Followers

>

Monday, November 9, 2015

Aku yang BERDOSA

==================
Aku yang BERDOSA
==================
Dalam melayari bahtera kehidupan. Kadang kita di atas. Kadang kita di bawah.

Ada satu masa, dalam kita mencari diri kita.
Kita akan jumpa ORANG YANG SALAH.
Kita akan berada di TEMPAT YANG SALAH.
Kita buat KEPUTUSAN YANG SALAH.

Tapi EGO kita tinggi melangit.
Kita saja yang betul.
Orang lain semua salah.
Kita lukakan banyak hati tanpa sedar.

Tapi...sedarkah kita itu semua silibus di kelas kehidupan?
Untuk jadikan kita lebih matang, mengutip secebis ilmu untuk mengerti erti kehidupan sebenar.

Sedar.
Bangkit.
Perbaiki diri.
Perbaiki hubungan dengan mereka -- keluarga, kawan dll
Teruskan kehidupan.

Yakin.
Kita MAMPU BERUBAH!
Kerana...

TIADA SIAPA YANG BOLEH BERUBAH KAMU
MELAINKAN DIRI KAMU SENDIRI...

SAYA SEORANG CLEANER

========================
SAYA SEORANG CLEANER
========================

Tak percaya? Ya. Saya pernah bekerja sebagai cleaner. 

Rasa hina? Sikit pun tak.

Sebab. Saya enjoy dengan kerja saya. Saya rasa gembira bila dapat tolong pekerja saya. Pelanggan saya.

Sebenarnya saya menjalankan perniagaan Maid In Malaysia sekitar tahun 2013.

Kini, tidak lagi. Kenapa? Dah tak untung ke? Bukan. Jauh sama sekali. Sampai ke harini pelanggan2 saya masih berhubung dan inginkan perkhidmatan mencuci rumah, membersih rumah, melipat kain, begitu juga dengan office dan ada juga sekolah! (terutama cikgu cikgi hihi)

Pada asalnya penubuhan syarikat ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu2 tunggal, miskin tegar, orang2 kampung atau kerana kekangan lain yang menyebabkan mereka tidak boleh bekerja 8 jam sehari. 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan sebagainya. (mempunyai anak OKU yang memerlukan pengawasan dll)

Bagi pekerja pula kami hanya memilih warganegara Malaysia sebagai pekerja. Ramai yang memohon -- Melayu, India dan Cina. sehingga ada nenek yang berbangsa Cina berumur lingkungan 70an memohon. Namun demi keselamatan beliau kami terpaksa menolak. :')

Berbekalkan pekerja seramai 8 orang. 2 driver dan 3 team (2 orang setiap team). Mereka mencuci rumah mengikut jam. Diambil dan dihantar. Hari ke hari. Minggu ke minggu. Bulan ke bulan. Dan dari tiada sijil apa2. Susah dapat pekerjaan. Poof --- Sebulan mereka bergaji RM 800-RM 1500!

Tapi.. hari demi hari. Dari tak datang kerja sehari -- jadi berhari2. Dari satu masalah -- jadi 2 3 masalah. Dari rajin -- jadi malas. Itu yang saya kena jadi bidan terjun kemas rumah pelanggan sebab last minute kata tak boleh kerja. :') Dan akhirnya saya akur. terpaksa ambil pekerja asing. Mereka inilah yang betul2 'lapar'. Sanggup kerja lebih masa. Sanggup cuci seorang diri kerana nak dapat duit lebih.

Namun akhirnya... kami akur. Kekurangan ilmu dalam bisnes dan pengendalian pekerja antara faktor kami tidak meneruskan perniagaan ini. Tapi jika diberi ruang, peluang, tambah ilmu untuk memantapkan lagi sistem perniagaan ini. Saya akan buat!

Saya mahu beri peluang pekerjaan pada mereka yang memerlukan!

#roadtoinspire #berbaktidarirakyatkepadarakyat

p/s: Penulis merupakan pemegang ijazah sarjana muda Kimia Industri UTM Skudai. Pernah bekerja di Fisher Scientific Malaysia sebagai Product Specialist. Ranhil Water Technologies sebagai Pembantu Teknik. GrantonWorld sebagai Copywriting Writer. Dan kini suri rumah sepenuh masa dan Freelancer.



Friday, November 6, 2015

Bermulanya Kehidupan Sebagai Seorang Reviewer

Dalam perancangan berkolaborasi bersama Cik Hajar Yahya. hajaryahya.com

Kami akan mula menulis review mengenai Makanan, Product, Travel dan Servis di sebuah website yang kami akan lancarkan tak lama lagi.

I am so excited about this!

Can't wait !!!

We share the same mission, vision and interest. May Allah ease everything. Aminnn.


p/s: I will still update this blog tho. Hihi

Monday, November 2, 2015

Pengalaman Memberi Makan Pada Gelandangan

=======================================
Pengalaman Memberi Makan Pada Gelandangan 
=======================================

Dalam sedar tak sedar sudah hampir 4 tahun juga saya bersama Reach Out - Malaysia atau lebih? Walaupun dari jauh. Saya tetap anggap saya one of The Frontline.
Rindu. Rindu untuk pick up food di Hotel. Ambil air Spritzer di office Pete. dan edarkan di jalan. Makanan dan air ini sebagai 'PENGANTARA'
Pengantara? Ya. Pengantara apa?
Pengantara agar saya buka mata, kalau rasa susah. Ramai lagi orang susah di luar sana. Ramai lagi yang kurang bernasib baik dari saya (jika saya rasa kesempitan jiwa, wang atau sebagainya)
Pengantara bahawa saya dapat selami jiwa2 mereka yang bergelandangan. Kenapa? Kenapa mereka pilih hidup di jalanan? Bukan hanya beri makan dan air. Terus jalan. NO. Luangkan sedikit masa. Dengar. Dengari mereka. Mereka hanya ingin didengari. Jika ada yang ingin berkongsi. Tapi. Tapi. Tapi. Selama 4 tahun saya dengar masalah mereka. Boleh dengar TAPI JANGAN PERCAYA 100%. Dengar-nilai-ambil iktibar-jika boleh tolong kita tolong. (bab ni nanti saya boleh cerita panjang kemudian hari)
Pengantara menjalinkan silaturrahim dan hulurkan tangan untuk bawa mereka keluar dari zon yang mereka anggap 'comfort zone'. Duduk di jalan tiada bayar sewa, ada orang beri makan, diberi rawatan percuma, dsb.
Setakat ini saja perkongsian pendek saya untuk kali ini.
pic kredit SafwanAsyad Kobo