hidup di jalanan itulah kehidupan normal mereka.

Masalah bagi mereka ialah mereka rasa TIADA MASALAH. Kita orang luar ni yang rasa semak tengok mereka di jalanan. Rasa kesian dan sebagainya padahal pada mereka. Mereka jalani hidup sama macam kita juga.

Tipulah kalau mereka kata selesa tidur di kaki lima. Mereka tak selesa. Tapi mereka dah TAK PEDULI. Keyakinan diri sudah hilang atau pudar. Apatah lagi ingin fikir pandangan orang pada mereka. Marah dan malu masih ada tapi pada mereka, mereka tiada PILIHAN dan JALAN KELUAR lain.

Kalau nak cerita pasal gelandangan banyak lagi saya akan kongsikan di entri yang akan datang. (Berdasarkan pengalaman bersama mereka lebih dari 4 tahun)

========================================================================

Berdasarkan diri saya sendiri. Saya pernah mengalami dua-dua situasi. Kurang keyakinan diri (seorang intorvert) jadi saya akan luahkan di blog dan di social media sahaja. Jika berdepan dengan orang saya akan senyap dan 'malu2'

Semua ni berubah bila saya 'challenge' diri saya keluar dari 'comfort zone' dengan memegang jawatan dalam Kolej ketika zaman belajar di universiti dahulu. (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra, UTM Skudai). dan seterusnya jadi seorang Majlis Perwakilan Mahasiswa sebagai Naib Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa. (menjurus kepada menjadi duta UTM, pegawai tadbir diplomatik UTM, dan menguruskan pelajar2 antarabangsa).

Ini zaman kegemilangan dan zaman paling saya suka kerana saya sedar ini yang saya mahukan dan saya suka kerja saya ni. Ulang alik KL-JB hadiri majlis di Kementerian di Putrajaya walau penat tapi saya puas dan suka. Keyakinan diri saya bertambah dengan bergaul dan berjumpa dengan orang tak kira pangkat, latar belakang, warna kulit, bahasa, budaya dan bangsa.

Sentiasa 'suit up' walau tidak disuruh. Padahal ketika itu hanya seorang pelajar, tapi saya kumpul duit dan beli one complete suit sendiri (blazer dan pants). Tapi bila zaman bekerja hari2 nak sarung rasa tak rela pula. hihi

Pendekkan cerita, untuk yakin bermula dari anda sendiri. Tiada siapa boleh paksa anda. Siapa yang paling kenal diri sendiri kalau bukan ANDA SENDIRI!

1) Duduk berteleku, fikir dalam2. Siapa anda. Apa anda mahu. Bila waktu anda rasa paling happy (zaman kegemilangan) suka dengan apa anda lakukan, Tak kira tak cukup tidur, duit gaji ciput atau tiada langsung, kerja sampai tengah malam bagai nak rak tapi tiada siapa paksa.
2) Challenge diri anda sendiri untuk keluar dari 'comfort zone'
3) Bila dah ubah dalaman. luaran perlua juga. Tak perlu ber'kot' bagai, Cukup tampak lebih segar (fresh), kemas, bersih. dan anda sendiri rasa "Hah aku ada semangat baru harini" bila pandang cermin
4) Pilih 'circle' kelompok orang yang kita nak 'lepak' Sebab aura mereka ni akan meresap juga dalam tubuh. tapi jangan pilih circle yang haprak. Cerita lebih tapi habuk pun tara.. hihi
5) Dah yakin?

"TIADA APA LAGI YANG BISA MENGHENTIKAN MU"



No comments: