Followers

>

Thursday, October 29, 2015

Kerja Sampingan untuk dapat 'Passive Income'

Masa aku kerja gaji ribu riban dulu. Tak pernah nak fikir menggandakan duit yang sedia ada/simpanan. Bukan setakat tu je. Bila bekerja baru belajar nak uruskan wang yang betul.

Tapi sejujurnya sampai sekarang aku tak berapa pandai lagi urus wang. Ada je wang di tangan mesti nak habiskan. Simpan sekadar untuk nanti guna untuk 'shopping' Hihi

Sampailah ada anak baru pandai bezakan KEPERLUAN dan KEMAHUAN. Itu pun kadang2 tersasar. Hihi. Kena kawal nafsu nafsu nafsuuuu ni. kiki

------------------------------



Ok cukup pasal mukadimah. Entri kali ni sebenarnya nak cerita pasal kerja sampingan untuk beranakkan duit kita2. --- Pasive Income orang jawa kata. hihi

Ada banyak cara sebenarnya sama ada kita nak atau tak nak je. Aku senaraikan apa yang aku tau ye. Dari pembacaan dan web browsing yang ada.

1) Tulis artikel/Proofread artikel/Edit artikel. Ni selalunya di Elance. com atau Freelancer.com dan banyak lagi website lain.

2) Servis data entry. Jadi virtual assistant. convertkan file pada format tertentu. web designer. SEO. Internet marketer. Customer Service. dan banyakkk lagi. korang boleh offer apa yang korang advance. ni selalunya aku buat di fiverr.com (masih berjinak-jinak lagi) hihi

3) Saham atau forex. yang ni sensitif sikit. yelah. malaysia ni benda2 macam ni haram tapi 'derma' rasuah mencuri terang-terangan tu kira HALAL. eh termarah pula. ok balik pada tadi. Korang boleh main saham sendiri atau guna broker2 yang ada. Ada juga orang yang buat servis akan menggandakan duit korang tapi tergantung pada 'terms & conditions'.

4) Jadi translator atau translate artikel/website. Ni kalau ada kenalan korang yang kerja company macam ni lagi bagus. Macam aku pernah la buat untuk beberapa company. Kawan bagi job sebab busy ada banyak lagi job lain. atau korang boleh cuba di fiverr, elance, atau freelancer dsb

5) Yang mana power photoshop gambar. Boleh la juga offer servis korang tu. Sebab ada yang nak edit gambar tapi tak pandai. Ni selalunya orang yang berniaga online tapi nak save duit. atau baru start business takde modal yang banyak untuk upah photographer, studio, make up artist bagai. Atau offer resize image ikut platform yang diaorang pakai. contoh instagram

Ada banyakkkkk lagi. tapi nanti aku sambung kalau ada idea lagi ya. Aku jenis tak suka tulis berjela sangat sebab nanti macam rasa 'bila nak habis entri dia ni?'. Aku lah ada sindrom tu kalau baca entri yang panjang. Kalau sedang2 je ok lagi. haha. aku tak tau la korang macam mana.

Ok jumpa 'next entry' ya?

p/s: dari gambar dari entri  ni pun dah ada idea macam mana nak dapat passive income. hihi

No comments: